Memikirkan untuk menyediakan menu berasaskan sotong selain sering dimasak sambal tumis atau digoreng bersama salutan adunan tepung, sebenarnya enak juga jika dimasak kari.
Mungkin ada yang belum pernah mencuba menyediakan menu Sotong Kari, lebih-lebih lagi di mana resipinya tanpa menggunakan santan. Kesedapan hidangan ini tidak mampu dinafikan lagi, boleh buat seisi keluarga makan bertambah.
Jadi tunggu apa lagi, ayuh sediakan menu ini untuk dijadikan menu istimewa untuk hari ini.
RESEPI SOTONG KARI PEKAT(Tanpa santan)
1 kilo sotong (dibersihkan)
2 tangkai daun kari
1 biji bawang besar(dihiris)
3 ulas bawang putih(dihiris)
1 cm halia(dihiris)
3 sudu perahan asam jawa
1 buah tomato(dibelah 6)
Ads
Daun ketumbar(2-3 sudu besar)
Minyak masak secukupnya
Serbuk perasa
Garam
7 sudu besar Serbuk Kari ikan
Sedikit air
(Jadikan paste)
Ads
P/s=tidak perlu mengunakan air,kerana apabila memasak sotong nanti airnya akan keluar sendri.
CARA MEMASAK
1) Panaskan minyak didalam kuali, tumiskan bawang putih, bawang merah, halia dan daun kari. Masak sehingga sedikit keperangan.
2) Kemudian masukkan paste rempah kari dan gaulkan sebati, masak sehingga pecah minyak (mengunakan api yang sederhana agar rempah masak dengan sekata dan warna rempah akan kelihatan cantik dan sentiasa kacau)
3) Apabila sudah pecah minyak, masukkan perahan air asam jawa dan kacau lagi sehingga minyak berwarna oren gelap. (Masih mengunakan api sederhana)
Ads
4) Selepas itu, masukan sotong yang telah dibersihkan tadi, masak seketika.
5) Akhir sekali, masukkan daun ketumbar dan tomato serta perasakan dengan garam dan serbuk perasa. (Boleh tambahkan cili merah dan cili hijau sebagai hiasan) tunggu sedikit kering dan tutup api.
Sakit hati jika nasi yang kita masak hari ni, esok paginya belum sempat masakkan nasi goreng, nasi sudah pun basi. Geram juga. Mungkin salah ketika mencuci atau beras yang tak berkualiti. Semua ini selalu jadi andaian kita.
Mungkin kah cara atau teknik memasak anda penyebab nasi mudah basi? Apakah petua masak nasi dengan betul untuk mengelakkan daripada cepat basi?
Jom cuba 7 petua masak nasi ini untuk membantu mengelakkan nasi yang dimasak daripada cepat basi.
1. BASUH HINGGA BERSIH
Sesetengah orang kata, jangan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia cenderung akan menjadi cepat basi.
Apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.
Selain itu, anda boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air dari mesin penapis sekiranya ada di rumah.
2. PASTIKAN PERIUK DICUCI BERSIH
Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi ‘rice cooker’ dan kualiti nasi anda.
Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.
3. PERAHKAN LIMAU NIPIS
Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini.
Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.
4. HILANGKAN WAP NASI SELEPAS DIMASAK
Apabila nasi dimasak dengan rice cooker, jangan lupa buka penutupnya sebaik saja butang ‘cook’ berubah kepada ‘warm’.
Kais-kaiskan sedikit nasi supaya nasi masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih.
Petua masak nasi ini bukan saja menjadikannya tahan lama, tetapi juga menjadikannya teksturnya lembut dan berderai dengan elok. Seperkara lagi, pastikan anda mencabut plug ‘rice cooker’ sekiranya nasi tidak akan dimakan dalam masa terdekat.
5. MASUKKAN SECUBIT GARAM
Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk.
Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama, sedap dan kenyal.
6. PANASKAN PERIUK NASI ATAS DAPUR
Kadang-kadang kita terlupa ada nasi dalam periuk semasa balik kampung. Maka, nasi pun berulat dan berair. Walaupun dah dicuci banyak kali, mungkin bakteria masih ada yang aktif dan menyebabkan nasi mudah basi selepas itu.
Untuk mengatasi masalah ini, pengguna Facebook, Puan Suaida Salehudin menyarankan agar telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.
