Anak Selang Bunga Macam ‘Mat Saleh’, Nurul Syuhada Akui ‘Tutup Kilang’
Pastinya ramai yang mengenali pengacara yang cantik manis ini, Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain.
Anak kelahiran Negeri Sembilan ini, merupakan personaliti TV3 yang popular menerusi program, Majalah 3, Malaysia Hari Ini dan pernah menggondol Juara Malaysian Top Host pada 2005.
Bekas pengacara Nurul Syuhada Nurul Ain dan juga pasangannya Raja Amir Shah Raja Azwa bahagia dengan rumahtangga yang mereka bina diserikan dengan empat cahaya mata.
Comel-comel semuanya lebih manis bila anak selang bunga iaitu kelahiran anak berselang jantina; perempuan, lelaki, perempuan, lelaki.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Terbaru, perkongsian Nurul Syuhada nyata menarik tumpuan peminat dengan kecomelan anak-anaknya yang seakan-akan anak ‘Mat Saleh’.
Kecomelan anak-anaknya itu membuatkan wargamaya teruja. Ada yang memuji anak-anaknya.
Ads
Dalam pada itu, ada yang bertanya sama ada untuk menambah zuriat lagi, tanpa berselindung, Nurul Syuhada mengakui sudah ‘menutup kilang’.
“Tutup kilang dah ker sis?”
“Sudah. Sis.- Nurul Syuhada”
RUPANYA SUAMI BERDARAH KACUKAN
Ads
Siapa sangka, rupanya kecomelan wajah anak-anak pasangan bahagia ini rupanya diwarisi oleh suami Nurul Syuhada, Raja Amir yang berdarah kacukan Melayun-Australia dari sebelah ibunya.
Selama 11 tahun melayari bahtera rumah tangga, Nurul Syuhada dan Raja Amir dikurniakan empat cahaya mata termasuk sepasang kembar iaitu Raja Abdul Mateen dan Raja Nour Emaan, 8, Raja Ahmad Shah dan Raja Aasiya Amaal, setahun.
PASANGAN ROMANTIK YANG MENYAMBUT ULANG TAUN PERKAHWINAN 11 TAHUN. MOGA BAHAGIA TILL JANNAH
Wanita ini apabila sudah berkahwin, segala rutin kehidupannya berubah apabila memberi tumpuan sepenuhnya kepada rumahtangga. Lebih-lebih lagi bagi wanita surirumah sepenuh masa. Hidupnya daripada pagi hingga ke malam adalah menguruskan rumahtangga. Sebaliknya bagi wanita bekerja. Namun, apa pun, wanita tetap sama, kerja atau tidak, mereka tetap menguruskan rumahtangga tanpa pernah lelah. Malah tidak mustahil ada wanita yang dahulunya cantik dan ramping, namun setelah berumahtangga berubah daripada penampilan.
Tidak mustahil, wanita memerlukan perhatian daripada suami untuk menenangkan emosinya. Siapa yang tidak stress jika seharian duduk di rumah tanpa keluar ke mana-mana. Wanita yang bekerja pun, jika hujung minggu pun, tetap nak keluar ke pasaraya.
Menerusi facebook seorang lelaki berkongsi kisah bagaimana dia menyantuni isterinya dengan hanya membawa isterinya dengan menaiki kereta tanpa ke mana-mana, Baginya isterinya, itulah adalah salah satu cara untuk menghilangkan tekanan seharian menguruskan rumahtangga.
Nampak biasa-biasa aje perkongsian ini, tetapi ia penting untuk para suami faham situasi yang dialami oleh isteri.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Saya balik kerja, isteri cakap, “Abang, jom keluar jalan-jalan. Stress la”
Banyak kali macam tu. Pelik betul. Stress apa, duduk rumah jaga anak-anak tercinta yang comel-comel tu. Kalau ikutkan, keluar rumah, lagi la stress dan penat.
