Didikan ibu bapa menjadi penentu karektor dan sikap setiap anak. Tak kira anak perempuan ataupun anak lelaki, masing-masing perlu diajar bertanggungjawab membantu kerja-kerja rumah.
Anak-anak yang sudah diajar membantu ibu bapa melakukan kerja rumah akan membesar sebagai individu yang ringan tulang dan bertanggungjawab.
Ramai pakar-pakar kekeluargaan dan keibubapaan sering berkongsi dan berpesan kepada ibu bapa agar mengajar anak lelaki mereka juga membuat kerja rumah.
Dengan melakukan kerja rumah, anak lelaki akan lebih berdikari dan makin hormat kepada ibu selepas tahu betapa penat sebenarnya membuat kerja rumah.
Anak Yang Baik
Baru-baru ini pelakon dan usahawan, Puteri Sarah ada berkongsi sebuah video di mana anak sulungnya, Syaikhul Islam membantunya melakukan kerja rumah.
Dalam video tersebut, Syaikhul dilihat sedang membasuh pinggan yang berada di dalam sinki.
Menurut Puteri Sarah, Syaikhul sememangnya seorang anak yang baik, soleh dan rajin membantunya di dapur. Lebih terharu, anaknya itu boleh dikatakan sangat matang, pandai menyayangi orang serta terlalu melindungi adiknya, Summayah.
Good morning from Syaikhul Islam anak yang baik, anak yang soleh. Keep being you. Anak yang rajin tolong mama dan hormat orang tua. Baru 5 tahun tapi matang dan sayang serta protect adik.
Menerusi video tersebut juga, Syaikhul berkata dia hendak menjadi seorang yang rajin dan mahu meringankan beban ibunya. Tambah Syaikhul, dia selalu memasak bersama ibunya. Di akhir video, Syaikhul meluahkan rasa sayang terhadap ibunya.
Ads
Bertuah sungguh Puteri Sarah dikurniakan anak lelaki yang penyayang dan ringan tulang. Semoga dia terus menjadi pelindung kepada ibu dan adiknya.
MasyaAllah sejuk perut mama Syaikhul
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Puteri Sarah memuji Syaikhul yang sangat rajin membantu mamanya membuat kerja rumah.
Selain dari itu mereka turut mendoakan agar Syaikhul terus menjadi anak yang baik, soleh dan menjadi pelindung kepada mama dan adik perempuannya.
Menyentuh tentang pengorbanan seorang isteri, pastinya punya kisahnya yang pelbagai dan tersendiri. Bagi pihak suami pula, ada yang begitu menghargai setiap pengorbanan isteri dan bukan juga perkara pelik bila mana ada yang langsung tidak ambil pusing tentang apa yang telah dilakukan oleh isteri mereka. Itulah realiti kehidupan!
Pun begitu, perkongsian daripada seorang suami ini yang ikhlas menitipkan kata-kata penghargaan buat isteri tercinta yang sanggup hidup susah senang bersamanya hingga kini dan selamanya. Semoga kata-kata ini juga dapat menyedarkan lelaki bergelar suami untuk sama-sama tahu menghargai setiap pengorbanan isteri.
Dia isteriku .. kenal tahun 2005, kenal waktu ni aku kerja sebagai seorang penjual pencuci lantai dan pencuci sayur . Masa tu kami mula bercinta, kemudian company tutup, Aku menganggur di kampung sambil kerja di sawah, dia masih setia bersama aku .
Kemudian aku dapat tawaran kerja sebagai kerani bank, aku tunjuk surat tawaran kerja tahun 2006 dengan gaji RM995 , itu pon dia dah cukup gembira, waktu tu dia bekerja sebagai pengasuh di Taska keluarga dia , 22 Nov 2007 Kami bertunang, cukup setahun 21 Nov 2008 kami bernikah dengan majlis yang sederhana, waktu tu aku masih kerani bank yang bergaji RM1,500, dia banyak bantu sampai bahagian duit hantaran yang aku bagi pon dia pulangkan kat aku balik untuk aku mulakan kehidupan berkeluarga, Aku guna duit tu beli sikit kelengkapan rumah dan deposit beli rumah rezeki 3 bulan lepas kawin, lepas sewakan rumah pertama tu, aku beli satu lagi rumah untuk duduk . Waktu ni aku masih lagi seorang kerani bank .
