Sebelum ini Arwah pernah ‘melamar’ dia untuk produk kosmetik, namun terpaksa ditolsk cdek kerana komitmennya pada produk lain.
Siapa sangka, dia sekali lagi dilamar. Kali ini sebagai duta tudung Di bawah syarikat milik Allahyarham Siti Sarah.
Namun kali ini, arwah tiada bersama untuk meraikan hari bersejarah itu.
Akui pelakon Anzalna Nasir, dia sanggup menolak tawaran menjadi duta tudung jenama lain demi arwah Siti Sarah.
“Sebelum ini pernah dilamar jadi duta tapi saya tolak kerana kebetulan ada kontrak dengan produk lain. Kali ini dapat tawaran jadi duta tudung malangnya tak berkesempatan untuk bekerjasama dengan arwah. Saya terima walaupun dalam masa yang sama ada terima tawaran dari tudung lain.
” Dalam masa yang sama,saya terima lamaran Loveta dan mahu bantu ahli dalam Loveta sendiri.
Mengulas mengenai situasinya yang agak emosi ketika sesi penggambaran video, akui ibu kepada seorang cahaya mata ini dia tidak dapat menahan sebak apabila dipilih menjadi duta menggantikan arwah.
“Kita manusia dan memang emosional. Memang dah cakap kat diri sebelum pergi shooting nak control dan jangan nangis sebab pakai mekap kan.
Ads
“Bila dengar lagu arwah dengan situasi mak De ( ibu tiri arwah) yang rapat dengan arwah. So bila nampak mak De mengalir air mata, seluruh team nangis dan tak boleh nak tahan sebak dan turut sama mengalir air mata.
Jelas Anzalna lagi, dia turut terlibat secara langsung dalam pemilihan material dan design.
” Saya baru pakai tudung, jadi saya nak yang sesuai, sarungkan je. Pilihan warna pun Saya pilih. Tudung ini menepati citarasa saya dan ini juga pertama kali loveta Keluarkan warna putih.” ulas Anzalna tatkala ditemui dalam majlis pelancaran tudung Loveta baru-baru ini.
Dalam pada itu, Anzalna turut bersyukur kerana maklum balas yang diterima cukup positif serta menitipkan doa semoga loveta terus maju jaya biarpun tanpa dirinya kelak.
Tambah Anzalna lagi, dia turut mengambil masa dan berbincang dengan suaminya, Hanif Zaki sebelum menerima tawaran kerana sedar tanggungjawab besar yang akan digalas.
Ads
“Mulanya agak sukar untuk saya menerima lamaran ini. Jujur saya ambil masa sebelum membuat keputusan untuk bekerjasama dengan perniagaan yang selama ini diusahakan oleh arwah Siti Sarah.
“Arwah meninggalkan legasi yang cukup besar ketika hayatnya. Jadi saya bimbang jika kehadiran saya akan dimarahi oleh peminat beliau.
“Namun, syukur rata-rata menyambut baik dan gembira dengan pengumuman yang dibuat. Saya berharap kehadiran saya akan membawa jenama Loveta ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.
Mesti korang teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000. Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tahukah anda, sebenarnya terdapat lebih 150 jenis sakit kepala yang berbeza karektor, punca dan rawatan sebagaimana yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia di facebook. Perkongsian info ini mendapat perhatian wargamaya hingga telah dikongsikan lebih 8.2 ribu kali.
Mungkin selama ini ada yang menganggap asal sakit kepala sahaja mesti disebabkan rasa pening atau pusing. Rupanya banyak jenis penyakit yang dikategorikan sebagai sakit kepala.
Nak tahu detail ini perkongsiannya.
Ada 4 jenis sakit kepala, dan ini adalah antara yang paling biasa berlaku.
SINUS
Sakit yang terasa di sekitar mata, tulang pipi, dahi dan batang hidung.
Sakit ini akan rasa lebih teruk bila baring mengereng, bergerak secara mengejut dan pergerakan. Berlaku akibat jangkitan dan perubahan tekanan udara dalam rongga sinus.
TENSION
Sakit yang terasa dihadapan kepala, terasa seperti kepala diikat dan dihimpit. Aktiviti fizikal tidak membuat sakit bertambah teruk, Berlaku akibat stress, kurang air dan otot tengang.
MIGRAIN
Terasa sakit berdenyut di sebelah kepala dengan tekanan di belakang mata. Biasanya akan rasa loya dan kabur mata. Tasa sakit menjadi lebih teruk dengan pergerakan dan aktiviti fizikal. Sensitif dengan cahaya terang dan bunyi bising.
CLUSTER
Sakit di sebelah muka, kepala dan mata. Apabila baring membuat sakit bertambah teruk. Berpunca dari hidung atau air mata tersumbat.
Bila anda perlu jumpa doktor untuk rawatan segera untuk masalah sakit kepala?
✔️ Sakit kepala secara mengejut dan sangat sakit
✔️ Kanak kanak sering mengadu sakit kepala
✔️ Sakit kepala dengan gangguan penglihatan, keliru, hilang keimbangan tubuh dan pertuturan.
✔️ Sakit kepala dengan rasa kebas dan lemah
✔️ Sakit kepala dengan deman, sawan atau pengsan
✔️ Sakit kepala dengan tengang di tengkuk dan ruam
Bakat seorang pemimpin yang ada dalam diri wanita bernama Zuraida Kamaruddin ini membuatkan beliau mudah merentasi laluan berliku dalam dunia politik apabila memenangi Pilihan Raya pada tahun 2008. Sekali gus dilantik menjadi Ahli Parlimen bagi kawasan Ampang.
Sebelum terjun ke dunia politik, YB Zuraida memulakan perkhidmatan dalam sektor swasta pada tahun 1980 di Frank Small & Associates, Australia. Beliau pada ketika itu menjawat jawatan Pengurus Kajian Kualitatif sebelum ke Chuo Senko Advertising (Japan) sebagai Pengurus Penyelidikan Pemasaran dan Perancangan Akaun.
Pada 1998, beliau menjadi perunding latihan dan motivasi memberi khidmat nasihat kapada organisasi seperti Petronas, Majlis Majlis Perbandaran, Oriflame, Nutrimetics, Shinetsu, Texas dan juga syarikat syarikat penyelidikan pemasaran, pengiklanan dan barangan.
Selain bergelar Ahli Parlimen, YB Zuraida juga turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Maahad Tahfiz Az-Zahra, Penasihat ALQAS Education & Charity Home, Penasihat GEMMA Humanitarian Relief dan Persatuan Pelajar Malaysia di Yaman.
Beliau juga adalah pengasas dan pengerusi WIRDA yang mempunyai anggota di dalam dan luar negara. WIRDA menjadi Pusat Khidmat Masyarakat yang mengendalikan kaunseling dan perlindungan kepada golongan yang memerlukan termasuk ibu tunggal, musafir, mualaf dan remaja.
“Kalau diikutkan pembabitan saya dalam dunia politik adalah secara kebetulan. Dan saya sendiri secara peribadi jenis yang akan buat yang terbaik di mana saya berada walaupun itu bukan pilihan saya. Dan itulah yang saya lakukan apabila berada dalam bidang politik yang sebelum ini tidak pernah terbayang pun akan aktif di dalamnya.
“Malah, waktu saya berada dalam bidang korporat, saya tidak minat dalam politik. Bahkan saya sendiri tidak pernah pergi mengundi. Waktu itu, saya beranggapan tidak ada sebarang perbezaan dalam hidup tentang siapa yang jadi menteri atau parti mana yang memerintah. Saya masih kena kerja dan laksanakan tanggung jawab ikut keupayaan sendiri.
“Sebenarnya bidang politik dan korporat tidak jauh berbeza kerana masih sama baik dari bab pengurusan, disiplin dan kepimpinan. Barangan berbeza iaitu politik tetapi masih sama dalam soal berhubung dengan manusia. Cuma mungkin mereka yang menyertai bidang politik tidak biasa dengan pengurusan cara korporat yang lebih sistematik dan disiplin.
“Disiplin adalah tunjang dalam setiap pekerjaan dan saya sudah biasa dengan hal tersebut. Sebab itu, tidak menjadi masalah untuk saya sesuaikan diri baik dengan orang bawahan seperti di kampung mahupun golongan atasan di peringkat menteri.
“Saya boleh anggap diri masih baru dalam bidang politik dan saya perlukan kekuatan dan kedudukan dalam mempengaruhi untuk membuat keputusan. Kalau dilihat kebanyakan jawatan tinggi dimonopoli lelaki. Sukar untuk mendapatkan suara dalam membuat keputusan.
“Alhamdulillah saya jenis yang ‘cepat tangkap’ dan daripada situ saya belajar serba sedikit tentang politik. Saya perlu menapak dalam satu tempat untuk menempatkan diri. Daripada situ saya membina kekuatan.
“Pada tahun 2004, ada persempadanan semula di Setiawangsa dan di situ peluang saya mengembangkan pengaruh dan memartabatkan suara serta memperkasakan wanita. Kebetulan juga waktu itu ada satu klausa yang mengatakan bahawa parti harus mengiktiraf pembabitan wanita.
“Kepentingan wanita dalam bidang politik terutama era masa kini yang mana penglibatan wanita membantu menaikkan produktiviti dan memartabatkan sesebuah syarikat kerana sifat wanita itu sendiri yang rajin, tekun, amanah dan membuat kerja. Bahkan permintaan untuk wanita menyertai politik pada masa kini lebih terbuka.
“Cuma wanita kena tahu struktur dalam parti dan tidak boleh masuk secara terus menggunakan ‘payung terjun’. Kena ikut laluan akar umbi. Kena tonjolkan kebolehan melakukan kerja terlebih dahulu, bila orang tengok dan yakin baru boleh meniti tangga jawatan satu persatu. Kena ada strategi baru boleh menampakkan keupayaan kita.
“Bukan hanya dalam bidang politik, bahkan kerjaya lain juga sudah ramai disertai wanita. Cuma saya berharap majikan tidak mendiskriminasikan jantina. Kerana keupayaan wanita bukan setakat dalam bidang pekerjaan. Wanita yang berada dalam dunia korporat atau arkitek misalnya, dalam masa yang sama mereka masih melakukan tugas sebagai isteri dan ibu di rumah, Sepatutnya mereka ini dibayar gaji yang lebih tinggi. Saya mahu hapuskan jurang stereotaip supaya wanita dan lelaki dipandang sama atas kebolehan dan keupayaan diri.
Suka naik bas
Mengulas mengenai penerimaan keluarga, akui YB Zuraida sangat bersyukur kerana keluarga sangat memahami memandangkan sudah tahu cara kerja dan kebolehannya.
“Sejak dahulu saya amalkan masa yang berkualiti. Waktu bekerja, saya akan beri tumpuan sepenuhnya pada kerja. Begitu juga dalam soal keluarga, itu yang penting. Tidak ada masa untuk bersenang lenang. Tidak seperti wanita lain ke spa, saya tidak suka buang masa untuk berbuat demikian.
Dulu saya suka membaca tetapi kini sudah malas, sebaliknya saya tengok televisyen. ‘Healing time’ pada saya lebih baik sendirian tetapi kerja saya begini tidak memungkinkan saya berbuat demikian. Saya sudah biasa berdikari tetapi saya kena sesuaikan diri. Kerana itu saya suka naik bas atau naik flight untuk ke mana-mana. Waktu itu saya boleh fikirkan macam-macam perkara.
“Sejak dahulu lagi, saya jenis yang suka berdikari, selalu berinteraksi dengan kaum lelaki dan kerja-kerja saya banyak membabitkan kaum lelaki. Waktu itu, di dunia korporat, tidak timbul soal gender kerana pada saya siapa yang terbaik dia yang menjadi pemimpin. Tetapi masuk politik itu takkan terjadi pada wanita biasa.
“Soal berinteraksi dengan lelaki dalam dunia politik tidak menjadi masalah memandangkan latar belakang saya sebelum ini. Pengalaman saya banyak membantu dan tidak malu juga untuk saya sebut bahawa tidak semua lelaki itu pandai. Jadi, mereka tahu kedudukan masing-masing dan itu memudahkan kerja saya,”seloroh YB Zuraida sambil mengakui masuk ke bidang politik sendirian dan membina kekuatan politik dengan kebolehan sendiri.
Institut Wanita Berdaya
Sebagai Ahli Parlimen dan Ketua Wanita Keadilan, YB Zuraida juga aktif dalam memperjuangkan polisi untuk meningkatkan taraf hidup. Untuk peringkat Negeri Selangor tercetusnya idea untuk menubuhkan Institut Wanita Berdaya.
“Ia satu badan pemikir untuk kaji dan hasilkan dasar untuk kemajuan wanita masyarakat dan keluarga di Selangor. Kertas kerja pertama adalah dengan penghasilan satu buku Dasar Wanita Selangor. Itu menjadi panduan apakah program yang boleh dilaksanakan kelak. Kami pastikan semua golongan wanita tidak terpinggir.
Sumber: Majalah Keluarga Mac-Apr 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kanak-kanak ini mula tular di media sosial gara-gara nama yang unik dan lain dari yang lain. Identiti pengenalan diri dua beradik ini memperlihatkan nama mereka seakan-akan nama buah-buahan tempatan iaitu Durian Dan rambutan.
Muhammad Dhury Yan lahir pada 21 Ogos 2012 manakala adiknya, Nur Rambutt’an yang lahir pada 14 Mac 2017 menjadi bualan hingga tular seluruh negara.
Bapa mereka, Abi Amin Mahayadin, 40, mengakui terkejut dan kesal dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang telah menularkannya.
Menurutnya, sejak menjadi tular, dia menerima kecaman hebat dari netizen namun mengambil pendekatan positif kerana memikirkan tindakan menamakan kedua-dua anaknya adalah keputusan keluarga.
“Nama ni dapat dari orang-orang lama, depa orang baik-baik, ada pertalian keluarga juga, macam pangkat tok-tok, jadi kami ikut sahaja,” katanya.
Menurutnya, ia sama-sekali tiada kaitan dengan nama buah-buahan tempatan seperti durian dan rambutan.
Difahamkan, Muhammad Dhury Yan diberi gelaran Yan dalam keluarga manakala Nur Rambutt’an digelar Adik An atau Nora.
Kedua-dua beradik ini juga baharu sahaja menerima kelahiran seorang adik lelaki berusia 20 hari yang belum diberi nama.
“Yang baru ni tak dak nama lagi, tunggu tok depa bagi,” katanya.
Beliau bagaimanapun mengharapkan masyarakat menghormati keputusan keluarga itu tanpa meninggalkan sebarang persepsi sehingga menjejaskan masa depan anak-anaknya.
Sinar Harian bagaimanapun sempat menemubual Yan dan Adik An, yang mengakui sukakan buah-buahan tempatan termasuk durian dan rambutan.
Yan berkata, dia suka makan durian dan mengakui adiknya juga sukakan buah rambutan.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam dunia yang semakin pantas bergerak, kisah cinta yang lahir daripada keikhlasan dan nilai kekeluargaan sering kali menjadi sesuatu yang dekat di hati masyarakat.Itulah...