Menghampiri penghujung tahun, itu bermakna cuti sekolah akan bermula buat anak-anak. Pun begitu, masa yang sama juga ibu ayah perlu membuat persiapan untuk sesi pembelajaran anak-anak tahun berikutnya.
Apatah lagi, jika anak sulung yang akan menjejakkan kaki ke alam persekolahan, tentu macam-macam perlu dipersiapkan.
Bingung dalam membuat persiapan tersebut, di sini dikongsikan info untuk memudahkan ibu membuat persiapan.
TIPS BELI BAJU SEKOLAH ANAK
1. TAK PERLU beli uniform sekolah sampai 5 pasang konon nak senang pakai untuk seminggu terus.
BELI MAX 3 PASANG SAJA.
Dalam seminggu, budak akan ada PJK 2 kali. Pakai baju sukan dari pagi sampai balik.
2. Sediakan pakaian sukan 2 pasang untuk elak kelam kabut membasuh baju pjk anak tgh malam sambil jemur bawah kipas.
Yelah buatnya dalam jadual PJK dua hari berturut, lap peluh mak. haha
3. Untuk anak boy darjah 1, tak payahlah bagi pakai belt bagai. Rasanya sekolah tak marah pun kalau tak pakai belt. Bukan apa, takut seluar basah dulu sebelum belt sempat bukak.
4. Elok beli singlet untuk elak baju sekolah bau masam ya amat.
5. Beli baju tu elok bawak anak. Then silalah try kat badan anak, suruh anak pakai. Aidi sampai bukak baju seluar tinggal sepender je kat Tesco tadi.
Bukan apa, tak semua brand uniform ni suit elok dengan badan anak kita. Nak nak yang badan macam Aidi, pinggang besor, kaki pendek. Jenuhhh cari size.
Kemeja brand canggih elok kat badan. Seluar brand canggih huduh benor Aidi pakai. Mujur Tesco ada 3 4 brand berbeza bolehlah try satu-satu mana paling okey Aidi pakai. Last beli kemeja brand Canggih, seluar brand U- Cemerlang.
6. Stationery beli kat Mydin kot better. Beli borong terus banyak-banyak. anak-anak kita ni time rehat makan pensel bukan makan nasik 🤣. Memanjang hilang stationery tu. Kalau tau mana lagi lubuk stationery murah bagitau please….
7. Beg sekolah kalau aku lah, elok beli yang berkualiti sikit. Maksudnya kalau anak nak beg boboiboy, beli yang original boboiboy (price range RM70 to RM120)
Sebab apa?
Sebab memang tahan lama. Beg tadika Aidi (harga dalam rm90) beli awal tahun 2016, sampai sekarang masih elok. Rasa nak je suruh Aidi pakai beg sama naik darjah 1 takyah beli baru tapi macam kedeks sangat mamanya pun .
Tapi apapun depends la pada perangai anak memasing. Dapat jenis Aidi yang akan pakai beg selagi tak rosak dia takkan mintak beli baru, berbaloi la beli yang mahal sikit. Kalau jenis tiap bulan mintak ganti beg baru, errrr 😅.
8. Botol air/ bekas makanan beli yang biasa-biasa je tapi of course la kita mak mak nak cari yang helok cantik jugak kan. Maksudnya elak beli yang mahal untuk kurangkan risiko makan hati sebab botol air/bekas makanan semedang hilang tak dapat dikesan.
Sila jangan bagi anak bawak bekas makanan tupperware uols pegi sekolah. Smiggle smiggle tu pun aku seriau nak belikan Aidi, uiii kalau hilang mama nanges nak oii .
9. Tempahlah sticker kekecik nama anak. Font jelas, mudah dibaca untuk ditampal pada barang-barang anak kita. Yelah kemungkinan tertukar dengan kawan tu besar sangat.
Kalau rajin, tulis guna permanent marker pun ok je. Janji berlabel.
Pastu kalau jenis malas menulis macam aku, tempah lah cop nama anak. Senang cop aje kat buku-buku sekolah anak. Haha pemalas punya mama kuikuikui.
Oh jangan lupa beli sticker kaler-kaler tu untuk tampal kat buku anak. Beli 5 kaler berbeza utk 5 hari sekolah. Contoh buku untuk hari Isnin, tampal sticker biru, Selasa sticker merah and so on. So senang sebelah mata pun boleh kita kemas beg sekolah anak nanti. Jangan korang suruh anak bawak semua buku setiap hari pulak. Bongkok cepat la anak tu huhu.
