Ibarat jatuh ditimpa tangga. Begitulah situasi yang dapat digambarkan tentang kisah puan Norazeean Tahir ini.
Bapanya meninggal dunia akibat Covid-19 pada 25 Mac lalu dan sebelum itu ibunya juga disahkan positif Covid-19 bahkan dia sekeluarga juga perlu dikuarantin kerana dikhuatiri dijangkiti.
Lalu Norazeean berkongsi tarikh-tarikh penting yang telah dilalui dalam ‘melawan’ covid-19 di akaun fb miliknya.
MARCH 2020
20.3.2020 Jumaat
– Arwah abah di masuk kan ke hospital Muar.
– Dari Zon Merah ke ICU
– Dari Sakit Tua kepada Covid19
23.3.2020 Isnin
– Mak disah kan Positive Covid19
– Mak dihantar ke hospital Permai
25.3.2020 Rabu
– Dalam pukul 4.30am..Terima perkabaran yg amat menyedihkan..
– Abah tinggal kan kami semua utk selamanya..
26.3.2020 Khamis
– Terima Wasap & call pasal result Saringan..
– Allahuakbar….kami semua positive..
– Pukul 8.15pm..Ambulance amik kami bertiga..
– Tak tergambar muka firas mase ni..hati seorang ibu hanya mampu berdoa yg baik2 untuk ank yg tak pernah mengerti…
– Warded di Hospital Kluang
Ads
29.3.2020 Ahad
– Hari ke 3 di sini…
– 2nd Saringan Covid19 dibuat pada pukul 10.40am.
Hanya mampu berdoa moga Allah memberikan keajaiban & kesembuhan pada Yan & Firas & Suami & Mak Yan dengan segera.
Memetik berita di Harian Metro, lebih menyedihkan apabila ibu seorang anak itu tidak dapat menatap wajah arwah bapanya, Tahir Maruwan buat kali terakhir kerana dimasukkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang , Johor pada hari sama selepas menerima keputusan ujian saringan pertama yang dilakukan pada 24 Mac.
Ads
Norazeean, 33, berkata, apa yang berlaku amat menyedihkan kerana dia rapat dengan bapanya sejak kecil lagi tetapi hanya dapat melihat urusan pengebumian menerusi video dikirimkan adik beradik lain.
Suami, Nurazlan Md Warap, 36, anak, Nur Firas Zafran, 14 bulan, dan ibunya, Norini Soudar, 60, turut dikuarantin tetapi ditempatkan di Hospital Permai, Johor Bahru.
Namun, Norazeean dan Nur Firas sudah dibenarkan pulang ke rumah, petang semalam selepas disahkan negatif pagi kelmarin manakala suami serta ibunya masih menunggu keputusan ujian saringan masing-masing.
Umum mengetahui bahawa kucing merupakan salah satu haiwan peliharaan yang disayangi seluruh penduduk dunia. Dalam sejarah islam, kucing memiliki keistimewaan yang sangat luar biasa. Baginda Nabi berpesan kepada para sahabatnya untuk menyayangi kucing peliharaan, layaknya menyayangi keluarga sendiri.
Begitulah yang ditonjolkan oleh DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menitahkan sekalian rakyat jelata khususnya di Negeri Selangor agar tidak mengabaikan tanggungjawab melindungi haiwan-haiwan terbiar (stray) khususnya kucing dan anjing.
Baginda berdua terkilan dan dukacita kerana masih ada lagi individu dan pihak-pihak tertentu yang sengaja berlaku kejam terhadap haiwan-haiwan ini dan masih tidak tahu kaedah terbaik untuk melindungi mereka, khususnya ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Titah Baginda, adalah sangat penting untuk kita semua memiliki sifat belas kasihan terhadap haiwan sebegini dan menjadi tanggungjawab bersama untuk memberi mereka makan dan perlindungan, sama ada ketika dalam peliharaan atau pun apabila mereka berada di dalam habitat sendiri.
Baginda berdua sendiri kini memelihara beberapa ekor kucing terbiar yang telah dikasi (neuter) dan diberi perlindungan secukupnya.
Ini termasuk Snowy, seekor kucing terbiar yang pada mulanya datang ke kediaman DYMM Tuanku Sultan empat tahun lalu untuk mencari makanan, namun diambil sebagai haiwan angkat di atas inisiatif Baginda sendiri. Snowy kini adalah kucing peliharaan kesayangan DYMM Tuanku Sultan dan menjadi peneman setia Baginda.
Seperti kucing terbiar lain yang diambil untuk dipelihara, Snowy telah dihantar ke doktor veterinar untuk dikasi dan dibersihkan. Selain Snowy, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Penaung Diraja kepada program Stray Free Selangor (SFS) kendalian Society For The Prevention of Cruelty Animals (SPCA Selangor) telah menyelamatkan lebih 100 ekor kucing terbiar di mana kira-kira 30 ekor daripadanya dipelihara oleh Baginda sendiri, manakala selebihnya diberi sebagai haiwan angkat.
Menurut Baginda, dengan kaedah mengambil sebagai haiwan angkat (adopt), haiwan terbiar ini boleh menjadi haiwan peliharaan yang bersih dan menyenangkan jika kita memberi rawatan dan penjagaan yang rapi.
Untuk rekod, sejak Mac 2017 sehingga Disember 2020, sejumlah 7,117 ekor kucing dan anjing terbiar telah dikasi di bawah program SFS yang diselia oleh SPCA Selangor.
Dalam pada itu, DYMM Tuanku Sultan juga menitahkan agar pihak-pihak berkuasa tempatan (PBT) lebih pro-aktif dan bijak menangani isu haiwan terbiar ini secara holistik, dan bukan memberi gambaran buruk yang akhirnya akan menyebabkan haiwan-haiwan ini dikurung atau dibunuh.
Baginda mahu PBT menjadikan negara Turki sebagai model, bagaimana pihak berkuasa negara itu mengendalikan haiwan-haiwan terbiar yang tidak berdosa ini daripada dizalimi.
Baginda berdua amat berharap agar rakyat dan seluruh komuniti di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya, terus menyemai sifat belas kasihan dan sayangkan haiwan-haiwan terbiar ini serta mengambil berat tentang hak dan kebajikan haiwan seumpamanya.
“Amboi, comel sungguh kucing jiran sebelah tu! Geram je tengok bulu dia yang lebat dan cantik,” getus Hani dalam hati bila ternampak kucing jirannya.
Teringin juga nak bela seekor kucing sebagai haiwan peliharaan di rumah. Tapi tak berapa mahir dengan penjagaannya pula, risau terbiar pula si bulus nanti.
Hari ini ramai masyarakat di Malaysia menjadikan kucing sebagai haiwan peliharaan mereka tetapi sejauh mana mereka benar-benar memahami penjagaan, perkembangan fizikal dan emosi kucing?
Jangan hanya semata-mata bela kucing sebab suka tengok fizikalnya yang comel dan seronok bermain dengannya tetapi langsung tiada pengetahuan tentang perkembangan fizikal, emosi, sosial dan pemakanan si bulus.
Menurut Dr Dylan Choy, Veterinar Berdaftar dan juga Pengurus Komunikasi Saintifik di Royal Canin Malaysia, adalah penting pemilik kucing memahami fasa perkembangan seekor kucing bermula dari lahir hingga dia dewasa.
“Tumbesaran anak kucing dibahagikan kepada dua fasa. Dalam fasa pertama ini (antara 4 minggu hingga 4 bulan), anak kucing sedang membesar dalam kadar yang amat tinggi. Oleh itu, pemakanan yang diperkenalkan kepada anak kucing dalam tempoh cerai susu (sekitar umur 4 minggu) haruslah senang dihadam, mudah dijadikan konsistensi lembut dan mempunyai kandungan kalori yang bersesuaian.
Pada fasa kedua pula, meskipun kadar tumbesaran anak kucing masih tinggi tetapi adalah tidak setinggi seperti di fasa pertama. Oleh itu, pemakanan yang dirumus khas untuk peringkat umur ini pula seharusnya diberikan untuk memastikan tumbesaran anak kucing yang sihat.
Lazimnya, anak kucing akan mencapai kedewasaan pada umur 1 tahun. Kucing baka besar seperti Maine Coon pula lazimnya mencapai kedewasaan dalam umur 15 bulan (sekitar 1 tahun 3 bulan.”
Dr Dylan turut menegaskan pentingnya memastikan kucing peliharaan makan makanan yang berkhasiat untuk mereka hidup sihat.
Tambahnya lagi, pemilihan makanan kucing adalah langkah yang paling penting dalam penjagaan kucing dari segi nutrisi. Pemilihan makanan yang menyeluruh dan seimbang dapat mengekalkan kesihatan anak bulus melalui nutrisi dan khasiat yang mencukupi untuk tumbesaran dan kesejahteraan mereka.
“Ramai pemilik kucing sering memberi sisa makanan ataupun campuran nasi dengan ikan. Hal ini sebenarnya amat memudaratkan si kucing disebabkan pemakanan yang tidak menyeluruh dan seimbang. Kucing-kucing yang diberi makanan sebegini selalunya kekurangan vitamin dan zat-zat besi yang boleh menjadi masalah kesihatan yang kronik dan serius,” katanya lagi.
