Ibu kepada enam orang cahaya mata dan usahawan berjaya, Datin Sri Shahida Mohd Rashid dipuji wargamaya kerana dilihat semakin langsing dan ramping.
Menurut perkongsian DS Shahida melalui Instagramnya, dia terpaksa berdiet kerana masalah kolesterol dan risiko kencing manis yang dialaminya sehinggakan dia tekad untuk bersenam dan berdiet malah turut kerap berpuasa.
“Banyak betul tanya kenapa saya dah kurus dekat video sebelah. Saya dah hampir 4 bulan memang skip ambil gula, kerap puasa dan juga pergi kelas fitness.
“Asalnya bila buat medical checkup tak berapa cantik, kolestrol tinggi, risiko kencing manis pun hampir-hampir. Jadi saya decide untuk mulakan cara hidup sihat walapun saya ni pemalas nak bersenam,” katanya berkongsi.
Ads
Bahkan katanya lagi, walaupun payah diawalnya namun katanya aktiviti bersenam kini menjadi rutin baru yang menyeronokkan.
“Dari terpaksa sekarang jadi hobi pula. Bila tak bersenam rasa ada kekurangan dalam hidup.
“Start dari jangan minum air manis, lama-lama bila dah biasa minum air kosong kita pun tak lalu nak makan benda-benda manis,” tambahnya berkongsi ketika menjawab pertanyaan wargamaya menerusi ruang komen.
Ads
Menjengah ke ruangan komen rata-rata pengikut DS Shahida memuji penampilan terbarunya malah memuji kesungguhannya menjaga pemakanan biarpun sudah punya anak ramai. Bukan mudah nak berdiet!
Terdahulu, DS Shahida yang mendirikan rumahtangga bersama Datuk Sri Alif Syukri dikurniakan dengan enam orang cahaya mata.
Mengimbau kembali awal kemunculannya dalam bidang seni kira-kira 17 tahun lalu, berbakul- bakul cacian diterima penyanyi dan ahli perniagaan, Rosma, 35 sejak awal menceburi dunia seni kira kira 17 tahun lalu.
Namun bagi empunya diri, Rosmayati Sidik yang kini turut memiliki perniagaan KR Successful Sdn Bhd bersama suaminya, Khai sejak tahun 2014 itu semua asam garam yang wajib dilalui oleh setiap anak seni jika mahu bertapak dalam bidang tersebut.
Tidak hairanlah andai penyanyi yang digilap bakatnya menerusi pertandingan realiti Akademi Fantasia pertama itu tetap kebal dan tidak patah semangat.
Manakan tidak, waktu itu, fizikalnya yang berisi menjadi faktor kecaman lebih-lebih lagi dia bergandingan dengan Khai ketika itu menjadi igauan peminat wanita.
“Dek fizikal badan saya tembam pun jadi modal kecaman. Ada saja yang tak kena di mata yang membenci. Pernah ketika terbabit promosi sebuah laman sembang pun, ‘kaw kaw’ fizikal diri saya diperkotak katik.
“Ada komen cakap usia muda tapi badan macam tahap makcik makcik yang ada ramai anak. Gelaran bulat dan debab pun ada dikenakan untuk saya.
“Malah jauh lebih teruk, mempersoalkan saya bercinta dengan Khai (sebelum menjadi suami). Siap cakap badan gemuk, ada hati nak bercinta dengan Khai yang digilai ramai ketika itu. Pendek kata saya ini tak layak berdampingan dengannya,” kata Rosma.
Kata Rosma yang kini berbadan ramping sekalipun berstatus ibu kepada tiga orang cahaya mata dengan mengamalkan produk minuman detoks, MS SenaRos, semua nista itu tidak langsung menjadi kudis buat dirinya.
“Ada ketika, saya juga manusia biasa yang berperasaan. Sesekali menangis dan memendam rasa kerana dikecam dek fizikal diri.
“Dalam hati pernah terlintas, macam besar sangat ke badan ini? Buruk sangat ke diri saya.
“Tapi kata kata menjatuhkan itulah yang membakar semangat diri. Rosma yang dulu, bukan yang sekarang.
“Sekalipun rezeki saya tidak lagi sepenuhnya dengan menyanyi tetapi sebaliknya berniaga, saya bangga usaha kecil itu membuahkan hasil besar yang boleh dibanggakan,” katanya.
Bagi Rosma memiliki badan ramping dengan berat kini 47 kilogram bukan kerana ingin menunjukkan apa apa kepada mereka yang pernah mencela fizikalnya.
Sebaliknya dilakukan demi kepuasan diri dan paling utama untuk kesihatan.
“Dulu ketika usia remaja, saya bukan jenis yang peduli sangat bab nak cantik atau melawa ini. Masa itu cakap apa sajalah, saya tak kisah. Dah biasa dengan gaya comot.
“Namun sejak menyertai AF1, nak tak nak memang kena jaga ketrampilan. Ikutkan sejak pertandingan itu berat saya naik mendadak hingga mencecah ke 70 kilogram.
“Asalnya dari zaman belum berkahwin, berat badan saya sekitar 48 ke 49 kilogram pun. Masa jadi artis, saya tak keruan kerana susah pengurusan nak dapatkan tajaan baju,” katanya.
Saat berat badan naik mendadak, Rosma pula tersilap percaturan mengikut diet yang salah dan keterlaluan hingga memakan diri
“Saya tak ada ilmu diet, tapi jenis hentam keromo. Asal dapat turunkan berat badan. Konsep berlagak pandai walhal tak tahu apa apa. Natijahnya pernah sekali saya cemas kala jatuh pengsan gara gara diet tak betul hingga dimasukkan di sebuah hospital.
“Dipendekkan cerita, saya bangkit berdiet dan bersenam dengan betul. Ketika itulah Khai pernah mencetuskan idea untuk saya keluarkan produk pelangsingan sendiri.
“Saya keluarkan produk pelangsingan sendiri selepas melahirkan anak kedua. Malah turut menjadi testimoni kepada produk sendiri. Mampu berbadan langsing sekalipun sudah ada tiga anak bukan halangan. Semuanya tak mustahil. Zaman belum kahwin saya bergelut dengan isu berat badan. Sedangkan situasi semasa mungkin sebaliknya iaitu berat naik mendadak selepas berkahwin dan ada anak,” katanya.
Ketika ini, Rosma tidak kisah jika ada yang melabelkan dirinya artis sendu atau apa sekalipun.
“Saya bersyukur diberi kesempatan sementara menumpang glamor dunia artis saat menyertai AF1. Cita cita saya dulu memang salah satu nak jadi artis. Ia jadi kenyataan. Tuhan beri saya rasai nikmat menjadi artis yang diberi perhatian seketika. Itu sudah memadai.
“Sekarang kalau ada yang label saya sendu atau sudah tak popular tak mengapa. Nak kata zaman saya sudah berlalu pun tak kisahlah. Begitulah putaran hidup. Saya akur
“Benar walaupun ada yang anggap saya memiliki suara bagus dan kini sudah berbadan kurus pun bukan jaminan tuah itu akan ada. Kalau sudah tertulis begitu, tiada apa lagi daya kita.
“Ketika pintu dunia seni dilihat tak menyebelahi diri, Allah buka pintu rezeki lain melalui perniagaan. Dunia niaga yang jauh sekali menjadi minat diri selama ini kini mula sebati. Dulu hanya mak saya yang suka berniaga. Kini ia turun kepada saya pula. Dunia nyanyian jatuh tangga kedua. Nombor satu di hati pastinya perniagaan yang saya majukan bersama suami,” katanya.
Sekalipun sudah meletakkan perniagan sebagai keutamaan, Rosma tidak sesekali melupakan nyanyian.
“Minat menyanyi itu takkan berkubur. Ikutkan selama ini ada jemputan menyanyi secara tertutup. Malah saya terus diberi kesempatan menyanyi sebagai artis residen di hotel sepanjang bulan Ramadan.
“Cuma ketika diuji pandemik Covid 19, rezeki menyanyi itu tak banyak. Tapi saya meneruskan survival memajukan perniagaan,” katanya.
Ditanya perancangan untuk Raya aidiladha tak lama lagi, satu kemestian untuk mereka sekeluarga pulang ke kampung.
” Arwah abah dan umi Khai dah tak ada jadi kini setiap kali raya akan beraya dgn keluarga saya di Kuantan. Selain itu, kami turut beraya bersama makcik dan pakcik Khai yang ada disana sebab arwah abah orang kuantan juga. Selepas blk dari kuantan akan beraya pula dgn adik beradik Khai.
“Ikutkan sudah 6 bulan tak balik. Ni kira paling lama saya tak balik kampung gara-gara PKP,” ujar Rosma dan Khai berkahwin sejak 26 April 2008.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 11, Nur Amani Damia, 6, dan Nur Alya Dhania, setahun 3 bulan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebenarnya untuk wajah kembali berseri biarpun tanpa solekan boleh saja menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Bahkan inilah yang diamalkan oleh orang-orang tua kita satu ketika dulu. Daripada menggunakan bahan kimia, mari kita praktikkan petua mak-mak dan nenek kita. Nak cantik kena usaha! Jom sama-sama kita amalkan;
1. Naikkan seri muka
Guna air basuhan beras
Ketika hendak masak nasi untuk keluarga, simpan air basuhan beras yang ketiga. Cuci muka dengan air basuhan beras sambil selawat tiga kali.Lakukan secara konsisten.
Basuh muka dengan air kelapa
Seminggu sekali, cuci muka dengan air kelapa,biarkan kering lalu bilas. Amalan ini bagus untuk naikkan seri muka dan tegangkan wajah tanpa botoks.
Bancuhan serbuk kunyit & madu
Campurkan satu sudu kecil kunyit dan satu sudu besar madu asli. Bancuhan kunyit dan madu ini untuk dijadikan masker muka. Amalkan seminggu sekali. Kesannya, parut jerawat hilang dan muka bersih berseri .
Sapu yogurt asli
Sapu yougurt pada wajah, kemudian biarkan selama 15 minit lalu bilas. Wajah akan tampak gebu, halus mulus.
2. Hapuskan blackhead & whitehead
Bancuh baking soda & jus lemon
Bancuh dua sudu kecil baking soda dan 2 sudu besar jus lemon, kemudian sapu pada kawasan bermasalah terutama sekali pada bahagian hidung dan biarkan dalam 3 minit.
Selepas itu balut kedua-dua jari telunjuk dengan tisu bersih dan picit keluar whitehead & blackhead.Kemudian bilas bersih.
3. Hilangkan tanda penuaan pada wajah
Guna air mawar sebagai toner
Air mawar mengandungi banyak khasiat antaranya mengandungi ada vitamin A,C dan E. Semburkan air mawar pada kulit wajah selepas cuci muka setiap hari. Hasilnya, pori pori muka semakin kecil dan wajah semakin berseri-seri.
INFO EKSTRA!
Tukar cadar dan sarung bantal Sekurang-kurangnya seminggu sekali atau 2 kali sebulan. Ini kerana minyak asli daripada rambut ketika tidur boleh menyebabkan salah satu faktor muka berjerawat.
Ketika mandi, sila pastikan cuci rambut dahulu baru cuci muka. Ini kerana selepas mencuci muka cuci liang pori wajah akan terbuka, kandungan bahan yang ada pada shampoo ketika membilas rambut akan terkena muka.
Sekaligus membuatkan pori wajah tersumbat dan boleh mengakibatkan jerawat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Semakin hari usia kita semakin meningkat dan tidak dinafikan semakin susah juga untuk kita mengawal berat badan. Lebih-lebih lagi pada bahagian perut. Memang mudah sangat ‘maju ke depan’.
Untuk itu, sebagai usaha untuk kekal langsing ada baiknya amalkan petua minum air rebusan pink ini.
DIY AIR REBUSAN PINK BUAT PERUT KEMBALI KEMPIS
Pagi ni Hakak nak share satu resepi air detox buat yang suka sangat detox setiap pagi. Baru lah kempis perut ni kan sebab apa yang kita makan senang jer dibuang.
Boleh guna macam macam buah untuk kita detoks. Tapi hari ni Hakak nak buat air rebusan pink. Ada rasa masam dan panas barulah bergetar lemak lemak kita kan.
Mudah jer cara nak buat air detok pink ni. Jom kita tengok satu persatu nak buat macam mana.
Bahan yang diperlukan
2 biji lemon
3 asam keping
3 biji asam masin
3 inci halia
Cara membuatnya.
1) Rebus 1 liter air
2) Basuh semua bahan dan potong kecil
3) Rebus semua bahan dalam periuk hingga mendidih.
4) Tutup api dan tuang air rebusan dalam jug.
5) Sejukkan dan sedia untuk dihidang.
Senang kan resepi kurus kita hari ni. Color air ni warna pink sebab Yana guna asam masin merah. Sedap tau mesti cuba, yang penting perut jadi kempis.
Better buat malam hari, simpan dalam peti sejuk esok boleh minum sepanjang hari. Kalau ada daun pudina boleh masukkan nanti lagi sedap air detox korang.