Bila fikir semula, saya bawa juga pusing-pusing naik kereta. Kadang-kadang, singgah pasaraya. Selalunya tak beli apa pun, window shopping je. Tapi dia punya teruja, macam anak kecil diajak pergi Disneyland.
“Terima kasih abang, bawa jalan-jalan!”, isteri saya akan ucap ini setiap kali dapat berjalan.
Saya teringat satu pesanan, “Emosi perempuan ni macam belon kecil, tak boleh tampung banyak sangat tekanan. Nanti meletus. Beza dengan kita orang lelaki”
Dulu isteri saya lemah lembut je, sejak ada anak ni, kalau tak kena masa, kalah raja rimba. Macam nak makan orang. Pelik juga. Kemana perginya kelembutan dan kemanjaan beliau yang dulu?
Kita baru pegang handphone pun, tiba-tiba boleh kena serang. Mengejut je. Tiba-tiba meletus.
Saya cuba untuk faham situasi ini. Ya, kami para suami susah nak faham.
Rupanya, tak sama penat seorang suami dan penat seorang isteri.
Anak menangis nak susu, anak yang lain berkelahi menjerit-jerit, sorang lagi mendesak nak tengok kartun, rumah dah macam tongkang pecah. Tak masuk lagi bab masak, bisnes, kurang tidur, lapar, basuh baju, kemas, layan perangai customer barang tak sampai. Ini berlaku setiap hari, hampir setiap masa.
Tengok la gambar ni, nak tidur pun, nak dengan mama dia sahaja. Tak ada ruang mama dia bersendiri. Terpaksa saya sarung tudung isteri untuk kelirukan budak ni.
Asakan-asakan ni mendesak isteri secara fizikal, mental dan emosi.
Siapa lagi tempat isteri nak mengadu dan harapkan? Kita la, partner dia. Sebab tu kalau emosi mereka tidak ditenangkan, boleh meletop!
Jadi, nasihat ini untuk diri saya dan suami-suami sekalian. Isteri adalah amanah Allah pada kita.
1. Dengar cerita dia. Jika isteri mahu bercerita, dengar dengan cara pandang muka dia, atau peluk dia. Tunjuk yang kita prihatin dan sokong dia. Apabila kita abaikan dia nak luah kepenatan dia, dia makan hati. Tau-tau dah merajuk acik tu. Lagi teruk kalau kita sinis dan rendah-rendahkan pula perasaan dia. Jangan pelik kalau isteri pandai melawan.
2. Urus rumah adalah kerja kita juga. Tak ada istilah ‘tolong isteri buat kerja rumah’. Kalau ikutkan, itu memang kerja kita juga. Kita masak sebab nak makan, kita basuh baju dan pinggan sebab dah pakai. Itu rumah kita dan itu anak kita. Kita ada tanggungjawab. Ringankan tulang.
3. Kerja isteri tiada office hour. Dia bukan robot, jadi, bagi masa untuk dia berehat dan ‘me time’. Dia pun memang kurang rehat, sejak mengandungkan anak pertama.
Pada saya, mengurus rumah tangga ni ada dua school of thought. Satu, isteri kena layan suami macam raja. Kedua, urus rumah bersama-sama. Dua-dua betul. Sesuaikan lah dengan cara kita.
Para isteri sekalian, maaf ya, jika tidak memahami kalian, bagi para suami peluang. Kita jaga kita. Benda boleh bincang. Mulakan dengan bercakap baik-baik dengan pasangan.
Maafkan, jika ada kesilapan dan kesalahan. Kita manusia biasa. Kenapa suami ada kekurangan? Sebab awak adalah pelengkap dia.
Kita bukan terbaik, tetapi izinkan kita berusaha jadi yang terbaik.
Nak raya ni macam-macam perkara yang kita mula fikirkan untuk cantikkan segenap ruang. Bukan sahaja ruang tamu, dapur pun perlu dirias cantik menjelang raya. Ada sahaja idea kita nak cantikkan rumah.
