Buat ikut kemampuan, tak perlu nak keluarkan belanja mahal. Janji kreatif. Itu antara ‘modal’ yang wajib ada. Okey untuk ibu-ibu yang ‘sakit mata’ nak tutup bawah sinki, mungkin boleh ikut tip yang dikongsikan oleh saudara Syuki Cuki untuk menutup ruang bawah table top. Jom DIY Langsir Table Top sendiri. lagi jimat kan.


Buat masa skrg,tak mampu lagi nk buat pintu kabinet. Hanya ada table top je,kalau nk letak barang bawah table top tanpa ditutup memg akn nampak bersepah kan. So, sy buat langsir utk table top.

Step untuk Langsir Tabletop:

Tak Mampu Buat Pintu Kabinet, DIY Langsir Table Top Tutup Bawah Sinki. Guna Gam Jer Tetap Kemas & Cantik!

1: UKUR! First step kena ukur dlu berapa ketinggian n panjang table top. Sebelom g kedai kain,pastikan dah ad ukuran. Kalau nk buat langsir jenis ropol2,lebihkan sikit panjang kain,jgn beli ngam2 soi! Tapi kalau nk buat langsir yg straight je,boleh beli kain ngam2.

IKLAN

2: TENTUKAN MATERIAL! Kain boleh pilih nak jenis yg mcm mana. Cth: kain jenis jersey,kain langsir blackout,kain cotton n etc. Bergantung pada minat masing2. Kalau nk langsir yg jenis flowy/nampak beralun cari kain yg lembut. Kalau sis boleh jahit sendiri,jahit je sendiri,jimat! Kalau x mampu,upah je tukang jahit.

3: VELCRO TAPE! Barang seterusnya yg diperlukan ialah velcro tape (refer gambar). Velcro tape ada dua side,satu side kasar,satu lagi side lembut. Yg kasar kena gam/tampal kt table top. Yg lembut,jahit pada kain. Mana nk dapatkan velcro tape?? Uolsss boleh beli kt kedai2 alat jahitan,kedai barang pengantin,nagoya dll. Sy beli kt nagoya. Harga 1 meter Rm2.50 je,murah kan? Beli ikut ukuran table top rumah uollss ye..n lagi satu tape ni ada banyak saiz,ada yg kecik n ada yg besar. Pilih ikut kesesuaian,jgn kecik sgt,takut x kuat nk tampal pd kain nanti.

Tak Mampu Buat Pintu Kabinet, DIY Langsir Table Top Tutup Bawah Sinki. Guna Gam Jer Tetap Kemas & Cantik!

IKLAN

4: GAM DUNLOP! Barang seterus nya ialah gam untuk lekatkan tape velcro yg kasar tu pada table top. Ada org guna double tape,tp sy suggest better guna gam Dunlop. InshaAllah boleh menampung berat kain. Tak de lah nanti pakai sekejap,dah jatuh langsir tu 😝 gam ni boleh beli kt kedai hardware. Contoh gambar kt bawah k!

5: Bila da lekatkan bahgian tape velcro yg kasar tu,pastikan gam tu da kering dulu. Tekan2 sket dengan benda yg berat supaya tape tu betol2 lekat. Dah lekat n gam betol2 kering,ambil kain langsir yg dah ditampal tape velcro side lembut/berbulu tu lekatkan pd table top.

IKLAN

Tak Mampu Buat Pintu Kabinet, DIY Langsir Table Top Tutup Bawah Sinki. Guna Gam Jer Tetap Kemas & Cantik!

Dah SIAP!!!

Mudah kan? Kalau nk letak renda2,riben,lace pon boleh. Ikut ats kreativiti ye. Kalau ada yg x pham comment je dibawah. InshaAllah sy akn cuba membantu dan selamat mencuba guysss 😘

KTak Mampu Buat Pintu Kabinet, DIY Langsir Table Top Tutup Bawah Sinki. Guna Gam Jer Tetap Kemas & Cantik!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI