Bila diumumkan  pembukaan Pulau Langkawi di bawah gelembung pelancongan (travel bubble), tentunya ramai antara kita yang teruja untuk membawa keluarga dan  anak-anak bercuti. Pun begitu tidak dinafikan ada juga sebahagian keluarga  yang masih takut-takut nak bercuti dalam musim wabak. Tepuk dada tanya selera!

Terbaharu memetik laporan berita di Harian Metro, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesan satu kes positif Covid-19 dalam kalangan pelancong ke Langkawi membabitkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dari Nilai, Negeri Sembilan, Ahad lalu.

Pengarahnya, Dr Othman Warijo berkata, siasatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Langkawi mendapati kanak-kanak itu bersama ibu dan ayahnya tiba di Langkawi pada jam 7.30 malam Jumaat lalu, melalui penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

Katanya, ibu dan ayah kanak-kanak berkenaan sudah menerima vaksinasi lengkap dan ia adalah bukan kes kontak rapat kepada kes positif Covid-19 dengan kanak-kanak itu juga tidak bergejala.

Anak Umur 3 Tahun Dibawa Melancong Ke Langkawi, Positif Covid-19!
Photo by Sangga Rima Roman Selia on Unsplash

“Saringan RTK-Antigen menggunakan air liur ke atas ibu dan ayah kanak-kanak ini telah dilakukan di KLIA2 iaitu sebelum mereka berlepas ke Langkawi dan disahkan negatif.

“Kanak-kanak ini juga tidak mengalami gejala sebelum perjalanan dan ketika saringan di KLIA2 sebelum berlepas ke Langkawi, mereka turut memakai pelitup muka sepanjang berada di KLIA2, dalam penerbangan dan ketika berada di Langkawi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Othman berkata, bagaimanapun kanak-kanak berkenaan mula mengalami demam pada Sabtu lalu, dan dibawa mendapatkan rawatan pada Ahad sebelum disahkan positif Covid-19.

Katanya, hasil siasatan mendapati selain ibu dan ayah kanak-kanak itu, terdapat tiga orang saudara yang juga penduduk tempatan Langkawi menjadi kontak rapatnya.

IKLAN

“Kesemua lima kontak rapat sudah menjalani ujian saringan dan diberi arahan kuarantin selama 10 hari.

“Keputusan ujian saringan mendapati kesemua kontak rapat adalah negatif dan hasil siasatan juga mendapati kemungkinan jangkitan ke atas kanak-kanak ini berlaku sebelum melancong ke Langkawi,” katanya.

Beliau berkata, sehingga hari ini, hanya satu kes positif dilaporkan membabitkan pelancong ke Langkawi dan tiada penularan dalam kalangan ahli keluarga atau penduduk tempatan berlaku.

“Keadaan kanak-kanak ini adalah bergejala ringan dan diletak di bawah pemantauan pasukan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Langkawi, manakala kontak rapat lain adalah tidak bergejala dan mereka lengkap vaksinasi.

“JKN Kedah dan PKD Langkawi akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan dan akan memastikan langkah pencegahan serta kawalan sewajarnya dilaksana secara berterusan,” katanya.

IKLAN

Sumber : myMetro 

ARTIKEL MENARIK:“Untuk Bahagia Kita Perlu Membahagiakan…” Cikgu Ni Kongsi Pengalaman Hidup, Jadikan Inspirasi.

LAGI ARTIKEL MENARIK :“Rumah Persaraan Sebaiknya Kecil & Setingkat Sahaja”-Dr Azizul Azli Jelaskan Cara Nak Persiapkan Rumah Persaraan!

Anak Umur 3 Tahun Dibawa Melancong Ke Langkawi, Positif Covid-19!

IKLAN

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Anak Umur 3 Tahun Dibawa Melancong Ke Langkawi, Positif Covid-19!

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI