Biarpun masa begitu singkat namun ikatan kekeluargaan mereka cukup erat. Bahkan, kelihatan wajah sayu dan sugul di wajah kedua mentua Nourul bila mana terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada anak, menantu dan cucu-cucunya.
Nourul memuat naik satu video yang menunjukkan ibu dan bapa mentuanya berlari-lari anak sambil melambaikan tangan kepada mereka sekeluarga. Aksi tersebut membuatkan Nourul dan keluarga menjadi sebak dan sayu.
Ads
Nah saja kupas bawang lagi hari ni…. rindu pulak kat ibu dan Bapak mertua ku….
Part last tu kami dah terdiam sebba nangis dah ?,” tulis Nourul di ruangan kapsyennya.
Ads
Sebelum itu, mereka juga turut bergambar bersama-sama dan momen itu dimuat naik oleh Nouru ke laman instagramnya.
Nourul Depp mendirikan rumah tangga dengan Eric Daniel Depp pada Jun 2012. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata dan kini sedang menantikan anak keempat.
yaty2508 Sedihnya Kalau nak balik tinggal org tua kat kampung mmg selalu banjir dalam kereta??
ashajimokhtar sayang atok kat cucu2nya…sanggup kejar..sedihnya..
grandna Gitu la melimpah ruahnya kasih sayang atok dan nenek terhadap cucu ❤
norsanura.saad Yang tak dak kena mengena ni pun berderau airmata keluar..? balik rmh nnti mesti atok dan nenek meraung menangis teringatkan keletah cucu..????
mamasitiglitz Sedih pulak tengok tokwannya masih susah nak lepas cucu balik
jenni_jenkin Ala sedihnya tengok pakcik tu kejar train tengok cucu….?????
qashfi_aida Tok dgn cucu mmg mcm tu la…xkira la apa bangsa pn..kasih syg tok kt cucu lg kuat dri anak..
Melakukan pendakian ke puncak bukit mahu pun gunung tidak dinafikan memerlukan stamina yang kuat. Bahkan lazimnya orang muda sangat gemar aktiviti lasak sepertinya ini.
Malah sejak-sejak akhir ini, aktiviti mendaki juga sering dijadikan sebagai aktiviti riadah bersama keluarga tercinta.
Pun begitu walau aktiviti lasak ini memerlukan kekuatan fizikal, jangan tak percaya seorang warga emas berusia 90 tahun membuktikan mampu untuk menawan puncak Gunung Kinabalu.
Sebuah rakaman yang dikongsikan pengguna TikTok @iceeminn123 memaparkan detik-detik kejayaan warga emas itu ketika sampai di puncak tertinggi negara sambil dipimpin seorang pendaki lain.
Katanya, warga emas yang berasal dari Papar, Sabah itu merupakan pendaki tertua berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu.
“5 September 2022, Poh, 90 tahun. Apa-apa pun tahniah, rekod terbaharu bagi pendaki tertua yang berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu setakat ini,” katanya pada hantaran yang dimuat naik semalam.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh warga emas itu selain mempunyai stamina tinggi kerana bukan mudah untuk berada pada tahap itu. Tidak kurang juga ramai yang mendoakan agar pakcik tersebut terus dikurniakan kesihatan yang baik.
“wow.. Tahniah aki.. Saya pun sikit mahu giveup sampai pncak 😂 c aki lagi semangat oh 💪💪,” komen wargamaya.
Komen yang lain pula, “Semoga sihat selalu pakcik….Semangat betul dia…💪💪💪💪💪💪.”
“Wow… Terbaik la👏👏👏,” komen yang lain.
Ekstra Info :
Gunung Kinabalu terletak di daerah Ranau, Sabah. Merupakan puncak tertinggi di Malaysia; 4,095 meter dari aras laut.
Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kinabalu Park mengambil masa lebih kurang dua jam dengan menaiki kereta.
Gunung Kinabalu telah direkodkan mempunyai tujuh puncak. Puncak tertinggi adalah Low’s Peak; 4095.2 m.
Puncak lain adalah St. John’s Peak; 4090.7 m, Oyayubi Iwu Peak; 3975.8 m, Ugly Sister Peak, King Edward Peak, Donkey Ears Peak dan Tunku Abdul Rahman Peak.
Tidak semua akan berjaya ke puncak atas faktor stamina, kesihatan, kecederaan dan cuaca.
Hati mana yang tidak sebak apabila melihat seorang lelaki Kelainan Kurang Upaya yang menghidapi masalah tulang belakang meminta gambarnya di edit bersama keluarga tersayang.
Permintaan saudara, Faiz Noor telah mengundang sebak di kalangan warganet yang melihat postingnya.
Tidak lama posting berkenaan dipaparkan, foto saudara Faiz dalam keadaan fizikalnya tidak sempurna telah diedit oleh beberapa ahli dalam grup Edit Apa Hari Ni
Malah ada yang juga yang kagum dengan usaha warganet yang mengedit gambar lelaki berkenaan dengan baik.
Biarpun para netizen telah memenuhi niatnya lelaki berkenaan namun menititipkan doa bahawa lelaki itu tetap sempurna di sisi Yang Maha Pencipta.
Siapa sangka foto itu tular sehingga lebih 1 ribu share dengan komen mencecah lebih 3 ribu dengan tanda like lebih 28k!
“Boleh tak edit badan saya sempurna macam orang normal.. teringin sangat nak tengok.”
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Pemergian anak comel, Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Alor Gajah, Melaka pada 6 September lalu meninggalkan kesan yang cukup mendalam buat kedua ibu dan ayahnya.
Genap tujuh hari pemergiannya, ibu Allahyarham Muhammad Al Fateh, Sabrina Hakiem Zaini, 39, yang menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru sempat berkongsi kronologi kejadian yang menimpa anak tunggalnya itu.
Berikut adalah perkongsian beliau:
“Alhamdulilah masih segar lagi dalam ingatan mummy. Pada jam 7.10 pagi Atuk dukung Al Fateh, mummy bawa beg susu dan beg pendingin berisi makanan Al Fateh.
“Kami jalan kaki ke taska kerana sudah empat hari naik kereta. Mummy cakap hari ni hendak jalan kaki.
“Pada pukul 9.00 pagi, pihak taska telefon beritahu tubuh Al Fateh membiru dan minta segera ke taska,” kongsinya.
Namun, setiba Sabrina ke pusat jagaan berkenaan, didapati bayinya dalam keadaan yang tidak dijangka. Al Fateh yang dihantar dalam keadaan sihat kini terkulai dan dikejarkan ke hospital.
“9.10 pagi mummy tiba di taska. Mummy tengok Al Fateh terkulai, pucat lesi. Tidak membiru manakala darah mengalir dari hidung. Mummy tanya “Anak saya jatuh ke?”
“Pihak taska serahkan Al Fateh kepada Atok. Mereka cakap ‘pergi ke klinik cepat puan, pergi ke klinik dahulu puan”.
“Alhamdulilah Mummy tidak ke klinik. Selepas melihat keadaan Al Fateh begitu, Mummy drive terus ke Jabatan Kecemasan Hospital Alor Gajah,” kongsinya.
Dalam keadaan cemas, Sabrina sempat menghubungi suaminya memaklumkan keadaan menimpa anak kesayangan mereka.
“9.15 pagi tiba di Jabatan kecemasan. Kakitangan hospital mengambil Al Fateh dan meminta Mummy parkir. Dalam masa yang Mummy called daddy. “Balik sekarang anak biru”. Daddy tanya bagaimana boleh terjadi begitu, namun Mummy terus beritahu supaya Daddy pulang segera.
“9.30 pagi, doktor yang merawat memberitahu tiada denyutan jantung manakala bola mata tidak menunjukkan responds. Ketika itu pakar pediatrik bertanya apa yang berlaku namun pihak taska beritahu Al Fateh minum susu dan tido. Semasa tidur Al Fateh dan teacher lakukan Resusitasi kardiopulmonari (CPR).
“Mummy tanya “adakah ia tersedak ke doktor”. Jawab doktor ia tidak boleh didiagnos dari segi fizikal dan mereka hanya boleh berikan CPR sahaja. Mummy minta (akses) kamera litar tertutup taska,” titipnya.
“15 minit berlalu, pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan nyawa anak kecil itu namun ALLAH lebih menyayanginya.
“9.45 pagi doktor panggil dan bertanya sama ada Mummy okay atau tidak. Mummy beritahu mummy okay sahaja.
