Di dalam kehidupan berumah tangga, kena sama-sama laksanakan tanggung jawab masing-masing. Andai ada yang tidak kena perlu cepat diselesaikan supaya tidak mengundang lebih banyak masalah lain kelak.

Namun, pasangan muda kini banyak yang mengalami masalah rumah tangga kerana tiada rasa hormat-menghormati antara satu sama lain. Masing-masing ego dan enggan mengalah.

Penulis Buku dan juga Motivator, Najmi Nawawi berkata, untuk meraih hormat daripada pasangan kena ada caranya. Berikut 8 tip yang dikongsikan olehnya.

Suami Tidak Perlu Untuk Tagih Hormat Dari Isteri Kerana Ia Akan Datang Sendiri.  Yang Penting, Perbaiki 8 Perkara Ini!


HORMAT BUKAN DITAGIH TETAPI DIRAIH

Sila baca dengan tenang dan jangan cepat gelabah. Aku akan cuba huraikan dengan ringkas dan padat kenapa sebenarnya, kita (suami) tidak perlu untuk tagih hormat dari isteri. Kerana ia akan datang sendiri.

Sikap hormat-menghormati antara pasangan ialah satu perkara yang wajib dimiliki oleh mereka yang bergelar suami dan isteri. Semua isteri boleh patuh dan hormat suami, tetapi adakah kerana terpaksa atau benar-benar datang dari keredhaan hati?

Banyak pergaduhan dalam rumah tangga berlaku apabila pasangan mula hilang hormat antara satu sama yang lain. Ini sangat merisaukan kerana telah mengundang kepada banyak kes penceraian yang berlaku.

Sebagai seorang lelaki, aku akan tulis apa yang perlu kita (suami) usahakan untuk mendapat kasih sayang atau hormat dari isteri.

Suami Tidak Perlu Untuk Tagih Hormat Dari Isteri Kerana Ia Akan Datang Sendiri.  Yang Penting, Perbaiki 8 Perkara Ini!

IKLAN

1. Solat

Hidup bertuhan. Ini ialah kunci utama yang sangat penting kita laksanakan sebagai tanggungjawab kita hidup di muka bumi ini. Jika hubungan dengan Allah baik, insyaAllah hubungan dengan manusia pun akan jadi baik. Kalau solat pun kita tidak tunaikan atau bermalas-malasan, hilang satu kreadibiliti untuk kita dihormati pasangan.

2. Nafkah

Begitu juga dengan wang ringgit yang diberi untuk isteri ‘simpan’ bukan digunakan untuk keperluan perbelanjaan keluarga. Bahkan, nilai-nilai agama dan emosi juga sebenarnya satu nafkah yang perlu ditunaikan. Utamakan kebahagiaan isteri terlebih dahulu, baru fikir diri sendiri. Jangan terlalu mengikut kehendak diri tanpa ‘concern’ keperluan pasangan.

3. Kepimpinan

Tunjuk contoh yang baik dalam merancang hala tuju keluarga. Bentangkan perancangan dan suka berbincang dengan pasangan. Tidak ‘keras’ dan ego dengan pandangan sendiri sahaja. Semuanya boleh dibawa berbincang dan jadi suami yang matang. Cukup-cukuplah dengan perangai kebudak-budakkan, anak pun sudah ramai.

IKLAN

4. Sosial

Tahu limitasi dan cara mengendali hubungan sosial dengan baik. Banyakkan berfikir tentang diri sendiri dan keluarga, bukan bercakap tentang orang lain. Kerana orang yang hebat sentiasa berfikir untuk maju kedepan. Jangan buang masa dengan perkara remeh temeh, kerana kita perlu memiliki agenda yang besar untuk dilaksanakan. Tunjuk contoh depan isteri bahawa kita seorang yang matang dalam hubungan sosial. Mudah.

Suami Tidak Perlu Untuk Tagih Hormat Dari Isteri Kerana Ia Akan Datang Sendiri.  Yang Penting, Perbaiki 8 Perkara Ini!

5. Kewangan

Mempunyai perancangan kewangan yang baik. Tahu apa yang lebih penting dan perlu diutamakan. Paling penting ialah ukur baju di badan sendiri. Jangan buat pilihan yang salah dan gopoh dalam hal-hal yang melibatkan kewangan dan komitmen.

6. Keibubapaan

IKLAN

Menjadi perancang dan ‘kepala’ dalam pembentukan ahli keluarga. Bukannya berharap pada isteri semata-mata, namun kita sebagai suami perlu lebih arif dan mampu memberi panduan kepada keluarga tentang bagaimana membesarkan anak-anak.

7. Kerjaya

Mempunyai kerjaya yang stabil, dan kalau boleh turut mempunyai ‘part time’ yang mampu menggantikan kerjaya hakiki sekiranya berlaku perkara yang tidak baik pada kerja hakiki. Lebih baik lagi ialah, gaji kerja ‘part time’ lebih lumayan dari kerja hakiki. Tidak mustahil.

8. Kesihatan

Sentiasa membawa ahli keluarga kepada penjagaan kesihatan yang baik khususnya dari bab makanan dan kebersihan. Sediakan makanan-makanan yang sihat (seimbang) untuk seisi keluarga. Begitu juga dengan memastikan rumah sentiasa dalam keadaan bersih, sampah dibuang sempurna dan rajin membantu kemaskan rumah.

Suami Tidak Perlu Untuk Tagih Hormat Dari Isteri Kerana Ia Akan Datang Sendiri.  Yang Penting, Perbaiki 8 Perkara Ini!

Aku rasa, kalau kita boleh ‘improve’ 8 perkara di atas, percayalah kebahagiaan itu akan datang sendiri pada kita. Buat baik pada orang yang kita sayang, insyaAllah perkara-perkara yang baik juga akan datang kembali pada kita.

p/s : Kita semua manusia biasa dan tidak sempurna, namun apa yang penting ialah kita sentiasa berusaha untuk jadi lebih baik.

Follow dan See First Najmi Nawawi untuk tips dan info kekeluargaan baru yang sering dikongsikan.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI