Arsalan Dah Ada Adik- Jihan Muse Selamat Bersalin Cahaya Mata Kedua!
Tahniah diucapkan kepada Jihan Muse dan suaminya, Ungku Hariz atas persalinan cahaya mata mereka yang kedua!
Artis, Jihan Muse, berkongsi perkembangan kandungannya ketika itu di Instagram bersama gambar-gambar kandid keluarganya yang sangat comel. Terutamanya, adik Arsalan yang teruja untuk menjadi seorang abang.
“Kejap macam nak keluar kejap macam taknak. Ini kali dia main tarik tali dengan monda. Doakan ya” ditulis oleh artis itu sendiri.
Rakan artis Jihan Muse, Syaheera Rahman, isteri kepada pelawak Fad Bocey, turut mengucapkan tahniah kepada pasangan yang bahagia itu melalui InstaStory yang di “repost” oleh Jihan sendiri.
Ads
“Tahniah kak @jihanmuse. Finally Arsalan dah ada adik. Semoga semua dalam keadaan baik. Selamat berpantang” ucap isteri kepada pelawak itu.
Pihak Hospital Pakar Wanita & Kanak-Kanak Avisena juga turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada pasangan popular ini atas sebab memilih hospital tersebut sebagai tempat kelahiran anak mereka.
Sekali lagi, kami mengucapkan tahniah kepada Jihan Muse dan Ungku Hariz atas anak kedua mereka. Semoga ianya membesar dengan sihat dan selamat. Harap juga berita gembira ini dapat memberi inspirasi kepada yang bakal berkeluarga di luar sana juga!
Kisah seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang menghidap penyakit leukemia dan kini disahkan positif koronavirus (Covid-19) telah tular di media sosial.
Pastinya berita seperti ini cukup meruntun jiwa netizen. Membayangkan anak sekecil itu, diuji dengan 2 penyakit yang amat berat untuk ditanggung.
Kesedihan yang dirasai keluarga ini telah dikongsikan oleh saudara Fareez Kezam bagi membantu sahabatnya dan sekali gus cuba meringankan beban yang ditanggung.
Ini perkongsiannya.
I FEEL WHAT FEEL BROTHA.
Salam Jumaat.
Anak kepada sahabat sy, Adik Fateh Aqil bin Nazmee adalah pesakit termuda yang disahkan positif covid-19. Adik Fateh Aqil juga adalah seorang pesakit leukimia.
Saudara Nazmee adalah sahabat sy semasa belajar di SMKA Falahiah Pasir Pekan. Bapa muda kepada 3 orang anak kecil. Sahabat yang sama sama kulu kilir. Fly bersama ke masjid bersama. Dia menetap di Pinggiran Batu Cave, so dekatlah dgn aku dan Dia sentiasa lepak minum bersama.
Bulan 9 tahun lepas, anaknya Fateh Aqil disahkan menghidap leukimia. Dugaan mula melanda. Ujian demi ujian kena hadap. Adik Fateh perlu dirawat segera. Saban hari saban malam memikirkan kesihatan anak. Ye lah, bapa muda, aku pun bapa muda, anak anak kecil jatuh sikit kita dah kenaling. Amek peluk gosok anak yg sakit.
Kemudian adik Fateh ditempatkan di HUSM KUBANG KERIAN utk rawatan lanjut.
Dugaan kedua melanda, isterinya terpaksa berhenti kerja krn perlu menjaga anak yang sakit. Ditambah pula perlu menjaga 2 lagi anak kecil yg lain.
Ujian ketiga datang, anak ditahan diwad selama sebulan. Siapa nak jaga 2 lagi anak di rumah? Si ayah mengambil keputusan utk ambil unpaid leave. Dialah yang menjaga anak di hospital selama sebulan. Dialah ayah, dialah emak. Menangis aku terbayangkan keperitan yang dihadapi.
Unpaide leave selama 3 bulan. Tiada sumber pendapatan langsung. Hanya mengharapkan ihsan dari keluarga terdekat. Allahu. Kita yg hilang pendapatan selamat 2 minggu pun dah terasa perit.
Bulan 12 perlu kembali bekerja, ujian menimpa lagi. Rumah di landa banjir. Terpaksa delay lagi sebulan. MasyaAllah. Bulan 1 2020 kembali bertugas. Sistem pejabat pula tak update. Lagi sebulan tiada gaji. 5 bulan tiada punca pendapatan.
Dan apabila kembali bertugas di KL, si ayah terpaksa berulang alik ke Kota Bharu setiap minggu. Hanya demi anak anak. Siapa tak sayang anak? Lagi lagi anak yang sakit dan berjauhan. Aku tinggalkan anak sehari pun dan rindu anak. Balik kerja anak terus berlari datang peluk kita.
Dan kini. Ujian paling getir, anaknya disahkan positif Covid-19. Pesakit termuda di Malaysia. Perasaan bercampur baur. Aku tanya mcm mana boleh terkena? Katanya anaknya antibodi terlalu lemah krn kanser. Debu sedikit dah boleh demam. Jd mungkin selama berulang alik di hospital terkena jangkitan.
Kini adik Fateh Aqil dikuarantin bersama ibunya manakala si ayah menjaga 2 lagi anak di rumah. Mohon dititipkan doa utk adik Fateh Aqil.
Kepada sahabat Falahiah. Marilah kita membantu sahabat kita. Siapa lagi nak bantu kalau bukan kita. Mungkin kali ini giliran kita utk membantu, mungkin dilain masa giliran kita untuk dibantu. Siapa tahu.
Kami Falahians spm batch 2004 kini lancarkan tabung kilat utk adik Fateh Aqil yang memerlukan dana untuk rawatan. Dan juga untuk membantu saudara Nazmee yg kini hilang sumber pendapatan. Tidak dapat menderma tak ape, share tanda sokongan untuk adik Fateh Aqil pun sudah memadai.
