Jika anda penggemar teh, pastinya selepas direndam, uncangnya pasti anda buang ke tong sampah kan?

Sebenarnya, banyak manfaat yang ada pada uncang teh ini. Bukan sekadar untuk hasilkan air teh semata-semata , tapi ada banyak sebenarnya manfaat dan sangat berkesan jika diamalkan. Nak tahu apa? Jom baca kat bawah ni :

  1. Boleh hilangkan bau kaki yang berpeluh

Ambil uncang teh terpakai, letak dalam besen yang berisi air suam dan rendam kaki selama 15 minit. Kemudian bersihkan kaki. Lebih bagus lakukan sebelum tidur.

  1. Menghilangkan Eye Bag

Korang rendam uncang yang dah diguna dalam air sejuk, kemudian letak pada mata. Biarkan semalaman ketika waktu tidur

  1. Menghapuskan bau yang tidak menyenangkan

Tahukah anda uncang teh yang sudah diguna boleh menghapuskan bau yang tidak senang dalam peti ais ? Ya, ambil sahaja beberapa uncang teh terpakai dan letak dalam peti sejuk.

Atau jika anda mahu menyegarkan laci almari yang berbau ‘lipas’, letakkan uncang teh yang kering di dalam. Boleh gunakan uncang teh berperisa untuk bau-bauan yang lebih menarik. Begitu juga dengan kereta anda, boleh gantungkan uncang teh di dalam kereta sebagai penyegar kereta. Kemudian buatlah kira-kira berapa banyak penjimatan sebab tak payah beli penyegar berbentuk pokok tu dah.

  1. Mengatasi masalah jerawat

gosok uncang teh pada muka anda dan biarkan seketika

  1. Mencuci peralatan dapur

Ya, uncang Teh terpakai boleh menghilangkan kesan minyak yang melekat pada alatan di dapur. Cara seterusnya, jika bekas atau periuk dipenuhi dengan lemak, rendam sahaja dengan air panas dan letak beberapa teh uncang yang sudah dipakai. Hasilnya, lemak dan kotoran degil akan hilang !

  1.  Baja tanaman

Hampas teh sangat berguna untuk tanaman dan ia akan bertukar sebagai baja organik sekaligus akan menyuburkan tanaman. Korang tabur sahaja ke dalam pasu dan lihat manfaatnya sendiri.

IKLAN
  1.  Menghilangkan Sunburn

Ambil hampas teh yang dah diguna dan gosok untuk menghilangkan kesan terbakar pada kulit muka.

  1. Melembutkan Stik

Kandungan tanin dalam teh hitam juga menjadikan ia sebagai pelembut daging yang sempurna. Anda juga boleh memerapkan daging steak kegemaran dengan bancuhan teh hitam sebelum digril untuk rasa yang lebih mencengkam jiwa.

  1. Membersihkan permaidani

 

IKLAN

Ada masanya anak terbuang air atau termuntah di atas permaidani di ruang tamu. Atau mungkin anda memelihara kucing jadi macam-macam bau akan melekat pada. Susah pula jika nak hantar ke kedai dobi. Ikut cara ini,  taburkan serbuk teh yang sudah digunakan di atas karpet dan biarkan selama 15-20 minit sebelum divakum.

Sila gunakan serbuk teh yang kering ya, kalau guna serbuk teh basah nanti habis melekat warna teh di situ pula. Kalau anda gunakan serbuk teh berperisa seperti oren atau strawberi, makin wangilah karpet anda!

10 Hilangkan minyak di dalam sinki

Adakanya  pinggan mangkuk anda turut berminyak dan susah nak cuci terutama jika anda masak sup daging atau menu berminyak. Uncang teh boleh membantu menjimatkan masa menyental. Penuhkan sink dengan pinggan kotor itu dengan air suam, rendamkan dua atau tiga uncang teh yang telah digunakan dan biarkan beberapa jam. Nanti minyak melekit tu senang dicuci.