Ringkas tapi itulah kata-kata yang sesuai dengan situasi yang dialami oleh pelakon, penyanyi dan usahawan, Tomok baru-baru ini.
Menjelang aidilfitri yang tidak lama lagi, rata-rata orang ramai dah mula mencari barangan terutamanya pakaian untuk menyambut hari raya termasuklah bagi selebriti ini. Namun, dalam keseronokan bersama keluarga membeli belah berlaku sesuatu kejadian yang tidak disangka di mana anak Tomok tertumpahkan cat kuku dan terkena pada pakaian di sebuah kedai pakaian.
Menyedari keadaan tersebut, Tomok cuba untuk bertanggungjawab dengan mahu membayar kesemua baju dan seluar yang terkena cat kuku berkenaan. Namun kesemua pakaian tersebut selepas diskaun, harganya ialah RM5,593.
“Anak saya tertumpahkan kutek. Bukan pada satu tapi pada beberapa helai. Dengan total selepas diskaun RM5,593. Saya minta tolong gais. Jadi saya nak juallah semula, sebab bukan saiz saya. Tak pe saya bayarlah dulu. Saya fahamlah ini memang salah saya. Doakan saya, siapa yang nak beli boleh DM saya. Sehelai RM1,200. InsyaAllah ada rezeki lain untuk saya.” katanya dalam perkongsian di Instagram itu.
Rentetan dari itu, hari ini dalam perkongsian lain Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail telah berkongsi baju dan keluar yang dibelinya itu untuk dijualkan kepada sesiapa yang berminat dengan harga yang murah dari harga asalnya. Malah dia juga turut menunjukkan kesan cat kuku yang terkena pada pakaian tersebut.
Meninjau di ruangan komen, kurang dari satu jam perkongsian tersebut, Tomok telah berjaya menjual kesemua barangan tersebut. Malah ada juga pengikutnya dari kalangan selebriti dan orang ramai turut membantu untuk beli dan mendoakan yang baik-baik buat tomok dan sesiapa yang membeli pakaian tersebut.
Ads
Sumber : Instagram tomokofficial
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hampir sembilan tahun mendirikan rumah tangga, sudah pasti pelakon dan penyanyi Izzue Islam serta isterinya, Awin Nurin tidak berhenti berusaha dan berdoa agar dikurniakan cahaya mata
Memetik mStar Online, Izzue memaklumkan dia dan isteri terpaksa menghentikan rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) untuk mendapatkan cahaya mata berikutan kesibukan kerja serta jadual kerja yang padat.
“Untuk rawatan (IVF), kami sudah berjumpa dengan doktor dan keputusan semuanya baik sahaja cuma doktor pesan perlu ada masa untuk rehat sebab kalau kerja berterusan mungkin akan mengganggu proses rawatan
“Jadual saya agak padat pada tahun ini dan untuk tahun depan pun ada yang sudah susun jadi saya dan isteri rancang nak kosongkan jadual sekurang-kurangnya sembilan bulan,” katanya.
Dalam pada itu, Izzue memberitahu dia akan kembali menyambung rawatan pada hujung tahun ini jika diberikan kesempatan waktu.
“Saya memang nak sambung kembali rawatan cuma komitmen kerja sangat tinggi saat ini, kalau sempat hujung tahun ini kami akan cuba lagi sekali,” katanya.
Untuk rekod, Izzue mendirikan rumah tangga dengan Awin Nurin pada 2 Jun 2013.
Apapun, moga urusan Izzue dan Awin dipermudahkan pada waktu akan datang.
Benarlah orang kata, Rezeki tak bermaksud dari segi anak saja, namun sebelum ini Izzue telah memuatnaik satu video yang mana Izzue dan Awin baru membeli rumah baru mereka berdua. Memang besar dan luas ya. Alhamdulillah tahniah Izzue dan Awin
Tiada apa yang menggembirakan anak-anak bila dapat bermain. Apatah lagi jika bermain bersama dengan ibu ayah dan tahukah anda, bab bermain ini ayah dikatakan lebih bagus skill nya berbanding ibu.