Waktu pindah masuk rumah ni, dia ikut sekali dan tinggalkan urusan Taska pada adik dia, dia cakap nak berniaga nasi lemak untuk bantu pendapatan aku ketika tu. Dia bangun seawal pukul 4 Pagi , pukul 6.30 dia keluar berniaga tepi jalan nasi lemak seringgit. Bila aku keluar rumah pergi kerja, aku lalu gerai Wife berniaga dengan satu meja, satu kerusi tanpa payung. Aku banyak kali menangis sendiri dalam kereta. Lepas tu dia rasa jiwa dia lebih kepada kanak-kanak juga, dia ambil upah mengasuh anak jiran-jiran di rumah hinggalah 2 tahun yang lepas aku Minta dia stop sebab setiap hari aku takut bila asyik terbaca kat surat khabar kanak-kanak meninggal di rumah pengasuh, takut apa-apa jadi dia dipersalahkan. Kini aku sudah berkemampuan .
Dia memang senang berdikari, tapi apa-apa dia buat dia akan minta izin aku dulu. Dia tidak pernah menyusahkan, dia tak kisah walaupun tiada honeymoon ke luar negara sejak kami kawin, Port Dickson pon ok jer bagi dia. Tak pernah dia minta apa-apa hadiah mahal walaupun suaminya dah mampu. Kalau beli barang-barang mahal aku terpaksa beli senyap-senyap. Kalau tanya dia harga tu mahal dia tak mau. Emas pun tidak pernah sekali pun dia minta sebelum ni, semua dia beli sendiri, simpan duit, main kutu dengan kawan-kawan . Dia pernah cakap dulu , dia akan minta bila suaminya benar-benar mampu. Walaupun mampu, aku ni pulak jenis kalau tak mintak , memang aku tak belikan. Semalam tu dia minta belikan emas bukan dia scam aku, itulah cara nak mintak sesuatu dari aku .. Aku jenis tak pandai nak offer.
Beberapa bulan lepas dia minta izin nak bawa anak saudara dia umur 7 tahun yang OKU dan sakit jantung berlubang tinggal bersama kami, “Pa, dia anak syurga, mungkin kat ‘sana’ dia pulak akan bantu kita nanti”. Aku izinkan dan sekarang anak saudara dia tu dah tinggal bersama kami dan mula bersekolah di sini dalam kelas khas. Muka dia nampak garang , sekali dia jegil mata, budak-budak semua tunduk, tapi hati dia cukup lembut.
Aku seorang lelaki , kadang-kadang aku lalai, diuji dengan harta, pangkat hingga aku terlupa pengorbanan seorang Isteri yang setia bersama aku dari aku tiada apa-apa. Terlalu banyak lagi pengorbanan dia pada Aku hingga sebesar-sebesar pengorbanan seorang Isteri . Dia yang melengkapi segala kelemahan aku selama ni . Bila tersedar… aku hanya tahu , Aku perlu bahagiakan dia hingga akhir hayat aku. Dia Satu-satunya bidadariku.
Orang hanya melihat fizikalnya hari ini , “Untungnya dia jadi Isteri Key, mesti nak apa pon boleh dapat”. Tapi orang tak tahu bagaimana berlikunya, airmata yang tumpah, pengorbanan yang dah dia lakukan sejak mengenali aku 14 tahun yang lalu .
Kepada suami, belajarlah hargai isteri masing-masing . Kepada isteri, Jangan lelah dengan kesukaran suami sekarang, sokong dan bantu mereka untuk bangkit.
Sambutan hari raya memang tak sah jika tak ada duit raya.
Namun nak sediakan duit raya ni kena ada bajetnya supaya tidak terlebih bajet.
Nak tahu cara yang betul nak buat bajet duit raya, jom ikuti nasihat pakar kewangan ni.
BAJET DUIT RAYA KITA BERAPA?
.
1. Buat satu bajet keseluruhan nak balik beraya ini berapa yang kita akan belanja. Bajet ini termasuk duit tol, minyak, duit mak, duit raya dan pastikan duit ini adalah duit simpanan kita bukan pinjaman peribadi punya.
.
2. Senaraikan kategori duit raya ini kita akan berikan pada siapa, keluarga terdekat, anak saudara, rombongan kanak kanak yang datang ziarah dan siapa sahaja yang layak sewaktu kita berjumpa.
.
3. Keluarga terdekat biasanya angaran duit raya antara RM50, RM20, RM15, RM10 sahaja bergantung kepada berapa ramai anak buah kita. Bagi ibubapa sebaiknya lebih dari jumlah sumbangan bulanan yang sedia kita berikan. Raya kot!
.
4. Bagi kanak kanak dari saudara jauh, saya kira memadai memberi sumbangan sekitar RM5 ke RM10 bergantung jumlah berapa ramai anak buah ini. Jika nak kurang lagi pun tak mengapa. Ianya bukan satu dosa.
.
