Malang tidak berbau, baru-baru ini tular di media sosial berkenaan kisah seorang anak kecil yang terkunci di dalam bilik fitting room gara-gara bermain sorok-sorok di sebuah kedai pakaian.
Pun begitu, mujur dengan tindakan berani seorang pemuda menyelamatkan kanak-kanak tersebut akhirnya berjaya menyelamatkan keadaan. Ini sekali gus tindakan lelaki tersebut mendapat pujian dan perhatian umum.
Anak Terkunci Dalam Fitting Room
Insiden ini berlaku pada awalnya difahamkan ibu kanak-kanak ini berkunjung ke pusat membeli belah tersebut untuk membeli baju untuk suaminya. Namun sewaktu sedang memilih pakaian yang berkenan di hati, berlaku sesuatu yang tidak diingini. Anak terkurung di dalam bilik fitting room!
Ads
Melalui perkongsian video di TikTok farehan269, telah berkongsi situasi getir saat cuba membuka pintu tersebut namun tidak berjaya dan akhirnya meminta pertolongan daripada staff kedai tersebut. Mujur ada staff yang kurus dan berjaya meloloskan diri melalui bahagian atas pintu meskipun lubang tersebut berukuran kecil.
Ekoran kejadian tersebut, ibunya menulis di ruangan kapsyen beginilah jadinya bila membawa anak empat orang tanpa ditemani suami. Bukan mudah rupanya dan membuatkan dirinya seperti seorang sarjan askar pula.
@farehan269Alkisah. Ibu dtg nak beli baju ayah dia. Yaya dgn adik bradik lain g main nyorok2 dlm fitting room. Nasib tak baik,lock fitting room tu problem dia punya lock sangkut.. Dah xleh bukak.. Terpaksala minta tlg staff waikiki ni handle.. 😅 Korang buat ibu rase stresss oooo 😂 ibu anak 4 bila berjalan tanpa ayahnye memg mcm sarjan askar😁.. Tapi tulah. Ade culasnya jugak..sabar jelahhh.. 🤣♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet bersyukur dan bangga dengan manager outlet tersebut yang berjaya menyelamatkan kanak-kanak daripada terkurung di dalam fitting room.
Kadang-kadang tanpa sedar, kita anggap apa salahnya salin baju depan anak kecil. Kita rasa biasa kerana anak masih lagi kecil. Disebabkan itulah kita tanpa rasa segan silu menukar pakaian depan anak-anak. Jangan biasakan!
Kenapa tak elok ibu ayah salin baju depan anak dan apa kesannya? Ikuti perkongsian Kaunselor Keluarga, Tuan Haji Hushim Salleh.
Kadang-kadang mak ayah tanpa kita sedar kita adalah sebagai contoh pada anak-anak. Sebenarnya dalam Islam pun kita ada disebut kita kena jaga aurat kita depan anak-anak.
Anak-anak walaupun masih kecil dan tak berapa faham sangat tapi kita masih tetap kena jaga aurat kita sebab ia tidak digalakkan dalam Islam.
Kenapa tak bagus salin baju depan anak?
Misalnya kalau tukar baju depan anak, kemungkinan ada aurat kita yang terdedah dan anak-anak akan melihatnya.
Anak-anak di bawah 10 tahun walaupun masih belum punya nafsu misalnya namun dengan dunia sekarang dan dengan pelbagai kartun yang tidak sihat yang dilihat anak-anak, dimana dalam kartun itu sendiri tanpa disedari anak-anak menonton benda yang tak sepatutnya, terutama yang tidak menutup aurat.
Dalam masa yang sama pula, kita sebagai mak ayah mendedahkan aurat kita depan mereka. Ini sebenarnya perkara yang tidak sihat.
Sebaiknya lihat sekeliling dahulu dan bila anak tiada barulah mak ayah dengan selesanya salin pakaian. Jadikan ini kebiasaan.
Dalam psikologi sendiri, biasanya pemerhatian dan penglihatan ini akan mempengaruhi pemikiran kita.
Kalau kita baca Quran hari-hari, bila tak baca rasa rindu. Macam itu juga dengan kanak-kanak, bila dia melihat benda yang tak sepatutnya di rumah, bila di sekolah berkemungkinan dia cenderung terhadap sesuatu yang dilihatnya.
Sebaiknya jangan tukar pakaian depan anak-anak, tak kiralah sama ada di dalam bilik atau di ruang tamu. Jagalah aurat kita dan jadikan model pada anak-anak.
Supaya anak bila membesar menjadi anak dengan akhlak yang baik. Kita jaga akhlak kita depan anak-anak, Allah jaga keluarga kita.
Mengapa menjerit? Alasannya, jeritan akan membuat anak berasa takut dan ikut arahan yang diminta. Ada juga menjadikan jeritan sebagai salah satu cara untuk memastikan anak mengikut suruhan dengan cepat terutama ketika keadaan menjadi kelam kabut di awal pagi.
Amalkan tips dan teknik ini dan anda tidak perlu menjerit dan dijerit. Teknik ini perlu dilakukan secara konsisten dan jadikan ia sebagai amalan seumur hidup. In sha Allah akan berhasil jika anda benar-benar mahukan perubahan ini.
Terima kasih dan maafkan saya.
1. Rutinkan ucapan terima kasih dan maafkan saya sebagai ucapan harian yang wajib ada di rumah atau di sekolah. Ucapan ini melatih anak untuk rasa dihargai dan menghargai.
Tenang dan kawal
2. Bertenang, bertenang dan bertenang walaupun keadaan kelam-kabut. Kanak-kanak adalah pemerhati terbaik dan mereka akan lihat dan ikut bagaimana anda urus diri anda ketika waktu tenang atau waktu kelam-kabut. Ketika anda mulai rasa kelam-kabut, ambil masa 10 saat untuk bernafas dengan baik dan bertenang. Kawal emosi anda dan anda akan lihat keadaan menjadi tenang dan terkawal. Katakan “Semuanya terkawal dan saya amat tenang sekali”.
Suara lembut dan sopan
3. Ajari anak menggunakan suara lembut dan sopan. Tunjukkan melalui teladan. Anak-anak perlu diajar cara bercakap dalam keadaan suara yang lembut dan sopan. Guru terbaik adalah anda. Jika anda mahu anak bercakap dengan suara yang lembut dan sopan, anda juga perlu berbuat demikian. Hasilnya anda tidak perlu menjerit dan dijerit oleh anak-anak.
Teknik bisikan
4. Anda boleh menggunakan teknik bisikan apabila ingin meminta anak anda lakukan sesuatu. Dengan bisikan, anak anda akan lebih peka dan teruja untuk melakukan aktiviti yang anda inginkan. Lakukan ia seperti permainan. Contohnya: Dalam nada berbisik “Aiman… tolong mama simpan baju dan seluar biru dalam almari”/ “Siapa boleh tolong mama simpan semua mainan paling pantas dalam kotak? Satu… dua… tiga…”
Pandangan mata
5. Pandang mata dan tunduk ketika bercakap dengan anak. Apabila bercakap atau memberi arahan kepada anak-anak. Pastikan anda memandang mata mereka dengan pandangan kasih dan sayang dan tundukkan sedikit badan atau duduk sedikit supaya anak tidak perlu mendongak ketika bercakap dengan anda.
Cara ini membantu anak menerima arahan anda dengan jelas dan sepenuh perhatian. Cara ini juga perlu digunakan ketika anak anda berbual dengan anda. Memberi sepenuh perhatian ketika anda atau anak sedang bercakap mendidik anak secara tidak langsung untuk memberi perhatian tanpa perlu menjerit.
Kaedah beri arahan anak lelaki dan perempuan
6. Kaedah beri arahan kepada anak lelaki dan perempuan tidak sama. Otak anak lelaki adalah monotrek bermaksud otak anak lelaki fokus pada satu perkara dalam satu masa. Ini bermakna, anak lelaki perlu diberi satu arahan dalam satu masa. Selepas anak menyelesaikan tugasan tersebut, barulah ditambah dengan arahan seterusnya. Cara ini membantu anak untuk faham arahan dengan mudah.
Otak anak perempuan bersifat multitasking. Anda boleh memberi 2 hingga 3 arahan kepada anak perempuan untuk diselesaikan dalam satu masa. Contohnya: “Sofea, tolong ibu angkat pingan, cawan dan sudu dan letakkan di dalam sinki.”
