Kekal sihat dan jaga pemakanan anak-anak untul mengelak anak dijangkiti diabetes terutama remaja.
Ikuti lanjut peringatan Doktor Zubaidi Hj Ahmad agar ia menjadi panduan buat ibu bapa.
Ada yang terperanjat bila membaca tajuk yang saya tuliskan. Saya sendiri tidak terkejut kerana semakin banyak kes-kes yang saya kendalikan di klinik yang melibatkan pesakit diabetes yang mula didiagnosa pada usia yang masih muda.
Ada seorang remaja berusia 16 tahun, datang ke klinik sebab masalah kerap rasa mahu kencing.
Sebelum ini dia telah berjumpa seorang doctor di pusat kesihatan, dan diberikan antibiotic dan ‘pelawas kencing’ kerana disyaki mengalami masalah ‘kencing kotor’.
Doktor tidak mengesyaki pesakit mungkin mengalami diabetes sebab tubuhnya tidak obes dan umurnya masih muda. Pesakit pula takut melakukan pemeriksaan darah. Pada masa itu, pesakit baru saja ke bilik air, jadi tiada sampel air kencing yang dapat dihantar untuk pemeriksaan.
Setelah beberapa hari, beliau datang berjumpa bersama ibunya. Saya memujuk beliau untuk membuat pemeriksaan darah. Memang agak sukar. Rasa takut, menjerit dan terpaksa dipegang oleh ibu dan staf klnik yang bertugas. Akhirnya dapat bacaan gula dalam darah.
Ternyata bacaan gula secara rawak adalah 18.0 mmol/L. Ibunya terperanjat seperti tidak percaya. Saya mengambil masa untuk menceritakan masalah yang anak beliau alami adalah berpunca dari masalah tahap gula yang tinggi dalam darah.
Rasa mahu kerap kencing itu adalah sebahagian dari masalah diabetes yang dialami. Tanpa disedari oleh ibunya, pesakit ini sentiasa berasa haus dan hanya air soda dari peti sejuk saja yang dapat menghilangkan hausnya. Tidak hairanlah bacaan gulanya kekal tinggi.
Saya mulakan rawatan dan menasihatkan penjagaan makanan yang mudah diamalkan. Alhamdulillah setelah seminggu, bacaan gula beliau turun kepada 10 mmol/L. Masih tinggi tetapi sudah menurun.
Saya merujuk beliau untuk ke hospital bagi memantau komplikasi pada mata dan ginjal, dan berharap agar tiada komplikasi pada organ-organ tersebut.
Memang sesuatu yang membimbangkan. Sekali lagi, kes-kes diabetes di kalangan remaja semakin meningkat di Malaysia, malah di seluruh dunia.
Dalam kajian kajian yang dikeluarkan oleh Royal College of Paediatrics and Child Health menunjukkan peningkatan pesakit diabetes di kalangan kanak-kanak di England dan Wales. Tidak semua mereka mengalami obesiti. Suku dari mereka tiada masalah kegemukan.
Pesakit diabetes yang terlalu muda pasti akan mengalami masalah komplikasi seperti masalah jantung, stroke dan ginjal, selepas 10-15 tahun. Tidak hairanlah jika ramai pesakit jantung, stroke dan ginjal juga berusia berada dalam usia awal 30an.
Saya percaya semakin ramai remaja yang mengalami kegemukan dan ia harus ditangani dengan memberikan perhatian apa yang mereka makan, selain dari menggalakkan mereka aktif dalam kehidupan mereka.
Pendidikan tentang pemakanan seharusnya diterapkan pada ibubapa kerana saya melihat kadang kala ibu bapa tidak rasa bersalah membenarkan anak mereka minum air soda setiap hari di samping mengambil makanan yang banyak bersumberkan karbohidrat berproses.
Kita faham keperluan tenaga di kalangan kanak-kanak adalah tinggi kerana mereka masih menjalani proses tumbesaran di samping mereka aktif bermain.
Oleh itu mereka harus diberikan makanan seimbang sewaktu makan pagi (bersarapan). Kebanyakan kita memberikan makanan yang berproses, sedia dituang ke dalam mangkuk dan ditambah susu sebagai menu utama bila bersarapan. Ada pula yang memberikan makanan berasaskan karbohidrat berproses setiap hari seperti roti canai, dan minum teh tarik.
