Dah namanya hidup berjiran, mestilah tanam sifat saling menghormati dan bertoleransi antara satu sama lain. Tak kiralah sama ada rumah teres, pangsapuri, atau flat, kalau miskin adab tak ke mana perangainya itu!
Misalnya seperti yang tular di Tiktok ini, sebuah rumah menjadi tumpuan orang di sekelilingnya dek kerana gemar membuat bising.
Disebabkan itu, rumah di sebuah kawasan rumah flat dalam video yang dikongsikan oleh @enridwan ini telah diconteng dengan perkataan ‘jiran suka bising’. Jika dengar bunyinya, tak hairanlah rumah tersebut diconteng kerana bunyi yang begitu kuat sememangnya mengganggu dan tiada yang akan tahan dengan bunyi sebising itu.
Ads
“Biar kita miskin harta jangan miskin Adap . Kesian jiran hadap hari-hari jiran macam nie. Agent pening macam mana nak jual rumah kalau jiran macam gini,” tulis pemilik akaun tiktok di ruangan kapsyennya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan tersebut, selain ramai juga yang berkongsi pengalaman mempunyai jiran yang serupa.
Ads
Ads
Sumber: TikTok @enridwan
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam sesebuah rumah tangga, pasti ada turun naik. Ada masanya kita gembira ada masanya kita bermasam muka apabila berlaku perselisihan faham.
Namun, itulah asam garam dalam rumah tangga. Yang penting bagaimana pembawaan diri masing-masing, tahun dan faham akan tanggung jawab serta peranan masing-masing.
Kita bukan lagi dalam status bujangan seperti sebelum ini, boleh keluar sesuka hati, bertemu kawan-kawan tanpa mengira masa atau perlu meminta kebenaran dan sebagainya.
Demikian perkongsian dari saudara Ashman Mat Saleh berkenaan isu ruang masa bersama keluarga dan juga kawan-kawan. Mengakui tidak kisah di cop ‘takut bini’ gara-gara jarang lepak dengan kawan-kawan, ini sebenarnya pandangannya yang cukup win.
F A M I L Y 🍿
Kita bukan takut bini, tapi kita sayang bini kita. Sebab apa? Sebab aku bersyukur dia boleh terima aku seadanya. Jarang keluar lepak, sebab takut bini? Bukan bro. Bini aku tak melarang apa2 pun. Tapi Sebab aku nak QUALITY-TIME dengan bini dan anak. Hari bekerja aku tiap hari balik malam demi cari rezeki untuk keluarga aku.
Bila ajak lepak, kita bukan taknak tapi hari biasa dah habiskan masa di office atau kerja. Tiap hari balik malam, kita bukan orang kaya duit boleh petik jatuh dari langit.
Bila hujung minggu kadang2 tu je la masa luangkan dengan family. Hari kerja dia duduk rumah, jaga anak. Takkan hari cuti pun nak tinggalkan dia.
Mereka pun ada perasaan, mereka pun nak keluar, mereka pun nak ambil angin luar. Bosan dah duduk rumah. Bawa mereka jalan2.
Aku pun nak membesarkan anak aku depan mata sendiri.
Kadang2 orang tak faham, bila tak lepak kena COP TAKUT BINI. Aku tak kisah kena cop macam tu sebab aku tahu kalau keluarga aku susah bukan orang2 tu yang datang membantu. Keluarga kita, kita tahu apa kita buat.
Bagi aku, ada masa dengan kawan, ada masa dengan family. Kenalah pandai balance. Aku jenis suka utamakan family sebab tu tanggungjawab aku bila dah berkahwin. Jangan abaikan mereka.
Aku kerja sampai malam demi cari rezeki untuk mereka. Hidup bujang tak sama hidup dengan orang dah berkahwin.
Aku lebih rela di cop takut bini dari di cop ketua keluarga yang tak bertanggungjawab.
Isteri aku boleh terima aku seadanya pun aku dah bersyukur.
Lazimnya setiap sijil peperiksaan yang kita miliki pastinya sehingga kini masih tersimpan sempurna di dalam fail. Namun tidak dinafikan ada sebahagiannya sijil yang begitu dianggap penting, boleh hilang atau rosak atas sebab-sebab tertentu.
Terasa sayang pula tiada bukti untuk dijadikan kenang-kenangan, apatah lagi jika sijil tersebut diperlukan untuk urusan temuduga. Mesti terasa ralat jika sijil yang penting itu, tidak ada di dalam simpanan.
Jadi usah kecewa atau risau, anda masih berpeluang untuk mendapatkan sijil tersebut dengan cara memohon dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ini sebagai mana yang dilakukan oleh seorang isteri ini untuk mendapatkan sijil suaminya yang telah hilang bagi membolehkan suaminya menghadiri temuduga di PDRM.
