Sedangkan lidah lagi tergigit, begitulah juga suami isteri. Tak semestinya dalam sebuah perkahwinan hanya perlu bahagia sentiasa, sesekali perlu juga momen bait-bait bergaduh manja untuk mengharmonikan lagi hubungan.
Tetapi… Tak elok juga bermasam muka berhari-hari. Setiap pergaduhan semestinya ada jalan untuk berdamai. Apa yang penting untuk berdamai semestinya komunikasi antara suami isteri, iaitu berbincang semula. Nak tahu teknik berkesan untuk berbincang suami isteri? Ikuti teknik yang diberikan oleh puan Wawa Shauqi ini untuk panduan bersama.
“Dengan laki aku tu, tiap kali ajak berbincang je bergaduh.”
Dalam satu episod rancangan temubual bersama Steve Harvey, ada satu pasangan dijemput. Umur mereka, 100 dan 103 tahun. Mereka dah kahwin sejak umur 21 tahun. Maknanya dah 83 tahun bersama!
Amazing kan! Nasihat dari pasangan tu adalah,
“Be nice to each other.”
“Talk things over.”
TALK THINGS OVER’ – BERBINCANG UNTUK SETIAP PERKARA
Bab TALK THINGS OVER ni.
Tahun-tahun pertama perkahwinan saya dan suami, payahnya nak praktik yang ini. Setiap kali bincang, mesti jadi gaduh.
Pernah beberapa kali, suami akan keluar dari rumah bila bibit perbincangan nak tukar ke pergaduhan. Ingatkan kami berdua je gitu. Rupanya bila gosip sesama geng mak minah, isu ni rupanya isu sejagat.
Ada yang dah 10 tahun kahwin pun, masih tak boleh berbincang. Bincang je gaduh. Bincang je buat muka. Akhirnya, tak ada improvement pun berlaku dalam perhubungan.
Masing-masing simpan perasaan. Bila dah simpan sakit di hati, masing-masing semakin jauh. Satu isu kecil, mudah je jadi meletup.
Kami laki bini pun, kaki gaduh juga. Tapi syukurlah, bila buka ruang perbincangan, banyak perkara kami dapat improve. Bila dapat berbincang, benda yang asalnya nampak rumit, boleh je selesai.
SELALULAH BERBINCANG DARI SEKECIL PERKARA SEHINGGA SEBESAR ALAM…
Memang sangat tepatlah apa yang atok dan nenek umur 100 tahun tu pesan. Kita laki bini ni, belajarlah berbincang.
Ads
Nak makan kat mana, bincang.
Nak sekolahkan anak kat mana, bincang.
Macam mana nak hangatkan semula hubungan, bincang.
Apa bahagian diri kita yang perlu kita improve, bincang.
Sampai ke hal nak masuk syurga bersama pun kita kena bincang.
3 TEKNIK BERBINCANG BERDASARKAN 3 INDIVIDU BERLAINAN:
Cuma bab bincang ni, tak boleh main redah. Kena ikut kekdah (kaedah). Tak ikut kekdah, tudung periuk pun boleh melayang.
Ini 3 Teknik Berbincang yang saya peroleh dari 3 orang yang berlainan.
1. TEKNIK I
Teknik oleh Psikologis Akif Basri.
CONTOH:
✔ I penat. Boleh tak nak rehat?
❌ Tau tak I ni penat?
✔ I seronok dapat discuss dengan you sebelum buat keputusan.
❌ You memang tak boleh bawak berbincang eh?
Mulakan teguran dengan perkataan ‘i’ atau ‘saya’. Nyatakan apa yang kita rasa. Bukan serang pasangan kita.
Ads
2. TEKNIK BURGER
Teknik oleh Kaunselor Fadzli Aziz.
Sebelum tegur, carilah 1 perkara untuk dipuji. Kemudian barulah tegur apa yang boleh dibaiki. Kemudian, dilapisi kembali dengan pujian.
Puji – tegur – puji
CONTOH:
✔ “Saya suka penampilan awak. Segak je. Sebab mulut awak berbau je. Kalau setel bau mulut, mesti A+.”
✔ “Wah, bagus awak kemas rumah. Jangan lupa mop tau. Lepas mop, komfem tip top!”
3. TEKNIK BELI JIWA
Teknik oleh Tuan Badrul Sani.
Ads
Perempuan ni, kalau nak beli jiwa dia adalah dengan pujian. Lelaki pulak, nak beli jiwa dia kena bagi ayat penghargaan.
SUAMI PERLU…
Maka suami, rajin-rajinlah pandang mata isteri. Kalau berselisih tu, mata bertentang mata, hadiahkanlah senyuman.
Puji sikit pilihan baju atau gaya rambut yang disikat. Rajin-rajin mesej walaupun semata-mata nak kongsi lawak yang kalian jumpa di FB.
ISTERI PERLU…
Isteri pulak, rajin-rajinlah ucap terima kasih. Up sikit suami tu macam mereka dah buat kerja paling heroic atas muka bumi. Walaupun kerja yang dibantu sekadar angkatkan sampah keluar rumah.
Buat benda simple macam ni pun, kita sebenarnya tengah bina connection. Bila ada connection, nak buat correction jadi mudah.
SUAMI ISTERI ELAKKAN 3M INI!
Yang penting, elakkan 3M ni :
Menyindir
Merendah-rendahkan
Meninggikan suara
Kalau awal-awal dah guna 3M ni, bukan nak ajak bincang namanya. Tapi ajak berperang.
Bila 2 nakhoda kapal berperang, bukan anak kapal je tak aman. Takut-takut tak sempat berlayar jauh, kapal karam di tengah jalan.
