Bekas ahli kumpulan In-Team, allahyarham Suhaimi Saad yang menghembuskan nafasnya yang terakhir sekitar jam 7.42 malam tadi di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru pergi dalam keadaan tenang di samping isteri dan empat anaknya.
Kongsi isterinya, Nordiana Mohd Naim atau Ina Naim, allahyarham menghembuskan nafas dalam keadaan sangat mudah dan tenang malah seorang daripada anaknya sempat mengajarkannya mengucap dua kalimah syahadah.
“Pemergiannya sangat mudah dan tenang di sisi saya dan anak-anak. Pesanan dia minta maaf kepada semua orang sebagaimana yang dia tulis dalam TikTok.
Ads
“Arwah meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru. Dia ditidurkan atas permintaan arwah sendiri sebagai jalan terakhir.
“Sebelum ini arwah mula mengalami batuk teruk pada Ogos lalu sebelum kesihatannya bertambah merosot pada Oktober lalu. Berat badan pun turun sampai 20 kilogram,” kongsi Ina ketika ditemubual semalam.
Ads
Berkongsi kisah arwah suaminya, akui Ina, suaminya pernah memberitahu untuk hidup sehingga usianya 43 tahun.
“Arwah meninggal pada usia 43 tahun. Masa arwah hidup, dia pernah cakap memang nak usianya hanya sampai 43 tahun. Tarikh lahir dia 12 Oktober dan masa itu dia sudah sakit,” katanya lagi berkongsi.
Ads
Terdahulu, allahyarham Suhaimi Saad mendirikan rumah tangga bersama Ina Naim pada 12 Ogos 2007. Mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Sallman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.
Menjadi kebiasaan kita akan menggunakan perkhidmatan surprise delivery untuk memberikan kejutan hadiah istimewa kepada insan tersayang pada hari jadi mereka. Ini akan membuatkan si penerima berasa gembira dan teruja bila menerima hadiah yang dikirimkan.
Sama kisahnya seperti video yang dikongsikan di aplikasi Tiktok yang mencuri tumpuan warganet apabila pemilik akaun @fareehaameera diminta untuk menghantar tembikai yang disolek cantik, lengkap bergaun dan dipakaikan mahkota bak puteri raja.
Kejutan yang dibuat itu adalah untuk diberikan kepada pelanggannya itu cukup rare dan mengundang tawa dan mencuit hati bagi yang menonton video yang dikongsikannya.
Difahamkan, dia diupah oleh anak saudara makcik tersebut. Bahkan mereka merupakan pelanggan tetap dan setiap tahun ada sahaja permintaan yang pelik dan lucu daripada mereka untuk dihadiahkan kepada makcik mereka dengan menggunakan khidmat @fareehaameera.
Respon daripada video yang dikongsikan rata-rata ramai yang terhibur bila melihat hadiah yang unik apatah lagi bila melihat reaksi makcik tersebut yang terlupa dengan nama anak saudaranya itu.
“Mesti mk sedarenye baik sngt..smpai ank sdre syg,” tulis salah seorang daripadanya.
“🤣ya Allahhhh..maaf makcik,sy tergelak🤭tembikai tu Tiber teringat mak c adudu 😅dlm boboiboy🤭,” tulis yang lain.
“Hahahahahha kann. Yg bukan bukan je anak sedaranya pun🤣.”
Turut dikongsikan video yang dirakamkan oleh @fareehaameera beberapa tahun lalu untuk makcik ini yang menerima hadiah surprise yang tidak kurang rare dan unik.
Tular baru-baru ini isu jemaah yang menunaikan Umrah yang lolos tanpa divaksin benar-benar mengundang reaksi ramai.
Rata-rata mempersoalkan bagaimana mereka boleh terlepas, tak kurang yang kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab jemaah tersebut.
Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani, yang juga suami pelakon Ummi Nazeera berkongsi pandangan mengenai isu berkenaan.
Ujar bapa kepada dua cahaya mata itu, sekiranya dia dijemput menunaikan umrah di Tanah Suci tentunya dia akan memastikan untuk mematuhi undang-undang negara dan Arab saudi.
Justeru, dia akan memastikan dirinya sudah lengkap divaksin. Barulah mengerjakan umrah dengan tenang dan selamat.
“Kalau saya dapat pergi buat Umrah, saya akan pastikan saya mematuhi undang-undang negara kita dan Arab Saudi. Saya akan dapatkan vaksin Meningococcal dan juga lengkap divaksinasi Vaksin C-19 seperti yang diwajibkan. Peraturan tu dibuat untuk melindungi kita dan juga orang2 lain di rumah Allah nanti. Kan bagus.
“Tapi kalau ada orang tertentu memberi peluang kepada kita untuk pergi umrah tanpa perlu vaksinasi, rasa-rasa nak ke? Kita menipu siapa sebenarnya? Rasa bagus dan bangga dapat lepas pemeriksaan di KLIA dan Arab Saudi? Rasa kebal dapat tawaf beramai-ramai dengan orang lain sambil meningkatkan risiko jangkitan C-19 dan meningococcal?
Jelasnya lagi, untuk menjejakkan kaki ke tanah suci, maka niat kena betul dan diri kita juga kena suci dari sebarang penipuan.
“Saya tak naklah macam tu. Dan saya kalau boleh, nak ke Tanah Suci tu diri pun kenalah suci atau bebas dari apa-apa unsur penipuan sebelum ke sana. Saya nak bersihkan niat dan hati saya dahulu. Dan elakkan bersekongkol dengan mana-mana pihak yang akan merosakkan niat dan hati saya.
“Kalau saya memilih untuk tidak divaksin dan menipu diri sendiri untuk pergi umrah juga, saya bukan sahaja akan membahayakan nyawa saya, malah nyawa-nyawa jemaah umrah lain juga. Kalau apa-apa jadi kat mereka disebabkan saya, macam manalah saya nak menjawab nanti. Bukan menjawab di dunia sahaja.
Tegasnya lagi sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak ini boleh mengundang implikasi buruk di mata pihak berkuasa di sana.
“Tapi, yang paling saya takut ialah apabila saya akan menidakkan hak/peluang jemaah-jemaah lain untuk menunaikan umrah/haji di masa hadapan kerana saya menipu telah divaksinasi. Takut Kerajaan Arab Saudi akan ban Jemaah dari Malaysia disebabkan saya. Huhu
“Semuanya balik kepada sikap masing-masing. Nak menipu tu, letakla peraturan apa-apa pun. Mesti dia akan cari jalan untuk menipu. Semoga kita semua dijauhkan. Aminn
“Inilah karangan SPM saya bertajuk ‘jika saya menjadi salah seorang jemaah Umrah’. Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati. #drizzarshares
Perkongsian berkenaan hal membuka aib dan mengumpat sesama ahli keluarga, tanpa sedar atau sebaliknya begitu sering terjadi.
Memberi teguran akan hal tersebut, Ustazah Asma’ berkongsi nukilan di akaun fbnya. Ini katanya:
Umpatan atau pembukaan aib paling berat adalah terhadap ahli keluarga atau bekas ahli keluarga. Suami/ isteri, ibu bapa kandung atau mertua, anak-anak, dan saudara kandung atau ipar. Kadang² atas alasan meluahkan rasa kecewa, tekanan, sedih, kecil hati dll, umpatan menjadi halal dan diwajarkan. Bahkan dirasakan diri lebih mulia kerana ketabahan hati, juga sebagai alasan kewajaran tindakan yang dibuat, ia benar-benar satu tipudaya. Umpatan dan pembukaan aib ini sangat bahaya kerana boleh memutuskan silaturrahim, melupakan segala kebaikan, menanam rasa dendam dan menyakiti hati dengan lebih dalam. نعوذ بالله من ذالك
Umpatan dan pembukaan aib diri dan orang lain kini secara besar²an dan dilihat terhormat pula, iaitu melalui FB, INSTA, WHATSAPP dll. Berhati-hati membaca tulisan yang membuka aib manusia yang tak perlu dipanjangkan, walaupun perihal artis, public figure atau ahli politik dll. Bimbang kita hanya mengumpul mudharat tanpa manfaat.
