Melihat rambut semakin hari semakin menipis, wanita mana yang tidak risau? Silap-silap ada yang berasa murung dengan masalah serius keguguran rambut yang dihadapinya itu.
Tidak mahu terus dibelenggu dengan masalah keguguran rambut berpanjangan, segera atasi dengan menyediakan minyak yang berfungsi melebatkan rambut ini dengan menggunakan bahan alami.
Bagaimana hendak buat dan apa ramuannya, jom semak perkongsian di bawah.
Jadi hari ni, cikgu kongsi minyak yang boleh bantu selesaikan masalah kulit kepala . Manfaat minyak ini adalah :-
– Lebatkan rambut
– Atasi masalah rambut gugur
– Redakan masalah kegatalan kulit kepala
– Redakan masalah kelemumur
– Menghitamkan rambut
– Sihatkan rambut dari masalah kering dan bercabang
Ramai orang terutamanya wanita yang selalu alami masalah keguguran rambut dan masalah kelemumur sekali gus membuatkan kulit kepala sangat gatal dan tidak selesa.
Jadi minyak ini di formulasi khas untuk membantu menyelesaikan masalah ini.
Pakailah minyak ini setiap malam sebelum tidur sambil mengurut perlahan lahan kepala itu untuk melancarkan peredaran darah. Esok cucilah.
Namun, ada baiknya anda amalkan dulu langkah penjagaan kulit kepala yang cikgu share sebelum ini sebelum memakai minyak ini untuk kesan yang lebih efektif.
Ads
Gabungan bahan bahan sangat bagus dalam menghambat bakteria dan menggalakkan pertumbuhan rambut.
Sesuai untuk kanak kanak, dewasa, lelaki, dan perempuan .
Untuk lebatkan rambut baby juga boleh di sapu sedikit setiap hari. Kesan ketara apabila baby membesar dan rambutnya juga lebat dan hitam pekat.
Bahan yang digunakan sangat mudah di dapati. Cikgu ambil di belakang rumah jer.
Ads
Anda pun boleh tanam dalam pasu .
Ni resipi nya
RESIPI MINYAK RAMBUT LEBAT
Segenggam daun kari
Segenggam daun inai
2 ulas bawang putih
1/2 biji limau purut
250 ml minyak kelapa
Cara cara
Ads
1. 100ml minyak kelapa di blend bersama daun kari, daun inai , bawang putih dan limau purut sehingga sebati
2. Bahan blend tadi di masak di atas double boiler bersama 150 ml lagi minyak kelapa.
3. Sekiranya tiada double boiler boleh panaskan bahan di dalam bekas kaca tebal di atas periuk yang di isi air.
4. Kacau kawan jam sambil niat baik baik selama 30 minit.
5. Tutup api. Biarkan suam dan tapis ambil minyak dan simpan dalam bekas.
Alhamdulillah. Dah siap.
Selamat mencuba!
Nota kaki:Minyak ini boleh tahan dalam 6 bulan. Namun ada baiknya buat untuk keperluan. Tidak perlu buat banyak banyak.
Memiliki suara merdu dan personaliti yang baik antara faktor kenapa penyanyi nombor satu negara ini sangat diminati dan disayangi oleh semua golongan usia. Bahkan, namanya gah baik di dalam mahupun di luar negara.
Usai bergelar ibu, penampilannya masih sama dan tidak berubah, begitu juga dengan pembawaan diri, sentiasa merendah diri dan tidak sombong dengan apa yang beliau peroleh.
Pengurus Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abdul Razak baru-baru ini berkongsi sikap dedikasi isteri kesayangan Dato Sri Khalid Mohd Jiwa sepanjang konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour di Singapura baru-baru ini.
Menurut Rozi, pengurusan masa yang seimbang amat penting bagi Siti kerana anaknya, Siti Aafiyah baru berusia 11 bulan dan memerlukan perhatian ibunya.
“Bila dah ada anak, rutin dah bertukar, cara bekerja juga dah tak sama, jadual kena bahagi lebih sikit antara anak dan keluarga dengan kerja.
“Bila nak buat apa-apa, kena tanya empunya badan dulu, sebab bila @ctdk dah ada keluarga dan sekarang bergelar ibu, sebagai pengurusan, kami kena hormat masa kualiti beliau. Kami juga selalu terangkan kepada pihak lain yang mahu berurusan juga sama menghormati masa @ctdk.
“Aafiyah baru 11 bulan, nak masuk setahun dah, masih lagi menyusu badan. Semua ni kena ambil kira.
“Pengurusan masa dan keutamaan seiring, seimbang dan ada yang kena didahulukan. Bila ada kerjasama dan pemahaman yang baik, inshaAllah semua lancar.
Menurut Rozi lagi, ketika di Singapura pada hari konsert, Dato Sri Siti sanggup berjaga pada subuh pagi menyusukan Aafiyah dan tidak rehat atau tidur sampai ke konsert malamnya.
“Jika pada mata kasar kita ada kurang atau silap atau tak puas hati ( walaupun semua berpuas hati), saya tabik pada @ctdk sebab dia kuatkan semangat, menyanyi sebaiknya, menghiburkan penonton walaupun saya cemas di belakang pentas, beliau tidak cukup tidur dan tekaknya sebelum naik pentas dah sedikit terganggu.
“Bab ni saya selalu tabik @ctdk. Dia tau apa dia harus buat, kalau ada kesukaran cara menyanyi begini, dia akan menyanyi cara lain, dalam istilah sebenar penggunaan vokal, saya tak fasih, hahaha.
“Moga Allah terus memberikan kesihatan buat @ctdk untuk konsert di Kuala Lumpur, 16 Mac ini. Kepada semua yang bertanya, ya tiket dah kehabisan. Maaf sangat!
Halba biasanya digunakan dalam masajan. Tetapi khasiatnya cukup meluas termasuklah untuk tujuan kesihatan dan kecantikan.
Apabila digabungkan dengan kurma merah dapat membantu mencantikan kulit. Untuk yang berjimat tak nak keluarkan kos banyak boleh cuba petua mudah ini.
Selain itu banyak lagi khasiat Halba dan kurma merah untuk wanita. Petua ini dikongsikan oleh adiba razali. Jom cuba!
AIR HALBA DAN KURMA MERAH ? Cantikkan kulit dengan kos sangat murah
Bahan-bahan: Halba – 2 sudu besar Kurma merah (kurma cina) – 7 biji Gula perang (tak letak pun takpe) – secukup rasa Air untuk merebus – 2 liter
Cara-cara membuatnya: 1. Bersihkan halba dan kurma merah. 2. Rebus halba dan kurma merah dalam 2 liter air sehingga biji halba kembang. Lagi kembang lagi bagus. 3. Tutup api dan biarkan sekejap. Dah boleh minum.
* Masa rebus tu kalau korang nak masukkan terus gula perang pun boleh.
Diba masa nak minum baru buh gula perang tuh.
Banyak sangat khasiat air rebusan halba dan kurma merah ni. Diba sendiri dah amalkan sebulan dan nampak kulit makin licin gitu.
7 KHASIAT AIR HALBA DAN KURMA MERAH UNTUK WANITA:
1. Mencuci darah kotor seterusnya mencantikkan kulit dari dalam. 2. Mengatasi masalah senggugut atau ketegangan ketika haid. 3. Menguatkan fungsi rahim. Merangsang dan menyuburkan rahim, sangat bagus untuk yang nak ikhtiar hamil. 4. Mengetatkan dan meremajakan rahim. 5. Mengaktifkan kelenjar susu dan memperbanyakkan susu badan. 6. Meningkatkan saiz payudara secara semulajadi. 7. Meningkatkan keanjalan kulit (awet muda) secara semulajadi.
Banyak kan manfaat yang korang boleh dapat? ?
Nak buat pun sangat lah senang. So tunggu apa lagi, selamat mencuba.
❌ Ibu mengandung tak digalakkan minum air ni.
#DibaKongsiPetua
Kredit : adiba razali via mahn
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Trend memakai inai di kalangan wanita pada hari ini semakin menjadi popular. Kebanyakan kaum wanita menjadikan hiasan inai sebagai salah satu pelengkap gaya pada kuku mereka.
Walaupun pemakaian inai dikatakan selamat dipakai oleh wanita hamil dan menyusukan anak namun baru-baru ini tular satu video di TikTok seorang wanita menyatakan dia ditegur oleh jururawat kerana memakai inai ketika membuat pemeriksaan mengandung di sebuah klinik.
Pesan jururawat itu juga, wanita yang mengandung dan akan bersalin dinasihatkan mengelakkan diri daripada memakai inai buat sementara waktu.
Perkongsian video oleh pengguna TikTok @shafiqahathirahfazil itu menjadi perhatian ramai sehingga menjadi tanda tanya warga maya yang keliru apa punca wanita hamil tak digalakkan memakai inai.
Sebenarnya pemakaian inai bukanlah suatu yang salah atau boleh memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
Ia perlu dielakkan bagi urusan pemeriksaan kesihatan ibu hamil dan ibu nak melahirkan bayi atas sebab-sebab seperti berikut yang pernah dikongsi oleh seorang jururawat terlatih Bel Nawhen atau nama sebenarnya Nur Nabiila Masfuzah Abdullah di Facebook beliau satu ketika dahulu.
Menurut Bel kalau pakai pewarna kuku, memang jururawat akan pesan suruh cuci atau tanggalkan pewarna kuku tersebut.
Photo by Karolina Grabowska
Ini antara sebabnya kenapa ibu hamil disuruh elak daripada memakai inai:
1. Warna kuku yang pelbagai akan menyukarkan perawat untuk melihat kadar kekurangan oksigen melalui pemerhatian kuku seseorang individu.
Photo by Vladislav Vasnetsov
2. Ukir inai atau memakainya di kuku, kalau boleh elak kerana inai ukir di tangan dan kuku menyukarkan untuk suntikan jarum jika ibu tiba-tiba perlu melahirkan bayi secara pembedahan Caesarean.
3. Jururawat akan periksa darah pada kuku ibu hamil semasa pemeriksaan kesihatan untuk tengok sama ada kebiruan dan sebagainya.
4. Bagi ibu hamil yang ada masalah Anemia, pemeriksaan menerusi kuku boleh mengesan sebarang masalah abnormal yang berlaku.
5. Pemakaian inai pada kuku menyukarkan jururawat untuk memeriksa masalah Hypoxia iaitu kurang oksigen dalam darah yang paling cepat dikesan melalui kuku pesakit.
Tetapi kalau sudah pakai inai jangan tambah lagi inai sebelum melahirkan bayi. Tetapi kalau sudah terpakai kita tidak boleh buat apa-apa.
Sumber: Sinar Plus & Kosmo
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tragedi di Sungai Korok-"Abang, kakak Ipar kata mengantuk, saya suruh mereka tidur dulu." "Ketika di rumah saya di Taman Seri Aman, abang dan kakak ipar kata mereka mengantuk jadi saya suruh mereka tidur dulu.