“Doktor minta bacakan syahadah pada telinga Al Fateh. Mummy pegang dahi Al Fateh memang sejuk sangat. Fateh putih pucat dan tidak bergerak. Mummy kata “Anak Mummy, Anak Mummy tunggu Mummy di syurga ya.” Mummy baca syahadah berulang pada telinga Al Fateh. Doktor buat CPR terakhir.
“10.00 pagi, doktor maklumkan Al Fateh tidak dapat diselamatkan. “Anak puan sudah meninggal dunia. Sekarang sudah jadi kes polis. Kami akan bawa ke Jabatan Forensik,” katanya lagi.
Siapa menyangka anak yang sebelum itu sihat dan ceria kini terkujur kaku tidak bernyawa. Tambah sayu Sabrina juga diberitahu hasil pemeriksaan CCTV yang tragis hingga menjadikan pemergian Al Fateh sebagai kes jenayah.
“Dalam 10 lebih Daddy sampai. Last daddy jumpa Al Fateh pada Isnin, 2 September. Fateh ketika itu sudah dibalut kemas tetapi mummy minta buka bahagian muka kerana tahu Daddy mesti hendak tengok dahulu.
“Alhamdulilah kawan-kawan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Naning tiba dan pengasuh yang menjaga Fateh dari hari Isnin sampai Khamis juga sampai dan melihat arwah.
“Jam 11.00 pagi, Al Fateh di bawa ke forensik dan pada pukul 1 tengah hari Polis Diraja Malaysia tiba. Polis, Daddy, Pak Teh dan Mak Teh ikut sekali ke taska untuk melihat rakaman CCTV.
“Tidak ingat pukul berapa Daddy kemudian datang tiba ke hospital semula dengan marahnya dan beritahu apa yang dilihat menerusi rakaman CCTV.
“Allahu anak. Sebab itu agaknya Mummy berikan nama Al Fateh. Anak mummy memang kuat. Di penghujung nyawa pun anak mummy berjuang, Allahuakbar.
“Pada pukul 5.40 petang, bedah siasat selesai dan hasilnya mendapati Al Fateh meninggal dunia kerana lemas. Allahu anak,” kongsinya.
Berkongsi momen terakhir bersama anak yang ditunggu-tunggu kehadirannya, Sabrina mengakui mencemburui pemergian Al Fateh yang jatuh pada hari Jumaat.
“Pukul 10.30 malam kali terakhir Mummy mandikan Al Fateh. Daddy tidak sanggup tengok Al Fateh selepas post mortem berjahit pada kepala and dada, jadi Daddy duduk di luar.
“Alhamdulilah mummy tengok Al Fateh senyum sahaja seperti sedang tidur. Mummy rasa macam Al Fateh sudah bahagia bermain-main di taman syurga.
“10.50 malam Alhamdulilah ramai solatkan Al Fateh di hospital. Then apabila selepas mummy mahu juga bawa Al Fateh balik rumah. Nak fateh singgah di rumah buat kali terakhir. Alhamdulilah ramai solatkanAl Fateh di rumah.
“11.50 malam seasa dikubur pun ramai yang hadir. Daddy masukkan Al Fateh ke dalam liang lahad. Alhamdulilah mummy sempat tengok wajah Al Fateh.
“12.00 tengah malam, Alhamdulilah anak mummy selamat dikebumikan. Mummy bersyukur semua selesai dan dipermudahkan. Alhamdulilah,” coret Sabrina.
Biarpun pedih dan sedih dengan kehilangan namun ibu tabah ini turut mendoakan agar anak kesayangannya itu ditempatkan di syurga.
“Terima kasih semua yg banyak membantu kami dan keluarga. Alhamdulilah, Mummy sangt mencemburui pemergian Al Fateh pada hari Jumaat dan ditangisi seluruh Malaysia. Kalau boleh mummy juga ingin pergi pada hari Jumaat macam Al Fateh.
“Berbahagialah anak Mummy di syurga. Insya-ALLAH Mummy kumpul banyak-banyak pahala di dunia ini supaya dapat bersama anak Mummy nanti. Insya-ALLAH,” titipnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, kertas siasatan kes telah dilengkapkan Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.
Sumber: Facebook, Malaysia Gazzete
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.