Lebih dua tahun menahan rasa rindu terhadap kampung halaman di Palembang, Indonesia, Tya Ariffin akhirnya dapat pulang menemui ahli keluarga.
Akui isteri kesayangan Ashraf Khalid, kekangan akibat wabak pandemik COVID-19 membuatkan bukan hanya dia bahkan anak-anak juga tidak berpeluang menemui datuk dan neneknya di kampung.
Aktres dan usahawan dari Tanah Seberang berkongsi momen balik kampung bersama dua cahaya matanya, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa di laman Instagramnya.
Bagaimanapun kepulangan kali ini tidak disertai suami tercinta, Asyraf Khalid.
“Keputusan balik kampung ini pada minit akhir, jadi suami tak dapat turut serta kerana urusan kembara ke sini memerlukan visa pelancong untuk masuk ke Palembang.
“Kebiasaannya urusan itu memakan masa. Jadi saya dan suami memutuskan untuk ‘berpisah’ buat seketika. Dia boleh juga urus dan tengokkan empayar perniagaan jus kesihatan, Mutyara kami,” kata Tya.
Tya atau nama sebenarnya, Nurtria Wulandari Arifin berkata sebelum dapat memeluk erat ibu bapa dan adik beradiknya, dia dan anak anak perlu menjalani kuarantin di sebuah hotel di Jakarta.
Ads
“Saya dan anak anak perlu kuarantin tujuh hari. Kemudian baru meneruskan perjalanan menaiki kapal terbang ke Palembang.
“Insya-Allah tiada aral, saya akan bercuti dan menghabiskan masa sekitar sembilan hari di kampung. Banyak benda yang bermain dan terlintas di hati nak buat dengan keluarga sebab selama ini akur ketentuan terpaksa berjauhan.
“Anak anak pun teruja sebab sudah lama tak balik kampung. Keluarga saya pun teruja nak tengok anak kedua, Ara (Azzahra) yang sudah membesar dan boleh berjalan. Kali terakhir dapat bertemu keluarga masa Ara masih kecil,” katanya.
Penyanyi lagu Bagaikan Mutiara itu dalam masa sama tetap berhati hati menjaga keselamatan diri dan anak kerana sedar wabak COVID-19 masih bebas berkeliaran termasuk kehadiran varian baru.
“Saya biasakan anak memakai pelitup muka, kekalkan penjarakan fizikal dan elak berkumpul di tempat ramai orang.
“Alhamdulillah masa naik kapal terbang menuju ke Indonesia, kedua anak saya sangat menjaga perangai. Selesai makan, kedua duanya terus tidur hingga sampai waktu mendarat ke destinasi,” katanya.
Ads
Kata Tya lagi, sekalipun bercuti, dia sempat melakukan kerja dalam talian termasuk berinteraksi dengan staf dan ejen perniagaannya.
“Tapi sambil sambil itu kenalah layan karenah anak. Jeritan suara mereka pun sesekali mengganggu konsentrasi kerja saya. Inilah cabaran emak emak, kenalah hadap,” katanya.
Terdahulu, sejak pandemik COVID-19 mula menyerang dunia, Tya mengakui sudah kering air mata kerana menahan kerinduan terhadap keluarga di kampung.
Kejadian banjir besar yang melanda beberapa lokaliti di Lembah Klang baru-baru ini sangat menyayat hati semua.
Prihatin dengan keadaan situasi yang berlaku, seorang warganet, Mior Muhamad Hafiz menyenaraikan 25 perkara untuk persiapan apabila berlaku bencana alam seperti banjir.
Katanya, senarai itu untuk rujukan dirinya sendiri, namun ramai warganet turut manfaat perkongsiannya itu.
25 ‘To do list’ siap sedia banjir/ bencana alam
Pengajaran daripada banjir besar Lembah Klang untuk rujukan sendiri di kemudian hari.
1) Hope for the best, prepare for the worst. Bersedia semaksimum mungkin. 2) Bug-Out Bag (B.O.B ) perlu di rumah, perlu di kereta. 3) Everyday Carry (EDC) bag perlu sentiasa melekat di badan. Barang dalam EDC boleh Google. 4) Wisel yang high decible untuk attract attention. Sebab waktu ni kau dah penat menjerit. Suara akan kurang, sakit tekak, haus. 5) Inflatable boat dan life jacket jika mampu. Case by case basis. Kalau frequent kena banjir, elok ada satu. 6) Fully-charged power bank, all the time. High capacity (at least 20,000 mAh) dan high-quality. 7) Jangkakan kelewatan dalam operasi menyelamat. Ikhtiar hidup sementara diselamatkan. Kena ingat, bukan kita je yg nak diselamatkan. 8 ) If it’s our time to go, it’s our time to go. Before kicking the bucket, give them our very best shot. 9) Jika disuruh utk berpindah, NO NEGOTIATION. Ikut sahaja pasukan penyelamat berpindah. Jangan lengahkan kerja mereka. 10) Dokumen penting perlu sealed dalam waterproof bag all the time. Sijil nikah, surat beranak, S&P, geran dll. 11) Heat-retention perlu ada. Sejuk-sejuk ni takut hipotermia. Emergency blanket kena standby. 12) Emergency ration dalam B.O.B. Bukak dan terus makan. 13) Sanitary essentials for the ladies dalam B.O.B. 14) Portable water filter. Jika mampu. 15) Flashlight/headlamp with strobe light function. 16) Takaful kenderaan dan rumah with special perils. Siapa sangka tempat yg jarang kena banjir pun banjir. Tempat lain pun no exceptions. 17) Polimer untuk bungkus/balut/lindungi kenderaan. Mungkin berguna untuk kurangkan kerosakan. I’ve yet to try. 18) Bila dah nampak bibit-bibit bencana, maklumkan kepada ahli keluarga lain (guna whatsapp) situasi dan lokasi terkini. Maklumkan jika dah selamat atau belum selamat. Miscomunication ni akan buatkan kerja menyelamat jadi lambat. 19) Jangan redah banjir tanpa buat assessment keadaan sekeliling. Arus banjir kadang-kadang deras. Don’t underestimate. 20) Know when and where to flee. 21) Kena kerapkan follow ramalan kaji cuaca daripada jabatan meteorologi. Tahu apa yang sedang terjadi di kawasan serantau. 22) Kerja berat bermula selepas banjir surut. Kena saling membantu. Kejiranan yang baik sangat membantu memudahkan urusan. Kejiranan yg tak jaga kebersihan bersama, satu kawasan tu akan ada masalah baru. Denggi, tikus, bau busuk dll. 23) Sumber elektrik dan air bersih akan jadi terhad semasa banjir dan beberapa hari selepas banjir surut. Kena cari sumber air luar la kot. 24) Expect looting and people losing their sanity. Minda tengah berkecamuk, lapar, sedih dan marah. Try to be sane as much as possible. Sedar yang ramai orang juga sedang alami ujian yg sama. What makes us any different? But like I said, prepare for the worst. 25) Solar charger might not be the best option on a dense cloudy weather. Tapi elok ada daripada tiada.
Garam merupakan salah satu bahan yang sangat penting bagi metabolisme tubuh.Banyak orang menggunakan garam hanya sebagai perasa saja, tapi sebenarnya garam memiliki kegunaan lain yang tak kurang pentingnya. Ramai yang tidak tahu mengenai hal ini.
Ternyata kegunaan garam banyak sebenarnya. Jom baca ni:
Campuran air suling dan garam akan menjadi air saline. Jenis garam seperti ini banyak digunakan hospital untuk infusi.
Mengubati sinusitis. Titiskan pada hidung dengan kandungan air garam untuk meredakan selsema, ini dapat dibeli di farmasi. Atau kamu juga boleh membuatnya sendiri dengan takaran 240 ml (satu gelas) air hangat + ½ sdt garam + ½ sdt baking soda.
Mengatasi gusi yang berdarah. Berkumurlah menggunakan air garam.
