Pempengaruh media sosial, Adira Salahudi yang kini sedang menanti kelahiran cahaya mata ketiga sempat menjawab pelbagai pertanyaan pengikutnya mengenai perancangan hamil.
Menerusi sebuah posting di Instagram Story, Adira menjawab satu soalan daripada netizen berhubung perancangannya dan suami untuk mendapatkan cahaya mata.
Menurut Adira, dia tidak pernah merancang soal anak namun dia dan suami direzekikan untuk menimang cahaya mata cepat kerana dia bunting pelamin semasa bulan madu.
“Saya bunting pelamin masa bulan madu tetapi saya tak tahu. Paling tak percaya macam mana boleh mengandung awal sangat. Mungkin waktu menikah tu saya tengah subur.
Ads
“Alhamdulillah, Allah hadirkan Arsel secepatnya. Kemudian secara tak sengaja, saya mengandung Alva masa Arsel empat bulan. Sumpah tak kelakar. Memang trauma dan silap langkah.
“Tapi setiap anak pembawa rezeki masing-masing. Mengandung dia paling senang sampai berpantang. Cuma beranak sakit,” kongsinya.
Adira yang kini sedang menanti kelahiran anak ketiganya mula rasa rindu untuk kembali mengandung selepas tiga tahun.
Ads
“Sekarang saya dah boleh fokus kerja dan ada pembantu. Jadi tengah menghitung hari anak ketiga keluar dengan selamat. Doakan Adira ya,” tulisnya.
Terdahulu Adira dan suaminya, Ammar Azizzan mendirikan rumah tangga pada 3 Oktober 2019. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata dan bakal menantikan kelahiran anak ketiga mereka.
Sebagai ibu bapa yang prihatin terhadap perkembangan anak, anda haruslah menjadi ibu bapa yang sentiasa memberi bimbingan, panduan yang betul kepada anak ia termasuk ilmu pendidikan seksual.
Ia penting bagi mengelak serangan seksual biasanya melibatkan golongan dewasa. Lebih membimbangkan, kanak-kanak yang masih berada di bangku sekolah rendah turut terlibat.
Sebagaimana perkongsian pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi mengenai pendidikan seksual di kalangan kanak-kanak adalah penting.
Menerusi paparan terbarunya beliau menjelaskan cara jawapan yang betul apabila ada anak kecil bertanya mengenai apa itu persetubuhan.
Perkongsian ini amat penting buat ibu bapa ketahui untuk menjelaskan kepada anak dengan betul dan tepat untuk mengelak sebarang perkaran yang tidak dingini lebih lagi bahan-bahan tidak bermoral mudah diakses di intenet tanpa kawalan.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Di dalam kehidupan berumah tangga, kena sama-sama laksanakan tanggung jawab masing-masing. Andai ada yang tidak kena perlu cepat diselesaikan supaya tidak mengundang lebih banyak masalah lain kelak.
Namun, pasangan muda kini banyak yang mengalami masalah rumah tangga kerana tiada rasa hormat-menghormati antara satu sama lain. Masing-masing ego dan enggan mengalah.
Penulis Buku dan juga Motivator, Najmi Nawawi berkata, untuk meraih hormat daripada pasangan kena ada caranya. Berikut 8 tip yang dikongsikan olehnya.
HORMAT BUKAN DITAGIH TETAPI DIRAIH
Sila baca dengan tenang dan jangan cepat gelabah. Aku akan cuba huraikan dengan ringkas dan padat kenapa sebenarnya, kita (suami) tidak perlu untuk tagih hormat dari isteri. Kerana ia akan datang sendiri.
Sikap hormat-menghormati antara pasangan ialah satu perkara yang wajib dimiliki oleh mereka yang bergelar suami dan isteri. Semua isteri boleh patuh dan hormat suami, tetapi adakah kerana terpaksa atau benar-benar datang dari keredhaan hati?
Banyak pergaduhan dalam rumah tangga berlaku apabila pasangan mula hilang hormat antara satu sama yang lain. Ini sangat merisaukan kerana telah mengundang kepada banyak kes penceraian yang berlaku.
Sebagai seorang lelaki, aku akan tulis apa yang perlu kita (suami) usahakan untuk mendapat kasih sayang atau hormat dari isteri.
