Masalah kulit berjerawat mungkin ada yang menganggapnya biasa dan tidak perlulah hingga berjumpa doktor pakar untuk merawat masalah tersebut. Meski pun begitu, jika dibiarkan bimbang juga akan menjadikan masalah lebih serius. Tambah-tambah jika jerawat tidak henti-henti tumbuh di wajah. Tentu buat seseorang itu tidak selesa dengan penampilan diri dan ada juga hingga membuatkan hilang keyakinan diri untuk bertemu orang lain.
Oleh itu, masalah jerawat perlu dirawat segera dengan berjumpa doktor yang pakar kulit. Pun begitu, untuk terus mendapatkan rawatan pakar di hospital swasta mungkin ada yang bimbang dengan kos rawatan yang perlu ditanggung.
Jadi apa kata anda pergi sahaja ke hospital kerajaan. Mungkin ada yang belum tahu, sebenarnya sesiapa pun boleh untuk dapatkan rawatan kulit termasuk masalah jerawat di klinik kerajaan. Tak perlu keluar duit banyak pun, hanya kena bayar RM1 sahaja semasa pendaftaran.
Melalui video yang dikongsikan di akaun TikTok @znrh__, wanita yang dikenali sebagai Juju ini berkongsi berdasarkan pengalamannya mendapatkan rawatan di klinik kerajaan untuk merawat masalah jerawatnya.
Kata Juju dalam video tersebut, bagi yang hendak dapatkan nasihat dari klinik kerajaan berkenaan maslaah kulit, mudah sahaja. Hanya perlu maklumkan kepada front desk yang anda ada masalah kulit. Kemudian ambil nombor dan jumpa doktor macam biasa.
Tambah Juju lagi, selepas sesi konsultasi dia diberikan antibiotik, ubat sapu dan ubat cuci dari klinik kerajaan tersebut. Doktor juga turut setkan temujanji seterusnya untuk rawatan susulan.
Untuk dapatkan rujukan dermatologi, menurut doktor yang merawat Juju, surat akan diberikan kalau jerawat masih tak beransur pulih enam bulan lepas ambil antibiotik.
Perkongsian video yang bermanfaat ini menarik perhatian warganet hingga mendapat tontonan 140K dan mendapat banyak komen warganet berkongsi pengalaman dan antaranya;
“Tu lah u guys should go to klinik kerajaan, I almost spend about 200 ringgit on my skincare and my skin still the same”-Aesthetic Life
“Yes betul. I Pergi kk sebab jerawat teruk then doc bagi antibiotik sdalam 5-6 bulan then jerawat saya still ada then kk terus refer ke hospital pakar”-Jaehyun’s wife (real)
“Nak sangat pergi derma sbb dah lamandansyffers dgn acne bukan sikit tapi mmg betul betul breakout yg teruk tu. tqsm for the video”-amethyst
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Tidak ramai suri rumah tahu bahawa ada sesetengah makanan tidak sepatutnya disimpan di dalam peti sejuk. Ia tidaklah memudaratkan tetapi menjadi punca sesetengah makanan hilang zat, rosak dan mempunyai tekstur rasa yang tidak menarik.
Kopi
Hebatnya kopi apabila ia bertindak seperti span kerana kemampuannya untuk menyerap bau-bau yang kurang menyenangkan di dalam peti sejuk. Malangnya, kopi yang tersimpan di dalam peti sejuk akan mengurangkan rasa sebenar kopi dan anda tidak lagi boleh menikmati minuman kopi arabica.
Tomato
Masalah utama menyimpan buah tomato di dalam peti sejuk adalah suhu sejuk yang boleh menyebabkan tekstur tomato menjadi lembik. Mungkin anda pernah melihat buah tomato yang menghasilkan serbuk seperti kristal halus di dalamnya. Ia punca anda menyimpan di dalam peti sejuk dalam tempoh yang lama.
Bawang
Sama seperti tomato, bawang cenderung untuk lembik dan berkulat jika tersimpan terlalu lama di dalam peti sejuk. Bagi bawang yang sudah dipotong, lapisannya tetap kering walaupun anda cuba membugkusnya dengan ketat. Bau bawang yang kuat akan meninggalkan bau di dalam peti ais sama seperti bawang meninggalkan bau pada papan pemotong.
Madu
Meletakkan madu di dalam peti ais akan meningkatkan kelajuan penghabluran gula di mana ia bertukar ke dalam bentuk yang hampir seperti doh sehingga menyukarkan anda mencedok madu keluar dari botol.
Avokado
Setiap kali membeli buah avokado, anda mula mendapati buahnya sangat padat dan keras. Maka, ia memerlukan jumlah masa yang lama untuk benar-benar ranum dan mempunyai rasa yang hebat. Tindakan anda menyimpannya di dalam peti sejuk bukanlah membantu buah avokado masak tetapi menghentikan proses matang kerana ia membeku.
