Bayangkan, dengan hanya amalkan asam gelugor atau asam keping yang sering kita gunakan sebagai bahan masakan boleh membantu untuk kita sihat. Siapa sangka, hanya rendamkan asam keping ini, bantu memberikan kesihatan tubuh badan yang baik.

Sebagaimana yang dipaparkan oleh puan Amalina Ahmad Daud  yang berkongsi tip kesihatan yang hanya menggunakan asam keping yang diperolehinya daripada perkongsian founder Suzy honey

Asam Gelugur Petua Atasi Masalah Darah Pekat. Buat Rendam Airnya. Boleh Cuba Ni!

Semalam sebaik sahaja saya dan suami keluar dari kawasan kampung kami sempat singgah di Bukit Besi , Dungun. Kami lepak dan menikmati moreh di kawasan sekitar situ. Bertemu dengan seorang kenalan lama suami saya yang di panggil Pak Din.

Kami duduk minum air semeja. Rupanya Pakdin merupakan Pengamal Perubatan Alternatif. Wah…ini menarik lagi minat saya untuk bersembang lagi lama.

Pak Din ada 4 orang anak. 3 perempuan 1 orang lelaki. Kesemua anak anaknya berjaya. Menjadi pengurus besar di Petronas dan menjadi Pilot juga doktor.

Saya bertanya kepada Pak Din ,
“Pak Din , anak PakDin yang menjadi doktor itu macamana ? Dia menyokong tak perubatan alternatif ini?”

IKLAN

Jawab Pak Din ” Ya mestilah. Anak saya yang itu banyak merujuk kepada saya ”

Wah…hebatnya ! Saya kagum dengan PakDin. Bila saya bercakap dengan PakDin ini mengingatkan saya kepada Tok Guru saya dalam Perubatan Melayu iaitu Dr. Abd Ghani bin Husain. Bila Pak Din menyebut bilangan jenis pokok pokok herba dan prinsip perubatan ini yang sama seperti saya pelajari. Bila bercakap bab jantung bagaikan saya bercakap dengan doktor.

Pak Din seorang yang sangat merendah diri dan beliau sempat memberitahu saya antara penyakit yang beliau rawat ialah sakit jantung, kanser juga strok. Jangan terkejut PakDin ini sudah keluar merawat ramai pesakit hingga keluar negara.

Sempat beliau memberi saya satu kaedah untuk merawat masalah darah pekat yang merupakan salah satu punca masalah kepada penyakit penyakit kronik.

IKLAN

Caranya : 

Asam Gelugur Petua Atasi Masalah Darah Pekat. Buat Rendam Airnya. Boleh Cuba Ni!

Ambil sekeping asam gelugor. Di basuh bersih dan masukkan kedalam 1 gelas air panas. Kemudian di tutup dan dibiarkan selama 2 jam. Baru diminum.

IKLAN

Asam keping yang digunakan tadi ambik di simpan dalam peti dan esoknya boleh digunakan lagi. 1 keping boleh diguna pakai sebanyak 3 kali/3hari.

Minum setiap hari berturut turut sehingga selesai masalah yang di hadapi. Selepas itu pergilah check di klinik atau hospital samaada ada perubahan atau tidak!

Sambil PakDin tersenyum….

Alhamdulillah
Terima kasih banyak Pak Din kerana berkongsi ilmu. Sebenarnya banyak lagi yang di kongsikan. Ada kelapangan masa saya akan kongsikan lagi ya.

*Saya kongsi dari founder Suzy honey

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI