Bukan semua antara kita tahu mengayam ketupat palas, ada teknik dan skilnya yang tersendiri.
Berkongsi pengalaman membuat ketupat palas ini oleh Syazwani, rupanya kalau silap step membalut ketupat pulut palas ini ia boleh jadi ketupat betina. Bagaimana rupanya ketupat tersebut?
Jom kita baca perkongsian penuh daripadanya.
Ketupat palas ni bak kata tok aku,warisan tradisi orang utara..wajib pandai tanak pulut,perasing daun palas,balut ketupat ikut ira daun jangan sampai jadi ketupat betina.
Ads
Dulu-dulu punya cerita,umur belasan gigih nak belajaq balut ketupat sekali jadi ketupat betina haaa(macam ketupat abah aku buat)dah kena gelak..bertaun aku berenti.
Lepas tu bila tok sendiri ajaq,sekali ja boleh hadam sampai la sekarang alhamdulillah tq tok jam.
Ads
Dah siap untuk di frozenkan 3kg malam ni..ada lagi 2 kg untuk umah tok hahaha lusa pulak sambung..ngantok da terlebih ot mlm ni(sejenis yang tidoq awai).
Nak masak apa hari ni ye. bagi ibu-ibu yang pening nak sediakan hidangan untuk keluarga hari ini, Kalau boleh nak sediakan hidangan yang sedap tapi mudah dan cepat.
Jadi dapatlah Mak-mak luangkan lebih masa dengan keluarga. Jadi, apa kata cuba resepi ayam bakar yang sangat simple ni tapi sedap.
RESEPI AYAM BAKAR
Bahan A
1/2 ekor ayam, cuci bersih & toskan
Bahan B
1 batang serai
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
Boleh kisar atau tumbuk.
Bahan C (kuantiti sesuai selera ye)
Sedikit sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Serbuk kunyit
Lada hitam serbuk
Lada hitam hancur
Sedikit lada putih
Garam
Sedikit minyak masak @ minyak bijan
Lebih kurang 1 sudu besar planta
Sediakan mangkuk, gaul sebati semua bahan C, masukkan bahan B gaul sebati kemudian perap pada ayam sekurangnya 30min.
Bahan D
Gula atau madu. Boleh skip kalau x suka, sy letak madu supaya tak de la nnt rasa masin je. Kalau guna gula terus masuk & kacau bersama dalam bahan perap td.
Kalau guna madu, sapu bila ayam lagi 10-15min nak masak baru ayam nampak cantik berkilat.
Bakar dalam oven ikut suhu masing² ye. Sy guna suhu bawah 180, atas 150. Lebih kurang 1 jam 30min.
Buat ikut kemampuan, tak perlu nak keluarkan belanja mahal. Janji kreatif. Itu antara ‘modal’ yang wajib ada. Okey untuk ibu-ibu yang ‘sakit mata’ nak tutup bawah sinki, mungkin boleh ikut tip yang dikongsikan oleh saudara Syuki Cuki untuk menutup ruang bawah table top. Jom DIY Langsir Table Top sendiri. lagi jimat kan.
Buat masa skrg,tak mampu lagi nk buat pintu kabinet. Hanya ada table top je,kalau nk letak barang bawah table top tanpa ditutup memg akn nampak bersepah kan. So, sy buat langsir utk table top.
Step untuk Langsir Tabletop:
1: UKUR! First step kena ukur dlu berapa ketinggian n panjang table top. Sebelom g kedai kain,pastikan dah ad ukuran. Kalau nk buat langsir jenis ropol2,lebihkan sikit panjang kain,jgn beli ngam2 soi! Tapi kalau nk buat langsir yg straight je,boleh beli kain ngam2.
2: TENTUKAN MATERIAL! Kain boleh pilih nak jenis yg mcm mana. Cth: kain jenis jersey,kain langsir blackout,kain cotton n etc. Bergantung pada minat masing2. Kalau nk langsir yg jenis flowy/nampak beralun cari kain yg lembut. Kalau sis boleh jahit sendiri,jahit je sendiri,jimat! Kalau x mampu,upah je tukang jahit.
3: VELCRO TAPE! Barang seterusnya yg diperlukan ialah velcro tape (refer gambar). Velcro tape ada dua side,satu side kasar,satu lagi side lembut. Yg kasar kena gam/tampal kt table top. Yg lembut,jahit pada kain. Mana nk dapatkan velcro tape?? Uolsss boleh beli kt kedai2 alat jahitan,kedai barang pengantin,nagoya dll. Sy beli kt nagoya. Harga 1 meter Rm2.50 je,murah kan? Beli ikut ukuran table top rumah uollss ye..n lagi satu tape ni ada banyak saiz,ada yg kecik n ada yg besar. Pilih ikut kesesuaian,jgn kecik sgt,takut x kuat nk tampal pd kain nanti.
4: GAM DUNLOP! Barang seterus nya ialah gam untuk lekatkan tape velcro yg kasar tu pada table top. Ada org guna double tape,tp sy suggest better guna gam Dunlop. InshaAllah boleh menampung berat kain. Tak de lah nanti pakai sekejap,dah jatuh langsir tu 😝 gam ni boleh beli kt kedai hardware. Contoh gambar kt bawah k!
5: Bila da lekatkan bahgian tape velcro yg kasar tu,pastikan gam tu da kering dulu. Tekan2 sket dengan benda yg berat supaya tape tu betol2 lekat. Dah lekat n gam betol2 kering,ambil kain langsir yg dah ditampal tape velcro side lembut/berbulu tu lekatkan pd table top.
Dah SIAP!!!
Mudah kan? Kalau nk letak renda2,riben,lace pon boleh. Ikut ats kreativiti ye. Kalau ada yg x pham comment je dibawah. InshaAllah sy akn cuba membantu dan selamat mencuba guysss 😘
K
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sesekali jalan-jalan di mall, mesti akan singgah terus makan di sana kan? Waktu tu, mata pun berpinar memilih kedai makan untuk dimakan satu keluarga! Bagi yang jenis tak boleh tinggal nasi, mesti pernah singgah di The Chicken Rice Shop kan? Pilihan menu yang menarik di sana semestinya menjadi pilihan pelanggan.
Selain dari menu sayuran tauge menjadi pilihan, ada satu lagi menu sayur pembuka selera di sana iaitu bendi celur cili yang akan min kongsi resipinya hari ni! Bila dah selalu makan kat sana, terngiang-nging pula rasanya teringin nak buat sendiri pula di rumah. Jadi, apa tunggu lagi, jom ikuti perkongsian resipi dari Nurhidayah ini! Selamat mencuba.
RESEPI BENDI CELUR ALA CHICKEN RICE SHOP
Bahan-bahan:-
Bendi
10 ulas bawang putih
sedikit udang kering
sedikit cili paste (cili kisar yang sedia untuk dimasak)/boleh ganti cili flakes
sedikit kicap cair
garam *jika perlu
minyak untuk menumis
Cara-cara:-
1. Bendi celur sekejap. Angkat terus masuk dalam rendaman air ais sejuk sekejap. Toskan.
2. Kemudian 10 ulas bawang putih dan udang kering sikit cincang gunakan chopper.
3. Tumis dua bahan tadi hingga garing
4. Masukkan cili paste yg sedia untuk masak. Atau gantikan cili dgn chili flakes pun boleh.
5. Masuk kicap cair sikit. Lepas garing siram atas bendi. Siap!
Sumber : Nurhidayah Bt Sahak
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.