Secara fitrahnya kita semua mempunyai hati yang bersih dan sentiasa ingin lakukan penghijrahan untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari. Sejak kebelakang ini, kita sendiri melihat ramai selebriti yang telah mendekatkan diri dengan mengikuti kumpulan dakwah. Perkembangan ini dilihat cukup positif dan disyukuri.
Antaranya adalah Aliff Aziz, Saharul Ridzwan, Zul Ariffin, Norman Hakim dan Zahiril Adzim.
Terbaru, penyanyi Anuar Zain kelihatan turut berada di dalam kumpulan dakwah itu bersama pengacara dan pelawak Nabil Ahmad.
Menerusi perkongsian di TikTok @nadrosli831 memaparkan AnuarZain memakai jubah berwarna biru bersama kopiah, dengan wajah yang cukup berseri dan ceria.
Dalam rakaman tersebut, pemilik nama Shahrul Anuar Zain yang juga merupakan adik kepada penyanyi Ziana Zain sedang melayan jemaah lain yang menjamu selera dengan memberikan air teh.
Apa yang lebih mengujakan, Anuar sempat juga melayan permintaan jemaah untuk mendendangkan lagu Lelaki Ini sambil menunjukkan aksi menarik teh yang cukup istimewa.
Video yang dikongsikan ini mendapat tontonan hingga 1.3 juta tontonan dan rata-rata wargamaya bersyukur dan gembira melihat penghijrahan Anuar Zain dan mendoakan agar terus istiqomah.
Ads
“Alhamdulillah… ramai artis dah buat dakwah”
“Alhamdulillah hidayah itu milik hambanya yang mencari”
“SubhaAllah. Seronok tengok artis-artis kita yang berhijarah ni. Semoga mereka kekeal istiqomah dan dilindungi Allah”
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Benarlah, jodoh itu rahsia Allah. Siapa sangka Afiq yang baru sahaja menamatkan zaman bujangnya pada bulan Julai yang lalu bertemu jodoh dengan seorang wanita bernama Dalila Amli yang juga merupakan peminat haiwan berbulu ini.
“Dulu tidak pernah terfikir pun nak cari isteri yang juga seorang pencinta kucing. Masa kali pertama bertemu dengan Dila ketika gathering kucing di Setia City Mall. Masa itu Dila datang dengan kakak ipar dan dia bawa seekor kucing yang diberi nama Baby. Dan saya suka tengok Baby sebab gemuk dan Baby ketika itu berumur setahun.
“Saya cuba rapat dengan Dila sebab saya suka dengan Baby sebenarnya. Boleh dikatakan saya asyik mesej Dila sebab hendak minta Dila kongsikan gambar Baby pada saya. Akhirnya hubungan kami makin mesra, tambah-tambah lagi apabila Dila bertukar tempat kerja di Kuala Lumpur dan kebetulan pula dia berpindah berdekatan dengan kawasan perumahan saya.
“Bermula daripada situlah, kami mula bertukar-tukar kucing. Dila jaga Fluffy dan saya jaga Baby untuk mencari keserasian memandangkan bila kucing-kucing ini didekatkan asyik hendak bergaduh sahaja terutamanya si Baby tu”.
Pasangan ini telah pun bertunang pada 6 Feb 2017 dan berkahwin pada 22 Jun 2018. Ternyata kehadiran si bulus begitu memberi makna dalam kehidupan kedua-duanya. Jika tidak masakan di hari persandingan turut dibawanya Fluffy ke atas pelamin.
“Perkara paling menggembirakan dalam hidup saya apabila dapat bawa Fluffy naik pelamin sekali bersama-sama. Semua tetamu hendak bergambar dengan Fluffy, dan bagusnya Fluffy sepanjang majlis dia relaks sahaja dan tidak meragam”.
Ekstra info tentang Fluffy si kucing pembonceng motosikal
Fluffy sebelum ini menjadi antara kucing yang cukup popular di media sosial. Kisahnya pernah viral beberapa tahun lalu apabila dilihat bersama tuannya menunggang motosikal. Gayanya yang begitu bersahaja dan terlihat comel berada di atas bahu Afiq Shazwan On memang menarik perhatian.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bukan semua orang dipilih untuk menerima ujian dariNya. Untunglah mereka yang terpilih untuk diuji kerana itulah permulaan dalam melatih diri sama ada reda atau sebaliknya.
Berpantang maut sebelum ajal. Demikian bagi pendakwah bebas, Ustaz Hanafiah Malek yang diuji dengan Kanser Limfoma, namun ia tidak pernah sedikit pun menghentikan kerja-kerja dakwah beliau. Sebaliknya Ustaz Hanafiah tetap tabah meneruskan aktiviti tersebut seperti biasa.
Malah, penyakit itu dianggap sebagai ‘hadiah’ yang diberikan daripada Allah kepada beliau untuk disyukuri, bukan ditangisi. Malah, beliau turut berkongsi beberapa tip agar mereka yang diuji sentiasa positif dan tidak berada dalam perasaan kecewa.
“Hadiah tidak selalunya dibalut dengan pembungkus yang cantik. Adakalanya dibalut dengan kedukaan tetapi di dalamnya subhanaallah, penuh dengan cahaya keimanan.”
Syukur
“Inilah hadiah terbesar daripada Allah. Bila hadiah, ini mesti sesuatu yang indah daripada Allah. Saya terima hadiah ini dengan hati yang bersyukur. Bila bersyukur Allah akan tambah nikmat. Allah tidak berbohong kerana Allah adalah Tuhan yang bercakap benar. Nikmat yang Allah beri ini ada kemanisannya.”
Jangan Stress
“Kalau tak nak stress, syukurlah. Orang yang bersyukur jiwanya lapang, hatintya tenang. Jangan sekadar jadi orang yang sabar. Kerana orang sabar ada batasanya. Orang bersykur pula ‘they make Allah happy.’”
Cita-cita Saya Mati Ketika Dakwah
“Saat ini saya tiada masa untuk fikir bab sakit kerana banyak komitmen. Memang doktor tak bagi tapi saya takkan tinggalkan kerja-kerja dakwah kerana manisnya dakwah.”
Never Give-up! Allah kan Ada
Merupakan buah tangan Ustaz Hanafiah buat dirinya sendiri juga mereka yang sedang diuji. Pesannya lagi, jangan cepat berputus asa walau begitu banyak ujian dan dugaan yang menimpa. Kerana ketika ujian datang ‘mendera’, akan selalu ada hikmahnya, hadapi dengan ikhlas dan sabar. Kesabaran akan memberikan ketenangan jiwa dan kekuatan hati.
Dan Allah SWT akan sentiasa bersama orang-orang yang sabar. Never Give-up! Bangkitlah.
Kalau ingin menyentuh tentang penyakit yang mempunyai risiko lebih tinggi dikalangan wanita, memang terlalu banyak. Atas alasan ini jugalah penting untuk kita menambah pengetahuan supaya boleh mencari cara untuk mencegah penyakit tersebut.
Namun jika telah disahkan berpenyakit, perlulah pula tahu cara mengawal penyakitnya. Apatah lagi jika ada pantang larang dari segi pengambilan makanan, sebaiknya perlu ambil perhatian.
Umpamanya jika ada yang mengidap penyakit tiroid, antara penyakit yang tidak asing lagi ‘menyerang’ di kalangan wanita. Penyakit tiroid ini adalah masalah di mana berlakunya ketidakseimbangan hormon tiroid dalam tubuh badan manusia.
Masalah tiroid ini boleh terjadi sekiranya kelenjar tiroid seseorang itu kurang aktif atau kita kenali sebagai hipotiroid atau terlalu aktif iaitu hipertiroid.
Tanda-tanda umum bagi mereka yang ada sakit tiroid ini adalah seperti mengalami benjolan di bahagian ketiak, bengkak di bahagian leher dan tanda yang paling kerap dialami oleh pesakit ini adalah gugup (ketar-ketar jika gementar).
Oleh itu, adalah lebih baik jika pesakit tiroid untuk ketahui tiga jenis makanan ini yang tidak sepatutnya diambil oleh mereka sepertimana yang dikongsikan lebih lanjut di laman kesihatan Hello Doktor.
Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Oleh Pesakit Tiroid
Oleh itu, adalah lebih baik jika pesakit tiroid untuk ketahui tiga jenis makanan ini yang tidak sepatutnya diambil oleh mereka.
Pernahkah anda dengar mengenai penyakit tiroid atau hipertiroidisme? Kondisi ini membuatkan tiroid menghasilkan lebih banyak hormon daripada apa yang diperlukan. Hipertiroidisme sukar untuk diuruskan. Oleh sebab itu, ada pantang terutamanya dari segi pemakanan untuk pesakit tiroid.
Semua makanan untuk pesakit tiroid atau hipertiroidisme boleh memberikan kesan terhadap rawatan yang diterima.
Ada makanan yang baik untuk pesakit tiroid, namun ada juga beberapa makanan yang boleh membuatkan simptom menjadi lebih teruk!
Seperti penyakit lain, banyak faktor berada di luar kawalan kita seperti sejarah keluarga dan juga keadaan sekeliling.
Namun, diet memainkan peranan yang sangat penting. Jadi, anda perlulah memilih makanan yang terbaik dan sesuai dengan kondisi anda.
Sebelum kita bincang lebih lanjut mengenai pantang larang pemakanan untuk pesakit tiroid, mari kenali penyakit ini dengan lebih mendalam terlebih dahulu.
Apakah maksud hipertiroidisme dan hipotiroidisme?
Hipertiroidisme merupakan satu kondisi yang menyebabkan kelenjar tiroid menghasilkan terlalu banyak hormon. Antara hormon yang dihasilkan kelenjar ini ialah hormon triiodothyronine (T3) dan thyroxine (T4).
Hipertiroidisme dan hipotiroidisme adalah penyakit yang mempengaruhi jumlah hormon yang dirembeskan oleh badan – bezanya cumalah banyak atau sedikit.
Kedua-dua penyakit tiroid ini boleh menjadi serius jika pesakit tidak mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Malah, ia boleh memberi kesan negatif terhadap badan jika tidak diperiksa oleh pakar.
Ada banyak rawatan yang tersedia untuk pesakit tiroid.
Doktor boleh memberikan ubat antitiroid dan iodin radioaktif untuk memperlahankan penghasilan hormon ini.
Ada juga pesakit yang perlu melakukan pembedahan untuk membuang kelenjar tiroid.
Hipertiroidisme merupakan satu kondisi yang sangat jarang berlaku. Hanya 1% sahaja dicatatkan mempunyai kondisi ini di Amerika Syarikat.
Semua individu berisiko menghidap hipertiroidisme, namun wanita mempunyai risiko yang lebih tinggi.
Pantang larang pemakanan untuk pesakit tiroid
Ada beberapa jenis makanan untuk pesakit tiroid yang perlu dielakkan.
Walaupun makanan ini berada dalam kategori sihat dan selamat, ada beberapa bahan yang terkandung di dalamnya yang boleh menyebabkan masalah tiroid pesakit menjadi semakin teruk.
Tetapi, pesakit tiroid masih boleh makan makanan di bawah, namun ia perlulah diambil secara bersederhana.
Soya merupakan makanan utama yang sudah lama menjadi ‘musuh ketat’ pesakit tiroid.
Di dalam soya termasuklah makanan seperti tempe, edamame, tofu dan miso, terdapat satu bahan yang dikenali sebagai isoflavones.
Pakar berpendapat isoflavones boleh meningkatkan risiko hipertiroidisme.
Walau bagaimanapun, satu kajian yang dimuatkan di dalam Scientific Reports pada tahun 2009 menyatakan sebaliknya. Malah, mereka tidak menemui sebarang kaitan antara soya dan juga tahap hormon dalam badan.
Namun, ada kajian lain yang menunjukkan soya mungkin dapat mengurangkan keberkesanan ubat tiroid.
Oleh sebab itu, pesakit yang menghidap hipertiroidisme perlulah merujuk doktor masing-masing sebelum mengambil makanan yang mengandungi soya.
2. Sayuran seperti brokoli dan kubis
Tidak dinafikan, brokoli dan kubis amat berkhasiat dan dipenuhi pelbagai nutrisi. Bukan itu sahaja, sayuran ini juga kaya dengan serat. Malah, pengambilannya amat digalakkan oleh pakar.
Namun, berbeza pula dengan pesakit tiroid. Sayuran ini mungkin akan mengganggu penghasilan hormon tiroid lebih-lebih lagi jika pesakit mempunyai kekurangan iodin.
Tetapi, menurut Mayo Clinic, impak ini mungkin tidak seberapa jika anda kurang makan sayur. Malah, untuk mempengaruhi penyerapan iodin badan, seseorang itu perlu makan sayur dalam kuantiti yang sangat banyak.
Jika anda didiagnosis dengan hipotiroidisme dan kekurangan iodin, ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk membuatkan sayuran ini kurang berbahaya.
Sebagai contoh, anda boleh memasak sayur-sayuran ini terlebih dahulu dan mengehadkan pengambilannya sebanyak 5 auns sehari supaya ia tidak akan menjejaskan fungsi tiroid.
Individu yang menghidap hipotirodisme mungkin perlu mengurangkan pengambilan gluten, sejenis protein yang dijumpai dalam makanan diproses seperti gandum, barli dan bijirin lain.
Selain itu, jika anda mempunyai penyakit seliak, gluten juga didapati dapat membuatkan usus kecil mengalami keradangan. Kondisi ini akan mengehadkan keberkesanan ubat tiroid.
Menurut sebuah artikel yang dimuatkan dalam jurnal Endocrine Connections¸ hipotiroidisme dan penyakit seliak selalunya berlaku sekali.
Walau bagaimanapun, belum ada bukti yang kukuh untuk menyokong diet bebas gluten dapat merawat masalah tiroid.
Namun, dapatan kajian pada tahun 2019 dalam jurnal Experimental and Clinical Endocrinology & Diabetes pula menunjukkan sebaliknya.
Malah, mengurangkan pengambilan gluten mungkin bermanfaat untuk wanita yang mempunyai penyakit tiroid.
Makanan berlemak sudah lama terbukti dapat mengganggu penyerapan ubat penggantian hormon tiroid. Dalam masa yang sama, kelenjar tiroid juga akan dihalang daripada menghasilkan sebarang hormon.
Oleh sebab itu, lemak adalah antara pemakanan untuk pesakit tiroid perlu elakkan, terutamanya mentega, marjerin, dan lemak pada daging haiwan.
Selain itu, pakar juga menggalakkan agar pesakit tiroid mengurangkan gula dalam makanan.
Bukan sahaja ia mengandungi banyak kalori dengan 0 nutrisi, makanan bergula juga boleh menyebabkan metabolisme badan menjadi perlahan.
Jadi, hindari pengambilan makanan berlemak dan bergula untuk elak simptom penyakit tiroid menjadi lebih teruk!
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.