Bulan puasa ini, selain bau mulut ada lagi satu masalah iaitu bibir kering akibat kekurangan air. Mungkin ramai yang tidak tahu kegunaan berus gigi selain membersihkan gigi. Memetik laman Lifehacker, cara paling mudah dan efisien untuk skrub bibir anda adalah menggunakan berus gigi! Ya cara ini dikatakan sangat berkesan untuk menanggalkan sel-sel kulit mati pada bibir.
Jadi, takkan ada lagi masalah bibir kering, tapi pastikan anda memberus dengan lembut supaya tidak menyebabkan bibir anda terluka. Jom semak bagaimana caranya.
Caranya:
1. Sapukan lip balm atau Vaseline pada berus gigi.
Ads
2. Gosok pada bibir anda dengan lembut.
3. Bilas dengan air suam dan lapkan dengan tuala.
Ads
4. Lakukan 2 kali seminggu agar bibir tampil lebih lembut, cerah dan juga mungil.
Ads
5. Selain Vaseline, anda boleh menggunakan campuran gula dan juga madu untuk memberus bibir anda.
Petua yang diamalkan oleh mak dan nenek-nenek kita zaman dahulu bukanlah hanya cakap kosong. Ada baiknya dalam merawat beberapa penyakit ringan.
Petua nenek menggunakan bawang putih antara yang wajib kita cuba. Bawang putih memang menjadi bahan utama dalam sebilangan besar masakan Cina. Tidak hanya sekadar penyedap makanan, ada sebabnya mengapa orang Cina cukup gemarkan bawang putih dalam makanan mereka.
Khasiat berganda yang tersimpan dalam bawang inilah yang menjadi penyebab utama pilihan mereka. Bawang putih mengandungi bahan yang dinamakan sebagai allisin.
Bahan inilah yang bertindak baik untuk merawat dan menyembuhkan pelbagai jenis masalah dalam tubuh. Menariknya, tak hanya dalam rawatan moden, kebanyakkan petua tradisional juga banyak menggunakan bawang putih. Ini membuktikan petua menggunakan bahan ini terbukti berkesan!
#Pulihkan Cirit Birit
Kupas 2 ulas bawang putih kemudian rebus bersama segelas air. Biarkan sejuk seketika dan minum air rebusannya sebelum makan. Lakukan tiga kali sehari hingga cirit birit makin sembuh.
#Atasi Batuk Selsema Anak
Bakar bawang putih tanpa membuang kulitnya. Kemudian kupas kulitnya dan masukkan ke dalam bekas yang diisikan minyak masak. Sapukan pada dada, kaki dan belakang badan anak.
#Pulihkan Sakit Tumit
Bakar tiga ulas bawang putih tanpa membuang kulitnya. Apabila sejuk, makanlah dan amalkan hingga kaki pulih. Pastikan ia dilakukan ketika waktu pagi dan ketika perut masih kosong.
# Masalah Pencernaan
Rebus dua ulas bawang putih dalam air yang panas dan biarkan selama 10 minit. Apabila sejuk terus sahaja diminum. Amalkan dua kali sehari dan rasakan perbezaannya.
#Telinga Bernanah
Tumbuk lumat bawang putih, perah airnya dan titiskan ke dalam telinga.
Kelebihan Dan Khasiat Bawang Putih
1. Bawang putih mempunyai ciri-ciri antibakteria, anti virus, anti barah dan mencegah sakit jantung.
2. Bawang putih mempunyai dua mineral pelindung iaitu selenium dan germanium yang baik untuk kesihatan.
3. Bawang putih boleh menipiskan platlet darah dan berupaya menghalang pengumpulan darah yang boleh menyebabkan sakit jantung.
4. Kandungan allicin boleh mencegah tumorkerana bahan ini mampu menyekat sel tumor.
5. Digunakan sebagai ubat darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis kerana merangsang pengeluaran peluh.
6. Turut berfungsi mengeluarkan angin dalam perut dan menyingkirkan cacing yang terdapat di dalam perut dan usus.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memasuki hari kelima pemergian Syed Umar Mokhtar atau lebih mesra dengan panggilan Abam Bocey, namun dirinya masih menjadi perbualan. Setiap masa ada sahaja insan yang mengenalinya berkongsi kisah mengenai peribadi arwah di media sosial. Terbaru, seorang kenalannya memuat naik sekeping gambar anak allahyarham Abam dalam keadaan tidur disamping sebelahnya ada seekor kucing. Menerusi perkongsian tersebut, rakannya memberitahu arwah sebelum ini bergasrat ingin membeli seekor kucing bagi menemani isterinya di rumah. Namun hajat tersebut tidak kesampaian. Usai pemergian arwah, datang seekor kucing yang didakwa tidak tahu dari mana telah memasuki rumah keluarga allahyarham dan terus tidur disisi Hamzah.
