Sebagai anak,kita tentunya ingin memberikan yang terbaik untuk orang tua kita. Selagi nyawa dikandung badan, akan diusahakan untuk menunaikan impian dan harapan ibu ayah.
Itulah yang cuba direalisasikan oleh seorang anak perempuan ini, iaitu Puan Maslina Samidi kepada ibu tercinta.
Ini rumah yang ibu cita-citakan lama dulu. Ibu kata, dapat buat pondok kecil, ada sebiji tandas pun jadilah. Tanah ini tanah pusaka arwah ayah. Andai kata umur saya tak panjang, ibu ada tempat berteduh. Ibu cuma mahukan rumah kecil, semacam pondok. Rumah asas sahaja dengan kos pembinaan yang mampu milik.
Konsep Tiny House
Konsep rumah kontraktor KAAF builder yang berikan cadangan. Kami minta design tiny house yang tipikal asalnya. Tapi KAAF builder mahu jadikan rumah kami sebagai yang pertama untuk mereka bina dengan konsep moden. Dan ibu setuju dengan konsep dan kos yang dicadangkan.
Ads
Untuk deco, simple saja. Saya cuba kekalkan konsep putih di dalam rumah. Luas rumah cuma 600 kaki, memang perlukan perabot yang ringkas. Saya beli sedikit demi sedikit untuk lengkapkan barang di dalam rumah, sehingga Feb 2020 barulah rumah boleh diduduki sepenuhnya.
Rumah itu ambil masa dalam 5 bulan untuk siap sepenuhnya pada Ogos 2019. Cuma Feb 2020 barulah semua kelengkapan perabot siap. Kami jadikan rumah tersebut sebagai rumah untuk berehat di hujung minggu.Tidak ada ubah suai setakat ini. Cuma tambahan seperti pagar dan pokok hiasan sahaja.
Ads
Apabila rumah tersebut siap, dan sikit demi sedikit rumah tersebut mula lengkap, ibu saya sangat gembira. Kerana tidak ada di dalam gambaran bagaimana rupa sebenar apabila rumah tersebut siap. Dan Ibu tahu ibu tidak silap buat pilihan. Kami suka dengan konsep rumah yang kecil, ringkas tapi moden. Kami cuba kekalkan konsep minimalis hingga hari ini.
Buat yang tercari perabot konsep minimalis, boleh cuci mata DI SINI
Ads
Persiapkan Untuk Ibu
Kami 7 sekeluarga. Ada dua bilik sahaja dan Ibu suka duduk di laman, waktu pagi. Kami syukur Allah izinkan kami punya rumah yang unik seperti ini. Niat asalnya sebagai tempat ibu berteduh sekiranya terjadi apa-apa pada saya, ibu ada tempat tinggal. Ibu memang tinggal dengan saya sejak saya berkawin sehingga sekarang. Selepas rumah ini siap, tidak ada lagi kerisauan untuk saya sekiranya saya yang pergi dulu. Ibu ada rumahnya sendiri. Tanah itu tanah pusaka yang diberikan kepada saya, dan kami bersama-sama mengumpul duit untuk bina rumah tersebut.
Setiap cikgu ada cara tersendiri dalam mendidik dan menghukum pelajar yang melakukan kesalahan. Semuanya demi kebaikan dan mahu anak-anak menjadi insan yang berguna kelak.
Perkongsian saudara Azree Hanifiah menarik perhatian ramai bagaimana cara seorang guru mendidik anak-anak muridnya yang mendisiplinkan mereka yang datang lambat ke sekolah.Menurut Saudara Azree, seorang guru disiplin bernama Cikgu Ibrahim memulakan idea ‘uniknya’ enam tahu yang lalu. Dia ‘menghukum’ pelajar datang lambat dengan berkhidmat menjaga kebun sayuran. Cukup berinspirasi cara guru ini dan boleh dijadikan ikutan.
Selain mendisiplinkan, anak-anak juga dapat belajar benda baru sekaligus mendapat hasil dari tanaman tersebut. Sangat berinspirasi!
“Kalau tak boleh rotan atau denda ketuk ketampi, macam mana nak disiplinkan murid!”
6 tahun lepas Cikgu Ibrahim, Guru Disiplin, memulakan idea gilanya di SK Jalan Air Panas, KL.