.
Pengumpat dan pendengar umpatan kedudukannya hampir sama sahaja. Kerana tanpa pendengar tiada pengumpat. Kecuali kita mendengar dalam keadaan terpaksa dan tidak redha. Berhati²lah semua, Ia tersebar dengan begitu laju. Memang kita sangat beremosi dengan kes tertentu, namun dalam masa yang sama tetap bataskan diri daripada mengeji menghina atau memaki hamun, ambil pengajaran kemudian berdoa supaya kita selamat daripada ujian seumpama ini. Sedih memang sedih
Amalkan doa daripada Rasulullah SAW:
اللهم اهدِني لأحسنِ الأخلاقِ . لا يهدي لأحسنِها إلا أنت . واصرِفْ عني سيِّئَها . لا يصرفُ عني سيِّئَها إلا أنت
Ya Allah, tunjukilah aku kepada akhlak yang baik, tidak ada yang dapat memberikan petunjuk kepada yang lebih baik kecuali Engkau. Jauhkanlah aku dari akhlak yang buruk, kerana tidak ada yang dapat menghindarkan aku dari akhlak yang buruk kecuali Engkau.
(Riwayat Muslim)
PERHATIAN JUA :
Kepada para penyebab umpatan atau kemarahan berlaku ke atas anda kerana tindakan dan sikap sendiri. Anda telah melakukan dosa di awal lagi kerana mendedahkan diri menjadi sebab orang mengumpat dan mengeji, apatah lagi usahlah memberi amaran supaya para pengumpat merangkak-rangkak di padang mahsyar. Kita sendiri tak tahu siapa yang akan merangkak esok, nauzubillahi min zalik. Jadi jika dalam situasi yang panas, diam adalah satu kebijaksanaan, elakkan buat sementara membuat apa kenyataan atau berkongsi cerita bahagia atas derita orang lain, kerana ia sangatlah sensitif. Diamlah walaupun dilihat lemah atau melarikan diri, ia umpama tunggu ombak reda barulah berenang semula. Kalau tidak mungkin akan lemas atau karam.
Nabi SAW bersabda :
ليس المؤمنُ بالطَّعانِ ولا اللَّعانِ ولا البذيءِ ولا الفاحشِ
“Tidak termasuk orang yang beriman, orang yang suka menyalahkan (orang lain), melaknat, mencela dan mencaci.”
Hari ni ramai yang berbangga menayangkan maksiat, kemewahan, akhlak yang buruk dll. Bila ditegur dia menempelak dengan pelbagai jawapan. Dia lupa Allah sedang menegurnya.
Allah ya Haadi ya Quddus ya Jalil.
Berilah kami hidayahMu, sucikan dan jernihkan hati kami daripada karat dosa, penyakit hati, dorongan nafsu dan syaitan yang mengalir dalam darah.
Daripada Abu Darda’ r.a, Rasulullah SAW bersabda :
“Tidaklah seorang Muslim menolak/menahan ghibah (mengumpat/mengata) terhadap saudaranya kecuali ALLAH menahan dirinya daripada Api Neraka Jahannam pada Hari Qiamat”.
Dan katakanlah kepada hamha-hamba-Ku: Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya, sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan (diperiksa).
(Surah Al-Isra’ : 36)
Mengumpat itu baunya busuk dan wajahnya keruh resah gelisah, apatah lagi hatinya. Jika ada yang menguis tangan memanggilmu untuk menyertai, larilah sejauhnya dengan pelbagai helah, iya bukan satu penipuan.
*Jika ke balai polis untuk aduan, pejabat agama atau merujuk pihak tertentu bagi mendapatkan khidmat nasihat ia adalah dibenarkan. Namun masih menjaga jika ada aib yang tak perlu dibuka. Itu tidak dikira mengumpat, memang perlu dan pada tempatnya.
Muhasabah bersama. Peringatan ini lebih untuk diri sendiri. Silakan share dan moga bermanfaat.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...