Roti
Menyimpan roti di dalam peti ais bukanlah satu tindakan yang bijak. Elak menyimpan roti di dalam peti sejuk kerana ia boleh membuat roti keras dan berderai. Namun, masa yang tepat untuk anda menyimpan roti di dalam peti sejuk apabila ia sudah menjadi sandwich. Sandwich lebih lazat apabila rotinya keras dan liat pada suhu sejuk.
Ramai yang berpendapat peti ais adalah lokasi tepat untuk menyelamatkan makanan-makanan yang sudah dibuka. Ingat ya… Suhu sejuk dalam peti ais tidak semestinya menyelamatkan makanan anda. Anda sendiri mungkin tidak lalu makan makanan yang sudah lembik, keras, berderai atau pendek kata…kurang sedap!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penyanyi Datuk Nora Ariffin kini bergelar isteri kepada Dr Rushdi Ramli. Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri pelantun Lagu Dipersimpangan Dilema menerusi laman Instagramnya.
Walau bagaimana pun, pemilik nama sebenar Wan Norafizah Ariffin ini tidak menjelaskan secara terperinci mengenai majlis pernikahan tersebut.
“Dengan nama Allah Yang Maha pemurah Lagi Maha Mengasihani. Bersempena dengan malam Jumaat yang merupakan Sayyidul Ayyam, saya dengan rendah hati dan bersyukur ke hadrat Allah SWT ingin memaklumkan bahawa saya kini telah bertemu jodoh dengan seorang hamba Allah yang merupakan sahabat baik arwah Johan sejak dari kecil lagi. Beliau adalah saudara Rushdi Ramli.“Saya ingin meminta maaf kerana dari awal lagi saya memang berniat untuk tidak menghebah-hebahkan ikatan ini. Cukuplah sekadar melaksanakan perkara wajib dan mengikut hukum sahaja.
“Saya berpegang pada prinsip bahawa perkahwinan adalah satu ibadah dan ianya terlalu peribadi untuk saya kongsikan, bukan ingin bermegah-megah, jauh sekali untuk mencari publisiti. Jodoh, rezeki dan ajal adalah rahsia Allah yang telah ditentukan.
“Saya menerimanya dengan penuh sabar, redha dan syukur. Hanya kebaikan yang saya harapkan,” tulisnya lagi
Dia turut meminta ramai menitipkan doa yang baik-baik berhubung keputusan yang dibuat.
“Saya juga memohon agar semua insan yang mengenali saya dan para peminat, sudi menitipkan doa buat saya mendapat keluarga sakinah mawaddah warahmah, dipermudahkan segala urusan, diberkati, diredhai Allah SWT dunia akhirat, insyaAllah.“Jutaan terima kasih buat anak-anak dan menantu mama yang amat disayangi, adik-beradik tersayang, seluruh saudara mara, sahabat handai, JNSB team, FANORATIK, rakan- rakan media & semua yang telah banyak memberikan doa, semangat, sokongan & nasihat pada saya selama ini.
“Allah saja yang mampu membalas segala jasa baik kalian semua,” tulisnya lagi.
Difahamkan, Dr Rushdi merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh & Usul di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan berusia 55 tahun.
Nora sebelum ini mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
‘Sakit mata’ bila lihat kuali atau periuk kesayangan ibu-ibu berkerak dibahagian bawahnya gara-gara masakan hangit.
Nak dibuang sayang, kalau cuci pun kadang-kadang masih tak tanggal, tapi jangan putus asa. Banyak petua boleh cuba.
Cara ini mungkin boleh bantu bersihkan periuk berkerak. Jom cuba perkongsian oleh Susun Atur Sioca yang menggunakan dua bahan saja iaitu baking soda dan juga cuka.
Bersihkan periuk hangit.
Kalau ada periuk atau kuali yang hangit, jangan terus buang. Cuba langkah ni dulu.
1. Didihkan air dalam periuk yang hangit.
2. Masukkan 1/2 cawan baking soda.
3.Masukkan 1/2 cawan cuka.
4. Biarkan mendidih 10 minit.
5. Tutup api dan biarkan terus terendam.
6. Apabila sudah sejuk, bilas dengan air paip.
7. Periuk akan kembali bersih.
Ini tip yang kami guna masa merendang hari tu. Bila panas-panaskan dah terlupa. Jadi, gunakan kaedah ni nak bersihkan balik kerak tu. Memang menjadi!
Ps – Gambar dari Instagram Preston & Co sebab gambar sendiri takdok.
Menjelang Hari Raya Aidil Fitri yang bakal disambut oleh seluruh umat Islam beberapa hari sahaja lagi, Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang ramai agar tidak bermain mercun untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.