Tak dinafikan anak kita lebih mudah terkena sakit sebaik bersama kawan-kawan di taska atau di tadika baik juga ke sekolah. Pening ibu dibuatnya bila anak asyik sakit sedangkan anak cergas dan sihat bila berada di rumah.
Jika ini kerap terjadi kepada anak kita, Dr Mazliana Mazlan kongsikan tip dan sebaiknya ubah lima perkara ini dalam rutin anak-anak. Petanda anak lemah imunitinya.
Ramai ke macam ni? Pertama sekali, bawa anak jumpa doktor, buat pemeriksaan darah dan fizikal tubuh badan anak. Ceritakan masalah anak korang yang kerap tak sihat bila pergi taska.
Kalau semuanya okay tak ada masalah kesihatan yang serius, mungkin sebenarnya imuniti anak lemah. Jadi, apa kita boleh buat untuk support imuniti anak?
Cuba buat 5 perkara ni, konsisten 1 bulan. Kesan ketara korang akan nampak pada anak, insyaAllah.
Ads
1. Jaga makan minum anak.
– Tak ada istilah terlalu menjaga makan sangat sampai anak makan silap sikit je tak sihat. Tak ada istilah macam ni tau.
– Makan memang kena jaga, perintah Tuhan untuk kita cari makanan yang tayyib (baik).
– Cut semua makanan tinggi proses dari anak, hanya bagi makan real food. Makan minum yang baik untuk nak sihatkan usus anak. Imuniti anak akan kuat bila usus sihat, insyaAllah.
2. Bawa anak keluar rumah setiap hari
– Keluar bermain dengan alam, biar anak hirup udara segar. Main kotoran tanah dan rumput di bawah cahaya matahari.
– Ramai tak sempat sebab bekerja kan. Tapi korang kena cuba usaha tau, walaupun 10 minit. Perubahan ketara korang akan nampak bila anak selalu grounding dan sunning. Anak-anak akan makin kalis dengan kuman.
3. Tidur kualiti
– Tidur awal, malam jangan bagi gadjet, tidur dalam gelap, phone jangan letak berdekatan dengan anak masa tidur.
– Makin tinggi kualiti tidur anak, makin kuat imuniti anak.
Ads
4. Supplement
– Cari supplement tanpa gula yang serasi dan boleh bantu kuatkan imuniti anak.
– Yang saya suka dan alhamdulillah menjadi untuk anak saya, minyak zaitun, minyak kelapa dan almanna. Semua ni adalah makanan, tapi saya jadikan sebagai supplement untuk anak.
Ads
5. Serahkan anak dalam jagaan Allah
– Sehebat mana pun kita menjaga anak, Allah adalah sebaik-baik penjaga. Tak akan berlaku apa-apa manfaat atau mudharat, selain dengan izinNya.
– Emosi ibu ayah kena jaga, jangan stress sangat, jangan terlalu overthinking. Asal hantar ke taska je tak sihat. Asal batuk selsema demam je, mesti lepas hantar taska.
– Setiap hari baca doa tolak mudharat sebelum hantar anak ke taska.
Korang boleh cuba ya, kalau ada yang kerap kena 3 serangkai bila hantar ke taska atau masuk sekolah. Moga anak-anak kita sihat kuat imuniti selalu.
Pendakap gigi untuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah disifatkan sebagai rawatan elektif untuk mereka. Indikasi dan kriteria untuk rawatan adalah sama dengan kanak-kanak normal.
Apa yang membuatnya berbeza adalan pelan rawatan dan perlaksanaan penjagaan pergigian yang akan diubah mengikut kemampuan pesakit, pemberian kerjasamanya dan penjagaan di rumah.
Perlukah kanak-kanak berkeperluan khas memakai pendakap gigi?
Terdapat beberapa faedah memakai pendakap gigi. Ianya termasuk:
*Memperbaiki susunan gigi dan kecantikan senyuman
*Memperbaiki kesihatan pergigian kerana gigi yang tersusun lebih mudah dibersihkan
*Memperbaiki pertuturan dan daya kunyahan dalam situasi di mana gigi hadapan tidak bersentuhan antara satu sama lain. Dengan pendakap gigi, posisi gigi boleh diperbetulkan dan fungsi gigi akan menjadi lebih baik
Seperti juga kanak-kanak normal, kanak-kanak berkeperluan khas tidak semestinya memerlukan pendakap gigi sekiranya mereka tidak mahu memakainya. Pendakap gigi mudah memerangkap makanan di celahan gigi. Ini akan meninggikan risiko penyakit pergigian seperti karies gigi sekiranya kebersihan mulut tidak dijaga sepanjang rawatan.
Mengapa Kanak-kanak Berkeperluan Khas Memerlukan Perhatian Khas Sepanjang Rawatan Pendakap Gigi?
Ini adalah kerana kanak-kanak berkeperluan khas:
*Sering mempunyai kefahaman yang rendah, tahap kebimbangan yang tinggi, tempoh tumpuan yang pendek dan daya toleransi yang terbatas
*Mempunyai pergerakan anggota yang tidak terkawal membuatkan mereka sukar untuk duduk di kerusi pergigian
*Mempunyai tahap kerjasama yang rendah
*Mempunyai refleks geg (rasa nak muntah) dan fobia kepada rawatan pergigian
*Mempunyai aliran air liur yang tidak terkawal
Apakah Jenis-jenis Pendakap Gigi Untuk Kanak-kanak Berkeperluan Khas?
Jenis rawatan yang diberikan untuk kanak-kanak ini tidak semestinya berbeza dari pesakit normal. Selalunya,rawatan adalah berdasarkan maloklusi (susunan gigi). Namun begitu, pakar yang merawat akan mengambil kira keupayaan kanak-kanak dan penjaga untuk menyelenggara pendakap gigi dengan selamat.
Berikut adalah jenis-jenis rawatan yang boleh diberikan:
*Pendakap gigi boleh tanggal
Pesakit akan boleh menanggalkan dan memasang semula pendakap gigi ini dengan sendirinya. Untuk memastikan rawatan ini berjaya, pendakap gigi mesti dipakai 24 jam kecuali ketika memberus gigi. Pendakap gigi boleh tanggal ini digunakan untuk merawat maloklusi (susunan gigi) yang mudah dan memerlukan pergerakan gigi yang sedikit. Pendakap gigi boleh tanggal ini juga berfungsi untuk menahan pergerakan gigi dan menjaga susunan gigi setelah rawatan selesai.
*Pendakap gigi untuk merangsang tumbesaran rahang(Pendakap Fungsi –Functional brace)
Pendakap gigi jenis ini digunakan untuk mempertingkatkan/merangsang tumbesaran rahang bawah pada kanak-kanak yang sedang membesar. Pendakap gigi ini sesuai untuk pesakit yang mempunyai rahang bawah yang kecil dan gigi depan atas yang menonjol ke luar (jongang).
*Penyelenggara ruang (Space Maintainer)
Penyelenggara ruang seringkali dipasang pada gigi geraham kekal pertama, di mana gigi susu bersebelahannya telah rosak disebabkan karies gigi atau perlu dicabut. Penyelenggara ruang akan menahan pergerakan ke hadapan gigi geraham kekal pertama dan mencegah berlakunya kesesakan (gigi berlapis kerana ruang tidak mencukupi untuk susunan gigi yang baik)
*Pendakap di atas kepala (Head brace)
Pendakap di atas kepala digunakan untuk menghadkan tumbesaran rahang atas dan dalam masa yang sama memperbaiki kedudukan gigi atas hadapan yang jongang. Pendakap di atas kepala ini sesuai untuk kanak-kanak yang masih membesar dengan kedudukan rahang atas yang ke hadapan dan gigi atas hadapan yang menonjol ke luar (jongang).
*Pendakap pada Tulang (Bone Brace)
Pendakap pada tulang pula adalah skru besi seperti pin kecil yang dimasukkan melalui gusi ke tulang rahang. Bagi pesakit dewasa, pendakap ini digunakan sebagai tambatan untuk memperbaiki gigi hadapan yang jongang. Pendakap yang tertanam ini digunakan untuk sementara waktu sahaja. Ianya akan dikeluarkan selepas rawatan selesai.
*Pendakap tetap untuk meluaskan rahang (Expanding brace)
Pendakap tetap ini digunakan untuk mengembangkan rahang atas bagi menyesuaikan dengan kelebaran rahang bawah. Kanak-kanak yang mempunyai rahang atas yang sempit dan terbatas untuk menempatkan kesemua gigi atas didapati sesuai untuk memakai pendakap ini.
*Pendakap tetap (Fixed brace)
Pendakap tetap diperbuat daripada logam. Pendakap ini jelas kelihatan logamnya dan dilekatkan pada permukaan gigi. Sekiranya kanak-kanak atau ibu-bapa bimbang mengenai pendakap logam yang jelas kelihatan ini, mereka boleh memilih untuk memakai pendakap seramik yang mempunyai warna hampir sama dengan gigi.
