Pelawak veteran popular kelahiran Selangor, Datuk Jamali Shadat, 78, menghembuskan nafas terakhir di kediaman anaknya di Pulau Indah, Klang, kira-kira jam 8.30 pagi tadi.
Berita sedih itu disahkan anak bongsunya, Sazli Jamali.
“Bapa sudah tiada. Saya diberitahu arwah bapa menghembuskan nafas terakhirnya di atas katil.
“Insya-Allah, urusan pengebumian akan dipercepatkan. Berkemungkinan selepas Zohor atau Asar hari ini.
Ads
“Arwah bapa akan disemadikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah,’ ujarnya lagi.
Ads
Allahyarham Jamali dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor dan mempunyai lapan anak dan 39 cucu.
Pelawak komedi popular itu cukup terkenal pada 1980-an, dengan kebolehannya membawa watak kanak-kanak bernama ‘Atan’.
Allahyarham sebelum ini dilaporkan uzur dan perlu bergantung kepada bantuan anak dan menantunya untuk menguruskan diri.
Ads
Anak keenam beliau, Fauzi Jamali, 48, berkata, bapanya banyak mendiamkan diri, murung dan kerap tidur selepas kematian ibunya, Allahyarham Lela Yacob pada Jun 2018.
Menurutnya, tahap kesihatan dan ingatan Allahyarham yang menghidap penyakit darah tinggi serta kencing manis juga merosot sejak dua tahun lalu.
Al-Fatihah buat Allahyarham Jamali Shadat, semoga ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
Persekolahan sudah bermula pada hari ini, tentu ibu bapa sibuk menguruskan anak-anak. Bagi yang mendapat buku teks, tentu mengambil masa a masalah bagi menyusun jadual mengikut subjek pada hari tertentu. Melalui perkongsian puan Syikin Zahir di laman facebooknya, beliau berkongsi tip untuk menyusun buku menggunakan kaedah file. Cara ini katanya mengelak daripada berlaku tertinggal buku dan tahan lama. Masih sempat lagi, ibu-ibu untuk mencuba cara ini.
TIADA LAGI STICKER IKUT HARI Sekolah dah tak lama nak buka semula. Masa ni sibuk parent tolong balutkan buku anak-anak kan. Harini cikgu share kaedah senang, cepat & tiada buku tertinggal lagi untuk anak-anak bila mereka susun buku ikut jadual. Dulu memang guna kaedah lekatkan sticker warna ikut hari dalam jadual waktu anak. Tapi sejak dapat wasep dari Ustaz Man awal tahun lepas, dapat gambar zikry termenung dalam kelas sebab tertinggal buku, kemurungan ummi dia. Rasa kesian sangat. Dah la dia jenis sensitif. Mesti kena marah tertinggal buku. Biasalah 1 subjek paling kurang 2 jenis buku. Ada sesetengah subjek sampai 3,4 jenis buku. Kebarangkalian cuai nak tertinggal tu memang ada. Maka umi dia beralih guna kaedah fail. Satu subjek satu fail. Semua buku letak dalam fail tu. Bila nak susun buku, tengok jadual & tarik saja terus 1 fail. InsyaAllah tak da dah buku-buku yang tertinggal. Dan kaedah ini juga pantas. Sebelum ini pernah cuba guna 2,3 jenis fail plastik. Tapi prestasi mengecewakan. Renyah, dan kalau terlipat, berbekas huduh fail tu. Dan ada jenis penjuru tajam. Jadi akhirnya, fail berzip ni paling jatuh hati. Kaler menarik, tahan lama, tahan lasak. Angah & kak ina punya masih elok. InsyaAllah boleh pakai sampai darjah 6. Dan zakwan punya pun ummi dia dah beli sejak tahun lepas. Persediaan nak masuk tahun 1. Sindrom takut tak jumpa dah fail tu. Hahaha Satu lagi kelebihan guna fail ni, tukarlah jadual waktu 28 kali setahun pun umi tak kisah??. Tak payah tertekan nak ubah-ubah sticker macam pengalaman lalu. Alhamdulillah. Untuk #gengmakmak yang selalu stress dengan buku anak yang banyak dan jadual bertukar, bolehla cuba kaedah fail ni.
Info Tambahan: Harga 1 fail RM1.50. Size A4. Cikgu beli di Max10, dalam Cmart Changlun. Kalau tempat lain, boleh cuba cari di DIY.
Untuk orang Changlun, boleh roger Bobsteletto Runnerchangloon. Dia tahu mana nak cari ??
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak kedua pasangan selebriti popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu Lila Amina mencuri perhatian pengikut Instagram Awal.
Baru-baru ini Awal berkongsi gambar Lila berjaya memanjat sebuah tangga lipat yang tinggi ketika berada di rumah.
Menurut Awal, dia meninggalkan tangga tersebut sekejap sahaja namun tidak menyangka anak keduanya itu boleh memanjat sehingga berada di atas.
Berderau darah kita yang melihat aksi berani si kecil yang cheeky ini. Sesiapa pun yang melihat foto tersebut pasti berasa bimbang akan keselamatan Lila.