10. Okey nombor 10 korang tambah sendiri lat bahagian komen.
Aku pun 1st time anak naik darjah 1 ni, so banyak benda blur blur tak tau apa nak beli.
sumber : Wan Fadzlina W. Mahadzer
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kalau menggosok dan baju terkoyak disebabkan panas melampau memang buat kita rasa sakit hati. Bukan hanya baju yang rosak tetapi kesan paling nyata adalah kesan hitam pada belakang seterika.
Walaupun rupanya sudah tidak seperti dahulu tetapi ia masih elok digunakan seperti biasa. Rasa rimas melihat kesan hitamnya? Hilangkannya dengan mudah, ikut langkah ini. Memang berkesan.
Cara 1
Losyen
Caranya:
1. Letak losyen tangan di atas tapak seterika.
2. Sapu rata.
3. Panaskan seterika pada suhu panas dan gosokkan pada permukaan tempat seterika.
4. Kesan hitam hilang dengan pantas.
Cara 2
Garam halus
2 helai kertas surat khabar
Caranya:
1. Bentangkan surat khabar dan letakkan garam di atasnya.
2. Panaskan seterika pada suhu yang agak panas.
3. Gosok seterika pada garam berulang kali hingga kesan hitam hilang.
4. Hasilnya bukan saja hilang tapi berkilat macam baru.
Cara 3
Daun pisang
Caranya:
1. Ambil sehelai daun pisang muda.
2. Panaskan seterika dan gosok di atas daun pisang.
3. Gosok hingga kesan hitam tanggal.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Berhenti merokok adalah keputusan terbaik yang anda buat untuk kesihatan anda dan keluarga tersayang.
Nak tahu apa perubahan yang terjadi sebaik saja anda memadamkan puntung rokok terakhir anda?
KESAN PEMULIHAN TUBUH
?Dalam masa 30 minit: Paras gas karbon monoksida dalam darah akan turun. Tahu tak gas ini ialah gas yang digunakan untuk membunuh diri dalam kereta? Inilah pembunuh pertama yang akan lenyap terlebih dahulu.
?Dalam masa 6 jam: Nadi dan tekanan darah anda akan menjadi stabil.
?Dalam masa 24 jam: Tubuh akan bersih dari nikotin dan oksigen akan sampai ke jantung dengan lebih mudah.
?Dalam masa seminggu: Deria bau dan deria rasa akan kembali normal dan tajam. Anda akan perasan betapa harumnya tubuh tanpa asap rokok. Makanan terasa lebih lazat.
?Dalam masa 3 bulan: Pernafasan anda akan lebih baik dan kahak berkurangan. Anda akan rasa lebih kuat dan bertenaga bila bersenam.
?Dalam masa 6 bulan: Paras stress anda akan berkurang. Kahak akan hilang sepenuhnya.
?Dalam masa 2-5 tahun: Risiko serangan jantung akan berkurang
?Dalam masa 10 tahun: Risiko kanser paru-paru akan berkurang
?Dalam masa 15 tahun: Risiko kematian akibat rokok menjadi sama seperti orang yang tak pernah merokok.
Selain dari tubuh bertambah stamina dan tenaga, tahap kesuburan anda juga akan pulih.
Adalah baik jika anda tahu kesan awal ketagihan yang bakal anda hadapi apabila mula-mula berhenti merokok supaya lebih bersedia.
KESAN KETAGIHAN WAKTU MULA BERHENTI ROKOK
1. Ketagihan: Ketagihan paling teruk akan berlaku bermula hari ketiga. Ia hanya terjadi beberapa minit saja pada waktu tertentu anda merokok dan akan berkurangan dengan masa.
2. Gelisah dan kurang tumpuan. Sukar tidur. Elakkan kafein ketika ini kerana kafein membuatkan anda semakin resah dan sukar tidur.
3. Rasa nak marah dan hilang mood.
4. Pertambahan selera makan. Boleh naik berat badan. Usah risau kerana berat boleh diuruskan kemudian sebaik ketagihan berhenti.
Ketahuilah bahawa kesan-kesan ketagihan ini akan hilang sepenuhnya dalam masa 2-4 minggu. Jadi Ramadhan ini adalah waktu terbaik untuk anda buat azam baru.
Ramai isteri amat mengharapkan suami mereka berhenti merokok. Mereka tak harapkan anda menghadiahkan intan permata atau rumah kereta. Tetapi cuma inginkan suami mereka berhenti merokok.
Bayangkan betapa gembiranya pasangan anda apabila anda berjaya berhenti merokok. Cenggini ???? bangganya.
Selama ini mereka menahan bau memeluk anda bagaikan memeluk tong bakar sampah, mengucup anda bagaikan menjilat ashtray.
Berilah peluang mereka untuk mendekati anda berbau harum wangi, rupa tampan tanpa gigi hitam belerang dan gagah bertenaga sepanjang masa.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.