Astro bakal menghidupkan semula dunia magis kanak-kanak menerusi acara paling dinantikan tahun ini iaitu Astro Home of Kids 2025 yang akan berlangsung dari 12 hingga 15 September 2025 di Pavilion Bukit Jalil Convention Centre. Acara empat hari ini akan dibuka kepada umum dari jam 10.30 pagi hingga 9.00 malam dan yang paling menarik kemasukan adalah percuma untuk semua.

Lebih 15 maskot kegemaran dari dalam dan luar negara bakal menghiburkan pengunjung dalam suasana penuh imaginasi dan interaktif yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.

Maskot Popular & Pengalaman Unik Buat Kanak-Kanak

Home of Kids menampilkan pertemuan eksklusif bersama maskot paling ikonik yang menjadi kegilaan anak-anak termasuk Didi & Friends, Omar & Hana, Bluey, Pinkfong, Cocomelon, Doo Doo & Tong Tong dan ramai lagi.

Astro Home of Kids 2025 Kembali Lebih Meriah!

Kanak-kanak bukan sahaja berpeluang bergambar bersama maskot kesayangan mereka, malah boleh bermain dan berseronok di zon belajar juga bermain dan kemudian lepak-lepak di ruang rehat untuk keluarga. Kesemua aktiviti ini menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan dan sarat dengan elemen pendidikan.

Penglibatan Jenama Hebat

Acara tahun ini dikuatkan lagi dengan penyertaan rakan kandungan utama seperti Cartoon Network, Nickelodeon, CBeebies, Disney+ Hotstar, Viu, Moonbug, Warnakala Studios, Les’ Copaque, Monsta dan banyak lagi.

Pengunjung turut boleh melawat 10 booth jualan dan barangan eksklusif, menyaksikan pertunjukan pentas dan merasai sendiri interaksi di booth interaktif daripada jenama popular seperti KFC, FarmFresh, PetroSains, Chicken Rice Shop, Duo Pharma, Zus dan U Mobile.

Ads

Astro turut menyediakan zon penstriman khas, iaitu ‘Home of Ceria’, yang menjadikan acara ini bukan sekadar hiburan semata-mata, tetapi juga satu peluang untuk meneroka kandungan baharu.

Konsert Bertiket Penuh Ceria Live di Astro Home of Kids 2025!

Astro Home of Kids 2025 tampil lebih meriah dan penuh warna dengan satu kejutan istimewa, buat pertama kalinya, penonton berpeluang menyaksikan konsert bertiket yang menampilkan jenama popular kesayangan ramai, Didi & Friends!

Konsert eksklusif ini, yang dipacu oleh UMobile, membuka peluang kepada kanak-kanak dan keluarga untuk berhibur lebih lama bersama watak kegemaran mereka dalam suasana yang penuh keceriaan dan interaktif.

Komitmen Astro terhadap Hiburan Selamat & Pendidikan

Sebagai sebahagian daripada komitmen ESG (Environmental, Social & Governance), Astro terus menyediakan kandungan yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi selamat dan sesuai untuk kanak-kanak.

Ads

Setiap kandungan yang dibawa adalah melalui saringan ketat agar bebas daripada unsur tidak sesuai, lengkap dengan ciri Kawalan Ibu Bapa dan Profil Mesra Kanak-Kanak. Astro percaya bahawa imaginasi adalah asas kepada pembelajaran dan melalui hiburan, kanak-kanak dapat membina kreativiti dan kemahiran baharu.

Mini Home of Kids Jelajah ke Kuala Lumpur & Johor Bahru

Bagi memeriahkan lagi jenama ini, Astro turut menganjurkan versi mini “Mini Home of Kids” pada dua tarikh penting ini iaitu  1 sehingga 3 Ogos 2025 di Pavilion Damansara Heights, KL dan 31 Oktober sehingga 2 Nov 2025 di Paradigm Mall, Johor Bahru.

Astro Home of Kids 2025 Kembali Lebih Meriah!

Ads

Acara ini bakal menyajikan pelbagai aktiviti pentas, penampilan maskot, booth kandungan, jualan barangan dan tidak tidak lupakan pertandingan Mewarna bersama Majalah Pa&Ma. Inisiatif ini bertujuan untuk membawa keseronokan Home of Kids lebih dekat kepada rakyat Malaysia di luar Lembah Klang.

Cepat Rebut Ganjaran Eksklusif

Pelanggan Astro berpeluang menebus pas foto eksklusif melalui aplikasi My Astro dan menerima barangan edisi khas apabila melanggan atau menaik taraf pakej Astro. Mulakan langganan Astro One Pack serendah RM49.99/sebulan dan nikmati 8 saluran khusus kanak-kanak serta lebih 17,000 video On Demand.

Untuk pelanggan sooka, kandungan kanak-kanak boleh distrim melalui pelan Entertainment ke atas. Untuk maklumat lanjut, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-95433838.

 

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads