Menginjak ke usia 10 tahun, kanak-kanak perempuan mula menampakkan perubahan dari alam kanak-kanak ke alam remaja dan sekali gus menuju ke arah akil baligh. Ia merupakan kejadian fisiologi yang biasa terjadi sehingga memasuki alam dewasa, kebiasaannya proses ini mula berlaku antara usia sembilan hingga 15 tahun.
Pada waktu usia sebeginilah, darah haid yang menandakan seseorang itu telah baligh akan mula keluar. Justeru, kanak-kanak seusia begini harus diberi penjelasan yang sebenarnya. Walaupun perkara ini mungkin disentuh melalui pendidikan kesihatan di sekolah, namun penerangan dari ibu terutamanya lebih menjadikan pengalaman pertama kali datang haid ini lebih selesa untuk dilalui oleh si anak.
Begitu pun peranan bapa tak kurang pentingnya dalam hal ini. Berikut perkongsian dari saudara Firdaus Mokhtar kepada kaum bapa di luar sana tentang isu ini.
Anak yang sulong, Isymah datang haid untuk kali pertama. Ummi dia lah uruskan hal tentang pengurusan diri. Cuma lepas selesai, saya sebagai ayah panggil Isymah untuk bercakap sikit. Kita berpesan ke dia.
Ini yang perlu kita pesan ke anak-anak perempuan saat dia akil baligh;
1. Kewajiban atas syariat dah terletak terus atas diri dia.
Sejak umur baligh, segala syariat dah tertakluk atas diri sendiri. Dia wajib sembahyang, jaga aurat, berpuasa dan segala yang disyariatkan atas manusia.
Kalau buat dah ada pahala dan kalau tinggal dan ada dosa sendiri.
2. Maka, dosa dan pahala itu ditanggung sendiri.
Cuma istimewa sebagai anak perempuan, dosanya terkait dengan ayah. Anak buat dosa, ayah biarkan, ayah juga berdosa.
Saya pesan selalu perkara ini. Contohnya kalau dia tak jaga aurat, dia dan Walid sama berdosa kalau sama-sama biarkan.
3. Jaga pergaulan, terutama dengan kawan-kawan di sekolah.
Sebab apa? Sebab di sekolah kita tak ada nak perhatikan. Jadi dia kena pandai jaga diri. Baik dengan kawan lelaki dan kawan perempuan.
Ads
Dengan sepupu lelaki yang dah dewasa dah tak boleh bersalaman. Pakcik yang bukan mahram pun sama. Bukan semua boleh salam dan bersentuhan bertepuk tampar.
4. Batas aurat sangat penting.
Tudung, stokin tangan dan stokin kaki semua dia tahu. Sebab ummi dia memang pakai semua tu. Semuanya ada peranan. Jadi dia biasa tengok dan tahu kegunaan.
Saya pesan juga, makin besar nanti tubuh badan akan berubah ke badan dewasa, ini lagi kena jaga. Tentang pilihan baju, seluar atau kain. Dah kena belajar daripada hari ini.
5. Sifat malu, ini ada dalam Islam.
Lelaki atau perempuan kena ada sifat malu. Malu untuk lakukan dosa. Malu untuk berlebih-lebihan mengada atau menggedik depan orang lain.
Iyalah, perempuan kan. Memang ada sifat manja dan berlembut tu. Jadi kena jaga, ikut suasana dan tempat.
Sebab itu pada Islam, malu itu sebahagian daripada iman.
Ads
6. Menjaga kebersihan.
Pengurusan diri berkait dengan haid ini sangat perlu kepada ilmu kebersihan. Jadi yang ini saya pesan ke dia, belajar dengan Ummi dia.
Sebab mudah nak tunjuk praktikal dan cara yang betul.
Soal bersihkan diri, bersihkan tuala wanita yang dah digunakan dan kebersihan pakaian. Hal darah ni jangan buat main, tak bersih betul-betul sakit boleh datang nanti.
7. Teliti tentang kiraan tarikh.
Bab ini lah buatkan saya sedar, kenapa perempuan sangat teliti soal tarikh. Huhu.