Sudah tentu ini akan meningkatkan tahap gula dalam tubuh, dan akhirnya disimpan dalam tubuh sebagai lemak. Bila tubuh sudah menjadi obese, dan selera semakin bertambah, kanak-kanak ini akhirnya mengalami insulin resistance yang menyebabkan penyakit diabetis.
Apakah pilihan yang kita ada? Saya mencadangkan sarapan bagi kanak-kanak haruslah diberikan karbohidrat kompleks yang terdiri dari sayur-sayuran dan buah-buahan. Berikan makanan bersumber protein dan tambahkan lemak sihat.
Antara menu yang sesuai diberikan adalah sandwich dari roti wholemeal, diletakkan sayur-sayuran seperti tomato dan lobak yang dipotong kecil disamping telur mata atau telur dadar. Tambahkan sedikit minyak zaitun OLIVIE sebagai sumber minyak sihat mereka.
Pengambilan minyak zaitun sangat baik untuk kanak-kanak bersekolah kerana ia adalah sumber antioksida, monounsaturated fatty acid dan sumber tenaga yang banyak. Mereka juga lambat lapar dan boleh focus terhadap pembelajaran di kelas.
Saya juga mencadangkan, sesekali kita sediakan pisang, ubi rebus atau keledek yang mempunyai sumber tenaga yang tinggi dan sesuai untuk keperluan tenaga kanak-kanak.
Bagi mereka yang mahu sediakan nasi goreng atau mee goreng, pastikan ada sumber protein seperti telur atau sedikit daging yang dipotong kecil ke dalam masakan. Yang penting letakkan sayur-sayuran yang mencukupi.
Berapa banyak keperluan sayur yang mencukupi? Saya mencadangkan separuh atau satu pertiga dari mee atau nasi yang hendak digoreng. Banyak bukan? Tetapi itulah keperluan sayur-sayuran sebagai sumber antioksida dan fiber untuk anak-anak kita.
Jangan lupa untuk pastikan mereka mendapat minyak zaitun, sekurang-kurangnya sesudu. Boleh dimasukkan ke dalam masakan atau diberikan terus ke dalam mulut.
Mereka boleh minum air susu segelas. Mereka juga boleh minum air kosong saja jika makanan yang diberikan telah cukup nutrisi dan tenaga yang diperlukan.
Nasihat saya, elakkan anak-anak kita mengambil makanan yang manis ketika bersarapan kerana ia akan menyebabkan rasa mengantuk, dan tidak focus dalam pelajaran. Makanan atau minuman manis akan menyebabkan anak kita menjadi terlalu aktif sehingga dikatakan ‘nakal’ dalam kelas.
Perhatikanlah pemakanan anak-anak kita jika kita mahu mereka sihat, kuat dan bersemangat dalam pembelajaran.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila rasa runsing dengan berat badan yang bagai dipam-pam, tentu membuatkan kita tercari-cari petua yang sesuai untuk diamalkan.
Oleh itu, mungkin perkongsian daripada Sahiza Mohd ini boleh dijadikan panduan.
Nak tahu lanjut ini perkongsiannya.
Saja nak share hasil amal minum air ASAM KEPING sebab selalu sakit kepala sebab doktor kata aku ada darah tinggi, migrin, resdung tapi tak sangka setelah 2 minggu tak ada dah sakit kepala tuh pastu amalan setiap pagi berat badan pun makin turun.
Jadi makin slim dan perut kempis dari berat 65 kini 60 kg mana tidakmya habis lemak lemak perut keluar tapi bukanlah cirit ye .
So bagi yang nak kurus tu boleh amal benda ni.
Patut ah orang dulu dulu selalu amal benda ni sebab bagus untuk yang kerja bawah matahari tak rasa panas kepala. Yang perut buncit akan jadi kempis badan pun rasa segar je.
Cara dia mudah je rendam 1/2 keping asam gelugur/keping dengan air panas sebelum tidur malam.
Bangun pagi minum air rendaman ni sebelum makan pagi.