5. Rombongan kanak kanak yang datang meriah kerumah ibubapa kita, sumbangkan sekitar RM1 ke RM2 sahaja sudah memadai agar mengembirakan hati mereka sahaja. Raikan mereka dengan jemput minum setidaknya jika tidak mahu makan sekalipun. Maklumlah mereka sedang bermain dengan masa!. kejar berapa rumah yang ada. Tinggalkan pesan pesan yang baik buat mereka.
.
6. Asingkan duit ikut sampul dan warna, ini memudahkan kita memberi sumbangan nanti. Utamakan golongan yang layak terima berbanding untuk kelihatan bergaya sampul bewarna.
7. Ikhlas, ikhlas, ikhlas. Jangan beri sumbangan duit raya sebab takut orang kata kita papa kedana. Ingat lepas raya kita semua masih bernyawa. Jika kita tidak mampu beri duit raya, jangan ikut orang untuk memberi walau kereta kita paling berjenama Honda misalnya!
.
8. Sebelum sebok nak bagi duit raya ini, utamakan golongan ini jika kita ingin jadi suami yang seksi dan kacak bergaya. Ini susunan kewajipan kita.
a. Isteri kita
b. Anak kita
c. Bapa kita
d. Ibu kita.
.
9. Duit raya bukan satu kewajipan tetapi menjadi budaya yang baik. Cuma pastikan sebelum sebok memberi wang raya kepada anak orang . Pastikan semua anak kita telah ada tabung pendidikan untuk masa depan. Utamakan anak kita dari anak orang!
kawan kawan,
.
Dengan memberi RM100 setiap kali raya kepada anak anak kita selama 18 tahun dengan kadar 8%, kita telah mengunakan RM4000 dana pendidikan anak kita. Dengan sumbangan RM200 setahun selama 18 tahun dengan kadar yang sama, kita telah belanjakan RM8017!
.
Lepas raya, bukalah tabung SSPNi buat anak anak kita. Jika setiap kali raya kita simpan duit raya RM500 dengan kadar 5% setahun. Menjelang usia 18 tahun mereka akan ada simpanan RM15,269 untuk pendidikan mereka.
Letak keutamaan kepada tempatnya baru kita menjadi mulia kawan.
.
Sumber:Azizul Azli Ahmad
Bestnya kan perkahwinan tu selalu jadi benda yang diluar jangkaan. Pernah ke terfikir kalau kawin dengan orang luar?
Mana la tahu kalau dah rezeki tahun depan beraya dekat Australia ke Jepun ke.
Seronok tengok orang lain boleh guna banyak bahasa. Bukan itu je, boleh ajar anak dari kecik juga untuk guna banyak bahasa di rumah.
Dekat situ pon dah ada banyak peluang dan kebaikan guna banyak bahasa kan.
KIMCHI DURIAN BERMAAFAN DI PAGI RAYA
Siapa je tak kenal pasangan selebriti perkahwinan campur Malaysia kelate dengan Korea ni.
Maryam dan Ryzal yang berkahwin pada tahun 2019 menarik perhatian orang ramai.
Bukan sebab perkahwinan antara orang Malaysia dengan orang Korea je, yang lagi hebat sebab Ryzal orang kelate. Kimchi cicah budu ke ni?
Ha baru-baru ni raya, Maryam salam bermaaf-maafan dengan Ryzal di pagi raya dalam bahasa Korea.
Wahh hebat betul beraya dalam bahasa Korea. Mujur tak ada subtitle. Baru je nak kepochi.
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Ryzal, Maryam salam untuk beraya dengannya. Rina pon elok je tengok mak ayah dekat tepi.
“Cara isteri Korea bermaafan di pagi raya, banyak betul alasan,” – Ryzal Ibrahim
Ryzal bergurau dengan Maryam katanya minta maaf elok-elok baru dia bawa jalan-jalan. Maryam pon apa lagi kemain minta maaf dalam bahasa Korea, baru syahdu dan ikhlas.
“Dia nak ikhlas, memang kena guna bahasa sendiri baru feel kan,” – Netizen
Kataya Ryzal, dia turut minta maaf kalau ada salah silap. Maryam pon laju je jawab “betul” dalam bahasa Korea. Maryam memang dah tunggu saat-saat ni.
Netizen pon laju je jadi translator. Ada bagusnya jugak kan tengok K-drama. Mana la tahu dapat peluang kerja jadi translator. Masyuk jugak tu.
Pengusaha spa disimbah asid pelanggan berpurdah selamat jalani pembedahan. Pengusaha spa yang disimbah asid dalam kejadian di kedai spa dan salun miliknya di Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan selamat menjalani pembedahan selama enam jam.