Asyik tak lena tidur memang buat ramai tak selesa sehingga menjejaskan rutin harian. Tanpa kita sedar ia sebenarnya ia merupakan merupakan penyakit gangguan tidur yang dikenali sebagai Insomnia.
Ia merupakan satu gangguan yang akan menyebabkan seseorang individu mengalami kesukaran untuk tidur, sukar tidur lena, kerap terjaga atau mudah terjaga walaupun mempunyai masa yang mencukupi untuk tidur.
Menurut Psikologi Klinikal Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Michelle Chong Hui Yi, insomnia merupakan satu isu yang tidak harus diketepikan malah perlu ditangani kerana ia akan memberi impak negatif, khususnya dari segi kesihatan badan dan mental sehingga menjejaskan kehidupan seharian.
Selain tidak dapat memberi tumpuan dalam kehidupan seharian, insomnia juga akan menjejaskan perasaan dan emosi, menimbulkan perasaan gelisah malah boleh menyebabkan individu yang berdepan dengan masalah tersebut menghidapi penyakit jantung, diabetes jenis 2, obesiti dan strok.
“Mendapat tidur yang mencukupi dan berkualiti amat penting untuk memastikan seseorang individu dapat merehatkan badan dan minda. Tidak cukup tidur atau rehat mungkin menyebabkan individu mengalami keletihan pada waktu siang, mudah naik darah, murung dan sukar untuk menumpukan perhatian dalam aktiviti harian,” katanya.
Berdasarkan DSM-5 (Manual Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental, Edisi Kelima), insomnia diklasifikasikan sebagai gangguan tidur-bangun dan untuk mengenal pasti sama ada seseorang individu berdepan dengan masalah insomnia, perlu ada satu aduan utama berkaitan ketidakpuasan terhadap kualiti atau kuantiti tidur bersama sekurang-kurangnya satu daripada gejala berikut:
Ads
Kesukaran untuk tidur dan kekal tidur
Terjaga pada awal pagi dan tidak berupaya untuk tidur semula
Mengalami masalah sukar tidur sekurang-kurangnya tiga malam setiap minggu untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga bulan walaupun mempunyai peluang atau masa yang mencukupi untuk tidur
Gangguan tidur yang tidak berpunca daripada masalah gangguan tidur lain seperti narkolepsi, isu pernafasan dan sebagainya serta tidak dikaitkan dengan kesan fisiologi seperti penyalahgunaan dadah dan ubat
Masalah gangguan mental seperti kemurungan, kegelisahan atau kekeliruan
Mengulas lanjut, insomnia boleh menjadi isu jangka masa pendek atau masalah kronik. Ia boleh berlaku dalam kalangan individu yang terdiri daripada peringkat usia berbeza seperti kanak-kanak, remaja dan dewasa berdasarkan faktor-faktor tertentu. Namun ia lebih kerap berlaku dalam kalangan orang dewasa dan kebiasaannya disebabkan perubahan dalam corak tidur serta pengambilan ubat.
“Dari segi jantina pula, golongan wanita lebih mudah mengalami masalah gangguan tidur, ini mungkin dikaitkan dengan perubahan hormon, mengandung, menopaus dan faktor-faktor lain,” ujarnya.
Insomnia boleh dibahagi kepada beberapa jenis, antaranya:
Insomnia Jangka Masa Pendek– Atau insomnia akut, selalunya disebabkan tekanan, penyakit atau faktor persekitaran. Kebiasaannya, situasi tersebut akan berterusan kira-kira tiga bulan dan mungkin akan berkembang ke peringkat insomnia kronik sekiranya berlarutan.
Insomnia Kronik – Merupakan masalah jangka panjang, yang berlaku sekurang-kurangnya tiga kali seminggu selama lebih daripada tiga bulan. Ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan lain, isu psikologi atau faktor gaya hidup.
Onset Insomnia – Kesukaran untuk tidur pada waktu malam dan kebiasaannya mengambil masa lebih daripada 30 minit untuk tidur.
Maintenance Insomnia – Terjaga pada tengah malam dan mengalami kesukaran untuk tidur kembali.