Maklumlah, ayah biasanyan lebih ‘gila-gila’ sedikit perangainya dan kanak-kanak suka bermain dengan cara begitu.
Selain itu, rupa-rupanya bermain bukan sahaja membuatkan hati anak-anak seronok bahkan sedar atau tidak dengan bermain dengan anak kita sebagai orang tua juga akan turut gembira sekali gus hilang rasa tertekan.
Jadi, rugilah kalau kita lepaskan peluang dan masa untuk bermain dengan anak-anak. Antara manfaat lain yang diperolehi daripada bermain, di sini dikongsikan oleh Mohd Fhais.
Ini perkongsiannya.
Ruginya kalau ayah leka main games di telefon. Sedangkan main games dengan anak lebih afdal.Sesungguhnya part bermain, ayah lebih baik dari ibu
– Anak lebih suka main dengan ayah
– Anak lebih rasa puas main dengan ayah
– Badan ayah boleh jadi “Play Tool”
– Sifat gila gila si ayah anak paling suka
Gambar hiasan
Lagipun hanya ayah je boleh beri manfaat ni pada anak dengan bermain.
1 – Anak sangat suka games “Rough & Tumble”. Dan ayah adalah orang yang paling sesuai sekali main lasak lasak begini. Ibu tak larat punya.
2 – Games begini bagus sebab dapat bantu anak tingkatkan fizikal limit seperti otot, stamina dan daya tahan dia.
3 – Dengan ayah je boleh buat “Messy Games”, kalau dengan ibu memang menyinga la dia.
4 – Messy games ni bagus, walau selekeh tapi mainan selekeh tu dapat tajamkan 5 sensori penting dan motor halus anak.
5 – Siapa sangka, hanya dengan bermain dengan ayah anak boleh tambah limit konsentrasi dia.
Gambar hiasan
6 – Dari boleh fokus 10-20 saat je, lepas selalu bermain boleh naik ke 1-2 jam daya fokus dia. Ini persediaan bagus sebelum anak sekolah.
7 – Bila anak cuba panjat belakang ayah, masa tu otak anak ligat berfikir. Dengan kaki ketot dia tu dia cuba nak panjat dan terkial kial nak imbang badan dia.
8 – Pengalaman itu semua akan latih coping dan problem-solving anak jadi makin cekap.
Senang cerita, makin kerap kita main dengan anak, makin sihat la perkembangan fizikal, mental dan emosi anak kita.
Yang bagusnya. Manfaat ni dapat dua dua pihak.
Gambar hiasan
Bukan anak je sihat, dengan si ayah sekali makin sihat dan makin kurang stress.
Ini la manfaat yang kita tak akan boleh dapat dari bermain games di telefon. Makin stress adalah!
Wallahu A’lam,
Sumber : Mohd Fhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Anak bukan syarat utama bahagia selepas nikah dan bagi pasangan ini mereka merasakan untuk bahagia selepas bernikah tidak perlukan sebarang syarat.
Ikuti perkongsian NZ Nor Firdaus, seorang suami yang berhati mulia ini.
Ovari Isteri Dibuang Sebelah
Berapa orang anak sekarang?
Itu antara soalan yang biasa ditanya bila kita sudah berkahwin, namun pada mereka yang belum dikurniakan cahaya mata mungkin pada mereka itu soalan sensitif. Tapi insyallah tidak pada saya.
Mungkin ada yang tidak tahu, saya berkahwin dengan isteri saat ovarinya sudah dibuang sebelah. Maksudnya ada satu saja ovari, dibuang kerana kanser (panjang ceritanya dan berlaku sebelum saya kenal isteri).
Suami Tahu Risiko
Saat saya berkahwin saya sudah tahu apa risikonya, antaranya penyakit akan berulang mahupun kesukaran mendapat cahaya mata.
