“Arwah Pergi Sebagai Anak Syurga.” Demam Panas & Batuk Tak Kebah, Anak ‘Pergi’ Ketika Ke Hospital

Share

Sebak, pilu dan pelbagai rasa menyelubungi hati tatkala membaca perkongsian ayah ini yang kehilangan arwah anak tunggalnya secara mengejut usai mengalami demam panas dan batuk

Tiada ungkapan yang mampu diluahkan tatkala permata hati yang dinanti-nantikan ini akhirnya ‘pergi’ buat selama-selamanya.

Lebih memilukan, Muhammad Nurfaiq Danish atau lebih mesra dengan panggilan Faiq meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Menurut Bob Zackariyya, anaknya sudah demam panas dan batuk sejak seminggu yang lalu. Sudah beberapa kali ulang alik ke hospital tetapi ketika itu keadaan nadinya masih pada tahap yang normal.

Doktor kemudiannya meminta mereka datang semula ke hospital pada Isnin untuk mengambil darah. Namun perancangan Allah lebih baik, anaknya dijemput Illahi sewaktu dalam perjalanan ke hospital.

Sehingga perkongsian ini dimuatnaik, kata ayahnya punca kematian masih belum diketahui kerana masih menunggu keputusan darah.

Ibarat penyeri dalam rumah sudah tidak ada suara budak. Tidak ada orang yang kita nak main. Dia anak yang pertama dan tunggal sebab itu rasa terkesan sangat-sangat,” ujar ayahnya dalam keadaan sebak.

“Terima kasih atas kenangan 2 tahun 3 bulan. Walaupun hanya seketika tetapi ibu dan ayah anak syurga ini rasa seperti rasa sungguh lama bersamanya.

“Tiada apa dapat diucapkan melainkan jutaan terima kasih kerana mendoakan arwah anak saya Muhammad Nurfaiq Danish dan ucapan semangat untuk kami sekeluarga agar terus kuat lalui hari-hari tanpa satunya si penyeri kami di sisi.

“Sesungguhnya perancangan Allah itu maha indah, arwah pergi sebagai anak Syurga bukan sebagai anak soleh yang kami impikan. In shaa allah kami akan kuatkan hati untuk menerima takdir yang Esa.

“Pasti arwah sedang tersenyum gembira melihat ramai orang sayang dan mendoakannya,” ujar si ayah yang menahan rindu pada anaknya.


ARTIKEL MENARIK: 

“Rumah Pertama Beli Umur 21 Tahun.” Fasha Sandha Sebak & Syukur Impian Bina Surau Dalam Rumah Tercapai

ARTIKEL POPULAR: “Meh Sini Mak Simpan.” Alhamdulillah Rezeki, Neelofa Dedah Bilal Collect RM14K Duit Raya

BACA INI JUGA : “Humble Makan Dengan Anak Sambil Duduk Atas Lantai Je.” Elly Mazlein Dipuji Pandai Bawa Diri Ketika Beraya Kampung Suami


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

IKLAN