Pasang ayat-ayat Al Quran
7. Pasang ayat-ayat Al Quran, zikir munajat atau lagu- lagu bertemakan alam contohnya ‘Nature soothing music‘ untuk meredakan keadaan yang tidak terkawal. Keadaan rumah atau sekolah yang tidak terkawal menyebabkan tekanan. Tekanan inilah yang menyebabkan kita akan menjerit dan dijerit. Adakan satu sesi dalam masa 30 minit – 1 jam setiap hari secara konsisten untuk bertenang.
Berikan Pujian
8. Berikan pujian, sokongan, kata-kata semangat, pelukan, tepukan atau hadiah berupa makanan berkhasiat, peralatan tulis atau stickers kepada anak sebagai hadiah galakan dan motivasi ketika mereka mendengar kata, berjaya melakukan tugasan yang diminta dan bertutur dengan sopan.
Minta anak ulang arahan
9. Anak-anak perlukan masa untuk memahami arahan yang diberi. Jadikan ayat suruhan anda ringkas dan sesuai untuk anak selesaikan. Antara cara terbaik untuk memastikan anak faham atau tahu apa yang anda inginkan. Minta anak ulang semula kata-kata anda. Contoh: “Haikal, tolong mama angkat tuala putih dan biru atas lantai. Haikal, tadi mama minta tolong apa?”
Tunjukkan caranya
10. Arahan seperti: kemas bilik, cuci pingan, sapu sampah adalah suruhan yang tidak semua anak faham apa yang dimaksudkan dengan kemas bilik. Tunjukkan caranya apa itu kemas bilik, cuci pingan dan sapu sampah. Walaupun bagi anda perkara-perkara di atas adalah remeh dan anak telah biasa lihat bagaimana anda mengemas. Tunjukkanlah caranya agar anak lebih faham tugasan-tugasan yang dibeikan.
Anda adalah contoh utama dan pertama yang akan diikuti oleh anak-anak. Perbuatan dan perbualan anda perlu seiring dan sejalan dengan apa yang anda mahukan dari anak-anak. Jika mahu anak mendengar kata tanpa menjerit dan dijerit, berbuallah dan bertindaklah dengan tenang dan konsisten.
“What you give, you get back”. Selamat mencuba dan semoga tips dan teknik ini membantu anda dan anak anda.
Sumber: awal.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pejam celik lagi beberapa hari sahaja lagi kita nak menyambut bulan Aidilfitri. Perasaan teruja nak beraya tu sangat kuat dek dua tahun tidak bersua muka.
Dalam seronok hendak menyambut Aidilfitri jangan lupa, adab dan topik yang sesuai untuk berbicara.
Ini 5 larangan waktu ziarah raya yang boleh dijadikan panduan:
#1 Jangan sembang pasal fizikal orang
Bila lama tak jumpa pasti ada perubahan fizikal terutama perkara paling sensitive untuk ditegur adalah bentuk badan yang semakin berisi. Haaa, jangan sesekali bertanya atau menegurnya ya. Alamatnya memang itu raya last lah korang berjumpa!
#2 Jangan bandingkan anak orang
Ini rasanya budaya lama yang sampai sekarang masih wujud lagi. Ibu bapa tak usahlah bandingkan anak korang. Kanak-kanak pun ada perasaan, daripada seronok nak beraya mesti mood dorang kelaut dan terus ajak balik sebab malu dibandingkan.
#3 Jangan suap bayi lain makanan tanpa izin
Ini banyak kes dah terjadi, bila ibu berang anak mereka especially bayi baru lahir disuap makan. Kita tak tahu apa makanan yang sesuai untuk bayi tiba-tiba pergi suap kuih raya tanpa pengetahuan ibu bapanya kalau jadi apa-apa kan dah susah.
#4 Jangan pertikaikan pekerjaan orang
Nak beraya tu tak payah lah pilih bulu bersembang dengan orang yang ada pekerjaan professional atau yang kaya raya sahaja. Raya kan masa kita untuk mengeratkan sialturahim, kalau korang tanya fasal kerja dan kebetulan orcang tu baru sahaja diberhentikan kerja kan dah buat dia terasa.
#5 Jangan tanya kenapa belum dapat anak
Haa..ini paling sensitif! Terutama buat pasangan yang dah lama menantikan cahaya mata serta dah berusaha macam-macam untuk mendapatkannya. Kita tak tahu kesusahan dan kepayahan mereka, jadi janganlah tanya apa-apa mengenai anak, pasti terasa!
Sumber : Astro Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.