1. Solat
Hidup bertuhan. Ini ialah kunci utama yang sangat penting kita laksanakan sebagai tanggungjawab kita hidup di muka bumi ini. Jika hubungan dengan Allah baik, insyaAllah hubungan dengan manusia pun akan jadi baik. Kalau solat pun kita tidak tunaikan atau bermalas-malasan, hilang satu kreadibiliti untuk kita dihormati pasangan.
2. Nafkah
Begitu juga dengan wang ringgit yang diberi untuk isteri ‘simpan’ bukan digunakan untuk keperluan perbelanjaan keluarga. Bahkan, nilai-nilai agama dan emosi juga sebenarnya satu nafkah yang perlu ditunaikan. Utamakan kebahagiaan isteri terlebih dahulu, baru fikir diri sendiri. Jangan terlalu mengikut kehendak diri tanpa ‘concern’ keperluan pasangan.
3. Kepimpinan
Tunjuk contoh yang baik dalam merancang hala tuju keluarga. Bentangkan perancangan dan suka berbincang dengan pasangan. Tidak ‘keras’ dan ego dengan pandangan sendiri sahaja. Semuanya boleh dibawa berbincang dan jadi suami yang matang. Cukup-cukuplah dengan perangai kebudak-budakkan, anak pun sudah ramai.
4. Sosial
Tahu limitasi dan cara mengendali hubungan sosial dengan baik. Banyakkan berfikir tentang diri sendiri dan keluarga, bukan bercakap tentang orang lain. Kerana orang yang hebat sentiasa berfikir untuk maju kedepan. Jangan buang masa dengan perkara remeh temeh, kerana kita perlu memiliki agenda yang besar untuk dilaksanakan. Tunjuk contoh depan isteri bahawa kita seorang yang matang dalam hubungan sosial. Mudah.
5. Kewangan
Mempunyai perancangan kewangan yang baik. Tahu apa yang lebih penting dan perlu diutamakan. Paling penting ialah ukur baju di badan sendiri. Jangan buat pilihan yang salah dan gopoh dalam hal-hal yang melibatkan kewangan dan komitmen.
6. Keibubapaan
Menjadi perancang dan ‘kepala’ dalam pembentukan ahli keluarga. Bukannya berharap pada isteri semata-mata, namun kita sebagai suami perlu lebih arif dan mampu memberi panduan kepada keluarga tentang bagaimana membesarkan anak-anak.
7. Kerjaya
Mempunyai kerjaya yang stabil, dan kalau boleh turut mempunyai ‘part time’ yang mampu menggantikan kerjaya hakiki sekiranya berlaku perkara yang tidak baik pada kerja hakiki. Lebih baik lagi ialah, gaji kerja ‘part time’ lebih lumayan dari kerja hakiki. Tidak mustahil.
8. Kesihatan
Sentiasa membawa ahli keluarga kepada penjagaan kesihatan yang baik khususnya dari bab makanan dan kebersihan. Sediakan makanan-makanan yang sihat (seimbang) untuk seisi keluarga. Begitu juga dengan memastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih, sampah dibuang sempurna dan rajin membantu kemaskan rumah.
Aku rasa, kalau kita boleh ‘improve’ 8 perkara di atas, percayalah kebahagiaan itu akan datang sendiri pada kita. Buat baik pada orang yang kita sayang, insyaAllah perkara-perkara yang baik juga akan datang kembali pada kita.
p/s : Kita semua manusia biasa dan tidak sempurna, namun apa yang penting ialah kita sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik.
Follow dan See First Najmi Nawawi untuk tips dan info kekeluargaan baru yang sering dikongsikan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam tempoh itu,untuk memastikan aircond sentiasa sejuk dan tidak bermasalah, aircond perlu diservis.
Bagaimana pun, biasanya ada segelintir akan ervis aircond apabila ada masalah. Sedangkan untuk memastikan aircond tahan lama, servis harus dilakukan secara berkala untuk mengelak kerosakan yang lebih teruk.
Selain servis aircond ada juga yang mahu menambah gas aircond. Namun tidak ramai yang tahu bahawa ia bukan keperluan sebagaimana yang dijelaskan oleh seorang
technician tmenerusi akaun TikTok @sayazuhri.