Tidak makan dek usia, siapa sangka dengan wajah yang sentiasa awet muda, penyanyi dan guru vokal, Datuk Syafinaz Selamat, kini sudah memasuki usia 50 tahun.
Setelah berjaya mengorek rahsia awet muda dari beliau, ternyata Syafinaz sangat menitikberatkan penjagaan kulit dan badan sejak usianya 16 tahun lagi.
Syafinaz berkata, dia sangat menitikberatkan penjagaan kulit dan badan memandangkan memiliki jenis kulit yang sangat sensitif.
Berkongsi mengenai tip penjagaan kulit, Syafinaz berkata dia sentiasa mengamalkan pemakaian ‘mask’ muka dengan kerap.
“Saya selalu memakai ‘mask’ muka. Saya tidak tipu apabila saya cakap saya mempunyai lebih dari 10 jenis ‘mask’. Selagi ada ‘mask’, tak kira mahal atau murah, saya akan beli dan pakai.
Ads
“kadang -kadang dalam sehari saya memakai ‘mask’ sebanyak dua kali,” ujarnya.
Selain itu, pelontar suara soprano akan memastikan dirinya sentiasa terhidrat dengan minum dua gelas air kosong setiap pagi.
“Dan, saya juga akan memastikan setiap pagi saya bangun tidur, saya akan minum dua gelas air kosong,”ujarnya lagi.
Ads
Untuk pengetahuan, amalan minum air pada waktu pagi terutama selepas bangun tidur dapat mencuci perut dan mengimbangkan sistem limfa. Apabila sistem limfa stabil dan seimbang, maka badan akan memiliki sistem imun yang kuat. mengelakkan badan daripada jatuh sakit dengan kerap.
Bersalin melalui kaedah pembedahan membuatkan segala aktiviti mengempiskan perut ketika berpantang seperti bertungku dan memakai bengkung tidak dapat dilakukan seperti bersalin normal.
Keadaan perut yang masih lagi tidak pulih kesan daripada pembedahan memerlukan masa yang lama untuk pulih. Runsing bila mana perut masih lagi tidak kempis seperti asal sedangkan keadaan perut masih lagi tidak pula sepenuhnya.
Jangan gusar kerana anda mampu mengempiskan perut anda dengan cara yang dikongsikan oleh pakarhamil_malaysia ini. Rawat daripada dalam dan insyallah perut makin menipis dan rata. Cuba ni!
Menariknya bukan hanya wanita selepas bersalin sahaja, yang ada masalah perut buncit pun boleh mencubanya. Dua minggu dah boleh nampak kesan dah, pecahkan lemak degil sebab ada lada hitam.
Bahan-bahan:
3sm halia
3 sudu besar halba
1 sudu teh lada hitam (lebih kurang 15 biji)
3 ulas bawang putih
Caranya:
1. Tumbuk halba, lada hitam, halia dan bawang putih hingga hancur.
2. Dah lumat, gentel-gentelkan menjadi bulat.
3. Lepas tu keringkan dalam 30 minit. Tak payah jemur tempat panas. SIAP !
Simpan dalam bekas kedap udara.
Tak rasa apa pun bila makan, telan je. Pastu tunggu lah, asyik buang angin dan sendawa. Makan 2 biji pagi dan 2 biji malam setiap hari ikut ketahanan badan.
Selain untuk kempiskan perut, petua ini juga baik untuk membuang angin dan memecahkan lemak degil.
Mengimbau kembali awal kemunculannya dalam bidang seni kira-kira 17 tahun lalu, berbakul- bakul cacian diterima penyanyi dan ahli perniagaan, Rosma, 35 sejak awal menceburi dunia seni kira kira 17 tahun lalu.
Namun bagi empunya diri, Rosmayati Sidik yang kini turut memiliki perniagaan KR Successful Sdn Bhd bersama suaminya, Khai sejak tahun 2014 itu semua asam garam yang wajib dilalui oleh setiap anak seni jika mahu bertapak dalam bidang tersebut.
Tidak hairanlah andai penyanyi yang digilap bakatnya menerusi pertandingan realiti Akademi Fantasia pertama itu tetap kebal dan tidak patah semangat.
Manakan tidak, waktu itu, fizikalnya yang berisi menjadi faktor kecaman lebih-lebih lagi dia bergandingan dengan Khai ketika itu menjadi igauan peminat wanita.
“Dek fizikal badan saya tembam pun jadi modal kecaman. Ada saja yang tak kena di mata yang membenci. Pernah ketika terbabit promosi sebuah laman sembang pun, ‘kaw kaw’ fizikal diri saya diperkotak katik.
“Ada komen cakap usia muda tapi badan macam tahap makcik makcik yang ada ramai anak. Gelaran bulat dan debab pun ada dikenakan untuk saya.
“Malah jauh lebih teruk, mempersoalkan saya bercinta dengan Khai (sebelum menjadi suami). Siap cakap badan gemuk, ada hati nak bercinta dengan Khai yang digilai ramai ketika itu. Pendek kata saya ini tak layak berdampingan dengannya,” kata Rosma.
Kata Rosma yang kini berbadan ramping sekalipun berstatus ibu kepada tiga orang cahaya mata dengan mengamalkan produk minuman detoks, MS SenaRos, semua nista itu tidak langsung menjadi kudis buat dirinya.
“Ada ketika, saya juga manusia biasa yang berperasaan. Sesekali menangis dan memendam rasa kerana dikecam dek fizikal diri.
“Dalam hati pernah terlintas, macam besar sangat ke badan ini? Buruk sangat ke diri saya.
“Tapi kata kata menjatuhkan itulah yang membakar semangat diri. Rosma yang dulu, bukan yang sekarang.
“Sekalipun rezeki saya tidak lagi sepenuhnya dengan menyanyi tetapi sebaliknya berniaga, saya bangga usaha kecil itu membuahkan hasil besar yang boleh dibanggakan,” katanya.
Bagi Rosma memiliki badan ramping dengan berat kini 47 kilogram bukan kerana ingin menunjukkan apa apa kepada mereka yang pernah mencela fizikalnya.
Sebaliknya dilakukan demi kepuasan diri dan paling utama untuk kesihatan.
“Dulu ketika usia remaja, saya bukan jenis yang peduli sangat bab nak cantik atau melawa ini. Masa itu cakap apa sajalah, saya tak kisah. Dah biasa dengan gaya comot.
“Namun sejak menyertai AF1, nak tak nak memang kena jaga ketrampilan. Ikutkan sejak pertandingan itu berat saya naik mendadak hingga mencecah ke 70 kilogram.
“Asalnya dari zaman belum berkahwin, berat badan saya sekitar 48 ke 49 kilogram pun. Masa jadi artis, saya tak keruan kerana susah pengurusan nak dapatkan tajaan baju,” katanya.
Saat berat badan naik mendadak, Rosma pula tersilap percaturan mengikut diet yang salah dan keterlaluan hingga memakan diri
“Saya tak ada ilmu diet, tapi jenis hentam keromo. Asal dapat turunkan berat badan. Konsep berlagak pandai walhal tak tahu apa apa. Natijahnya pernah sekali saya cemas kala jatuh pengsan gara gara diet tak betul hingga dimasukkan di sebuah hospital.
“Dipendekkan cerita, saya bangkit berdiet dan bersenam dengan betul. Ketika itulah Khai pernah mencetuskan idea untuk saya keluarkan produk pelangsingan sendiri.
“Saya keluarkan produk pelangsingan sendiri selepas melahirkan anak kedua. Malah turut menjadi testimoni kepada produk sendiri. Mampu berbadan langsing sekalipun sudah ada tiga anak bukan halangan. Semuanya tak mustahil. Zaman belum kahwin saya bergelut dengan isu berat badan. Sedangkan situasi semasa mungkin sebaliknya iaitu berat naik mendadak selepas berkahwin dan ada anak,” katanya.
Ketika ini, Rosma tidak kisah jika ada yang melabelkan dirinya artis sendu atau apa sekalipun.
“Saya bersyukur diberi kesempatan sementara menumpang glamor dunia artis saat menyertai AF1. Cita cita saya dulu memang salah satu nak jadi artis. Ia jadi kenyataan. Tuhan beri saya rasai nikmat menjadi artis yang diberi perhatian seketika. Itu sudah memadai.
“Sekarang kalau ada yang label saya sendu atau sudah tak popular tak mengapa. Nak kata zaman saya sudah berlalu pun tak kisahlah. Begitulah putaran hidup. Saya akur
“Benar walaupun ada yang anggap saya memiliki suara bagus dan kini sudah berbadan kurus pun bukan jaminan tuah itu akan ada. Kalau sudah tertulis begitu, tiada apa lagi daya kita.
“Ketika pintu dunia seni dilihat tak menyebelahi diri, Allah buka pintu rezeki lain melalui perniagaan. Dunia niaga yang jauh sekali menjadi minat diri selama ini kini mula sebati. Dulu hanya mak saya yang suka berniaga. Kini ia turun kepada saya pula. Dunia nyanyian jatuh tangga kedua. Nombor satu di hati pastinya perniagaan yang saya majukan bersama suami,” katanya.