Oh yee. Sahabat sy saudara Nazmee amat amat berterima kasih kepada semua rakan rakan, sahabat handai rakan taulan dan seluruh rakyat Malaysia yang berdoa utk kesihatan anaknya.
Bantuan boleh dibuat terus kepada –
ALUMNI SMKA FALAHIAH
03018010104477
BANK ISLAM
UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN AKAUN DAN BANTUAN SEGERA, SY MEMOHON KEPADA PENDERMA UTK WASSAP SLIP KE-
+60 10-306 7566 HANAFI ADNAN (S/U ALUMNI)
+60 17-965 0328 SHARIB by
Bagi yang suka bercucuk tanam tentu kecewa apabila tanaman di serang seranggat sehingga tanaman menjadi rosak. Pokok pun tak membesar dengan baik.
Bagi wanita ini, pelbagai usaha yang dilakukan termasuk menggunakan penyembut oraganik yang dibuat sendiri tetapi tetap tidak berhasil.
Sehinggalah beliau menemui petua yang dikongsi ahli dari group Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri yang hanya menggunakan bawang putih untuk mengelak serangan serangga. Hasilnya memang menjadi!
Dulu lain, sekarang lain! Jika dulu ramai wanita bergelar surirumah, tetapi kini ramai wanita yang bergelar isteri dan bekerjaya. Namun pada masa yang sama mereka juga kena mahir menguruskan rumahtangga.
Namun ini tidak bermakna, semua urusan menguruskan rumahtangga diletakkan sepenuhnya kepada wanita tetapi seharusnya dilakukan bersama suami. Jadi bila isteri bekerja, suami kena selingsing lengan bantu mana yang mampu.
Inilah yang dinyatakan oleh Khairul Hakimin Muhammad dilaman facebooknya. Sungguh bermanfaat perkongsian ini.
Rata-rata ibu bapa sekarang mempunyai anak perempuan yang bekerjaya. Dan dalam masa sama juga mereka ini jika mahu berkahwin, perlu mahir:
1. Memasak. – beli barang di pasar.
– basuh bahan mentah
– simpan dan organize dalam peti ais
– masak menu sarapan dan makan malam sekurang-kurangnya.
– kemas dapur.
– basuh perkakasan memasak.
– buat hidang atas meja makan.
– kemas meja.
– basuh pinggan.
2. Mengemas. – pandai guna vacuum. – bersihkan ruang tamu, mop seminggu sekali. – cuci sekurang-kurangnya 3 tandas dalam rumah seminggu sekali. – cuci bilik tidur, mop dan vacuum sekurang-kurangnya seminggu sekali. – basuh garaj sebulan sekali.
3. Mengurus pakaian. – menjadi konsultan tak berbayar kepada pemakaian suami dan anak-anak. – membasuh mengikut spek dan kriteria baju, termasuk hal dalaman suami dan anak-anak – mahir menggunakan mesin basuh. – pandai menyidai pakaian. – melipat dengan teknik kung fu dan taici tahu tahu dah siap walau malam tadi bertimbun. – menggosok mana yang perlu kalau yang power siap gosok seminggu sekali terus banyak-banyak. – kebijaksanaan mencari baju seluar suami dan anak-anak yang hilang. – mengutip baju seluar anak-anak dan suami yang selamba salin depan pintu toilet. – mengurus baju sendiri termasuk tudung, baju liplap, serta aksesori.
4. Jaga diri sendiri.
5. Menjaga anak. – pandai menyusukan anak. – jika anak menangis, bijak mendiamkan kurang dari 30 saat. – sangat suka basuh yak anak. – bijak organise baju-baju anak. – bijak juga dengan mengurus pemakanan anak-anak. – menjaga 10 orang anak seorang diri dengan teknik memandang dan mengecilkan mata sahaja (biasa diapply kepada suami juga).
6. Bersopan denga ibu bapa mentua. – asal jumpa memberi salam dan menghulur salam – rajin memasak dah hantar lauk. – selalu bertanya khabar jika duduk jauh – manis muka dah sering bersembang. – tidak menyusahkan dan selalu menyenangkan. – tak banyak merungut jika sesekali emak ayah mentua tegur salah silap.
7. Bijak berbelanja. – sangat hebat bab membeli belah. Bajet 200, belanja RM199.99 sen. – mengutamakan anak-anak. – berjimat adalah sebuah kepentingan. – mengurus wang rumah tangga dengan hemah. – tak suka shopping benda tak perlu. – selalu beli barang keperluan sahaja.
Ya, ini baru 7. Belum lagi tambah bab batin, bab keselamatan anak, kesihatan ada yang demam bagai termasuk kalau suami sakit dia punya manja mengalahkan anak-anak.
Semuanya isteri kena buat, akur dan taat.
Kawan-kawan, kalau kita memahami apa yang isteri buat, kita bantu mereka dengan sediakan pembantu (bibik). Kalau tak mampu, memang para suami kena bersama.
Saling tolak ansur, penat sama-sama dan saling bekerjasama. Itulah kasih sayang.
Dulu kita boleh cakap suami penat kerja di luar, hello, hari ini isteri kita juga bekerja, jadi dah sampai masa balik rumah selinsing lengan dan bantu mana yang mampu.
Tak pandai tak apa wahai para suami sekalian, ada sekali di dapur atau bantu tengok anak sekejapan adalah sesuatu yang sweet. Dan kawan-kawan, nak jadikan isteri kita kesayangan mentuanya, kitalah kena bantu mereka! Itulah cinta woih!
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad, Suamimu Mr. Perfect 10
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di