Dulu namanya Kebun DONBEL. Don’t Be Late.
Mana-mana pelajar yang datang lambat 5 kali, akan dibicarakan di mahkamah sekolah. Jika disahkan bersalah, mereka dikenakan hukuman khidmat komuniti jaga kebun.
Melalui kaedah tersebut membolehkan anak-anak belajar tentang disiplin. Bukan itu sahaja, kebun yang dahulunya kecil lama-kelamaan menjadi luas. Peria antara yang ditanam dan terbaru adalah rockmelon.
Dari aktiviti berkebun itu, mereka belajar memahami erti buat kerja mengikut proses dan disiplin.
Lama-kelamaan daripada kebun kecil, Cikgu Ibrahim jajah sedikit demi sedikit kawasan sekolah. Sekarang dah siap tanam Rockmelon.
Ibu bapa mana yang tak risau kan bila berjauhan dengan anak-anak. Lebih-lebih lagi dengan situasi pandemik covid-19 ini. Demikianlah juga naluri si ayah yang juga pelakon dari seberang, Datuk Aaron Aziz. Dalam satu perkongsiannya di instagram, aktor ini meluahkan rasa sedih apabila anak sulungnya, Danish Anaqi, 16, kini sudah berangkat ke Jepun untuk menyambung pengajian di sana.
Menurut Aaron, Danish akan berada di sana selama tiga tahun untuk kursus Pra-IB dan diploma.
“Tabarakallah Ya Allah. Kau lah sebaik-baiknya penjaga untuk anakku @danishanaqiaaron.
“Saya tinggalkan dia di tangan awak, Oh Allah. Lindungi dia dan semua pelajar dari bahaya yang dilihat atau tidak dilihat.
“Berat hati ini melihat anak sulungku ke luar negara untuk 3 tahun di Jepun,” tulisnya di Instagram (IG).
Perkongsian yang dimuat naik seserta sekeping gambar yang menunjukkan Aaron sedang memeluk Danish ketika menghantar anakya dilapangan terbang.
Penggunaan media sosial diakui menjadi keutamaan bagi kita semua dan sering dianggap penting sebagai medium untuk berkongsi cerita apa yang berlaku di dalam kehidupan sehari-harian.
Bahkan bila dilihat senario masa kini, hingga ada yang berlebih menunjuk-menunjuk kemewahan, kekayaan dan harta yang dimiliki di media sosial. Trend ini dilihat tidak sihat dan atas sebab itu terpanggil untuk Peguam Nor Zabetha berkongsi pandangan dan pengalamannnya yang diharapkan dapat memberi pengajaran untuk kita semua.
Budaya ‘Fit In’ Jadi Ikutan
Macam-macam cara orang gunakan untuk ‘fit in’. Hendak sesuaikan diri atau juga hendak menjadi ‘champion’ atau hebat di mata masyarakat. Tambah pula zaman media sosial ini. Sebab itu wujud budaya seperti ‘flex’. Barangkali juga untuk mendapat perhatian dan ‘respect’ orang ramai.
Cumanya, kalau terlalu diikutkan sangat ‘trend’, lama-kelamaan mengundang rasa marah, benci atau kecaman orang awam. Niat asalnya, kita hendak orang lihat dan nampak kita hebat.
Berpada-pada. Sudah cukup baik. Melihat video seperti influencer menunjukkan koleksi jamnya, “Oh! Ini tak mahal sangat. Ini harganya berapa ratus ribu je”.
“Takkan saya hendak tunjuk kaya saya sehingga saya hendak tunjuk duit berjuta dalam peti besi tu”.
Ada juga influencer yang tercabar bila diperli asetnya masih dalam pinjaman bank, untuk membuktikan dia susun duit-duit dalam peti di rumahnya dan menceritakan bahawa ada jutaan ringgit lagi.
Saya selalu terfikir apa tujuan perbuatan yang begini. Untuk dilihat hebat? Untuk disanjung? Jika itu tujuannya, di ruang komen yang saya baca bukan kata-kata pujian tetapi sebaliknya.
Yang Kecil Pun Tahu Membanding Jenama
Budaya begini sudah menjadi ikutan pula dalam masyarakat kita. Malahan menjadi ikutan remaja-remaja dan generasi baru. Yang kecil pun sudah tahu membandingkan jenama.
Kalau ke sekolah berbag Smiggle itu pastinya hebat. Jenama mengambarkan status antara mereka dan menyebabkan rasa penting dan hebat anak-anak ini.
Siapa yang tidak pernah melalui zaman yang tidak ‘terikut-ikut’ waktu remaja ini. Majoriti kita, sudah tentu pernah. Kita hendak ‘fit in’ supaya tidak terasa terasing dari kawan-kawan. Supaya nampak sama-sama hebat.
Teringat kisah sendiri, waktu mula-mula di Universiti dulu. Saya ini pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan di taman perumahan, ibu saya sewaktu membesarkan kami adalah seorang kerani. Jadi kami tidak mewah.
Kalau disebutkan segala jenama barangan mahal memang tidak tahu. Secret Recipe atau kedai yang lebih kurang sama, belum pernah jejak kaki sehinggalah mula bekerja sendiri. Kalau ada makan di Universiti pun, kawan-kawan yang belanja. Waktu menbesar, makanan seperti KFC dan McDonald pun sekali-sekala.
Jadi apabila ke Universiti, latar belakangnya berbeza-beza. Kehidupan baru buat saya dan mengenali manusia baru. Ada beberapa kawan yang saya kenali sangat peka dan ambil tahu tentang jenama. Kadangkala bila bersembang jenuh kepala saya menangkap apa yang disebut.
Selalunya saya tidak menyampuk dan diam sahaja bila masuk topik begini. Perkara saya tidak tahu, jangan tunjuk pandai. Waktu ini usia saya baru 18 tahun. Telefon paling canggih waktu ini Nokia 3310. Tidak sama macam telefon Android atau Iphone sekarang. Kalau tidak tahu, kita terus Google sahaja.
“Beth pernah pergi Kinokuniya?”
Satu hari, seorang rakan rancak bercerita. Nama-nama restoran yang ada di Mall, kedai itu dan kedai ini. Tiba-tiba dia tanya soalan “Beth pernah pergi Kinokuniya?”. Saya terdiam dan tergamam. Aduh! Waktu ini hendak jujur atau kita kena cuba ‘fit in’ supaya kelihatan ‘cool’.
Tidak sempat buat keputusan. Masa hanya tinggal beberapa saat untuk menjawab. Baik! Saya ‘fit in’. Dengan yakinnya saya jawab “Tak pernah makan lagi dekat restaurant Jepun. Sedap ke?”.
Maka terdiamlah kawan yang bertanyakan soalan. Hendak dia ketawakan biadap. Seorang lagi pun terdiam. Kami terdiam beberapa saat.
Sambil rakan saya itu, kelihatan jelas hendak mematahkan jawapan yang paling ‘innocent’ dan betapa dia tidak sampai hati menjelaskan Kinokuniya adalah sebuah kedai buku yang terletak di KLCC. Kami semua diam.
Sejak itu, saya lebih peka dan ambil tahu tentang hal-hal begini. Cuma patutnya waktu itu, jika saya tidak tahu, eloklah saya jujur sahaja. Barangkali jiwa remaja dan tidak mahu ketinggalan selepas masuk ke dunia baru iaitu Universiti.
Alhamdulillah, apabila mula bekerja dan kehidupan yang lebih bagus. Rezeki juga murah dan diberikan kelapangan untuk mencuba segalanya.
Beberapa perkara yang saya belajar tentang kehidupan. Jika hendak dihormati tidak sepertinya dengan menayangkan atau membuktikan apa yang kita ada. Biarlah kejayaan kita ‘bercakap’ sendiri. ‘Action speak louder than words’.
Paling utama ‘Just be yourself’. Hendak cuba ‘fit in’. Hendak jadi orang lain yang bukan diri sendiri, sangat memenatkan sebenarnya kerana kita hidup untuk memuaskan anggapan orang lain. Penat untuk puaskan hati manusia kerana tidak pernah puas.
Kalau bukan diri kita, mengaku sahaja bukan. Orang lebih sayang dan suka dengan manusia yang jenis merendah diri dan jujur. Menjadi manusia begini hatinya tenang dan tidak memenatkan.
Jadi diri sendiri dan ada dengan mereka yang boleh menerima kita seadanya.