Sebabnya mereka kena jaga hal yang berkait penting dengan diri mereka. Setiap kali datang bulan, kiraan hari sangat penting.
Ads
Sama ada kiraan untuk pastikan tempoh kesuburan atau soal ibadah, dua dua penting. Kalau bab kiraan ini tak jaga, boleh jadi terlanggar hari dah wajib sembahyang dan beribadah. Berdosa terus.
Sebab itu perempuan sangat mudah ingat tarikh berbanding lelaki. Haa kan?
8. Tentang mandi wajib.
Ini pun saya cuma pesan. Cuma ilmunya saya ulangkan ke dia. Saya cerita juga ada ramai pelajar saya jumpa dulu masa saya mengajar dah baligh tapi mandi wajib tak tahu.
Tak tahu kena mandi wajib pun ada. Saya pesan ke dia, ada sahaja perkara tak tahu, tanya terus ke saya atau Ummi dia.
Tekun Isymah dengar saya pesan setiap poin.
Kawan-kawan, kita sebagai mak ayah kadang bukan nak tunjuk pandai berpesan itu ini. Memang mereka dah belajar dekat sekolah tentang semua ini.
Cuma kita nak letakkan diri kita sebagai ibu bapa yang mereka boleh percaya untuk bercerita dan bertanya. Tentang semuanya termasuklah hal sistem reproduksi diri ini.
Kalian tahu berapa ramai dekat luar sana yang malu nak bercakap soal ini dengan anak-anak, maka anak-anak bertanya dan jadikan siapa sebagai rujukan?
Paling dekat dengan mereka adalah kawan-kawan. Atau entah siapa orang luar yang dia percaya berbanding kita di rumah. Moga dijauhkan.
Begitulah pesan ke Isymah. Harap ada manfaat ke kawan-kawan yang lain. Guna untuk pesan ke anak kalian juga. InsyaAllah.
Firdaus Mokhtar,
Walid.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kita perlu merubah menu pemakanan anak-anak jika jika kita mahukan mereka lebih sihat dan cergas.
Dalam banyak perkongsian, saya menyebut bahawa kita perlu segera menukar menu anak kita jika kita tidak mahu anak kita tersenarai sebagai pesakit kronik 10-15 tahun dari sekarang.
Saya selalu mencadangkan pengambilan telur, terutama telur separuh masak ketika bersarapan.
Sejak dahulu telur rebus dianggap sebagai menu sihat untuk sarapan pagi kerana mengandungi nutrisi penting protein, riboflavin dan selenium yang sangat diperlukan oleh tubuh, terutama buat kanak-kanak yang sedang membesar.
Protein yang banyak dalam telur
membentuk otot pada anak-anak kita. Telur juga merupakan sumber ‘choline’ yang sangat tinggi dan sangat baik untuk meningkatkan kapasiti memori di dalam otak anak-anak kita.
Selain itu, vitamin A yang ada dalam telur dapat menjaga kesihatan mata.
Saya juga mencadangkan pengambilan minyak zaitun setiap pagi. Ia membekalkan lemak sihat yg sangat penting untuk memastikan anak-anak kita sihat, cergas dan cerdas.
Saya sendiri amalkan Olivie Power Up (OPU) ubtuk kekal sihat dan bertenaga.
Sumber: FB Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lama tidak melihat kelibat pelakon Jehan Miskin usai mendirikan rumahtangga bersama seorang wanita Korea Julie Camelia Rhee.
Tujuh tahun pasangan ini menanti kehadiran zuriat, akhirnya ternoktah usai lahirnya cahaya mata sulung mereka, Axel Nova Rhee selamat dilahirkan.
Dalam temubual bersama Sinar plus, sebelum ini, dia mengakui lebih selesa dengan kerja-kerja belakang tabir dan menumpukan perhatian kepada syarikat pengiklanan miliknya, Mastermind Group Sdn Bhd.
Terbaru, dalam perkongsian di laman instagramnya, Jehan Miskin memuatnaik wajah terbaru baby Axel yang kini sudah 15 bulan usianya dan membesar dengan sihat.
Rupa-rupanya pasangan ini membawa Axel pulang ke Korea untuk bertemu dengan keluarga isterinya.