Comorbid Insomnia – Berlaku bersama keadaan perubatan atau faktor berkaitan psikiatri yang lain, seperti kemurungan, kegelisahan atau sakit kronik.
Faktor yang menyumbang kepada masalah gangguan tidur berbeza bagi setiap individu, antaranya:
Ads
Tekanan emosi, tekanan hidup dan tekanan jangka masa panjang kerana ia mencetuskan reaksi yang melepaskan hormon seperti adrenalin dan kortisol yang meningkatkan tahap kewaspadaan
Pengambilan kafein atau alkohol berlebihan
Waktu tidur yang tidak tetap
Penggunakan peranti elektronik secara berlebihan kerana cahaya biru menyekat pengeluaran melatonin, iaitu hormon yang mengawal tidur
Insomnia boleh diubati menerusi pendekatan bukan farmakologi seperti Terapi Kognitif-Tingkah Laku untuk Insomnia (CBT-I), iaitu rawatan bagi mengubah pemikiran serta tingkah laku yang menyumbang kepada masalah insomnia. Kaedah tersebut didapati berkesan dari segi meningkatkan kualiti dan jangka masa tidur.
“Individu yang menghadapi masalah insomnia boleh mendapat nasihat perubatan daripada doktor dan doktor akan merujuk mereka kepada pakar, seperti pakar psikologi atau psikiatri, sekiranya perlu.
Ads
“Selain itu, dicadangkan ubah gaya hidup seperti mengamalkan tabiat tidur sihat, bersenam secara kerap bagi membebaskan hormon endorphin dan meningkatkan kesihatan mental, pada masa yang sama mengamalkan aktiviti atau hobi yang boleh mengurangkan stres,” jelas beliau.
Beliau juga berkongsi beberapa petua untuk meningkatkan kualiti hidup, antaranya:
Amalkan jadual tidur dan bangun yang tetap.
Sediakan rutin tidur santai dengan menjalankan aktiviti untuk menenangkan fikiran sebelum tidur seperti membaca, mandi air suam atau meditasi.
Pastikan bilik tidur yang kondusif untuk tidur seperti gelap, sunyi dan mempunyai suhu yang selesa.
Elak penggunaan peranti elektronik seperti telefon bimbit, tablet dan komputer sebelum tidur.
Elak pengambilan makanan berat, kafein dan alkohol apabila hampir waktu tidur.
Kerap bersenam namun elak senaman lasak apabila hampir waktu tidur.
Praktik teknik mengurangkan stres seperti meditasi dan yoga.
Kurangkan tidur siang, sekiranya perlu, pastikan hanya tidur antara 20 hingga 30 minit dan elak tidur siang pada lewat petang.
Sekiranya seseorang individu masih mengalami masalah gangguan tidur selepas mengamalkan petua berkenaan, beliau menasihati mereka supaya mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar perubatan atau pakar-pakar lain yang berkaitan.
“Individu yang mengalami isu gangguan tidur perlu bersabar kerana menambah baik tabiat tidur dan mengatasi masalah insomnia mungkin mengambil masa.
“Bersabar dengan diri anda dan terus amalkan tabit tidur sihat dan berkualiti demi kesejahteraan hidup secara menyeluruh,” katanya.
Terima kasih: Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Berhenti kerja dalam zaman sekarang mungkin memerlukan anda berfikir berpuluh kali sebelum membuat keputusan. Ia bukan satu perkara mudah kerana tidak tahu apa yang bakal terjadi selepas itu? Jika anda sudah pun mendapat kerja baru di tempat lain, mungkin perkara ini tidak menjadi masalah. Namun sebaliknya jika anda baru mahu mencari atau mendapat pekerjaan yang lain. Sudah tentu banyak persoalan yang perlu dipertimbangkan sedalam-dalamnya sebelum mengambil keputusan nekad untuk berhenti kerja. Nah, kena fikir masak-masak dan ini empat perkara penting yang perlu anda titikberatkan sebelum berhenti kerja.
