Siapa yang tak nak cantik. Biarpun wanita itu sudah berkahwin atau anak dara, penampilan diri amat penting untuk memberikan keyakinan diri. Bagi wanita yang berkahwin, cantik bukan sahaja untuk suami tetapi sebagai penjagaan diri seumur hidup.
Salah satu masalah kecantikkan yang dialami oleh wanita adalah masalah jerawat. Ia terjadi disebabkan banyak faktor antaranya perubahan horman, pori-pori tersumbat dan penggunaan produk kecantikkan yang mengandungi bahan merkuri yang membahayakan kulit wajah.
Apabila jerawat mula memenuhi muka, ia tentu memberi kesan kepada penampilan diri sehingga wajah kelihatan kusam dan tidak berseri. Biarpun jerawat telah kering ia tetap meninggalkan parut hitam di wajah. Ia mengakibatkan wajah seakan tidak sekata dan licin. Menerusi petua yang dikongsi oleh wanita ini,Muyassarah Samad, mengunakan tiga bahan iaitu asam jawa dan bedak sejuk dengan campuran air untuk menghilangkan parut jerawat.
IKUTI PERKONGSIAN INI
Ads
Tips hilangkan parut jerawat.
Bahan-bahan dia semua natural..non – chemical dan homemade. Semestinya senang.. tak susah pun..semudah 1,2 dan 3.
Ads
1.asam jawa 2.bedak sejuk 3.air kosong
Petua ni memang sarah dah amalkan 5 tahun dari zaman remaja*lani pon remaja lagi. kalau nak nampak marvelous kena amalkan setiap malam in syaa ALLAH seminggu parut dah hilang.2011 n 2012 masa tu muka sarah teruk sangat jerawat,parut sampai malu nak keluar rumah . Maybe perubahan hormon kot..Hahaha
1 st step – sediakan bahan2 1.Asam jawa* apa apa jenama pon boleh 2.Bedak sejuk * sarah guna bedak sejuk yang sarah buat sendiri ..hehe 3.Air kosong2step – ambil sedikit asam jawa ikut rasa hati.. Then Tambah air kosong jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat3step – selepas digaul4step – kemudian ambil bedak sejuk campur sekali dengan pes asam jawa tadi..kalau trlalu pekat uolsss jangan lupa tambah air sikit.5step – bila dah campur semua gaul2 sampai sebati..taraaa dah siap..macam nak buat kek pon ad..Hahaha6step – then,apply kat tempat yang berparut..klau rajin nak apply 1 muka pon boleh :p Biarkan sehingga Kering.. Seelok elok nya buat waktu malam sebelum tidor.Waktu ni alhamdulillah dah tak teruk sangat lepas amalkan petua ni.
Setiap orang takkan lari dari rasa stress, betul tak? Tak kisahlah stress di tempat kerja ke, dalam pelajaran atau di rumah sekalipun, ia boleh mengundang masalah termasuklah dalam keguguran rambut! Biar betul? Nak tahu, jom spend masa sikit baca info di bawah ini ya!
Apa kaitan di antara stres dengan masalah rambut?
Menurut sebuah kajian, jumlah individu yang cenderung untuk mengalami masalah rambut seperti keguguran dan kebotakan akibat stress adalah sekitar 67 ke 97%.
Untuk lebih tepat, jenis stres yang dimaksudkan itu adalah stres psikososial di mana individu akan mula berasa terancam atau tertekan dengan lingkungan sosial mereka.
Contoh situasinya adalah ketika seseorang individu itu mula berasa sakit hati atau iri hati terhadap orang di sekeliling yang lebih berjaya berbanding diri mereka sendiri.
Stres jenis ini kemudiannya akan beri kesan buruk terhadap tubuh badan anda khususnya kepada rambut sekali gus menyebabkan masalah rambut gugur serta botak.
Dalam erti kata lebih mudah, masalah rambut adalah antara akibat stress yang sebenarnya mungkin boleh dicegah atau dielak asalkan anda tahu cara untuk kawal emosi.
Bagaimana stres itu boleh buat rambut gugur & botak?
Untuk pengetahuan anda semua, stres mungkin boleh jadi punca masalah rambut dalam 3 cara yang utama :-
#1. Alopecia areata
Alopecia areata merupakan kondisi berkaitan penyakit autoimun yang menyebabkan kerengsaan dan keradangan kulit kepala lantas mengakibatkan masalah rambut.
Sebenarnya, ia bukan sahaja boleh menyerang kulit kepala namun juga kawasan kulit lain yang penuh dengan rambut atau bulu seperti tangan, kaki atau ketiak.
Masalah keguguran rambut yang boleh dicetuskan oleh stres ini biasanya akan bermula dengan pola kecil dan agresif serta berakhir dengan kebotakan rambut total.
Selain stres, masalah ini turut didalangi oleh genetik di mana ibu bapa dengan kondisi sama juga mungkin akan mengakibatkan si anak mengalami keadaan yang sama.
#2. Telogen effluvium
Telogen effluvium merupakan kondisi berkaitan gangguan pada sistem siklus pertumbuhan rambut yang akan menjejaskan kadar rambut tumbuh atau keguguran normal.
Kebiasaannya, individu mungkin akan kehilangan sekitar seratus helai rambut dalam masa sehari namun stres adalah punca jumlah ini bertambah dengan lebih banyak.
Selepas rambut itu gugur, proses untuk menggantikannya akan berjalan seperti biasa. Namun masalah emosi adalah punca proses ini tidak dapat berjalan dengan baik.
Selain daripada stres, masalah emosi lain yang juga boleh jadi punca permasalahan rambut ini adalah kemurungan, kegelisahan atau lain-lain gejolak emosi dalam diri individu.
#3. Trikotilomania
Trikotilomania merupakan kondisi berkaitan tindak balas di antara psikologi dan fisiologi di mana individu cenderung menarik dan mencengkam rambut mereka sendiri.
Situasi ini mungkin akan berlaku angkara stres sehingga menyebabkan mereka merosakkan rambut sendiri, sekali gus mengakibatkan masalah keguguran dan kebotakan.
Adakah masalah kehilangan rambut ini akan kekal?
Berita baik buat anda, masalah kehilangan rambut akibat stress ini mungkin tidak kekal dan rambut boleh tumbuh semula asalkan kalian mampu untuk mengawal emosi diri.
Jika anda sudah terlambat pula, anda masih boleh menjalani perawatan seperti penanaman rambut di kulit kepala atau penggunaan sebarang tonik yang telah diperakui.
Jika anda perasan bahawa masalah rambut yang didalangi faktor emosi ini makin teruk, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan informasi dan nasihat lebih lanjut!
Macam mana nak atasinya?
#1 kawal emosi untuk elak rambut gugur atau botak dengan mengamalkan gaya hidup lebih sihat.
#2 Dapatkan rehat dan tidur yang lebih cukup untuk emosi lebih sihat. Sekitar 7 ke 8 jam sehari adalah waktu istirehat yang paling ideal.
#3 Dapatkan nutrisi yang penting dalam diet sehari-harian khususnya mengambil sumber protein dengan secukupnya.
Ini kerana rambut itu dihasilkan daripada sumber protein keratin. Dalam usaha menumbuhkan dan melebatkan rambut, maka protein perlu diambil dengan lebih banyak.
Elak dari perkena serangan jantung, jom ikuti perkongsian dari Dr Zubaidi ni!
Comel betul adik-adik BK buat Challange kumpul marshmellow!
Tayang bahagia di social media, realiti ke fantasi? Nak tahu, jom tengok!
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bayangkan, dengan hanya amalkan asam keping yang sering kita gunakan sebagai bahan dalam masakan dikatakan boleh membantu mengawal berat badan. Mendengar info ini tentu sahaja membuatkan ramai antara kita boleh tersenyum labar.
Ini sebagai mana perkongsian fakta daripada Jabatan Pertanian Malaysia tentang manfaat dan kebaikan asam gelugor ini yang dikatakan mampu merampingkan badan. Jadi tidak hairanlah, telah ramai amalkan petua mimum air rebusan asam keping sebagaimana perkongsian daripada JuNe Sue Anna dan Hazimin.
ASAM GELUGOR – mampu merampingkan badan situkang masak… (idris bald)
Asam keping memang tidak asing lagi bagi suri rumah, kerana rasanya yang masam ianya menjadi bahan penting yang harus tersedia di dapur rumah untuk beberapa jenis masakan seperti asam pedas, gulai lemak cili api, masakan singgang dan sebagainya. Bagi penduduk di utara semenanjung yang terkenal dengan masakan laksa, asam keping merupakan bahan yang perlu ada bagi melengkapkan masakan laksa tersebut.
Asam keping adalah hasil dari hirisan buah asam gelugur atau nama saintifiknya Garcinia atroviridis dari famili Clusiaceae dalam genus yang sama dengan manggis iaitu Garcinia. Pokok asam gelugur merupakan tumbuhan saka besar yang biasa didapati di hutan malar hijau di selatan Thailand dan Malaysia.
Pokok asam gelugur tumbuh pada ketinggian yang boleh mencapai lebih daripada 20 meter dan mempunyai batang yang panjang, kulit licin kelabu dengan kanopi rendang. Daun berwarna hijau gelap, berkilat, panjang dan sempit dengan hujung tajam dan tepi terbalik. Mempunyai bunga yang berwarna merah gelap.
Buah bulat ditanggung secara tunggal pada hujung ranting dengan ukuran sekitar 7-10 cm garis pusat. Buah yang masak berwarna kuning oren terang, yang dihiris, dikeringkan untuk digunakan dalam masakan melayu serta dijadikan bahan untuk menghilangkan rasa atau bau hanyir yang terdapat pada ikan atau daging. Buah dan pucuk muda asam gelugur boleh dimakan mentah sebagai ulam atau dicelur untuk dimakan bersama budu, cencaluk, sambal belacan atau lain-lain pencecah ketika makan nasi.
Asam gelugur yang juga dikenali sebagai asam gelugo merupakan tanaman asal dan liar di hutan Semenanjung Malaysia. Asam gelugor kini tidak sahaja dipandang sebagai bahan penting dalam masakan, malah dilihat mempunyai nilai ekonomik termasuk dalam industri perubatan. Kini ia telah mula ditanam secara meluas terutama di utara tanahair.
Dari segi perubatan, dipercayai buahnya dapat mengurangkan berat badan, mengatasi masalah obesiti dan menurunkan tahap kolestrol. Buah asam gelugor mengandungi asid sitrik, asid tartarik, asid malic dan asid askorbik, asid hydroxycitric dan flavonoid.
Daun, bunga atau buah asam gelugur dikatakan mampu menurunkan tekanan darah tinggi, merawat kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung. Manakala buah, bunga dan pucukmya pula bertindak sebagai antioksidan dan awet muda.
Kini asam gelugur juga telah dijadikan jus minuman yang berfungsi sebagai antioksidan yang baik bagi membantu mengurangkan kalestrol dalam badan.
Meninjau perkongsian daripada HaziminMusaMarkBourne via Kelab Diet Kalori (Malaysia) turut berkongsi petua manfaat asam gelugor ini untuk tujuan melangsingkan badan.
Kegunaan Dan Khasiat Buah/Asam Gelugur
1. Mengecutkan Rahim dan Menurunkan Berat Badan
Amalan meminum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepatkan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan. Ianya kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah.
PETUA 1
a) Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas.
b) Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang dan air menjadi suam.
c) Minum setiap pagi dan malam.
d) Jika diamalkan selalu InsyaAllah perut buncit akan mengempis
PETUA 2
a) Bilas 3 keping asam gelugor dengan air bersih.
b) Masukkan dalam bekas minuman (botol air/tupperware 500ml- 1liter) rendamkan dalam air panas – TIDAK PERLU TAMBAH GULA.
Setelah suam, minum seperti minuman biasa, perlu diminum sentiasa. Sekiranya air habis cuba tambahkan air lagi. Jika hilang rasanya tukarkan dengan asam keping baru.
“Dulu dok amal minum ni.. resipi mak saya..memang turun banyak..lama tak buat sampai bam bam. Hari ni start balik buat, nak cantik dan kemas badan masa raya nanti.”
Resipi Air asam gelugur(assam keping ) madu Bahan-bahan:
Asam gelugur 2 keping
Madu- ikut rasa tapi jangan manis sangat
Cara penyediaan:
Rebus asam gelugur (asam keping) bersama 3 cawan air. Bila air mendidih tutup api. Kemudian biarkan sejuk, tuang dalam gelas letak madu letak ais kiub. Siap. Tak nak ais pun boleh, minum suam suam pun boleh.
Ekstra info :
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa yang tak nak cantik. Semua wanita mengakuinya. Ingin kelihatan cantik dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Malah ada yang sanggup berhabisan wang ringgit untuk cantik dengan mengunjungi pusat kecantikkan.
Dalam pada itu, boleh cuba petua secara alami hanya mengguna bahan di rak dapur sahaja.
Sebagaimana petua ini hanya mengguna asam jawa dan tepung pulut.
Ikuti perkongsian ini.
__________________________________
Kenapa baru sekarang aku jumpa masker ni. Sumpah best gila weh.
Mana tidaknya,lepas pakai masker ni,parut jerawat pudar, jerawat kecut, muka cerah, putih la senang cakap. Bila sentuh pipi, Ya Allah lembutnya, macam sentuh pipi baby.
Sebelum ni, aku ada terlihat, sorang budak perempuan berkongsi petua untuk pudarkan parut jerawat dia, aku lihat hasil dari petua dia kongsi tu, boleh tahan juga la, dari muka berparut sampai hilang terus parut dia, licin weh.
Dalam hati aku cakap, boleh cuba ni, sebab muka aku pun, ada la sikit parut jerawat, mana lah tahu boleh hilangkan jeragat keturunan aku ni sekali.
Dalam post budak tu, dia guna bedak sejuk, tapi kat rumah aku ni, mana da bedak sejuk, lain la masa aku tinggal dengan mak aku dulu, boleh la ambik yg dia.
Disebabkan perasaan tidak sabar hendak cantik, sapa tak nak cantik, nak raya ni weh, aku hentam tepung pulut je, bedak sejuk pun dari beras juga, cuma cara penghasilan tu lain dari bedak sejuk..
Bahan
1sudu makan asam jawa.
1 sudu makan tepung pulut/tepung beras
Bancuh dahulu asam jawa dengan sedikit air, buang biji dia tu, kemudian masukkan tepung pulut, kacau, kalau nampak cair sangat tambah tepung pulut, kalau pekat sangat tambah air.
Lepas tu, boleh la sapu dekat muka, sebelum pakai baca bismillah dulu, ketika sapu tu, selawatlah ke atas Nabi Muhammad S.A.W tiga kali, pahala pun dapat, cantik pun dapat.
Bila dah kering,boleh cuci muka, boleh lah anda rasa kelembutan bak kulit bayi tu.
Selamat mencuba.
Share tip ni, pakat, pakat, kita lawa ewah
Sapa tak lawa weh.
Kredit: Nur Azmazatul Afifah Arpi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dr Heama peluk Islam selepas berjaya meyakinkan keluarga demi berkahwin dengan penyanyi Zubir Khan. Kini beliau teruja mendalami agama Islam sebagai saudara baharu.