Sekalipun sudah meletakkan perniagan sebagai keutamaan, Rosma tidak sesekali melupakan nyanyian.
“Minat menyanyi itu takkan berkubur. Ikutkan selama ini ada jemputan menyanyi secara tertutup. Malah saya terus diberi kesempatan menyanyi sebagai artis residen di hotel sepanjang bulan Ramadan.
“Cuma ketika diuji pandemik Covid 19, rezeki menyanyi itu tak banyak. Tapi saya meneruskan survival memajukan perniagaan,” katanya.
Ditanya perancangan untuk Raya aidiladha tak lama lagi, satu kemestian untuk mereka sekeluarga pulang ke kampung.
” Arwah abah dan umi Khai dah tak ada jadi kini setiap kali raya akan beraya dgn keluarga saya di Kuantan. Selain itu, kami turut beraya bersama makcik dan pakcik Khai yang ada disana sebab arwah abah orang kuantan juga. Selepas blk dari kuantan akan beraya pula dgn adik beradik Khai.
“Ikutkan sudah 6 bulan tak balik. Ni kira paling lama saya tak balik kampung gara-gara PKP,” ujar Rosma dan Khai berkahwin sejak 26 April 2008.
Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Muhammad Amzar Danish, 11, Nur Amani Damia, 6, dan Nur Alya Dhania, setahun 3 bulan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sering kita dengar dengan amalan minum air rebusan herba bagus untuk tubuh badan. Herba-herba diminum bukan sahaja untuk menyihatkan tubuh badan malah dikatakn bertujuan unuk penjagaan kecantikan bagi wanita secara dalaman dan luaran.
Dalam banyak-abanyak air rebusan herba, mungkin anda boleh amalkan empat daripadanya ini sebagai langkah permulaan. Cara penyediaannya juga telah dikongsikan di sini untuk yang ingin mencuba. Jom semak.
Rahsia wanita tetap cantik luar dan dalam, Amalkan 3 jenis air rebusan paling Mujarab ini. Kebanyakan wanita hari ini jarang yang amal minum air rebusan seperti ini, walaupun sudah tahu tentang khasiat dan kebaikannya untuk tubuh badan.
Namun jika benar anda mahu jaga badan untuk bolehlah jadikan minuman ini sebagai amalan.
1. REBUSAN SERAI & HALIA
Ambil 3 batang serai
4cm halia @ 2 ketul
Diketuk kedua bahan di atas.
Direbus dgn 3 gelas air dijadikan sehingga 1 gelas air.
Tunggu suam diminum.
Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 / 3 kali. Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh-lenguh badan. Kolestrol tinggi dan sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan di siang hari. Lelaki dan wanita boleh amalkan
2. REBUSAN SIREH
Ambil daun sireh 3 ke 5 helai.
Direbus dengan 3 gelas air dan jadikan 1 gelas. Tunggu suam dan diminum.
Tambahan:
boleh dicampurkan dengan bunga cengkih 3 kuntum.
Untuk menghilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan.
Rebusan ini seeloknya diamalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali. Lelaki dan wanita boleh amalkan
3 . REBUSAN SIREH & DAUN INAI
3 atau 5 helai daun sireh.
Segenggam daun Inai.
Direbus dgn 3 gelas air dan jadikan sehingga 1 gelas air. Minum bila sudah suam.
Rebusan ini sesuai paling sesuai digunakan bagi perempuan yang mengalami keputihan dan lendiran yang banyak. Juga berbau. Elok diamalkan selepas haid. Untuk wanita ja
4. REBUSAN HALIA, SERAI, CENGKIH & KUNYIT
2 / 3 batang serai diketuk
3cm halia (tua/muda) diketuk
2cm kunyit diketuk
Sedikit kulit kayu manis / bunga
Cengkih / bunga lawang
Daun pandan sehelai
Sedikit gula batu (boleh diganti madu jika suka)
Rebusan ini seeloknya diambil setiap kali sebelum atau selepas haiid. Cukup sekali sebulan sahaja. Bagus untuk mewangikan tubuh badan wanita dalaman dan luaran.
Segala resepi dan ramuan di atas, anda boleh amalkan mengikut kepada keperluan dan kesesuaian badan anda. Tidak disyorkan ambil setiap hari.
Sila aturkan mengikut keperluan badan sendiri. Ini adalah amalan untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf. Membuang toksid dan lemak.
Vanessa Anak Ewot, jururawat Hospital Umum Sarawak, meninggal dunia pada 2 Ogos 2026. Kisah pelukan terakhir bersama suami dan anak mengundang sebak serta menyentuh hati ramai.