1.Keperluan Kewangan
Dalam apa jua situasi, kewangan seharusnya menjadi perkara utama. Lebih-lebih lagi pada zaman ekonomi sekarang. Pasti anda sudah memiliki beberapa aset seperti kereta dan rumah yang memerlukan pembayaran secara konsisten setiap bulan. Pada peringkat awal, mungkin wang simpanan boleh membantu tetapi secara tidak langsung ia tetap menambahkan bebanan.
Apabila terdesak, anda mungkin akan menerima apa jua jenis pekerjaan dan berhadapan dengan krisis kerjaya. Jadi jangan terburu-buru, sebaliknya buat perancangan sebaik mungkin. Anggap kerjaya sekarang sebagai tabung sambil mencari pekerjaan yang diidam-idamkan.
2.Cari Kegembiraan Dalam Pekerjaan
Bukan mudah untuk seseorang mendapat kerja yang diidam-idamkannya.ibarat bulan jatuh ke riba kaedahnya. Namun, jika sebaliknya jangan putus asa atau tetap menanti. Jika ada tawaran lain yang datang, jangan terus tolak bagi memastikan anda tidak menganggur dan dapat menanggung perbelanjaan diri.
Sebenarnya ramai yang senasib dengan anda dan berhadapan dengan dilema. Namun begitu, jangan bersedih sebaliknya cuba bekerja keras serta berfikiran positif. Buangkan rasa kecewa dan cuba bersyukur dengan rezeki yang diterima. Ia sedikit sebanyak akan membantu menjadikan mood kerja anda bertukar lebih baik. Mana tahu, lama-kelamaan anda akan jatuh cinta dengan kerjaya tersebut.
3.Lakukan Perancangan Terbaik
Jika anda mempunyai matlamat dalam pekerjaan yang diinginkan, gunakan masa lapang sebaiknya dengan mencari pelbagai informasi yang diperlukan. Proses mencari pekerjaan ideal memerlukan anda untuk melakukan sedikit penyelidikan. Kumpul sebanyak mungkin informasi tentang pekerjaan mahu pun syarikat tertentu agar anda sentiasa bersedia jika ada jawatan kosong.
Sudah menjadi lumrah, peringkat awal adalah begitu sukar untuk mendapat pekerjaan yang dimahukan. Bagaimana pun pengalaman pasti akan membantu anda mendapatkan pekerjaan yang diingini.
4.Lakukan Apa Yang Diminati
Setiap daripada kita sudah tentu mempunyai impian masing-masing yang ingin dicapai. Kenal pasti apakah ia dan bagaimana impian itu mampu direalisasikan. Walau pun begitu, ramai di antara kita yang hanya memasang angan namun tidak sanggup mengejarnya. Mereka lebih sanggup mengikut apa sahaja yang terhidang di hadapan mata tanpa mahu memikirkan perubahan yang mungkin menyusahkan diri sendiri. Jangan lepaskan impian itu namun dalam masa yang sama harus menjaga kerjaya sekarang agar tidak memudaratkan diri di kemudian hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Isteri itu dilihat sebagai golongan hawa yang lembut, tetapi dirinya seorang yang tabah. Seorang yang penyabar dan tabah. Oleh sebab itu, si ibu boleh menjaga anak yang ramai dengan pelbagai karenah dengan sabar.
Begitu juga dengan urusan rumahtangga. Semua dilakukan tanpa berkira. Walaupun suami membantu, tetapi secara keseluruhan isteri serba serbi uruskan daripada A ke Z.
Sebagaimana perkongsian Firdaus Shakirin tentang pengorbanan seorang isteri yang suami perlu hargai. Seharunya suami bersyukur dan hargai mempunyai isteri yang waras untuk menguruskan keluarga.
Bersyukurlah isteri kita tu tak gila…
Dia p keje, dia berniaga, dia buat part-time, dia jual online, dia jadi ejen, dia cari rezeki, dia bantu ringankan beban, dia bayar hutang2 kita, dia tanggung bil utiliti, dia beli keperluan rumah dan belanja dapur…
Dia jaga anak2, uruskan anak2, dia jaga suami, uruskan suami…dia mengemas, dia menyapu, dia mop lantai, dia kutip mainan, dia lap air tumpah, dia kutip baju, dia basuh baju, dia sidai baju, dia lipat baju, dia memasak, dia buang sampah, dia basuh pinggan, dia kemas dapur, dia ajar anak keje sekolah…
Dia tdo 3,4 jam sehari…
Pastu kembali bangun utk buat keje2 dan perkara2 yg SAMA berulang-ulang setiap hari selagi masih memegang title ibu dan juga isteri…
Itu belum kira dgn dia terasa hati disebabkan perbuatan kita…itu belum kira dia menangis sbb perangai kita…itu belum kira dgn apa yg dia pendam, apa yg dia simpan, apa yg dia tak luahkan kpd kita…
Kena plak berhadapan dgn mertua yg selalu membanding2kan dia, yg selalu mencari salah dan silap dia…kena plak berhadapan dgn ipar duai biras yg suka perli-memerli, sindir-menyindir dan mengata belakang…
Maka, bersyukurlah sbb DIA TAK GILA lagi…
Dia masih lagi waras, dia masih lagi sihat…cumanya, sampai bila dia mampu mengekalkan kewarasan dia? sampai bila dia akan sihat utk buat semua perkara tu… ?
Akan tiba hari dimana dia akan “meletup” disebabkan dia dah buat sesuatu yg diluar kemampuan dia dan dia dah tanggung sesuatu yg melebihi apa yg sepatutnya ditanggungnya.
Kalau tak nak isteri “MENGGILA”,maka…
Tolonglah dia…keje dia byk…klu kita kata kita dah keluar mencari rezeki, maka dia pun sama…klu kita nk rehat, maka dia juga nak rehat, tapi siapa yg nak buat keje2 tu klu dia rehat dan xbuat? Sama2 la ambik sorang sikit, pikul dan bahagikan beban dan urusan rumahtangga kita tu…
Pastu xperlu la buat masalah atau cari masalah dgn dia…byk ja lagi benda dia nk kena pkir…jgn tambahkan benda yg dia perlu pkir dlm otak dia tu…
Bila bergelar anak sulung tentu tanggungjawabnya luar biasa. Mana taknya menjadi individu yang menjadi contoh kepada adik-adik yang lain. Nak tahu lebih lanjutnya nikmati bergelar anak sulung, jom lihat perkongsian Taufiq Razif ini
Nikmat Ke Jadi Anak Sulung?
Mengikut kajian manusia Anak sulung lebih tinggi IQ nya Kerana lebih banyak ‘mental stimulation’ nya
Anak sulung juga biasanya Mendapat 100% fokus ibubapanya Seluruh perhatian ibubapa hanya padanya
Anak sulung juga Biasanya lebih terserlah kemampuan memimpinnya Kerana di bawahnya Ada adik beradik yang perlu diawasinya
Tahu tak kita semua Di sebalik kelebihan anak pertama Terselit seribu satu tanggungjawab yang perlu ditanggungnya?
▪️ Anak sulung kena tunjuk contoh terbaik kerana anak sulung adalah idola kepada adik beradiknya
▪️Anak sulung kena belajar menjadi coach kepada adik beradiknya. Mendamaikan ketika ada perselisihan, menenangkan ketika terjadi pertikaian.
▪️Anak sulung kena berlatih jadi ketua rumahtangga, samada rela atau terpaksa kerana mereka lah pemimpin utama selepas ibu dan ayahnya. Ianya persediaan terpenting jika ditakdirkan ibu ayahnya tiada lagi di dunia
▪️Anak sulung kena tahu hukum hakam agama. Kerana selepas ketiadaan ibubapanya, anak sulung lah tempat rujukan utama. Anak sulung lelaki jugalah yang akan diangkat menjadi wali kepada adik beradik di bawahnya!
Taufiq Razif Anak Pertama Dalam 7 Beradik Yang Lelaki Semuanya!
p/s : saya suka kongsi ilmu parenting eksklusif di telegram channel saya. Klik je link ni untuk join ? t.me/NotaTaufiqRazif
p/s : Siapa kat sini anak sulung juga?
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tidak hadir ke sekolah, guru wanita ditemui tidak bernyawa di rumah. Seorang guru wanita berusia 55 tahun ditemui tidak bernyawa di kediamannya di Taman Satelit, Bahau, pagi Isnin.