Perkongsian berkenaan harta pusaka ini wajar untuk kita renung-renungkan bersama agar dapat memberi peringatan bukan sahaja untuk diri kita malah untuk adik beradik kita juga. Diharapkan melalui pembacaan ini dapat sedikit sebanyak menginsafkan diri dan insiden perebutan harta pusaka tidak terjadi di dalam ahli keluarga kita.
Untuk itu, jom baca perkongsian ini.
Pesan kat adik-beradik…Bila dah besar, dah ada kerja, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta sendiri…beli rumah, beli tanah, beli aset…
Bagi ada harta dengan nama sendiri. Jangan direbutnya tanah sekangkang kera dikampung tu nanti…jangan disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka.
Tak guna…
Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nanti bahagian kita lebih dari adik beradik yang lain ke, jangan pikir, jangan berharap…jangan letak target yang kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak sawah…
IKLAN
Jangan…
Sebab nanti bila tak dapat, kita mula la nak marah, nak bergaduh dan nak menuntut…walhal ketika “harta” tu ada, bukan kita yang jaga, bukan kita yang usahakan, bukan kita yang berbakti…tup-tip bila harta tu dah tiada pemiliknya, kita nak sangat-sangat “hak” kita…
IKLAN
Hak apa yang kita nak? Hak apa yang kita tuntut? Kita berhak ke?
Usaha sendiri untuk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita-cita kita…yang lebih utama ialah menjaga ibubapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa-apa dari mereka.
Ini tak, kita buat mereka seperti bola…sekejap pass sana, sekejap pass sini…
IKLAN
Kita sebagai anak yang perlu bagi “sesuatu” kepada orang tua kita dan bukannya menunggu dan berebut “sesuatu” hasil penat lelah mereka…
Kalaulah kita berebut menjaga orang tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung orang tua kita kan…tapi banyak yang jadi bodoh dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yang bernama “harta pusaka”…
Time sakit tak nak jaga, time dah tiada datang menuntut pula..
Semua ibu bapa inginkan anak yang mendengar kata. Anak yang memberi kegembiraan buat ibu bapa.
Namun ada anak yang menujukkan sikap yang membangkitkan kemarahan ibu bapa. Asyik melakukan kesalahan tentu geram
dibuatnya.
Menurut lelaki ini, anak juga seperti orang dewasa perlukan jawapan setiap
kesalahannya.
Ikuti selanjutnya perkongsiannya.
Ada waktu, apa yang kita marahkan pada
anak-anak, mereka tak faham mengapa perkara itu menyebabkan kita marah.
Kita marah, lampu bilik air tak tutup.
Dia tak faham kerana bil elektrik bukan dia yang bayar.
Kita marah, pinggan mangkuk tak berbasuh selepas makan.
Dia tak faham semut lipas banyak dalam rumah.
Kita marah, dia malas belajar.
Dia tak faham, kenapa belajar perlu serius keras kejung sampai duduk pun tegak 90 darjah.
Kita pula, ibu bapa, marah atas sebab-sebab yang berbeza.
Anak kita, dah azan maghrib baru masuk rumah, memang siaplah kena ceramah. Kalau dulu, kena belasah.
Anak jiran, sampai azan Isyak pun masih lepak dengan motor depan rumah.
Anak confius. Anak tak faham.
Sebabnya, set nilai setiap keluarga berbeza.
Ikutlah apa nilai dan prinsip yang dipegang setiap parents.
KENA ADA JAWAPAN UNTUK ANAK FAHAM
Jika kita mahu pertahankan nilai dan prinsip kita, kita perlu tahu dengan jelas, mengapa?
Kalau sekadar ikut-ikutan, turun temurun. Tak jadi. Anak perlukan jawapan. Itu pun, pelbagai jawapan, dengan harapan ada jawapan yang serasi logik akal mereka yang belum matang.
Isteri selalu mengadu, “Pelik budak-budak ni. Nasihat banyak kali pun, tak faham-faham. Susah betul nak ikut.”
Jawapan saya, “Jangan kata budak-budak. Orang dewasa pun ada yang jenis susah nak faham. Tengoklah geng potong lane atas jalan. Berapa ramai!”
Pokoknya, kerja memahamkan orang ni, bukan kerja senang. Kena cakap banyak kali. Kena guna pelbagai kaedah. Kena tunggu masa yang sesuai. Nak level lebih tinggi lagi, percayalah, apabila hidayah Allah sampai, fahamlah mereka.