Tapi sudah namanya jodoh kan, kami pun berkahwin dan saya pun menerima isteri seadanya dan sudah berfikir panjang pada dua risiko utama itu.
Kadang-kadang ada yang tanya kenapa buat keputusan sedangkan tahu risikonya, ada yang tanya macam mana kalau tak ada anak, anak kan penyeri.
Sukar Hamil
Pada saya bahagia itu perlu diletak tanpa syarat. Kalau kita fikir berkahwin itu akan bahagia bila ada anak, anak itu boleh jadi juga satu cabaran. Kalau kita letak bahagia itu kerana kaya, maka kita mungkin diuji dengan ketidak cukupan.
Allah sudah sediakan saya sebelum berkahwin, saya berjumpa ramai pasangan yang tetap bahagia walaupun tidak dikurniakan anak.
Sebenarnya selepas berkahwin , isteri pernah dua kali mengandung, tapi dua-dua kali itu gugur. Hikmah gugur itu asbab kami buat check-up dan di situlah bermulanya kehidupan kami sering ulang alik ke hospital.
Mula-mula follow up sebab cyst, lama-lama jumpalah cancer. Memang fasa drama air mata itu memang keraplah kan. Siapa tak sayang isteri.
Foto: Canva.com
Lagi pula baru kahwin tak sampai 6 bulan lagi dan lumrah seorang wanita dia juga inginkan dirinya mampu lahirkan anak. Iyalah sebab bila doktor kata, harapan mengandung masih ada tapi risiko tetap ada. Saya terus cakap tak apa, anak kita tolak tepi kita kejar sihat dulu.
Saya selalu cakap dengan isteri, kita tak dikurniakan anak sendiri tapi hampir setiap hari Allah bagi peluang jemputan program. Selalu cakap dekat isteri, ini haa ramai anak-anak kita kena jaga. Allah itu Maha Adil, kadang-kadang Allah kurangkan sesuatu, Allah pasti lebihkan sesuatu.
Foto: Canva.com
Saja nak tulis post ini sebab saya faham ada sesetengah pasangan memang stres dengan soalan anak ini. Cuma pada saya dengan isteri selalu berbincang, jangan letakkan bahagia itu bersyarat kita akan stres nanti. Jadi kami cipta bahagia sendiri dan bersama. Kami bebas berjalan ke sana, ke mari. Makan berdua selalu tanpa gangguan.
Syarat Utama Bahagia
Yang dikurniakan cahaya mata, jagalah sebaiknya. Matinya anak adam, tiga sahaja bekalan yang masih boleh di bawa iaitu:
1. Doa anak soleh
2. Sedekah jariah
3. Ilmu yang bermanfaat
Dan memang sedih pada kami bila berurusan atau dengar kes-kes buang bayi, gugurkan bayi. Memang sedih, iyalah orang yang hendak Allah tak izinkan, yang dapat mudah-mudah melepaskan. Sedihkan.
Selepas Nikah
Kami yakin Allah sebaik-baik perancang.
Jadi kalau orang yang baru kenal dia tak sengaja tanya soalan anak ini saya akan cakap, anak sudah dekat syurga dan saya tidak ambil hati.
Saya mohon doakan isteri saya yang sedang melawan kansernya agar terus kuat dan doa juga saya pun kuat. Saya juga doakan semua sahabat-sahabat Facebook saya pun kuat dan dapat bahagia yang di cari dalam rumah tangga.
Ujian pasti datang pelbagai cara dan kebahagiaan juga akan datang dalam pelbagai cara. Cuma perlu yakin, usaha dan doa. Insyaallah.
Di saat rakyat Malaysia terus dihimpit tekanan hidup daripada kos sara hidup yang melambung, kerjaya yang tak menentu, hingga hubungan peribadi yang semakin renggang hadir semula satu peluang untuk mereka yang nekad nak ubah hidup, bukan sekadar luaran, tapi dari dalam.