Ibu ayah mana yang tidak bimbang apabila anak perempuan semakin meningkat dewasa. Tidak lama lagi bakal mempunyai suami.
Justeru dalam tempoh itu, ibu ayah terutamanya si ayah perlu menjadi role model terbaik buat anak perempuan.
Layanan baik seorang ayah kepada anak perempuan akan menjadi rujukan kepadanya bahawa itulah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang lelaki.
Sebagaimana perkongsian DrRizal Abu Bakar mengenai peranan seorang ayah untuk mendedahkan anak perempuan mengenai layanan baik yang seharusnya dilakukan oleh seorang lelaki agar anak tidak tersalah pilih sebagai teman hidup.
Ikuti perkongsian beliau.
Ayah kena rapat dengan anak perempuan. Penting untuknjadi role model. Sebab tulah saya selalu temankan Maryam.
Anak perempuan perlu tahu bagaimana seorang lelaki patut melayan seorang perempuan. Ayahlah yang akan letakkan standard itu.
Dalam konteks ini sayalah yang cipta standard itu untuk Maryam.
In future, kalau si anak berkawan dengan lelaki dia akan tahu lelaki itu baik atau tidak. Dia dah ada point of reference. Dia dapat buat keputusan yang baik.
Lisa Nichols pernah ceritakan perkara yang sama. Masa umur dia 13 tahun ayah dia bawa dia keluar. Dia pakai dress ala princess. Happy sangat dia waktu itu.
Bila masuk kereta si ayah tolong bukakan pintu. Begitu juga keluar dari kereta. Sama juga ketika nak duduk. Si ayah akan tarik kerusi.
Ads
Ketika pulang ke rumah si ayah bukakan pintu untuk Lisa. Tetapi saat Lisa mahu masuk ke rumah, ayahnya pegang bahu Lisa. Dia berhenti. Pandang wajah ayahnya.
Ayah si Lisa sebut “ Lisa apa yang ayah tunjukkan pada kamu adalah cara bagaimana seorang lelaki patut melayan seorang perempuan. Ayah dah tunjukkan caranya. Kamu merasainya. Tugas kamu pada masa hadapan untuk pilih lelaki yang betul. Terserah pada kamu bagaimana kamu memilihnya. Waktu itu ayah tidak ada suara lagi,”
Lisa angguk. Mungkin tanda faham. Apa yang si ayah buat sangat luar biasa. Dia berikan pengalaman berharga buat Lisa. Dia rasa bagaimana dirinya dihargai. Bagaimana sepatutnya dia dilayan.
Saya tidak sampai peringkat seperti ayah Lisa Nichols. Budaya mereka berbeza. Budaya kita lain pula caranya.
DrRizal Abu Bakar bersama anak perempunannya .
Saya guna bahasa. Gunakan nada suara. Gunakan bahasa badan untuk letakkan standard itu. Masukkan cara fikir yang berbeza.
Kalau si ayah tidak rapat dengan anak perempuan, lelaki lainlah yang akan jadi point of reference. Pada waktu itu, apa sahaja dilakukan oleh si lelaki , itulah dianggap sebagai standard.
Jangan tersalah pilih lelaki
Ads
Kalau lelaki itu kaki pukul dan kaki herdik, si anak perempuan akan anggap begitulah caranya perempuan dilayan. Mereka terima keadaan itu. Walaupun itu tidak benar.
Mereka akan terperangkap. Menderita. Dilayan sebagai hamba.
Saya pernah buat clinical work di rumah remaja mengandung luar nikah. Ada beberapa rumah yang sempat saya kunjungi.
Saya dapati ada satu perkara yang sangat konsisten pada remaja remaja ini. Mereka tidak ada role model lelaki di rumah.
Di atas sebab kekosongan ini, mereka cari kasih pada lelaki lain. Malangnya mereka tertipu.
Pada ayah ayah yang ada ada perempuan, pastikan anda rapat dengan anak. Jadikan diri anda sebagai point of reference. Biar anda jadi model terbaik untuk dia.
“Seminggu baru detect. Itu pun sebab perasan hidung dia berair sebelah. Dan bila dia bercakap busuk sangat. Ingat sebab dia tak gosok gigi. Tapi bila gosok gigi still busuk.”