Secara ringkasnya, pemilik kucing dinasihatkan untuk mendapatkan makanan kucing yang berkualiti tinggi dan dirumus khas untuk kucing mengikut fasa tumbesaran dan usia mereka.
Kucing pun ada emosi
Walaupun kucing itu haiwan tetapi ia tetap ada emosi dan perasaan yang perlu dijaga. Tahukah anda, kucing yang dijaga emosinya dan sentiasa gembira akan membesar dengan sihat.
Oleh itu pemilik kucing kena belajar memahami emosi kucing. Dr Dylan mengingatkan pemilik kucing, haruslah mempelajari sedikit sebanyak tentang bahasa badan (‘body language’) kucing kerana ini merupakan cara komunikasi mereka dengan manusia.
“Pemilik kucing amat digalakkan untuk mengenali tanda-tanda stres pada kucing, seperti menjilat bulu secara berlebihan, posisi telinga ke belakang dan lain-lain.
Keadaan yang stres kepada kucing boleh menyebabkan sistem imun seekor kucing terjejas, dan akibatnya kucing senang menghidap penyakit seperti selesema, penyakit saluran kencing dan lain-lain.”
Selain menjaga emosi kucing, haiwan comel ini juga perlu dirangsang perkembangan sosialnya. Maka seawal usia lagi kucing perlu diajar berinteraksi dengan manusia di sekelilingnya.
Dr Dylan berpesan supaya interaksi antara manusia dan kucing haruslah dilakukan dengan kadar segera untuk mengeratkan ikatan dan membina kepercayaan kucing terhadap manusia. Interaksi ini akan menjadi lebih mudah ketika umur mereka masih kecil.
“Interaksi dengan kucing peliharaan lain pula seharusnya dilakukan selepas kucing tersebut menyempurnakan vaksinasi yang diperlukan mengikut jadual. Amat disarankan untuk mengasingkan kucing yang ada dengan kucing baharu sekurang-kurangnya 7 hari. Cara ini boleh mengelakkan jangkitan penyakit dari kucing baharu ke kucing yang sedang dipelihara, sekiranya ada.
Grooming kucing itu penting!
Selain penjagaan kesihatan, ramai pemilik kucing jarang menyediakan keperluan penjagaan kebersihan kucing atau grooming kepada kucing mereka sedangkan ia adalah elemen penting dalam penjagaan kucing yang bertanggungjawab.
Ramai pemilik kucing menganggap kebersihan kucing (grooming) hanyalah dengan memandikan mereka atau merapi bulu. Sebenarnya grooming ini turut memerlukan pembersihan pada bahagian telinga, memberus gigi (ya betul, gigi kucing turut perlu diberus!), memotong kuku serta menyikat bulu kucing.
Kucing yang berbulu panjang dan tebal memerlukan penjagaan yang lebih kerana mereka lebih cenderung menghasilkan bebola rambut (hairball) dari bulu mereka sendiri ketika pembersihan diri.
Pengumpulan dan cara yang tidak berkesan untuk menghilangkan bebola rambut dari sistem pencernaan boleh menyebabkan keadaan serius seperti pembentukan trichobezoars (penggumpalan rambut di saluran pencernaan), yang boleh menyebabkan penyumbatan akhirnya memerlukan pembedahan. Oleh itu, pemilik kucing amat digalakkan untuk menyikat bulu kucing setiap hari untuk membantu menghilangkan bulu yang gugur yang mungkin boleh tertelan. Di samping itu, pemakanan yang dirumus khas untuk menyingkirkan bulu yang ditelan semasa pembersihan diri juga dapat mengurangkan risiko pembentukan trichobezoars.
Memberus gigi kucing jarang dilakukan oleh pemilik kucing tetapi tabiat ini amat penting untuk mencegah pembentukan tartar gigi dan radang gusi (gingivitis). Seperti manusia, kucing juga boleh mengalami masalah kesihatan berkaitan dengan gigi. Oleh itu penjagaan gigi amatlah penting. Seelok-eloknya, pemilik kucing melatih mereka untuk membiasakan diri dengan memberus gigi ketika usia mereka masih muda.
Pembersihan pada bahagian telinga kucing tidak perlu dilakukan dengan kerap – mungkin sekali dalam 3-4 minggu sudah mencukupi. Untuk langkah ini, pemilik kucing hanya perlu menggunakan kain untuk membersihkan tahi telinga atau kekotoran yang terkumpul di pada bahagian luar telinga. Walaubagaimanapun, tidak digalakkan untuk membersihkan telinga kucing anda dengan menggunakan cotton bud atau memasukkan bebola kapas ke dalam bahagian dalam telinga kerana ini boleh menyebabkan kecederaan pada telinga jika tidak dilakukan dengan betul. Digalakkan pembersihan telinga ini dilakukan oleh doktor haiwan atau penjaga yang terlatih. Sekiranya terdapat lendir atau bau busuk dari telinga, jangan teragak-agak untuk membawa kucing anda ke doktor haiwan untuk pemeriksaan lanjut.