Tambahnya lagi, petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basi walaupun dah 2 hari.
7. MASAK AIR DALAM PERIUK NASI
Cara ini mungkin mempunyai fungsi yang sama dengan tips ke-6 di atas.
Isikan air di dalam periuk nasi sehingga penuh. Kemudian, masak di atas dapur gas sehingga air mendidih. Boleh memasukkan beberapa helai daun pandan ketika proses ini. Dapur akan wangi semerbak.
Menurutnya, proses masak air sehingga mendidih di dalam periuk nasi ini tidak perlu dilakukan setiap kali hendak masak nasi. Memadai melakukankannya sekali sebulan untuk menjamin ketahanan nasi.
MUDAH BUKAN?
Inilah beberapa petua masak nasi yang boleh anda lakukan untuk meningkatkan kualiti dan menjaga ketahanannya. Jadi, tiada masalah lagi kalau anda terlupa menyimpannya dalam peti sejuk.
Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada faktor lain seperti suhu persekitaran, teknik sukatan air, dan jenis beras yang digunakan.
Sekiranya anda mempunyai tips lagi, bolehlah kongsikan kepada kami. Mudah-mudahan dapat dimanfaatkan oleh ramai orang di luar sana.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika selama ini ibu-ibu hanya buang air basuhan beras, kali ini fikirkan semula. Ada manfaatnya yang mungkin ibu-ibu tak tahu. Lebih-lebih lagi bagi anda yang suka bercucuk tanam, tak kisah lah pokok cili ke, Bayam Brazil ke atau pokok limau ke.
Pokok kurus kering je, buahnya dah berbiji-biji tuai.
Kalau nak pokok-pokok ini tumbuh subur dan berbuat lebat, cubalah petua yang dikongsikan oleh Huda Zainalini. Zaman belum berjinak dengan pokok, air basuhan beras ni memang akan buang je. Namun semenjak dah berjinak dengan tanaman, air bilasan beras ni Huda akan guna untuk pokok-pokok.
Bilasan air beras yang berwarna putih disebabkan oleh kanji. Ia mampu menggalakkan pembiakan bakteria baik untuk akar.
Ada juga mineral seperti nitrogen, potassium dan phosphorus dalam air beras. Semua tu bagus untuk tumbesaran pokok. Hah, ingat manusia je ke yang nak mineral. Pokok pun nak. Satu lagi buat macam ni supaya kurangkan pembaziran air. #zerowaste.
Subur juga pokok-pokok ni, padahal tuan dia tak baja pun. Huda Zainal
Air pun recycle.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sana sini orang bercakap pasal buah durian, selain dimakan begitu sahaja atau dinikmati bersama pulut. Banyak lagi resipi lain yang boleh dibuat menggunakan durian. Salah satunya adalah Puding Roti Durian yang cukup mudah untuk disediakan. Resipi ini dikongsikan oleh Zura Zul menerusi Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
Lagi tentang durian.. Yang nyaman di makan.. Puding Roti Durian..memang tak boleh berhenti makan.. Sedap sgt ??
▶masak air & agar-agar hingga larut agar-agar ▶masuk gula..kacau2 rata
Bahan B
2 keping roti gardenia 4-5 ulas durian – buang biji 1 tin susu cair 2 sudu besar susu pekat 2 sudu besar tepung jagung 2 sudu besar butter/marjerin 1 biji telur – jika suka Secubit garam Pewarna hijau & kuning atau ikut suka
Cara2 :
▶blender semua bahan di atas sampai hancur ▶tuang dlm periuk agar-agar tadi.. Kacau2 sebatikan..biar mendidih seketika ▶bahagikan adunan 2 bekas sama banyak ▶warnakan hijau & kuning..dari bekas warna tadi..asingkan 1/2 cawan untuk hijau.. 1/2 cawan untuk kuning ▶sediakan loyang 8×8..tuang adunan hijau.. Biarkan beku seketika..kemudian yg kuning ▶agar-agar yg diasingkan tadi tu kalau keras..panaskan semula atas api perlahan ▶gunakan sudu kecil titis2 kan berselang seli hijau kuning atas permukaan puding yg kuning..bekukan ▶masuk dlm peti sejuk 1 jam – 2 jam ▶keluarkan puding dari loyang.. Boleh potong ikut suka
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di