Bercerita tentang menyediakan hidangan kek, ada orang selesa menggunakan resipi mengikut sukatan cawan, katanya lebih mudah.

Tidak kurang juga ada antaranya lebih yakin jika menggunakan resipi menggunakan sukatan matrik yang lebih tepat timbangannya.

Jadi, buat penggemar kek marble moist di sini ada dikongsikan resipi sama ada ingin menggunakan sukatan cawan atau timbangan untuk hasilkannya.

Bolehlah dicuba yang mana satu lebih memudahkan anda. Selamat memasak!

Ini resipinya.

“KEK MARBLE MOIST” kedua-kedua resipi ni saya suka..

Resipinya(SUKATAN CAWAN)
1 cawan butter ( guna marjerin pun boleh)
3/4 cawan gula castor ( saya kisar gula pasir jer)
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum ( ayak)
1 sdb baking powder (ayak)
1 sdt esen vanilla
3 sdb susu pekat manis
2 sdb serbuk koko..
(guna loyang saiz 6@7)

Ni resipi yang GUNA SUKATAN GRAM

Sukatan gram

250g butter
200gram gula kastor(saya guna gula pasir dan kisar)
5 biji telur gred B
220gram tepung naik sendiri@ tepung gandum biasa pun boleh(ayak)
3 sdb susu segar @ cair
1 sudu teh baking powder
1 sudu kecik perisa vanilla
2 sudu besar serbuk koko

Cara sama sahaja…(kek pada gambar saya guna sukatan gram)(guna loyang saiz 7@8)

Caranya

1)Pukul butter dan gula selama 10-12 minit.. masukkan telur satu persatu sambil pukul perlahan.. masukkan esen vanilla..tepung gandum..baking powder…kaup balik jer.. .masukkan susu pekat manis.. gaul sebati..

Kek Marble Moist, Sama Ada Nak Sukatan Cawan Atau Gram Ni Resipinya!
.

2)Bahagi adunan kepada 2 bahagian..adunan pertama warna asal/plain… kedua letak serbuk koko…Sapu marjerin pada loyang saiz 6inci @ 7inci dan lapik kertas minyak..

Kek Marble Moist, Sama Ada Nak Sukatan Cawan Atau Gram Ni Resipinya!
.

3)Ambil satu senduk adunan dan letak ditengah-tengah loyang.. .jangan ratakan.. biar jer..kemudian ambil 1 senduk adunan koko tindihkan tengah adunan pertama tadi…jangan ratakan juga…ulang hingga habis…
Kek Marble Moist, Sama Ada Nak Sukatan Cawan Atau Gram Ni Resipinya!
.

Kek Marble Moist, Sama Ada Nak Sukatan Cawan Atau Gram Ni Resipinya!
.

Kek Marble Moist, Sama Ada Nak Sukatan Cawan Atau Gram Ni Resipinya!
.

Panaskan oven suhu 170′ ..bakar selama 45minit atau hingga masak…api atas dan bawah

sumber : Mariana Zainal Via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI