Pelakon cantik manis yang kini sudah pun bergelar ibu, Atikah Suhaime sudah pun dibenarkan pulang ke rumah selepas melahirkan anak sulungnya.
Menerusi perkongsian videonya di Tik Tok, Atikah dilihat cukup gembira memangku buah hati tersayang, Lyla Mulan Teh untuk dibawa pulang ke rumah.
Lebih hebat lagi kepulangan Atikah dan puterinya, Lyla Mulan turut disambut dua buah kereta mewah berwarna keemasan yang membuatkan wargamaya kagum dan teruja.
“Alhamdullilah dah boleh balik. Terima kasih semua doakan yang baik-baik,” tulisnya.
Ads
Melalui video itu, Atikah dilihat dibawa oleh jururawat ke bahagian lobby kereta malah memangku Lyla Mulan untuk diletakkan di dalam carseat.
Wajahnya ceria malah sempat melemparkan senyuman manis sebelum melangkah masuk ke dalam kereta.
Ads
Bahkan kata Atikah lagi, dia kini bersedia untuk berpantang malah turut meminta rakan media social mendoakannya agar kembali kurus seperti sebelum hamil.
“Masa untuk berpantang! Doakan Tika cepat kurus pulak,” tulisnya menerusi kapsyen.
Ads
Terdahulu, Atikah Suhaime selamat melahirkan bayi sulungnya yang diberi nama, Lyla Mulan Teh beberapa hari lalu di sebuah pusat perubatan di Damansara.
Bas ekspres bawa pelajar UMPSA rempuh belakang treler LPT 1. Sebuah bas ekspres yang membawa seramai 28 penumpang termasuk 20 pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terlibat dalam satu insiden mencemaskan apabila kenderaan itu melanggar belakang sebuah lori treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) menghala ke Timur, awal pagi tadi.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 1 pagi itu melibatkan sebuah bas milik LA Holidays Travel and Tours Sdn. Bhd. yang sedang dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Terminal Sentral Kuantan.
Menurut Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai, hasil siasatan awal mendapati bas yang dipandu oleh lelaki berumur 38 tahun itu telah melanggar bahagian belakang sebuah lori jenis Nissan MK262 yang sedang berada di lorong kiri lebuh raya berkenaan.
“Ketika insiden berlaku, lori berkenaan sedang bergerak lurus di lorong kiri sebelum dilanggar dari arah belakang oleh bas yang membawa penumpang termasuk pelajar universiti tersebut,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa tiada kecederaan dilaporkan melibatkan semua individu terlibat termasuk pemandu dan kelindan lori, serta pemandu bas itu sendiri. Kesemua penumpang telah dipindahkan ke bas gantian untuk meneruskan perjalanan ke destinasi mereka di Kuantan.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu bas yang gagal mengawal kenderaan ketika berada di lorong yang sama dengan treler tersebut.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UMPSA, Haykal, memaklumkan bahawa semua 20 pelajar UMPSA yang menaiki bas berkenaan berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Pelajar tiba di kawasan Masjid UMPSA, Kampus Gambang sekitar jam 3.56 pagi dan disambut oleh pasukan MPP yang turut membantu memastikan setiap pelajar dihantar pulang ke kolej kediaman masing-masing dengan selamat,” katanya.
Kelantan kini dilanda banjir yang semakin serius. Banyak kawasan rendah mula dinaiki air, menyebabkan penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara.
Jalan-jalan utama turut terputus hubungan, menyukarkan bantuan sampai ke kawasan terjejas. Suasana pilu menyelubungi mangsa banjir, terutama mereka yang kehilangan tempat tinggal dan barangan keperluan harian.
Hujan tanpa henti dan paras air sungai yang terus meningkat menjadi cabaran utama. Pihak berkuasa sedang giat membantu, namun keperluan bantuan seperti makanan, pakaian, dan tempat perlindungan masih sangat mendesak. Doakan keselamatan dan kesejahteraan buat semua mangsa yang terjejas.
Amaran Hujan Berterusan Peringkat Merah (Bahaya) Di Seluruh Kelantan Sehingga 29 November 2024 Ini – MetMalaysia
Dalam pada itu, menurut sumber Info Banjir Negeri Kelantan Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai melepasi paras amaran dengan merekodkan bacaan 23.25 meter setakat pukul 10 pagi tadi (27/11/2024)
Sementara itu, memetik hantaran Kelantan Daily Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Kelantan, Datuk Dr Izani Husin, berkata situasi cuaca di Kelantan semakin membimbangkan.
Katanya, jika sebelum ini Gua Musang berada dalam kategori buruk, kini kawasan tersebut telah bertukar kepada bahaya. Ini menjadikan seluruh negeri Kelantan berada dalam zon merah dengan status amaran bahaya.
“Keadaan hujan sangat lebat yang berterusan ini berisiko tinggi membawa banjir besar di banyak kawasan. Kita semua diminta untuk terus berwaspada, mematuhi arahan pihak berkuasa, dan mengambil langkah keselamatan segera.”
“Utamakan keselamatan keluarga dan komuniti. Semoga kita semua dilindungi dan segala urusan dipermudahkan,” ujarnya.
Majalah keluarga berharap, jika anda berdekatan dengan kawasan ini, tolonglah sebarkan maklumat tentang pusat bantuan atau hulurkan pertolongan seikhlas mungkin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selat Hormuz kembali menjadi perhatian dunia apabila perkembangan terbaru melibatkan kapal Malaysia mencuri tumpuan di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang masih belum berkesudahan.