Sumber : Sahiza Mohd
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jika selama ini kita mengetahui dengan minum air jus kunyit bagus untuk perawatan dalaman wanita, dan sememangnya air jus kunyit ini kaya dengan khasiatnya.
Pun begitu dalam menghasilkan jus kunyit tentu ada pelbagai cara yang dipraktikkan mengikut kaedah yang berbeza-beza. Pun begitu, menurut Dr Suri Roowi, Saintis Prinsipal ada teknik yang terbaik yang boleh dipraktikkan untuk pastikan khasiatnya terjamin dan hal ini mungkin ramai yang tidak tahu.
KHASIAT & ‘REMINDER’ TENTANG KUNYIT
Kajian yang dilakukan oleh Saintis China pada tahun 2015 juga mendapati gabungan kunyit dengan lada hitam dapat tingkatkan penyerapan bahan khasiat kunyit dengan ketara
Selain itu, gabungan kunyit dengan lada hitam dapat elakkan pembesaran batu hempedu dan dapat turunkan lemak dan kolesterol darah
Kajian oleh Saintis Italy pada 2019 pula mendapati kunyit hidup boleh membantu masalah kulit seperti radang, psoriasis, atopik dermatitis, penjagaan luka, kanser kulit dan jangkitan kuman. Caranya adalah dengan mem`blend’ dan disapu atas kulit
Untuk itu, jom ketahui teknik yang sebenar dalam menghasilkan jus kunyit
TEKNIK SEBENAR SEDIAKAN JUS KUNYIT (Turmeric)
BOLEHKAH KITA MEMINUM JUS KUNYIT BERSAMA UBATAN MODEN @ MEMINUMNYA PADA KADAR TINGGI?
Sepanjang bulan puasa ini, ramai diantara kita yang terpaksa ponteng puasa bila terikat dengan ubatan dalam melalui proses penyembuhan.
Namun baru-baru ini, Dr Samhan telah berkongsikan mengenai ubatan yang tidak membatalkan puasa namun bergantung pada jenis ubatan yang perlu anda ambil.
Ada ubat yang perlu dimakan, dicucuk atau disapu pada waktu pagi tetapi risau pula kalau ada jenis ubat yang boleh membatalkan puasa tanpa kita sedari.
Semoga perkongsian ini dapat menjelaskan segala persoalan yang mungkin ramai tidak tahu.
Hari ini saya akan terangkan :
– Ubat yang batalkan puasa
– Ubat yang tak batalkan puasa
– Prosedur yang tak batalkan puasa
1. Ubat yang BOLEH BATAL puasa:
– Ubat biji.
– Ubat minum.
– Pesari (ubat masuk ke dalam vagina).
– Ubat masuk bontot (iaitu supositori dan enema).
2. Ubat yang TAK BATAL puasa:
– Ubat letak bawah lidah (dengan syarat: LETAK bawah lidah, BUKAN ditelan).
– Ubat cucuk insulin.
– Ubat titis mata, telinga dan cuci telinga (ear wash).
– Ubat sapu macam krim dan losyen.
– Ubat kumur (dengan syarat: kumur-kumur sahaja, BUKAN ditelan).
– Ubat sembur atau pancit hidung (dengan syarat: ia TAK disedut).
– Ubat bius setempat atau separuh.
– Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma).
3. Prosedur yang TAK BATAL puasa
– Haemodialisis atau peritoneal dialysis.
– Mengambil darah untuk pemeriksaan.
– Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing.
– Injeksi(cucuk) melalui kulit, kedalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), kedalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat.
– Menderma atau menerima darah.
– Menerima oksigen atau gas untuk bius.
– Menerima semua bahan yang diserap kedalam badan melalui kulit, seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya.
– Memasukkan ovules kedalam kemaluan wanita(vagina), cuci vagina, memasukkan alat speculum kedalam vagina, atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan (contoh periksa jalan untuk bersalin).
– Memasukkan tiub (catheter) untuk pemeriksaan.
– Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention).
– Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut, dengan syarat ia tidak ditelan.
– Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device).
– Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi), dengan syarat ia tidak ditelan.
– Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy).
– Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari.
– Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia).
Tolong sebarkan pada orang lain sebab masih ramai yang keliru.