Menerusi kapsyennya, jelas Jehan setelah sekian lama inilah pertama kali anaknya akan menjejakkan kaki ke kampung halaman ibunya memandangkan sebelum ini berlakunya sekatan perjalanan dek Pandemik Covid-19.
Justeru, selepas pelepasan diberikan membuatkan pasangan ini tidak melepaskan peluang untuk pulang ke Korea. Pastinya keluarga sebelah sana juga rindu dan tak sabar untuk melihat cucu mereka buat pertama kalinya kan.
Ubi kayu antara makanan yang popular bagi masyarakat kampung. Malah ia tanaman ini juga terkenal dengan sejarah kemerdekaan yang dikaitkan dengan ‘semangat ubi kayu.
Ubi kayu ini enak di makan sama ada cara rebus, dibuat sira atau dijadikan kuih. Malah ada juga yang memasak cara mengoreng.
Nak tahu cara masak ubi kayu cara goreng, jom ikuti resipi legend ini yang disediakan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Dekat rumah mak saya, kalau dia kata “Long, ada ubi goreng dekat dapur! Jamahlah sikit.” maknanya ada ubi rebus yang diperap rempah dan kemudiannya digoreng. Pernah cuba? Nak tahu resepi dia?
Ubi Rebus Goreng Berempah
Bahan-bahan: 4-6 orang makan 2 batang ubi (macam dalam gambar) 6 biji bawang merah ros 3 ulas bawang putih 2 sudu besar biji ketumbar 1 sudu besar serbuk kunyit Garam secukup rasa
Cara masakan boleh lihat pada kapsyen setiap gambar.
Beberapa batang ubi kayu
Di Johor benda ini dipanggil ubi, singkatan kepada ubi kayu. Tempat lain, mungkin ubi tu merujuk kepada ubi kentang. Janga silap. OK, kupas kulit ubi kayu dan potong lebih kurang 4 inci.
Sementara tubggu ubi empuk, kita sediakan perapan yang digunakan untuk beri rasa lebih nikmat kepada ubi kita nanti. Hiris bawang merah ros dan bawang putih. Biji ketumbar kita tumbuk
Tumbuk pakai lesung. Letak garam secubit dua. Serbuk kunyit masuk sekali! Mohon jangan gunakan serbuk ketumbar, kerana ubi kita akan jadi gelap. Tak cantik.
Nampaknya ubi kita dah empuk. Nasib baik air tak kering semasa kita sedap menumbuk tadi. Kalau kering, alamat ubi kayu kita jadi kayu arang. Kenapa nak kena rebus dulu?
Sebab ubi rebus lebih menyerap rempah. Ubi rebus tu kita tos, rehatkan sekejap biar sejuk dan dipotong 4. Jangan kecil sangat. Ubi ni dah empuk kalau potong kecil, nanti dia mudah berderai.
Kemudian, campurkan bawang merah, bawang putih dan bumbu tumbuk tadi ke atas ubi. Kemudian, gaulkan semua bahan ni dengan tangan. Biar tangan kuning tak apa. Jangan otak kuning.
Bolehlah ni. OK biar ubi ni diperap dalam 10-20 minit. Biar ubi serap sikit rasa rempah tu. Sebenarnya, kalau kau orang nak ubi ni pedas pun boleh. Letak serbuk cili sikit.
Dah perap, maka masa untuk menggoreng! Gunakan api yang kuat. Goreng sampai ubi jadi keemasan, dan bawang jadi rangup! Oleh kerana ubi ni dah rebus, tak risau dia keras.
Lebih kurang macam ni! Saya jamin, luar rangup, tapi dalam empuk berlemak. Siap ada bau harum bawang goreng dan ketumbar. Peh! Jap kita hidang jap!
Itu dia! Tengok bawang goreng tu! Itu pelaris tu. Kadang-kadang berebut dengan orang rumah! Tak percaya? Cubalah buat dulu!
Gadis kudung kaki dan tangan terharu dapat sambung pengajian. Kekurangan fizikal bukan penghalang buat seorang remaja perempuan dari Kampung Padang Setebu, Kuala Berang untuk meneruskan impian dalam bidang kemahiran.