Mengatasi jerawat. Campurkan ¼ sdm garam dengan air hangat. Kemudian rendam kapas ke dalam larutan tersebut, lalu tempelkan kapas ke atas jerawat dan biarkan selama 1 minit.
Untuk detoks kulit. Larutkan secawan garam ke dalam tab mandi yang berisi air hangat. Mandi menggunakan air garam ini boleh mengeluarkan racun dari tubuh.
Mencegah rambut putih dan gugur. Selain itu, garam juga boleh mengatasi kulit kepala yang gatal.
Membersihkan pakaian kotor. Campurkan garam ke dalam mesin cuci ketika mencuci.
Untuk menghilangkan minyak pada selimut, gunakan 1 sdm garam. Selain boleh membersihkan, garam tidak akan merosak selimut.
Ketika kasut berbau tidak sedap, taburkan garam ke dalam, maka bau peluh yang tidak sedap akan terserap. Kasut yang diperbuat dari getah, pertama kali boleh direndam terlebih dahulu dengan air garam selama setengah hari. Hal ini membuat kasut menjadi lebih tahan lama dan tidak cepat rosak.
Rendam berus gigi ke dalam air garam panas selama 30 minit, maka hal ini akan membuat berus gigi menjadi tahan lama.
Setiap pagi minum segelas air garam, boleh membantu menjaga kesihatan jantung.
Mengatasi warna stoking kaki yang tidak sama. Masukkan stoking ke dalam air garam panas selama 1 jam. Setelah itu warna akan menjadi sama.
Rendam tuala baru dengan air garam, hal ini boleh mencegah tuala dari terjadinya tahi lalat.
Membersihkan kotoran pada spans yang digunakan untuk mengelap kotoran yang melekat pada kuali. Rendam spans ke dalam air garam selama semalam, keesokan harinya, spans tersebut akan bersih seperti baru.
Mengatasi karat atau efek terbakar pada kuali. Masukkan air dan garam secukupnya, biarkan selama 10 minit.
Sumber : thehealth
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memastikan anak lelaki terdidik dengan baik, ibu ayah perlu lakukan beberapa perkara terutamanya ketika anak lelaki berusia seawal 6 hingga 13 tahun.
Kenapa begitu?
Ketahui perkongsian detail daripada Dr. Redza Zainol ini.
Kanak-kanak lelaki usia 6-13 tahun akan mula alami perubahan ketara.
1) Timbul karakter yang lebih maskulin.
– suka main lawan-lawan
– suka buat bising
– suka bergusti
– tiru aksi superhero
2) Tertarik kepada lelaki lain yang lebih dewasa. Boleh jadi ayah, pakcik, datuk atau saudara lelaki yang lain.
Pada usia 6-13 tahun, ayah menjadi lebih penting di mata anak lelaki.
Anak mula berminat untuk belajar bagaimana untuk menjadi seorang lelaki. Di sinilah dia akan tercari-cari siapakah idola lelaki dewasanya.
Jika lelaki dewasa itu ialah ayahnya, dia akan mula mendekati, belajar dan meniru setiap kelakuan si ayah.
Seolah-olah dia memuat turun “software” dari ayahnya dan masuk ke dalam otak kanak-kanak lelaki tu.
Pada waktu ni, secara fitrahnya dia bersedia untuk belajar dan mendengar kata-kata dari ayah.
Inilah peluang terbesar seorang ayah untuk mempengaruhi diri kanak-kanak lelaki. Asas kepada ciri-ciri maskulin seorang kanak-kanak lelaki juga dibina pada waktu ni.
Inilah masanya untuk ayah “Make Time” atau meluang lebih masa dengan anak lelaki.
Contohnya:
– bermain di sekitar rumah atau di padang permainan.
– jalan berdua bersama.
– bercakap tentang kehidupan.
– bercerita tentang kehidupan diri sendiri semasa masih kecil.
Pada usia begini, ayah perlu mainkan peranan supaya dia lebih mudah didekati oleh anak. Kalau ayah tak ada dalam hidup anak, dia akan mencari lelaki dewasa lain sebagai idolanya.