Apakah situasi di mana kanak-kanak berkeperluan khas ini perlu dirujuk kepada Pakar Ortodontik untuk rawatan yang melibatkan gabungan kerjasama Pakar Pergigian Pediatrik?
*Tabiat menghisap jari Tabiat menghisap jari boleh menyebabkan pengherotan susunan gigi dan alat pencegah tabiat (habit breaker) akan dipasang sebagai peringatan untuk memberhentikan tabiat tersebut
*Keterbatasan ruang untuk gigi tumbuh
Ketidakcukupan ruang sewaktu kegigian campuran perlu dipintas dengan mencabut gigi susu untuk membenarkan gigi kekal tumbuh. Sekiranya rahang atas sempit dan ruang tidak mencukupi, pelebaran rahang atas mungkin perlu.
*Gigi tidak tumbuh Sekiranya gigi terbenam di dalam tulang selepas waktu pertumbuhannya, pandangan dari Pakar Ortodontik atau Pakar Pergigian Pediatrik diperlukan untuk mencegah kerosakan kepada gigi lain. Ini boleh berlaku apabila gigi yang tidak tumbuh ini bergerak di dalam tulang dan melanggar akar yang menjadi penyokong posisi gigi lain
*Kehilangan awal gigi susu Penyelenggara ruang diperlukan untuk mencegah pergerakan gigi dan menyebabkan kesesakan(gigi berlapis)
*Kehilangan gigi Penyusunan gigi atau prosthesis diperlukan untuk memelihara estetik dan fungsi kegigian sedia ada
*Keadaan di mana rahang atas berposisi kehadapan,rahang bawah ke belakang dan gigi hadapan ke hadapan. Pendakap gigi yang merangsang tumbesaran rahang (functional brace) diperlukan untuk memperbaiki posisi gigi hadapan atas dan dalam masa yang sama memperbaiki rahang atas dan bawah
Sekiranya kanak-kanak Berkeperluan khas ini Memerlukan Pendakap Gigi, Apakah Perkara Penting yang Ibu Bapa perlu Ketahui?
Motivasi
Ibu bapa harus faham sebelum bertemu dengan Pakar Ortodontik, temujanji berkala dengan Pakar Pergigian Pediatrik adalah penting bagi pengawasan pertumbuhan gigi dan penjagaan kebersihan mulut. Ibu bapa juga mesti mengambil tanggungjawab untuk memastikan anak-anak mereka mencapai aras kebersihan mulut yang baik sebelum memulakan rawatan pendakap gigi. Penjagaan kebersihan mulut yang baik dan menghadiri temujanji lanjutan setiap 6 minggu adalah faktor penting dalam menjamin keberhasilan rawatan.
Harapan (Expectation)
Ibu bapa haruslah tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap hasil rawatan kerana sebahagian kanak-kanak berkeperluan khas ini berasa khuatir dan menghadapi kepayahan untuk menjalani rawatan pendakap gigi ini.
Ubat-ubatan
Kanak-kanak berkeperluan khas kadangkala memerlukan sedatif (ubat penenang) untuk menenangkan dan mendapat kerjasama mereka sewaktu rawatan dijalankan. Ini akan memerlukan pengendalian bersama dengan Pakar Pergigian Pediatrik.
Cabutan gigi
Gigi perlu dicabut untuk sebahagian kes bagi mengwujudkan ruang dalam mengatasi kesesakan dan mengurangkan penonjolan keluar gigi atas hadapan (jongang).
Jangkamasa rawatan
Pada kebiasaannya, rawatan pendakap gigi mungkin mengambil masa selama 2-3 tahun bergantung kepada keparahan maloklusi. Rawatan akan mengambil masa yang lebih panjang bagi kanak-kanak ini disebabkan kurangnya kemampuan untuk bekerjasama dengan rawatan
Kos Rawatan
Komplikasi dan lanjutan masa rawatan akan menambah kos rawatan secara keseluruhannya
Gigi bergerak ke posisi asal (Relapse)
Setelah selesai rawatan pendakap gigi ini, pesakit mestilah memakai alat penahan untuk memegang gigi di posisi yang baharu. Kegagalan mengikuti arahan pemakaian alat penahan akan mendorong ke arah pergerakan gigi kembali ke posisi asal. Pemakaian alat penahan pada waktu malam masih diperlukan selama pesakit mahu gigi mereka kelihatan tersusun
Perkara penting yang mesti di titikberatkan oleh ibu bapa serta halangan-halangan yang mungkin di hadapi sekiranya kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan rawatan pendakap gigi.
*Penjagaan kebersihan mulut yang baik Kebersihan mulut mestilah sangat baik untuk mencegah risiko pemakaian pendakap gigi. Kegagalan membersihkan gigi dangan baik boleh mendorong ke arah tompokan lesi putih, karies gigi, pembengkakan dan pendarahan gusi . Gigi mesti diberus setiap kali selepas makan dan sebelum tidur dengan ubat gigi berfluorida. Penggunaan berus gigi elektrik adalah digalakkan untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah neuromuskular.
*Pengambilan rekod Sekiranya pengambilan rekod pergigian memerlukan sedasi atau bius am, prosedur pergigian yang lain juga akan digabungkan untuk mengurangkan kekerapan temujanji klinik. Pengambilan acuan gigi (impresi) Proses ini selalunya tidak selesa tetapi boleh dijalani dengan baik oleh kanak-kanak biasa. Namun begitu, kanak-kanak yang bimbang mungkin tidak dapat menghadapi proses ini dengan hanya komunikasi yang baik.
Rawatan alternatif untuk menenangkan mereka termasuk memberi gas sedasi sedar nitrus oksida sahaja atau digabungkan dengan ubat penenang yang diberikan oleh Pakar Pediatrik Pengambilan radiograf (X-ray) Kanak-kanak berkeperluan khas akan selalunya takut atau panik apabila berdepan dengan mesin X-ray.
Bagi pesakit yang kurang memberi kerjasama, bermasalah neuromuskular atau kelainan upaya mental, untuk mendapatkan imej radiograf (X-ray) yang jelas agak sukar. Ibu-bapa juga boleh diminta untuk memegang filem X-ray ketika prosedur dijalankan kerana wajah yang dikenali bersama mereka boleh mengurangkan perasaan gelisah.
Rawatan
-Pelan rawatan boleh dinilai kembali bergantung kepada kerjasama pesakit berdasarkan peringkat rawatan yang sebelumnya
-Pendakap gigi boleh tanggal diutamakan berbanding pendakap gigi tetap untuk kanak-kanak berkeperluan khas kerana pendakap gigi jenis ini memerlukan permukaan gigi yang betul-betul kering, ketepatan posisi pendakap gigi dan jangkamasa rawatan yang lebih lama. Kadangkala ubat sedasi diperlukan untuk perlekatan pendakap gigi. Ubat-ubatan sialogog yang mengurangkan pengeluaran air liur untuk sementara waktu juga digunakan untuk mengekalkan kekeringan mulut.
-Pesakit dengan pendakap gigi tetap memerlukan motivasi yang tinggi untuk mengekalkan kebersihan mulut yang baik berbanding pemakai pendakap gigi boleh tanggal. Dalam rawatan pendakap gigi tetap, cabutan gigi boleh ditangguhkan atau dielakkan bagi mengurangkan jangkamasa dan memudahkan rawatan.
Aspirasi (bendasing tersedut masuk ke paru-paru) boleh terjadi pada pesakit yang kehilangan refleks perlindungan. Penjagaan teliti harus diambil kira untuk mengelakkan cebisan, air, air liur, darah dan bahagian dari pendakap gigi daripada termasuk kedalam salur pernafasan dengan menggunakan kapas kasa atau empangan getah. Perlekatan tidak langsung pendakap boleh mengurangkan kemungkinan bendasing masuk ke dalam paru-paru.
Pengekalan posisi gigi (Retention)
Pesakit perlu memakai alat penahan (retainer) selama mana pesakit mahu gigi mereka kelihatan tersusun. Alat penahan boleh tanggal akan memegang gigi di dalam rahang atas dan bawah.
Namun begitu, kerjasama yang baik sangat diperlukan. Alat penahan tetap akan dilekatkan di belakang permukaan gigi hadapan atas dan bawah bagi mencegah pergerakan gigi yang telah disusun kembali ke posisi asal, akan tetapi peletakan alat penahan tetap yang tepat mungkin melibatkan sedasi.
Tambahan pula, untuk membersihkan alat penahan tetap adalah sukar kerana ianya terletak di belakang gigi. Ini akan meninggikan risiko pereputan gigi di sekeliling alat penahan.
Khasiat kurma cina juga sering disebut-disebut bagus untuk kesihatan tubuh badan dan dapat membantu memberi lebih tenaga yang diperlukan oleh tubuh badan untuk kekal aktif dan sihat.
Namun begitu tidak semua antara kita biasa mengamalkan pengambilan kurma cina ini berbanding rempah atau herba seperti halba, cengkih dan sebagainya sedangkan khasiatnya cukup luar biasa.
