Bagi yang mengenali pelakon kecil molek ini pasti pernah membaca kisahnya yang dikatakan menghidap penyakit kanser. Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd. Amin, 29, mengakui pernah mengalami sakit tenat sekitar bulan Mei tahun lalu. Namun enggan berkongsi mengenai perkara-perkara peribadi dan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai sakit sebenar yang dialaminya.
Biarpun mengalami dugaan yang cukup hebat, tapi dia tidak mahu mengalah. Akui Ardell kekuatan tersebut diperoleh menerusi mamanya.
“Setiap kali nak kuatkan diri saya lihat wajah mama. Dari saya kecil sehingga sekarang banyak dugaan yang dilalui ibu .Takkan hanya dugaan sakit yang sedikit ini dan dihapuskan dosa saya yang lepas, saya nak anggap itu dugaan yang besar. Mama adalah sumber kekuatan selain adik-beradik lain.
Tinggal dalam pondok ladang kelapa sawit
“Mama saya seorang mualaf, kehidupan kami sekeluarga juga susah. Kami tinggal di sebuah pondok di ladang kelapa sawit. Dek kerana miskin, kami terpaksa berpisah kerana mama terpaksa berikan adik-beradik pada orang lain. Hanya saya sahaja yang tinggal dengan mama waktu itu.
“Ibu mana yang sanggup berpisah dan berikan anak pada orang lain. Tapi demi mahukan yang terbaik untuk anak-anak dia redha. Namun Allah berikan rezeki kami untuk bersatu kembali. Kini kebanyakan adik-beradik saya bekerja dalam bidang kerajaan. Saya nombor lima dari enam beradik tapi ibarat saya ini anak sulung. Malah, saya tak pernah salahkan takdir walaupun sudah mula buat kerja sampingan sejak tingkatan tiga lagi,’ jelas Ardell yang pernah bekerja di funfair.
Ketika itu tiada lain hanya niat mahu membantu mamanya yang hanya bekerja di restoran untuk besarkan mereka semua.
Ads
“Berapa sajalah gaji ditambah pula mama ibu tunggal. Tapi Allah berikan kelebihan saya dalam industri seni. Mungkin rezeki saya dalam bidang ini tetapi kena tahan fizikal dan mental. Tapi itu pun saya lakukan on off sebab mama tak restu. Tapi saya terangkan tujuan saya masuk bidang ini.
Pikul tanggung jawab seorang ayah
“Saya mahu bantu keluarga tak nak hanya duit sekadar cukup sahaja. Perlu ada simpanan untuk waktu kecemasan. Jadi mama restu, jadi saya pikul tanggung jawab seorang ayah sebenarnya kerana saya ada adik yang masih kecil. Bayangkan dulu kami hanya pakai apa yang diberikan oleh pihak zakat dan juga di sedekah oleh orang lain.
Ads
“Kami memang susah sangat waktu itu. Jadi saya rasa adik-beradik yang teringin nak guna benda baru seperti kanak-kanak lain. Saya tahu nun jauh di sudut hati mama saya, dia rasa sedih kerana tak mampu nak bagi apa yang anak ingini. Tapi saya cakap mama tak perlu sedih kerana mama dah tua dan banyak berkorban sejak dulu lagi. Jadi, setiap kali dapat gagi, saya lebihkan pada keluarga. Mujurlah saya ni bukan jenis kaki shopping.
“Ada yang cakap kenapa nak berikan duit pada abang-abang tapi saya kata dalam rezeki kita ada rezeki orang lain. Mereka adik-beradik saya dan saya ada kelebihan yang Allah berikan, jadi kenapa nak kedekut. Saya kongsikan rezeki dan daripada itu Allah tambahkan lagi.
‘Bayaran pertama filem saya simpan dan hantar mama pergi umrah. Walaupun ketika itu saya hanya tinggal RM50 untuk struggle sebulan. Tapi saya nekad. Mama pulang dari umrah, rezeki yang saya peroleh semakin melimpah ruah,”ujar Ardell sambil mengakui Itu tandanya Allah sayangkannya.
Allah duga lagi
Ads
Namun selepas beberapa tahun, dia diuji lagi. Timbul di benak fikiran kenapa Allah menduga sedemikian sedangkan dia berubah dan selalu berkongsi rezeki. Sebagai manusia biasa akuinya tidak mampu lari dari rasa marah.
“Saya mempersoalkan kenapa ia boleh berlaku. Walaupun orang cakap dosa kalau mempersoalkan apa yang berlaku. Tapi sebenarnya Allah tu dah cakap minta atau tanya apa yang nak tahu. Jadi saya tanya direct apa yang ingin Dia tunjuk pada saya sebenarnya.
Struggle dengan bantuan mama
‘’Memang tahun lepas saya struggle tapi mama sentiasa di sisi. Dia selalu bagi dorongan dan selalu bawa saya keluar untuk ambil angin. Jadi buat apa saya nak sia-siakan apa yang mama lakukan.
‘Daripada situ saya mula mengorak langkah dan boleh melakukan semua kerja saya semula termasuklah menerima tawaran berlakon,”ujar Ardell yang ditemui dalam satu majlis pelantikan sebagai menjadi duta bagi koleksi pakaian Ana B X Ardell Aryana sekali gus melancarkan kempen #misimencarikekasih dan #tamakpahala2019 baru-baru ini.
Azah Aziz enggan bermadu, suami buat perjanjian khas perkahwinan sebelum mendirikan rumah tangga. Pelakon Azah Aziz mengakui ada membuat perjanjian khas dengan suaminya, Daud Leroy Abdullah agar lelaki itu tidak berkahwin lebih daripada satu sebelum mereka mendirikan rumah tangga.
Azah Aziz Enggan Bermadu, Suami Buat Perjanjian Khas Perkahwinan Sebelum Mendirikan Rumah Tangga
Azah atau nama sebenarnya Norazah Aziz, 51 bertemu jodoh dengan Daud yang juga warganegara Perancis pada 7 Januari 1995 dan mereka menetap lama di Montreal, Kanada.
“Saya tahu juga mengenai kisah kemelut rumah tangga pasangan artis di Malaysia yang hangat diperkatakan ketika ini. Cuma, apa yang saya boleh cakap, dalam hubungan perkahwinan memang ada pasang dan surutnya.
“Tetapi, syukur Alhamdulillah untuk perkahwinan saya dan suami yang akan genap 30 tahun pada Januari 2025, setakat ini okay saja. Namun, kalau ditanya rahsia kami kekalkan perkahwinan, pemikiran saya ada lain sedikit.
“Suami saya yang juga mualaf, boleh kalau nak berkahwin empat macam lelaki lain. Tapi, kami dah ada buat perjanjian perkahwinan yang dia (suami) tak boleh berkahwin lebih daripada satu,” katanya.
Tambah Azah lagi, dia bukan hanya berkahwin dengan lelaki asing namun, pernah menetap di beberapa negara seperti Kanada dan Perancis yang jauh dari keluarga bersama suaminya itu.
“Saya pun sebenarnya tidak juga meletakkan sepenuh kepercayaan kepada suami sebab memang ada rasa gusar juga jika dia (suami) akan ‘serong’ dengan kita.
“Malah, saya dari semasa ke semasa mesti periksa ke mana dia pergi. Ditambah, sekarang saya pun tinggal di Malaysia serta aktif berlakon dan suami pula bekerja di Dubai.
“Tapi, pada era teknologi ini mudahlah kami buat panggilan telefon setiap hari. Kalau saya terlupa, suami yang akan hubungi saya sebab wajib untuk kami kirim pesanan sebelum tidur,” katanya.
Menurut Azah, dia dan suaminya mempunyai kebiasaan untuk memastikan tidak membawa sebarang perbalahan yang terjadi antara mereka ke hari seterusnya.
“Pada saya, soal kebahagiaan (dalam rumah tangga) ini kita perlu cari sendiri. Cuma, apa yang penting ialah kena sabar dan cara berkomunikasi.