Memotong kuku kucing juga sangat penting untuk kucing dan manusia yang tinggal bersama. Kuku yang terlalu panjang boleh menyebabkan cengkam kuku, dan ini boleh mendatangkan kecederaan dan jangkitan pada bahagian kaki dan seterusnya menyebabkan masalah pergerakan lain. Selain itu, kucing dengan kuku yang tumbuh terlalu panjang mungkin tidak dapat menarik kembali kuku mereka sepenuhnya yang boleh menyebabkan kecederaan pada anda dan ahli keluarga semasa interaksi dengan kucing anda.
Penggunaan alat yang sesuai adalah penting dalam penjagaan kucing. Sentiasa gunakan syampu yang diformulasi khas untuk kucing dan bukan untuk manusia kerana kulit kita sangat berbeza dengan kucing. Penggunaan syampu yang tidak betul boleh menyebabkan masalah kulit pada kucing anda. Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk mendidik pemilik kucing agar tidak menggunakan pembersih tangan (hand sanitiser) pada kucing kerana ia tidak dirumuskan untuk haiwan dan boleh menyebabkan kerengsaan kulit pada kucing kesayangan anda.
Penting bawa kucing berjumpa doktor haiwan selalu
Dalam menjaga kesihatan si bulus, amat disarankan bagi pemilik kucing untuk menghantar kucing kesayangan ke klinik haiwan sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Amalan ini amat penting untuk mengetahui jika kucing peliharaan mempunyai tanda-tanda penyakit dan membolehkan rawatan dapat dilakukan dengan segera dan efektif.
Sehubungan dengan itu, Royal Canin kini sedang giat mengadakan kempen “Take Your Cat To The Vet”. Objektif kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran pemilik kucing tentang pentingnya membawa kucing kesayangan berjumpa doktor haiwan dengan kerap melalui pelbagai aktiviti yang disediakan oleh Royal Canin. Aktiviti yang disediakan adalah sangat sesuai untuk semua peringkat umur bagi kebajikan dan kebahagian kucing peliharaan.
Anda boleh mendapatkan maklumat semua aktiviti yang sedang berlangsung dari kempen ini di www.royalcanin.com
Salah satu aktiviti yang disediakan untuk kempen ini adalah Permainan Web Pendidikan Interaktif MyCat2Vet. Melalui permainan web ini, para pemain dapat mempelajari petua-petua betul dalam penjagaan kucing serta mengumpul mata permainan. Lebih menarik lagi, 10 pengumpul mata tertinggi akan diberi ganjaran produk Royal Canin selama sebulan. Permainan web ini sedang berlangsung sekarang sehingga 2 Disember. Layari www.animalhappiness.asia untuk penyertaan.
Utamakan kesihatan si bulus
Kucing pun macam manusia, kadangkala ada masa jatuh sakit. Jadi, ianya amat penting untuk pemilik kucing mengamalkan penjagaan kebersihan diri terutamanya ketika waktu pandemik Covid-19 ini untuk kepentingan ahli keluarga termasuklah haiwan peliharaan.
Sebagai doktor veterinar, Dr Dylan menyarankan untuk mengasingkan diri dengan ahli keluarga dan kucing peliharaan jika anda jatuh sakit. Jika boleh, elakkan untuk mendekati haiwan peliharaan sehingga anda sihat. Jika tidak dapat dielakkan, haruslah diingatkan untuk sentiasa membasuh tangan dengan sabun sebelum dan selepas anda bersentuhan dengan kucing kesayangan.
Turut disarankan untuk membenarkan kucing kesayangan anda dijaga oleh orang lain yang anda percaya sehingga anda sembuh.
“Jika kucing kesayangan anda jatuh sakit, amat disarankan untuk mengasingkan kucing ini dari kucing peliharaan yang sihat untuk mengelakkan jangkitan. Mangkuk makanan, pasir kucing dan tempat tidur juga tidak boleh dikongsi di antara kucing yang sihat dan kucing yang sedang sakit.
Seperti biasa, patuhi arahan doktor haiwan anda selepas konsultasi atau sebaik keluar dari wad. Patuhi janji temu yang telah dijadualkan untuk sesi susulan bagi memastikan doktor haiwan ketahui keadaan terkini kucing peliharaan anda.
Jawab soalan ini dan anda berpeluang menang hadiah makanan kucing Royal Canin. Tarikh tutup penyertaan pada 9 Disember 2020
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...