Bagi yang mengikuti sosial media pelawak, pengacara dan penyampai radio, Nabil Ahmad pasti perasan bahawa anak sulungnya, Naira Mikayla tampil dengan imej bertudung.
Menjawab persoalan orang ramai tentang itu, Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 39 berkata keputusan untuk bertudung untuk dibuat anaknya dengan rela hati dan tanpa sebarang paksaan daripada dia dan isteri.
Malah, mereka mendedahkan dia dan isteri berasa sangat bersyukur apabila anak sulung mereka mengambil keputusan untuk bertudung.
“Satu hari tu tiba-tiba Mika cakap nak pakai tudung, saya dan Zira macam, ‘Uish’, sebab dia baru darjah lima. Jadi saya macam (beri dia kebebasan) apa yang selesa untuk dia, saya tak dorong atau pun memaksa.
“Alhamdulillah, saya gembira dan saya support sahaja anak saya. Dia nak beli tudung warna apa ke, anak tudung yang macam mana ke.
“Apa yang saya boleh katakan, ia merupakan satu perkara yang saya sangat-sangat bersyukur.” katanya memetik laporan Oh!Bulan.
Ads
Nabil berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media sambutan ‘ERA 25 Tahun’ yang diadakan di Sky Lounge NU Sentral pada Jumaat.
Dalam pada itu, Nabil juga mengatakan bahawa dia tidak menghebohkan keputusan itu kerana tidak mahu anaknya dihina ataupun dikecam sekiranya diuji untuk membuka tudung satu hari nanti.
” Saya tersangat happy sampai saya takut nak share sebab takut nanti tiba-tiba Allah uji dia buka balik dan sebagainya.
Ads
” Tetapi kalau boleh biar dia istiqamah, Allah bagi dia istiqamah, nak belajar lagi tentang agama.
” Itulah harapan saya, tak ada yang lebih menggembirakan saya daripada anak-anak saya buat perkara-perkara yang ikut agama. Saya happy dan lega.” tambahnya.
Ketika ditanya apa yang membuatkan dirinya lega dengan perkara itu, ayah kepada tiga orang anak itu mengatakan bahawa dia tidak mahu anaknya melalui fasa yang pernah dialaminya dahulu.
” Sebab saya dulu tak berapa baik, nakal, belajar agama pun lambat, dapat hidayah pun lambat jadi kalau boleh saya taknak anak saya lalui perkara tu.
Ads
” Biar dia ikut ‘laluan’ yang betul, itu yang saya perlu guide dia. Minta-minta dia istiqamah lah. Doa-doakan dia berterusan je, insya-Allah.” jelasnya.
Sekadar info, Nabil dan isterinya, Nazirah Ayub mendirikan rumah tangga pada 30 September 2011.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Naira Mikayla, Layla Medyna, dan Mishall Imani.
Tiada ungkapan yang lebih tepat selain rasa syukur dan gembira kerana dapat membahagiakan keluarga dengan hasil titik peluh sendiri.
Demikian juga dengan penyanyi dan juga usahawan, Lan Kristal. Dalam satu perkongsian baru-baru ini oleh isterinya, Sheila ada memuatnaik luahan rasa terharu dan sebak dek rezeki yang mereka sekeluarga peroleh.
“Sambung kisah smlm.. .Alhamdulillah.. 13 thn bersama.. semua kami buat sama2.. gado sama2.. tido sama2.. makan sama2.. nangis sama2.. beli kete pon hasil bersama2! .
“Org lain mungkin dah lama pakai.. kami baru dpt rasa.. .Rezeki anak2 yg kami tumpang,” tulisnya.
Dalam pada itu, Sheila percaya amalan bersedekah dan berkongsi rezeki akan mendapat rahmat serta rezeki yang mencurah-curah daripada Yang Maha Esa.
“Jangan penah rasa penat untuk bersedekah.. jangan penat cari rezeki & sentiasa ada rasa ikhlas utk memberi manfaat pd ramai orang..
“selalu memberi makan InsyaAllah rezeki tak putus.. .Lagi rasa ketat, sesak.. lagi banyak sedekah..