“Hampir 30 tahun hidup bersama, saya dan suami tidak pernahlah kami bergaduh besar. Jika ada perselisihan faham, kita mesti selesaikan segera sebab tak nak ia berlanjutan lama,” katanya.
Hasil perkongsian hidup tiga dekad itu, mereka bahagia dengan dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aaron, 26, Ryan, 20, dan Justin, 17 tahun.
Gudang yang dimiliki oleh jenama terkenal iaitu Elrah Eksklusif mengalami kebakaran dalam kejadian dipercayai berlaku semalam.
Berita itu dimaklumkan sendiri oleh pemilik jenama tersebut, Sass Syed dalam hantaran video terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Video tersebut merakamkan keadaan di lokasi kejadian selepas bomba berjaya memadamkan kebakaran.
Selain itu, video tersebut juga turut memaparkan rakaman daripada orang awam dan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di mana kelihatan seorang lelaki yang disyaki pelaku sedang membaling sesuatu sebelum memanjat pagar dan melarikan diri.
Pemilik Elrah Eksklusif juga menawarkan ganjaran RM100,000 ganjaran kepada mereka yang berjaya membantu mencari pelaku tersebut.
“Minta jasa kawan-kawan untuk viralkan video ni. GANJARAN RM100,000 kepada yang menjumpai pelaku yang cuba membakar warehouse saya.
“Saya buat tindakan ini kerana semalam staff saya cakap ada motor yang dua tiga kali ulang alik di depan warehouse saya pada jam 3 pagi.
“Bila saya diam, mungkin mereka cuba untuk buat sekali lagi. Jadi saya terpaksa buat keputusan ini untuk memastikan keselamatan stock-stock agent saya tahun ini.
“Di sini ada beribu harapan agent untuk buat duit. Saya tidak boleh bagi mereka untuk menghancurkan harapan agent-agent saya.
“Tolong bantu saya kongsi dan jumpa pelaku yang berhasad dengki ini. Jika ada maklumat minta share pada +6018-239 9080,” tulisnya.
Resipi ayam goreng ini memang mudah untuk dibuat di rumah. Rugi kalau tak cuba sebab bahan-bahan yang digunakan simple je sedap.
Yang penting anak-anak suka kan. Lebih-lebih lagi bahagian ayam yang bersalut tepung menjadikannya ‘kerinting’ atau berkuping-kuping seperti baru dibeli dari kedai. Nak tahu cara buatnya, jom cuba resipi dari Sue Riana ini.
Si ank mintak ayam goreng. Lama ummi buat R nD mcmna nk bagi kerinting ayam goreng nih. Letak telur tak kerinting gok. Tengok dekat facebook siap ada kelas lagi utk tahu mcmna ayam goreng berkuping2 nih.. Tak kuasa nak msuk kelas boo nk gorengayam.. Hahaha….bkn kita nk niaga pun…
Hari ni dah tahu jawapan. Taraa….
Resepi:
Sediakan tepung goreng ayam (kita beli tepung goreng ayam kt shoppe) Tepung BESTARI pun ok. Air masak sebekas Ayam yang telah dipotong dan dicuci bersih. Toskan. Lumur dalam tepung…golek2… Pastu rendam dalam air lebih kurang 30saat. Jangan lama… Bila dah toskan, gaul gaul gaul gaul golek golek ayam dalam tepung sekali lagi…gaul banyak kali
Gaul lama2 pun xpo…lebih 40x lg afdhal…Die akan keluar effect kerinting. Taraaaa. Eh lupa…sebelum tuh panaskan minyak. Kena betul-betul panas. Api sederhana.. Goreng sehingga golden.Angkat dan tos. Boleh lah kan effect kerinting dan kuping2nye. Bagi newbie mcm kita.
Panjang celoteh ayam goreng jer pun. Selamat mencuba..
Notes: Tangan yg menggaul ayam pastikan sentiasa kering. So nk celup aym dlm air sila guna kan penyepit.
Puding kastard tiramisu biskut cream crackers, pemanis mulut menggoda selera. Tiramisu merupakan pencuci mulut yang semakin mendapat tempat di hati ramai penggemar makanan manis.