Menurut Eim Ariepin, dia membantu suaminya untuk mendapatkan sijil PMR 2008 di mana sijil tersebut telah lama hilang daripada simpanan suaminya. Namun disebabkan suaminya ingin menghadiri temuduga PDRM, menjadi syarat untuk membawa sijil asal. Jadi nak tak nak, perlu usahakan untuk mendapatkan sijil tersebut.
Jadi dia pun cuba menghubungi Lembaga Peperiksaan Malaysia dan bertanya lebih detail cara untuk memohon dan pegawai yang menjawab panggilan tersebut memberikan link website dan permohonan diproses dengan mudah.
“Alhamdulillah, salinan keputusan original dari lembaga peperiksaan telah pun diterima dan siap ada tanda tangan pengarah Lembaga Peperiksaan lagi. Alhamdulillah diterima lah masa suami pergi temuduga bulan lepas. Tapi dapat salinan keputusan sahaja lah, tak akan dapat sijil yang betul-betul macam asal dulu.”
Jadi buat anda yang turut mengalami masalah sijil peperiksaan yang hilang, usah kecewa dan bolehlah lakukan seperti apa yang dikongsikan oleh wanita ini.
Dan jelasnya lagi, sekarang dah mudah tau nak minta salinan keputusan peperiksaan PMR / SPM / STAM dll. Pening pikir macam mana, bila interview nak tegok keputusan yang original, tak nak potostat punya..
Buka je website https://elp.moe.gov.my/ , pastu pilih nak salinan keputusan apa, pastu isi sahaja borang nya. Tak sampai seminggu, sijil tersebut akan kita terima. Alhamdulillah, tapi, adalah sedikit caj dikenakan. Bayar untuk Lembaga Peperiksaan adalah RM30, Postage RM10. Semua bayaran dibuat melalui link bayaran menggunakan fpx lepas isi borang tersebut. Atau pun menurutnya, boleh juga terus call call 0388843528 untuk pertanyaan lanjut.
Setiap ibu bapa pastinya runsing apabila anak tidak lalu makan atau cerewat makan. Situasi ini akan menyebabkan ada ibu-ibu stres memikirkan menu untuk anak. Puas dipujuk , namun anak tetap tak nak makan. Bukan apa, jika dibiarkan akan menjejaskan kesihatan anak. Melalui laman facebook Dato’ Dr.Suriyakhatun menjelaskan bagaimana menguruskan situasi ini. Ikuti panduannya.
—————————————————————–
ANAK TAK LALU MAKAN?
Bahagian satu.
Bertubi-tubi pembaca pm saya minta pendapat nak buat apa. Anak banyak minum susu dan tak lalu makan.
Ada yang minta saya terangkan secara terperinci apa dia patut buat.
Ada yang minta saya share dengan dia link posting saya sebab tak dapat cari sendiri .
Disamping itu ada pula yang sanggup datang dari jauh jumpa saya dipusat rawatan saya untuk khidmat nasihat dan rawatan sebab menghargai dan memberi nilai pada usaha saya untuk menolongnya.
Oleh kerana sudah banyak sangat soalan yang sama, maka saya cubalah jawab apa yang mampu disini.
Ada banyak kemungkinan anak tak lalu makan.
1. Sudah kenyang dengan susu berbotol-botol.
2. Telah dibiasakan dengan kuih, gula-gula biskut kek dan jajan. Makanan sampingan ini jadi makanan utama. Makanan ini senang dapat sebab sentiasa ada supply dirumah. (apa solusi dia agaknya?)
3. Ibu-bapa penjaga tidak tahu nak berikan anak yang dia suka, memaksa anak makan makanan tawar tidak ada rasa dan tidak sedap, tidak ikut selera anak.
4. Anak ada masalah penghazaman dan kurang selera a disebabkan sistem ususnya tidak optima. Yang ini boleh berlaku sebab no 1 dan 2.
Bila sudah lebih setahun dan masih minum susu lebih dari 3 botol 250ml, sudah terlalu banyak, lebih lagi jika berikan susu berperisa. Semua susu formula tinggi kandungan gulanya. Banyak gula, banyak perasa tiruan dan banyak pewarna jejas penghazaman. Begitu juga no 2. Banyak gula dan banyak processed food memberi anak karbohidrat dan lemak dan tak cukup vitamin, zat galian dan protein. Mikrobiota usus akan berubah kepada yang kurang baik maka selera makannya pada makanan berkhasiat akan kurang. Dia akan tidak berselera pada makakan sihat dan pilih makanan tak sihat.
“Tapi Dr, saya terpaksa bagi, tak bagi dia mengamuk.”
Oklah wahai ibu-bapa, anak kamu yang diktat kepada kamu ya? Kamu ikut cakap anak walaupun anak minta yang akan sakitkan dia. Saya nak tanya, kalau anak nak terjun dari atas kamu beri tak? Walaupun dia meronta dan menjerit nak terjun? Tentu tidak kan ? Samalah, bila beri dia makan yang akan menyebabkan dia sakit. Bersambung.. PS. Bagi ibu-bapa yang berjaya beri anak real foods dan hentikan botol yang berbotol-botol
BAHAGIAN DUA
Manfaat gantikan susu kepada real foods memang banyak .
Antaranya
1. Anak berselera nak makan
2. Peningkatan sistem immune dan anak akan jarang sakit.
3. Perkembangan emosi dan motor yang baik .
4. Kesihatan usus yang optima
5. Jimat belanja
Saya bukan suruh hentikan pengambilan susu. Saya suruh hadkan supaya anak lebih banyak makan real foods .
Bila anak tidak sihat dan tak lalu makan pada masa-masa tertentu mungkin dia akan minta susu. Pada masa begini eloklah berikan susu.
Kenapa saya suruh pilih susu segar? Susu segar tidak ditambah sebarang kimia , perasa atau pewarna serta gula. Anak lebih setahun sudah boleh diberikan susu segar. Kurang dari setahun dia boleh diberikan susu ibu dan susu formula.
Ada yang memberi comment bahawa bila saya suruh anak makan makanan seperti orang dewasa, anak akan mengambil makanan masin dan bergula dimana makanan ini tidak baik untuk kesihatan anak. Saranan ini adalah untuk anak yang lebih dari dua tahun tetapi saya perhatikan anak dibawah dua tahun pun tak suka makanan yang tidak ada rasa dan telah dilembutkan menjadi puree atau bubur. Ada anak-anak lebih suka nasi, mee dan meehon dari bubur dan puree. Selagi makanan itu sihat dan tidak berkimia berikanlah.
Tentang makanan anak tidak boleh diletak garam, Betul kah begitu ?
Garam adalah keperluan badan dan disebabkan garam memang keperluan, kita tidak suka pada makanan yang kurang garam. Yang perlu dijaga adalah garam berlebih dan garam ‘table salt’ yang tidak mengandungi garam asli sebab telah di ” bersihkan” ie refined dan telah ditambahkan bahan kimia untuk tidak bergumpal dan senang dituang. Pilih garam laut asli atau garam bukit. Ini ada mineral selain sodium chloride. Walaupun begitu tak perlulah tambah kicap atau letak banyak garam untuk anak bawah setahun Biasakan dia makan dan minum yang kurang masin dan ada manis asli.
BAHAGIAN KETIGA
Sudah ikut segalanya, kurangkan susu formula jajan dan processed foods, , buat menu sihat dan sedap, layan anak dengan baik, jaga emosi dia tanpa marah marah dan sudah pujuk sebaik nya . Masih juga tak lalu makan ?
Anak yang masih tidak lalu makan?
Cuba semak semasa anak di rumah pengasuh dan taska, apa amalan di sana?
Perhatikan najis anak, adakah optima dari segi bau dan texturenya, keras lembutnya. Jika bau terlalu kuat atau masam, terlalu keras atau lembut, ini bererti microbiota usus nya tidak optima. Betulkan dengan memberi supplement prebiotik dan probiotik ( saya sudah banyak kali sebut ini, cuma buat search posting berkenaan) , Betulkan yang ini dahulu.
Anak yang tak lalu makan akan kekurangan zat penting dan ini boleh di atasi dengan memberi supplements. Guna supplement di perbuat dari natural foods . Contoh adalah Gam Arab, Boabab, Serbuk Moringa. Selain ini ada produk seperti Vitastrath yang mudah diberikan dalam bentuk titis dan mengandungi 65 nutrisi penting untuk badan. Langkah supplement ini adalah untuk memberikan pada badan apa yang diperlukan untuk repair balik usus yang mungkin sudah terjejas menyebabkan selera makan kurang.
Jika anak suka sup, buatkan sup sayur dan sup tulang. Walaupun anak cuma ambil supnya saja, ini pun sudah ada banyak vitamin zat galian dan asid amino yang diperlukan.
Jika anak suka aiskrim, buatkan aiskrim sihat. Saya akan masukan gam arab, Baobab, minyak kelapa, santan, dan buah-buahan yang telah blender kan. Untuk jadikan manis saya letak gula melaka yang tulis atau madu tulin.
Bagi anak yang suka gula saya buatkan gula gula sihat. Gam arab dan Baobab campur madu, minyak kelapa dan sedikit air . Masukkan juga sunflower seeds, almonds atau pumpkin seeds yang sudah dikisar. Adunan ini bila dibuat pekat boleh dijadikan bulat-bulat seperti guli dan disimpan dalam peti sejuk ,
Ada banyak tips dari ibu yang sudah lalui fasa anak tak lalu makan atau fasa perubahan diet kepada diet sihat dalam ruang comments bahagian satu dan dua. Masuk ke laman Page Dr.Suriyakhatun dan baca comments pada posting berkenaan untuk tips ibu-bapa .
#taklalumakan
tolong share di bahagian comments.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.