Kedutaan Iran: Kapal Malaysia pertama lalui Selat Hormuz menjadi berita yang cukup menarik perhatian ketika dunia masih memerhati ketegangan di Asia Barat yang belum reda.
Dalam suasana geopolitik yang tidak menentu, laluan di Selat Hormuz kini dilihat sebagai antara kawasan paling sensitif di dunia. Ketegangan berpanjangan antara Iran dan Amerika Syarikat telah menjadikan kawasan itu sebagai zon navigasi berisiko tinggi, sekali gus memberi kesan kepada aspek logistik, perdagangan serta kos penghantaran antarabangsa. Selat Hormuz pula sememangnya merupakan laluan strategik penting bagi pergerakan minyak dan gas dunia, maka sebarang gangguan di kawasan itu pastinya memberi tempias besar kepada banyak negara.
We had said that the Islamic Republic of Iran does not forget his friends.The first Malaysian ship passed through the Strait of Hormuz
Kami telah mengatakan bahawa Republik Islam Iran tidak akan melupakan rakan-rakannya.Kapal Malaysia yang pertama yang telah melalui Selat Hormuz pic.twitter.com/prDkzivJSO
— Iran Embassy In Malaysia (@iraninmalaysia) April 6, 2026
Di sebalik kebimbangan itu, rakyat Malaysia menerima satu berita yang cukup melegakan apabila Kedutaan Iran di Malaysia memaklumkan bahawa kapal Malaysia menjadi yang pertama melalui Selat Hormuz selepas sekian lama kapal-kapal dari pelbagai negara terkandas menunggu laluan yang selamat.
Perkongsian tersebut dibuat menerusi hantaran media sosial kedutaan berkenaan, disertai mesej yang cukup bermakna: “Kami telah menyatakan bahawa Republik Islam Iran tidak melupakan sahabat-sahabatnya. Kapal Malaysia yang pertama telah melalui Selat Hormuz.”
Ungkapan itu pastinya menyentuh hati ramai. Dalam keadaan dunia yang sedang bergolak, kenyataan seperti ini memberi gambaran bahawa hubungan baik antara negara masih membawa nilai yang besar. Persahabatan diplomatik yang dibina atas dasar saling menghormati ternyata mampu membuka ruang kepada penyelesaian yang lebih tenang dan bermanfaat.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memaklumkan bahawa beliau telah berhubung dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, bagi membincangkan isu melibatkan kapal-kapal Malaysia di kawasan Selat Hormuz.
Hasil perbincangan itu, Iran dilaporkan membenarkan kapal tanker Malaysia meneruskan perjalanan mereka melalui Selat Hormuz. Pada masa sama, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan juga menjelaskan bahawa tujuh kapal milik syarikat Malaysia, termasuk Petronas dan Sapura Energy, sebelum ini sedang menunggu giliran serta “window” yang selamat untuk bergerak, bukannya ditahan.
Situasi ini menunjukkan bahawa pendekatan diplomasi yang berhati-hati dan konsisten oleh Malaysia berjaya memberikan hasil positif dalam isu yang cukup sensitif ini.
Apa yang lebih menarik, Duta Iran ke Malaysia, Valiollah Mohammadi Nasrabadi, dalam temu bual bersama New Straits Times menyatakan bahawa kapal-kapal Malaysia dibenarkan melalui Selat Hormuz secara percuma.
Menurut beliau, Malaysia dianggap sebagai sebuah negara yang mesra, justeru tidak timbul sebarang masalah untuk menggunakan laluan tersebut. Kenyataan ini sekali lagi mengukuhkan bahawa hubungan dua hala yang baik memberi manfaat besar dalam situasi genting.
Selat Hormuz bukan sekadar laluan biasa, sebaliknya merupakan nadi utama kepada perdagangan tenaga dunia. Sebahagian besar eksport minyak global melalui kawasan ini setiap hari, menjadikannya antara laluan paling penting dan sensitif di peringkat antarabangsa.
Oleh itu, sebarang ketegangan atau gangguan di Selat Hormuz bukan sahaja memberi kesan kepada negara di rantau tersebut, malah turut menjejaskan ekonomi global secara keseluruhan.
Bagi rakyat Malaysia, perkembangan ini bukan sekadar berita tentang kapal dan laluan perdagangan. Ia juga membawa mesej lebih besar tentang kepentingan hubungan diplomatik yang harmoni, khususnya dalam menghadapi cabaran global yang semakin kompleks.
Sesungguhnya, apabila Malaysia dikenang sebagai sahabat dalam keadaan sukar, ia bukan sahaja membanggakan, malah menjadi peringatan bahawa nilai persahabatan tetap penting walau dalam urusan antara negara.
Di sebalik ketegangan dan krisis di Selat Hormuz, masih ada ruang untuk kemanusiaan, penghargaan dan hubungan baik terus subur. Pendekatan sederhana, saling menghormati dan kebijaksanaan dalam menjaga hubungan antarabangsa ternyata memberi manfaat besar kepada negara.
Kesimpulannya, peristiwa ini membuktikan bahawa hubungan diplomatik yang kukuh mampu membuka jalan kepada penyelesaian yang lebih baik, walaupun dalam situasi yang penuh cabaran.
Perjalanan TTC Taufik Batisah dan Sheena Akbal menyentuh hati ramai apabila pasangan ini berkongsi usaha IVF, pengalaman keguguran dan sokongan penuh seorang suami sepanjang ikhtiar mendapatkan zuriat.