Begitulah situasi yang dilalui olah seorang ibu,puan Eradiah Jasmi tanpa disangka, dalam hidung anaknya terdapat bendasing tanpa pengetahuannya. Setelah hampir seminggu, dengan bahagian hidung mengeluarkan bau busuk, barulah menyedari dalam hidung anaknya terdapat tisu. Kejadian itu berlaku ketika anaknya berusia 2 tahun 4bulan.
Menerusi perkongsian menerusi group Kami Suri Rumah, beliau mengimbau kisah anaknya ketika tersumbat tisu. Kini, perkara yang sama terjadi kepada anak bongsunya yang berusia Adik 2 tahun 3 bulan namun kali ini tersumbat biji kacang pula.
Memang mencabar mengasuh anak-anak ketika sedang lasak dan aktif ke sana ke sini. Semoga kisah ini menjadi iktibar buat ibu bapa agar mengawasi anak-anak untuk mengelak daripada perkara yang berbahaya.
Ikuti perkongsian ini.
Siapa pernah anak tersumbat benda asing dalam hidung. Ni anak bongsu saya, dia masukkan kacang tanah dalam hidung. Sebelum ni abang dia juga pernah sumbat tisu ke dalam hidung, seminggu baru detect. Itu pun sebab perasan hidung dia berair sebelah. Dan bila dia bercakap busuk sangat. Ingat sebab dia tak gosok gigi. Tapi bila gosok gigi still busuk.
Dr kata alahan tapi nasib baik check hidung.
Jumpa Doktor, Doktor kata allergic. So Dr bagi ubat allergic tapi sy tak puas hati so saya suruh Dr try check dlm hidung Dia sb kita perasan dia asyik tak selesa dgn sebelah hidung tu Pastu pelik selsema nya sebelah sahaja. Bila Dr suluh memang ada la Tapi senang kepit terus boleh keluar. Memang dah bernanah n berdarah Busuk tu Allah je taw.
Kini adik pula tersumbat kacang dalam hidung Tapi si adik ni, puas pergi semua klinik depa tak ada alat sebab adik punya bulat susah nak kepit. Jadi ada Dr suggest suruh pergi klinik ENT. Jadi sy ke klinik ENT dan depa buat suction. Bila Dr, suction terus kacang tu ke dalam dan hilang.
Dr buh normal saline dan mohon pantau anak ketika dia tidur moga dia punya pernafasan back to normal. Saya berharap tiada apa lah yg berlaku. Dari pukul 6 tadi tidur sampai sekarang tak bangun. Penat meronta dan menjerit sakit agaknya.
Dalam pada itu, beliau turut berkongsi tip jika menghadapi situasi seumpama ini.
Puan-puan, Kalau anak-anak jadi gini. Mohon bagi tengok matahari atau bagi bau lada hitam supaya dia bersin. Atau ibu boleh buat cara mouth by mouth dgn 1 hidung anak ditutup, tarik nafas panjang dan hembus ke dalam mulut anak. Supaya benda asing tu mudah keluar. Kalau tidak boleh juga mohon terus ke hospital. Jgn sesekali guna jari atau alatan yang menyebabkan keadaan makin sukar.
Semoga jadi iktibar untuk awasi keselamatan anak-anak.
Berita baik buat pasangan yang ingin menimang cahaya mata, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) baru-baru imeluluskan pengeluaran wang kepada pasangan yang menjalani rawatan kesuburan seperti in-vitro fertilisation (IVF).
Menerusi laman websitenya, KWSP memuat naik info yang membenarkan ahli yang menghadapi masalah kesihatan untuk membuat pengeluaran daripada Akaun 2 bagi membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan/ atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.
Dr Pravin Peraba berkongsi berita baik ini dan bagaimana cara pasangan yang ingin menggunakan KWSP untuk membuat rawatan IVF
Berita baik untuk semua pasangan yang masih berusaha untuk mendapat zuriat. Efektif dari 1hb September 2020, kini individu yang berkelayakan boleh membuat withdrawal/pengeluaran dari KWSP untuk pembayaran rawatan kesuburan.
Sila rujuk gambar di bawah dan juga link KWSP untuk mendapat borang pengeluaran serta memahami prosesnya.
https://www.kwsp.gov.my/member/withdrawals/partial/health… Individu yang layak adalah mereka yang:
1. Warganegara Malaysia
2. Bawah umur 55 tahun
3. Ada baki yang mencukupi dalam Akaun 2
4. Mempunyai sijil perkahwinan yang sah di Malaysia Ini merupakan langkah kerajaan yang amat dialu alukan khususnya kepada mereka yang memerlukan rawatan IVF tapi tidak mampu membiayai kosnya dalam sekaligus.
Ini akan meringankan beban kewangan serta memberi peluang kepada banyak pasangan untuk mendapat rawatan yang diperlukan. Sila DM atau guna talian whatsapp di laman ini untuk penerangan selanjutnya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hari-hari kita bercakap dengan anak-anak, ianya bukan sekadar borak kosong malah sarat dengan nasihat agar dalam bersembang dapat juga kita mendidik anak agar menjadi orang yang baik bila dewasa kelak.
Pun begitu, disarankan jangan pernah lupa untuk menyebutkan 5 ayat power yang dikongsikan oleh doktor ini dalam kehidupan harian.
Menurutnya, ayat power tersebut akan memberi kesan yang sangat bagus kepada perkembangan anak-anak dan buatkan ibu ayah rasa lebih bahagia. Nak tahu apakah itu, jom baca perkongsian penuh daripadanya.
Mak ayah kalau nak lebih bahagia wajib biasakan diri sebut 5 ayat power ni kat depan anak:
#1 – “Pandainya anak ibu ni”.
Subsconcious mind si kecil tu sangat sukakan perhatian dan pujian lagi-lagi dari mak ayah dia sendiri.
Sebab tu yang ada je macam-macam perkara dia cuba buat semata-mata nak tarik perhatian kita.
Jadi, tiap kali dia bantu kita atau lakukan sesuatu yang bagus, hadiahkanlah pujian supaya dia terus termotivasi untuk buat yang terbaik.
#2 – “Terima kasih anakku sayang.”
Ucapan ni simple je but very meaningful.
Budak bertuah tu akan rasa dihargai dan dia pun akan belajar untuk menghargai orang lain.
#3 – “Ayah minta maaf ye.”
Kalau nak rasa lebih bahagia, kita pun kena belajar untuk rendahkan ego dan mintak maaf kat anak kalau terbuat salah.
Si kecil kita tu akan nampak yang mengaku kesilapan ni sebenarnya perkara mulia.
Sampai satu tahap, dia pandai nak respect orang lain walaupun orang tu statusnya lebih rendah.
#4 – “Mak sayang awak ni.”
Kadangkala kita rasa yang kita dah buat sehabis baik untuk nak besarkan dia tapi sebenarnya ucapan sayang ni lah akan buatkan si kecil tu rasa lebih disayangi dan dihargai.
Dalam tak sedar, minda dia pun akan terlatih untuk rasa sayang kat orang sekeliling.
#5 – “Jom adik, ayah bacakan buku.”
Benda ni walaupun setiap hari kita lakukan sekejap je, namun efek pada bonding kita dengan anak sangat kuat.
Si kecil tu bukan je akan membesar sebagai bijak pandai yang minat membaca tapi strong bonding yang terbina tu akan buatkan dia sentiasa respect kat kita serta mudah nak dengar kata dan nasihat kita.
Nota kaki: Ingat ye kawan-kawan. Perbualan dan komunikasi yang saya share ni penting sangat untuk bentuk karakter anak kita bila dia meningkat dewasa nanti.
Sekarang ni pada mata si kecil tu, kitalah idola dia yang paling hebat.
Jadi semua perkara yang kita buat dan sebut, dia akan tiru dan lakukan sebijik macam apa yang kita buat dan kita sebut.
Tolong #kongsikan ilmu mahal ni dengan pasangan masing-masing supaya kita sama-sama bahagia lihat budak bertuah tu membesar jadi anak yang membanggakan kita dunia dan akhirat.
Nota kaki 2: Bacakan bedtime stories pun sebenarnya boleh jadi momen paling mesra antara kita dan si kecil tu.