Semoga kita mampu latih diri untuk berbincang sebaiknya. Mudah-mudahan, dapat rezeki jadi pasangan till jannah.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar rakyat Malaysia mendirikan solat hajat bagi menolak koronavirus (Covid-19) yang sedang melanda negara.
Kerjasama semua
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, beliau mengharapkan kerjasama semua pihak untuk melaksanakan solat hajat itu di rumah dan tempat masing-masing dengan mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Solat Hajat tersebut boleh dilakukan pada waktu siang atau malam kecuali pada waktu-waktu yang diharamkan solat iaitu:
i. Sesudah solat Subuh hingga terbit matahari. (kecuali bagi mereka yang berada di Tanah Haram).
ii. Selepas terbit matahari hingga kadar 7 hasta pandangan mata. Kira-kira 3 darjah.
iii. Ketika matahari tegak di atas kepala kecuali pada hari Jumaat.
iv. Selepas solat Asar (kecuali di Tanah Haram).
v. Ketika matahari kemerahan di waktu senja hingga terbenam seluruh bulatannya. (kecuali di Tanah Haram)
Banyakkan zikir
• Begitu juga marilah kita membanyakkan istighfar, taubat, zikrullah dan amalan ketaatan serta munajat yang tak putus-putus kepada-Nya.
Sekian, terima kasih.
YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA)
24 MAC 2020
Sebelum ini muncul gosip mengenai kehamilan pelakon kecil molek ini namun empunya diri menafikan. Rupa-rupanya, gosip tersebut adalah benar apabila pelakon dan penyanyi Ayda Jebat, 29, mengesahkan yang dia kini hamil empat bulan.
Isteri kepada Nabil Mahir itu memaklumkan perkara berkenaan di majlis berbuka puasa istimewa dianjurkannya hari ini di sebuah hotel terkemuka ibu kota.
Menurut Ayda, dia hampir mengalami keguguran kerana tekanan kerja selain sekeliling saat berita kehamilan diumumkan lebih awal oleh pihak lain.
“Tak saya nafikan stres hingga terlalu banyak berfikir dan kecewa dengan berita kehamilan itu didedahkan bukan daripada saya dan suami.
“Malah saya juga mengalami pendarahan hingga dimasukkan ke hospital. Bagaimanapun semua kembali terkawal selepas itu,” katanya.
Ayda juga berharap proses kehamilannya akan dipermudahkan hingga sampai hari bersalin.
Pemilik nama penuh, Nor Suhada Jebat itu dijangka melahirkan anak pada bulan Oktober depan.
“Semoga segala galanya dipermudahkan. Mohon semua mendoakan yang baik-baik. Majlis hari ini saya undang rakan media, klien serta sahabat terdekat untuk berkongsi berita gembira ini
“Saya percaya usia sekarang tempoh terbaik untuk berkongsi berita ini
“Terima kasih buat semua yang memahami. Semoga semuanya dipermudahkan, insyaAllah” katanya.
Ayda berkata, keputusan mengumumkan kehamilan saat ini juga kerana terikat dengan komitmen kerja.
“Jadi saya ambil masa untuk umumkan perkara ini dengan jenama yang sudah saya terikat.
“Selain pada masa sama mengatur komitmen dan sesi fotografi dengan jenama berkenaan,” katanya.
Ayda turut mengakui berdepan alahan bau termasuk bau dapur rumah.
“Soal alahan saya juga tidak terlepas mengalaminya. Pernah satu malam saya tiba-tiba terjaga dari tidur dan muntah atas katil. Saya juga mengalami alahan bau, tetapi bukan bau makanan cuma bau dapur dan cecair pembasmi kuman,” katanya.
Ketika ini pasangan itu belum bersedia berkongsi jantina dan anak lagi. Ayda dan Nabil melangsungkan pernikahan 1 Januari lalu.
“I’m Sorry Daddy…” Anak Najib Mohon Maaf Tak Cukup Berjuang Untuk Ayahnya.
Hati anak mana yang tidak sebak apabila ayah tersayang tiada lagi di sisi untuk bersua muka setiap hari.
Umum mengetahui bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas bekas Perdana Menteri ke-6 ini.
Pelbagai pihak memberikan respon mengenai keputusan mahkamah itu termasuk anaknya Nooryana Najwa atau Yana Najib menerusi hantaran Instagram miliknya semalam.
Yana memohon maaf kepada ayahnya tidak cukup berjuang untuk ayahnya.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
“I’m sorry daddy”
Mungkin kita tidak cukup berjuang. Mungkin kita meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada sistem keadilan kita.
Mungkin kita terlalu percaya dengan sepenuh hati dalam tujuan dan tujuan kita sehingga kita menentangnya selama empat tahun ini.
Namun anda tidak mendapat hari keadilan anda hari ini, kami juga tidak berpeluang bertempur.
Tetapi Bossku tidak berakhir di sini.
Saya berjanji kepada Daddy (Datuk Seri Najib Tun Razak ) bahawa Mummy (Datin Seri Rosmah Mansor), Ashman, Abang Jaja, saya, keluarga dan orang-orang awak tidak akan berehat sehingga awak selamat kembali bersama kami dan keadilan ditegakkan.
Kami sangat berbangga dengan kekuatan anda.
Saya akan berpegang pada kata-kata perpisahan anda dengan saya setiap hari, “mereka boleh mengawal segala-galanya tetapi mereka tidak dapat mengawal emosi dan kekuatan fikiran anda”…
Tetap kuat, Allah bersamamu ayahku
Sentiasa bersama anda, untuk sekarang dan selamanya…