Antara khasiat yang terkandung di dalam kurma cina menurut kajian yang dikongsikan di klikdokter adalah seperti berikut :-
Mengetahui betapa banyaknya kebaikkan kurma cina ini untuk kesihatan, apa kata anda amalkan untuk minum air rebusan kurma cina ini seperti mana yang diamalkan oleh Fairuz Azmi.
Menurut perkongsiannya, air rebusan ini bagus untuk membuang angin dalam badan dan sekali gus dapat menjadikan tubuh badan lebih bertenaga dan tidak mudah letih.
Bagi anda yang ingin mencuba di sini di kongsikan cara untuk menyediakan air rebusan tersebut, selamat mencuba.
Resipi Air Rebusan Kurma Cina Untuk Lebih Bertenaga
Bahan-bahan:
Air 4 mug
Kurma cina segenggam
Halba 1 sudu besar
Halia ketuk 2 inci
Gula batu Secukup rasa
Cara Buat :
Ekstra info : Air rebusan ini boleh guna untuk 3-4 kali minum. Contoh : Malam ini saya rebus dalam periuk, tuang dalam cawan untuk minum. Kemudian saya tutup periuk tu elok-elok. Esok malam saya akan panaskan sahaja. Ulang sampai 3-4 hari. Lepas tu baru tukar bahan yang baru.
Percaya atau tidak masalah alahan boleh membawa maut?
Tentu ramai di kalangan kita yang mempunyai masalah berkaitan alahan dan alergi. Selalu selsema, gatal-gatal kulit, mata, telinga, hidung dan bermacam-macam lagi. Untuk yang ada anak-anak, dah tentu masalah ini menjadi suatu perkara yang amat berat untuk kita terima.
Puas dah kita cari rawatan, mana-mana tempat kita dah pergi untuk berubat, namun masalah anak kita masih tidak selesai. Apa masalahnya ini?
Masalah alahan ini berlaku akibat tindak balas sistem imun tubuh kita kepada beberapa faktor allergen. Akibatnya tubuh kita akan mengalami gejala alahan seperti saya sebut tadi.
Beberapa punca biasa menyebabkan simptom ini berlaku perlu dikenalpasti oleh pesakit sendiri dan juga ibu bapa. Kita sebut sebagai ‘allergen’. Ini amat penting bagi memastikan gejala sama tidak berulang lagi.
Walaubagaimanapun, selain daripada gejala yang biasa ditemui, salah satu keadaan berbahaya boleh berlaku kepada pesakit. Jika ini berlaku, maka langkah perlu dan segera perlu dilakukan. Bawa ke hospital!
Anafilaksis adalah tindak balas alergi yang boleh mengancam nyawa. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba, berlaku sebaik sahaja pendedahan kepada faktor alergen berlaku. Keadaan ini akan menjejaskan seluruh sistem badan pesakit!
KESAN
Histamines dan bahan kimia lain dikeluarkan dari pelbagai tisu di seluruh badan, menyebabkan gejala berbahaya seperti:
1. Menyempitkan saluran pernafasan dan mengakibatkan kesukaran bernafas
2. Penurunan tekanan darah secara tiba-tiba
3. Pembengkakan pada kawasan muka, leher atau lidah
4. Mengalami muntah atau cirit-birit
5. Gejala sakit dada dan palpitasi pada jantung.
6. Percakapan pada pesakit yang tidak jelas.
7. Untuk keadaan yang lebih teruk, pesakit boleh hilang kesedaran!
Beberapa risiko meningkatkan kebarangkalian serangan ini berlaku.
1. Pernah alami gejala alahan teruk sebelum ini.
2. Sejarah keluarga yang turut alami perkara sama.
3. Pesakit merupakan pesakit alahan dan asma yang tidak terkawal.
Jika anda atau anak-anak anda mengalami gejala alahan yang luar biasa, jangan biarkan di rumah. Segera dapatkan pemeriksaan doktor.
Jika anda rasa tulisan ini bermanfaat, #kongsi kepada mereka yang anda sayang. Saya doa kita semua diberi kesihatan berpanjangan.
Dr. Ezairy M.Sallih
Pastikan ahli keluarga dan rakan terdekat tahu bahawa anda merupakan pesakit alahan kepada sesuatu allergen. Apabila berlaku perkara tidak diingini kepada anda, mereka tahu apa perlu dilakukan.
‘Allergic safety rules’ ini amat baik untuk kita baca dan sebarkan. Jaga kebersihan, kerap membasuh tangan, elakkan kongsi makanan dengan mereka yang ada alahan, tahu tanda-tanda serangan alahan dan alergi, beritahu orang sepatutnya sekiranya anda alami alahan.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.