Namun jangan risau, sebagai bapa Awal sentiasa memastikan keselamatan Lila berdasarkan beberapa foto terakhir dalam posting beliau.
Awal dilihat segera memegang belakang badan anaknya daripada risiko terjatuh. Walaubagaimanapun aksi lucu dan tidak dijangka tersebut pasti ingin dirakamkan sebagai kenangan sama seperti ibu bapa lain jua.
Di ruangan komen, ramai pengikut Awal yang kebanyakannnya terdiri daripada golongan ibu memberitahu perangai anak nombor dua memang lain macam sikit perangainya, lasak, berani dan berdikari dalam banyak perkara.
Apa-apa pun sebagai ibu bapa kita kena raikan kelainan karektor dan perangai anak-anak dan dalam masa yang sama sentiasa utamakan keselamatan mereka dalam apa jua situasi.
Kebanyakan pengikut Awal turut menasihatkan agar lebih berwaspada memantau pergerakan Lila yang sedang dalam fasa suka meneroka perkara baru. Mereka enggan sesuatu yang buruk berlaku kepada si kecil yang comel itu.
Jom join webinar kehamilan Aku Tak Serik Bersalin.
Bercucuk tanam dilaman rumah selain bertujuan mengisi masa lapang, tidak dinafikan ada juga antara kita termotivasi untuk melakukan aktiviti ini dek kerana ingin merasa kepuasan menikmati hasil tanaman daripada usaha sendiri. Malah dengan berkebun juga sekali gus dapatlah berjimat untuk belanja dapur.
Pun begitu, sebenarnya adalah lebih sempurna andai apa yang ingin kita tanam itu menepati 5 jenis kategori tanaman ini. Kenapa? Ini sebagaimana menurut pengalaman Encik Azuan Abdullah, katanya dalam seminggu kita pasti akan guna kelima-lima kategori tersebut dalam penyediaan hidangan kita.
Nak lebih pencerahan ikuti perkongsian daripadanya.
5 Kategori Tanaman Yang Mesti Ada di Kebun Dapur Anda!
Untuk kebun dapur kitchen garden, kita boleh tanam apa-apa tanaman ikut citarasa kita. Lebih elok jika tanaman yang kita tanam tu ada semua 5 kategori ni. Sebab boleh dikatakan dalam tempoh 1 minggu, kita akan guna ke 5-5 kategori ni dalam masakan kita.
Macam di rumah saya, semua kategori saya tanam. Namun, tak semua jenis tanaman yang ada dalam kategori tu saya dapat tanam sebab kawasan rumah yang terhad.
Baik. Saya kongsikan 5 kategori tanaman yang patut ada di kebun dapur rumah kita.
1. Ulam
Ulam-ulaman adalah kategori yang paling cepat sekali kita dapat hasil atau makan. Ianya mengambil masa antara 3-6 minggu lepas tanam. Ia pun senang untuk ditanam. Tanam sekali je tapi dapat hasil berkali-kali. Ulam sangat banyak khasiat untuk kesihatan.
Biasanya, serangga tak suka makan pokok ulam ni. Penyakit pun jarang kena. Contoh ulaman yang paling glamour adalah:
> Bayam Brazil
> Gingseng Indonesia
> Pegaga
> Ulam raja
2. Sayur Daun
Boleh dikatakan sayur daun ni ada di setiap kebun dapur. Sayur daun pun tidak mengambil masa yang lama untuk berhasil. Antara 1-2 bulan sahaja. Sayur daun dapat hasil sekali je untuk satu pusingan kecuali kangkung. Antara sayur daun yang boleh kita tanam:
Sayur buah juga antara kategori yang kita tanam sekali tapi dapat hasil berkali-kali. Biasanya kita dapat kutip hasil antara 2 bulan lepas tanam dan boleh bertahan hingga 5 bulan. Itu pun bergantung pada pengurusan dan penjagaan kita. Sayur buah yang biasa ada di kebun dapur adalah:
> Cili padi
> Bendi
> Terung
> Cili merah
> Lada solok
4. Herba
Herba ni boleh dikatakan kategori yang paling kerap kita guna dalam masakan kita. Jika ia tak ada, masakan kita confirm tak sedap. Herba ni lambat sikit dapat hasil berbanding dengan kategori lain. Paling cepat pun 3 bulan. Antara herba yang selalu kita guna adalah:
> Serai
> Halia
> Kunyit
> Kesum
> Limau purut
5. Lain-lain kategori
Lain-lain tanaman yang ada di kebun dapur kita ni boleh dikatakan pelengkap kepada kategori diatas. Antaranya ialah:
Bila kita rancang dan tanam tanaman di kebun dapur mengikut keperluan, insyaAllah kita dapat jimat belanja dapur. Yang paling penting kita dapat makan sayur segar dan bebas racun kimia setiap hari. Semoga dengan asbab makan sayur bebas racun kimia, kesihatan kita pun semakin baik. Amin
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.