Kalau anda sekeluarga peminat hidangan kepah dan kerang-kerangan pasti akan mencari waktu yang ideal untuk berkunjung ke Tanjung Kepah, Lekir, Sitiawan, Perak. Ini kerana anda sekeluaga boleh menikmati kepah yang segar hasil daripada aktiviti mencari dilakukan di kawasan pantai tersebut. Bahkan bukan sahaja kepah banyak di sini, malah anda juga boleh mencari kerang, remis dan banyak lagi.
Pastinya aktiviti mencari hidupan bercengkerang ini di pantai menjadi suatu keseronokan buat seisi keluarga. Usai mencari dilakukan, terus dimasak hasil tangkapan itu dan pastinya rasa kerang-kerangan tersebut begitu segar dan manis dimakan.
Ini sebagaimana pengalaman yang dikongsikan oleh Rosimah Roslan melalui page Viral Perak bahkan turut dikongsikan iternari percutian santai keluarganya ke Tanjung Kepah, Lekir, Sitiawan.
Misi mencari kerang di Tanjung Kepah, Lekir, Sitiawan
Itinerary: (Day 1)
– Bertolak ke Lekir, Sitiawan.
– Check in: Sun Inn Hotel Sitiawan (bajet je). Book awal dekat Agoda.
– Santai-santai mandi kat pool teman adik (Hotel Bajet tapi ada swimming pool).
– Makan malam di Lemboy Cabin (Boleh waze je lokasi). Servis cepat & makanan pun sedap-sedap. Boleh cuba. Chim & family makan Chicken Grilled Chop, Lamb Chop & Nasi Goreng Original Lemboy Style.
– Sarapan pagi. Hajat nak makan dekat Roti Canai Pak Tam Sitiawan tapi penuh (parking tiada) jadi kami pun pergi makan dekat Kedai Makan Cik Ani. Menu nasi lemak, nasi berlauk & roti canai memang sedap.
– Bertolak ke Tanjung Kepah, Lekir.
– Pi awal supaya boleh cop port cantik bawah pokok Ketapang.
– Kalau nak cari kerang & kepah, pastikan pakai stokin & kasut getah. Tapi kalau jenis kaki tahan tak perlu la pakai
– Bawa la besen ke baldi untuk letak kerang. Tapi kalau nak cari kepah, bawa la pencakar. Beli je kat kedai rm2.
– Tandas ada di Tanjung Kepah. Bayaran masuk mandi RM1 & tandas RM0.50.
– Kedai makan Warung Tepi Laut. Hanya dibuka pada hari Sabtu & Ahad bermula 8.00 pagi. Pukul 12 tengahari macam tu dah tutup.
Vokalis kumpulan XPDC, Ali sebelum ini diuji serangan angin ahmar. Malah dia juga ditidurkan kerana kesukaran bernafas sebelum ini akibat masalah jantung dan paru-paru.
Namun, bapa kepada lima cahaya mata itu bagaikan diberi peluang kedua untuk meneruskan kehidupan. Begitupun dia terpaksa makan dan minum menggunakan tiub kerana tekaknya masih sakit untuk menelan.
Pemilik nama sebenar Mohd Ali Ismail baru-baru ini berkongsi cerita suka duka yang melanda hidupnya.
Pafa pandangan masyarakat mungkin beranggapan, anak kelahiran Klang ini mungkin dilihat kental dek kerana jiwanya ke arah genre rock.
Namun hakikatnya, jiwa lelaki berumur 54 Tahun ini cukup rapuh dan manja seperti kanak-kanak. Itu do sendiri isterinya, Sharifah Azuwanna Syed Joned yang dinikahinya sejak 27 tahun lalu.
“Alhamdulillah, saya bagai hilang kata-kata diberi nikmat hidup ini. Saya pernah berada pada tahap peratusan 50/50 untuk hidup. Seperti nyawa-nyawa ikan ketika itu. Allah tarik nikmat aset suara saya miliki, tapi dibentangkan banyak hikmah.
“Tapi kini keadaan saya semakin okey. Dulu nak bercakap pun susah. Sekarang boleh bercakap walaupun tak lancar. Kalau susah sangat nak bercakap, isterilah yang jadi wakil (bercakap). Sehingga kini saya masih meneruskan fisioterapi dan ‘rehab’ seminggu sekali di Hospital Rehabilitasi Cheras.
“Pergerakan dan kos ulang-alik ke hospital juga dapat dijimatkan serba sedikit kerana saya sudah berpindah menyewa pangsapuri di Seri Kembangan sejak awal Ramadan lalu. Dulu masa tinggal di Klang, banyak guna duit,” kata Ali dalam nada sebak sambil menyeka air mata.
Kata Ali, dia bersyukur di saat hilang punca rezeki kerana nikmat ditarik, banyak pihak membantunya.
Kos rawatan di Hospital Ampang sebelum ini selama tiga minggu RM12,000 ditanggung Baitumal. Begitu juga bayaran sewa rumah RM850 turut dibantu badan berkenaan.
“Kediaman baharu yang disewa pun sewanya dibayar Baitulmal sebanyak RM800. Kami hanya bayar RM50 saja,” kata Ali.
Namun, sejak awal Ramadan lalu juga, Ali enggan terus berpeluk tubuh mengusahakan perniagaan menjual kerepek dan kuih tradisional.
“Anak saya syorkan takkan nak terus menerima sumbangan orang, lalu mereka mencadangkan untuk menjalankan perniagaan. Akhirnya kawan syorkan saya menjual kerepek dan kuih diusahakannya.
“Kami berniaga di tapak Pekan Sungai Besi. Tapak pun kawan saya uruskan tanpa perlu saya membayar sewanya. Cuma masa nak mulakan perniagaan itu, duit simpanan yang ada ditampung dengan barang kemas digadai isteri jadi modal. Hasilnya dapatlah kumpul RM8,000 sebagai modal.
“Ketika ini, tiga anak saya termasuk lelaki sulung bergilir-gilir menjaga gerai kerana saya belum kuat untuk menjaganya seorang diri. Hasil jualan ini bolehlah menampung kehidupan saya sekeluarga. Malah pernah hasil jualan cecah RM300 sehari,” kata Ali sambil memberitahu wakil kelab peminat XPDC turut datang ke rumah dan menghebahkan perniagaan diusahakannya.
Akui Ali, dia sebenarnya teringin nak makan pelbagai menu kegemaran.
“Tapi saya memang tak boleh makan beriya-iya. Kena elak makanan keras terutamanya. Tambah nak raya, teringin juga makan ketupat dan lontong. Apakan daya. Tengok kek pun semacam tiada perasaan.
“Tahun ini pun kerana keadaan kesihatan diri, saya tak boleh berpuasa. Saya juga harus meminum susu enam kali dalam sehari untuk membekalkan tenaga selain ubat hospital.
“Setiap kali dengar laungan bacaan solat terawih di surau berdekatan pun jadi sayu. Saya tak boleh melipatgandakan pahala di bulan puasa kerana keterbatasan diri. Isteri selalu memujuk hati akan teman saya ganti atau qada puasa nanti,” katanya.
Ali menambah dia sepatutnya menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah pada 10 malam terakhir Ramadan.
“Pihak agensi kembara umrah sampai sanggup nak bawa saya ke sana walaupun perlu berkerusi roda. Tapi isteri pun cakap tak mahu susahkan mereka. Saya anggap tak ada rezeki.
“Saya pernah tujuh kali mengerjakan umrah. Dua kali daripada jumlah itu saya pernah ke sana bersama isteri iaitu pada tahun 2018 dan 2021,” katanya.
Sementara itu, Sharifah Azuwanna berkata ujian dilalui Ali menjadi ruang terbaik untuk menyokongnya dari belakang.
“Dulu selama lima kali melalui fasa kehamilan, dia (suami) yang bersusah payah menjaga saya. Saya pernah rasa loya nak muntah pun, dia sanggup tadah tangan.
“Kini, sewaktu dia diuji, saya pula menjaganya. Saya ini sebenarnya jenis cepat geli dengan benda yang memualkan. Tapi ketika menjaga suami termasuk membantu ke tandas pun saya seolah-olah hilang sikap geli itu.
“Cuma saya tahu dia memang sedih tak dapat berpuasa baru-baru ini. Dulu waktu sihat, puasa takkan tinggal. Malah siap buat puasa sunat lain termasuk puasa enam,” kata Sharifah Azuwanna .
Terdahulu, pada hari sama, Ali dan isterinya turut menerima kunjungan pihak stesen radio Buletin FM bersama Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin yang menyampaikan sumbangan dan bantuan baucar RM300 sebulan selama tempoh setahun untuk membeli barangan keperluan dapur di premis beli belah itu.
Penyampai Buletin FM, Haiza Hanafi turuf hadir menyerahkan sumbangan peribadi dan barangan stesen radio berkenaan.