Selain semangat nak beraya, mood memasak juga perlu dibangkitkan bagi elakkan rasa bosan di dapur. Barulah semangat nak masak sepanjang berpuasa.
Kalau kreatif lagi anda bolehlah mengikut jejak langkah wanita bernama Nabila Hashim yang memasang wallpaper pada lantai dapurnya yang rosak akibat proses renovasi rumahnya. Menariknya dia hanya menggunakan kos yang cukup murah, iaitu pada harga RM18 sahaja untuk mengubah keseluruhan lantainya. Memang berbaloi. Cantik pulak tu.
Amaran! Ini memang bajet murah sangat, jadi janganlah bajet hasilnya gempak sangat ye. Memang jimat habis ni. Lantai dapur ni jadi buruk sebab dari kesan renovation kat bahagian ni. Ada beberapa kesan mozek yang terpecah.
Sekarang ni kan hot dengan wallpaper. Semua kerja, benda nak guna wallpaper. Kalau nak dibandingkan dengan mengecat, dah tentu la wallpaper lagi senang kan. Tak ada nak kena cuci tangan dengan tinner bagai.
Baru-baru ni, Lima Sen Jaya, dah restock wallpaper baru. Banyak la pilihan dan corak pun cantik. Saya pun terus pilih corak yang sama, 8 gulung corak kayu, 1 gulung corak bunga yang dah pernah beli sebelum ni. Jadi 9 gulung ni saya beli dengan jumlah bayaran
RM18.00 sahaja.
Wallpaper ni sama jenama OLAB yang MR DIY jual dengan harga RM3.50. Tapi kat kedai ni, dia jual RM2. Gila jimat RM1.50!Mana tak orang borong banyakkk.. Memang laku keras la….
Habis licin 8 gulung.
Dah habis ni, rasa lega la…
Tapi wallpaper ni memang nipis je, memang senang sangat terguris. Saya dah prepare untuk kaki kerusi yang juga dibeli di MR DIY.
Kurang la kebarangkalian nak terkoyak tu.
Peranan ayah dalam keluarga termasuk menjadi ketua keluarga, menyara, membangun kehidupan keluarga dan menjadi contoh tauladan kepada anak.
Jika dulu hidup bujang semua untuk diri sendiri. Bila dah berkahwin semua fokus kepada keluarga.
Begitulah sebagaimana perkongsian ini. Kagum peranan seorang ayah.
Bila dah jadi bapak ni banyak benda kena korbankan. Dulu lain, sekarang lain.
Bila dah jadi ayah
Dulu balik rumah memang heaven. Mandi, makan, lepak dan tidur. Sekarang kadang-kadang mandi pun tak sempat, tahu tahu tertidur je.
Banyak kerja dulu boleh sambung kerja kat rumah. Sekarang jangan harap la, baru nak on laptop anak dah datang panjat belakang.
Dah tak boleh lagi duk ralit dengan telefon setiap masa. Walaupun untuk tujuan kerja sebab anak-anak duk perhati je.
Dulu dapat la layanan bak raja di rumah. Makan berhidang, tidur pun selalu ditidurkan bidadari. Huh! Sekarang tidur anak kat ketiak, nak bergolek pun tak lepas.
Kadang plan nak keluar jalan-jalan nak escape dari kesibukan tapi rupanya makin sibuk adalah. Di ajaknya berlari ke sana sini oleh anak-anak.
Banyak juga la hajat nak beli sesuatu tu kena KIV ( keep in view ), duit ada tapi utamakan dulu keperluan anak-anak membesar.
Gituh la, gelaran bapak ni memang boleh mengubah setiap individu. Ubah ke tahap lebih tinggi. InsyaAllah.
Tapi sebanyak mana pun bapak ni berkorban saya percaya masih lagi tak setanding dengan pengorbanan ibu.
Sesungguhnya tiada yang dapat bersaing dengan ibu ibu yang rela berkorban jiwa dan raga demi anak-anak. Wallahu A’lam,
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.