“Percayalah.. Allah tahu bila masa yg sesuai utk bagi rezeki pd hambanya.. .Bila di duga.. terus doa doa doa! Hidup bukan utk dinilai manusia.. hidup utk masa “depan” kita kat sana.. .
“Jgn nilai rezeki org dgn rezeki kita.. ia pasti berbeza.. cukup sekadar mensyukuri seadanya..,”ujarnya lagi.
Untuk rekod, Sheila dan Lan telah mendirikan rumah tangga bersama pada 5 Disember 2009.
Hasik perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara, Muhammad Aqid Qassyaff dan Nur Amna Quxandra.
Kalau kita beli cili padi dan simpan di dalam peti sejuk, andai tidak digunakan kurang daripada seminggu mungkin akan layu dan kering. Jadi apa kata kita ambil cili tersebut dan jadikan langkah pertama untuk mula memiliki laman herba di rumah.
Memandangkan orang kata menyemai cili ini tidaklah sukar dan ditambah pula tidak memerlukan ruang atau kawasan tanah yang luas, jadi sesuai sangatlah kita mulakan projek kebun mini hujung minggu ini.
Bila tanaman berhasil, mudahlah jadinya. Nak masak terus dipetik segar daripada pokok. Untuk lebih info, jom kita fahami perkongsian daripada puna Zahara Ramlee ini tentang langkah-langkah menyemai cili.
“Cara semai anak pokok cili cara mudah. Jom ikut step bawah ni. Mungkin ada kalangan sahabat yang dah tahu. Tapi ni cara yang sangat mudah dan tak rugi la kalau nak cuba. Sekurangnya dapat tanam sepokok dua dah jimat wang takyah beli kat pasar.”- Zahara Ramlee
Step 1 – Potong cili yang masak ranum di bahagian tengah.
Step 2– Ambil biji cili tadi tu tabur je dalam pasu kecil @ polybag. Selepas 2 minggu benihnya akan bercambah. Pastikan anak benih jangan letak direct bawah cahaya matahari.
Siram 2 kali sehari dengan semburan halus je.
Step 3 – Anak pokok yang besar dalam 3-4 minggu dah boleh dipindahkan ke atas tanah atau ke pasu @ polleybag besar.
Ekstra tip:
Dah tanam tu jangan lupa bagi anak pokok ni makan. Bubuh la baja 1-2 kali sebulan.
Boleh buat jadual.
Pokok cili akan berbuah lebat selepas 6 minggu tengok juga cara pembajaan. KakZa pakai baja tahi ayam je.
Aidid Marcello rakam anak gadis baru dapat lesen memandu, sweet sangat gelagat dua beranak ni. Selalunya anak perempuan memang rapat dengan ayahnya. Memang si ayah menjadi ‘hero’ pertama buat si anak perempuan.
Aidid Marcello Rakam Anak Gadis Baru Dapat Lesen Kereta
Melalui satu hantaran video yang dimuatnaik oleh personaliti televisyen, Aidid Marcello, warga maya terhibur dengan gelagat Aidid merakam reaksi anak gadisnya, Alyea Nai Lina yang kelihatan gembira ketika menerima lesen memandu.
Yang mana baru dapat lesen tu, bawak kereta elok-elok ya. Congrats, tulis Aidid di ruangan kapsyen.
Bukan main kau posing dengan lesen P tu. Senyum. Kau tengok ni, ni pun keputusan juga ni. Ambil keputusan SPM tak senyum sangat.
Dapat keputusan P je, belum dapat penuh lagi dah senyum.
Habislah kereta aku, nak kena tambat kereta aku.
Sweet Sangat Gelagat Dua Beranak Ni
Dalam nada berseloroh, Aidid berkata, lelaki yang membantu anaknya mengambil gambar tersebut dilihat sedang mencuba untuk memikat.
Ambil gambar seorang pula. Abang ni ‘adjust’ aku rasa. Bukannya aku tak tahu, aku pernah muda.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur dengan gelagat dua beranak ini. Pada masa sama warga maya juga mengucapkan tahniah kepada Alyea.