Menurut sahabat Abam yang dikenali sebagai Syuk Kicuk itu, kucing tersebut datang selepas pemergian Abam dan sehingga ke hari ini masih berada di rumahnya. Allahu..sayu hati bila tengok hamzah tidur.. sebelum arwah @abam_bocik , meninggal dunia, arwah nak beli seekor kucing untuk dijadikan peneman buat @mrs_abam tetapi tak kesampaian.. bila hari kematian arwah, tak tahu dari mana dtgnya kucing ini yg telah masuk ke rumah arwah, sehingga hari ni menjadi peneman tidur utk Hamzah..
#KitaBaikRamaiSayang #BiarOrangBuatKitaJanganKitaBuatOrang #AllahUjiSebabAllahSayang #syeduthmanhamzahaljuffrey
Sempena bulan Ramadan yang hampir tiba, sebagai ibu ayah yang masih mempunyai anak yang belum baligh, kita juga mahu mendidik anak-anak ini untuk meraikan bulan Ramadan dengan sama-sama melakukan ibadah puasa.
Pun begitu, bagaimana cara yang sewajarnya untuk kita biasakan anak-anak berpuasa mengikut keupayaannya?
Ini memandangkan bagi kanak-kanak menahan diri daripada makan dan minum sepanjang hari itu belum diwajibkan ke atas mereka.
Tidak pasti caranya, jom kita baca perkongsian cara mendidik anak berpuasa bersama ustazah Asma’ Harun.
UMI & ABI, BOLEH AJARKAN SAYA PUASA?
Assalamualaikum ustazah. Saya ingin bertanya beberapa soalan mengenai puasa bagi anak kecil. Pada umur berapakah sepatutnya anak-anak mula berpuasa? Dan bagaimana cara terbaik untuk mendidik mereka berpuasa?
JAWAPAN
Waalaikumussalam wbt. Alhamdulillah, terima kasih atas soalan yang baik ini. Ibu ayah yang sentiasa mementingkan didikan agama kepada anak-anak pastinya tertanya-tanya jawapan bagi persoalan ini.
Maksudnya: “Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kemudian kedua orang tuanyalah yang akan menjadikan anak itu Yahudi, Nasrani atau Majusi.”
(HR Bukhari, No. Hadis 1385)
Perkataan fitrah di dalam hadis ini bermaksud anak-anak dilahirkan dalam keadaan Muslim. Berdasarkan pada hadis ini jelaslah bahawa secara fitrahnya anak-anak dilahirkan Muslim, tetapi yang mencorakkan mereka sama ada menjadi Yahudi, Majusi, atau Nasrani ialah ibu bapa.
Dalam perkara berkaitan puasa, para ulama bersepakat bahawa kanak-kanak yang belum baligh adalah tidak diwajibkan untuk berpuasa.
Hal ini adalah berdasarkan kepada hadis yang menyebut bahawa tidak terdapatnya taklif (kewajipan) dan tanggungjawab ke atas seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh.
Saidina Ali bin Abi Talib r.a. meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Terdapat tiga golongan yang amalan mereka tidak dicatat: seorang kanak-kanak sehinggalah dia baligh, orang yang tidur sehinggalah dia terjaga dan seorang yang hilang akalnya sehinggalah dia kembali waras.”
(HR Abu Daud, No. Hadis 4402, taraf hadis: Sahih)
Namun, bilakah waktu yang sesuai seorang kanak-kanak itu perlu dididik untuk berpuasa?
Menurut Imam al-Nawawi di dalam Kitab Majmu’ yang bermaksud:
“Al-Shirazi dan ulama mazhab al-Syafie menyatakan apabila seorang anak itu mampu berpuasa, maka wali wajib menyuruhnya berpuasa ketika berusia tujuh tahun, dengan syarat dia sudah mumayyiz. Dan memukulnya sekiranya dia tidak berpuasa ketika usia 10 tahun. Anak perempuan sama seperti anak lelaki tanpa khilaf.”
Maksud tujuh tahun ialah setelah sempurna usia tujuh dan memasuki usia lapan. Juga setelah sempurna usia sepuluh tahun dan memasuki usia sebelas tahun.
Hal ini diqiyaskan dengan hadis suruhan mendidik anak-anak untuk solat:
Maksudnya: “Ajarilah kanak-kanak untuk solat setelah dia berusia tujuh tahun, dan apabila dia berumur sepuluh tahun, pukullah dia (dengan pukulan yang tidak menyakitkan dan melukakan dengan tujuan untuk mendidik).”
[HR Abu Daud, No. Hadis 494]
Walau bagaimanapun, ibu bapa atau penjaga hendaklah menilai sejauh mana kemampuan kanak-kanak tersebut untuk berpuasa serta memastikan ia tidak menyebabkan kemudaratan kepada mereka.
BAGAIMANA MENDIDIK ANAK-ANAK BERPUASA?
Antara cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga untuk mendidik anak-anak berpuasa ialah:
1. Menjadi role model bagi anak-anak.
• Ibu bapa adalah watak utama dalam menunjukkan contoh yang terbaik kepada anak-anak. Jadi, pamerkanlah akhlak yang baik dengan mempraktikkan ibadah-ibadah semasa Ramadan seperti tadarus Al-Quran, berterawih dan amalan bersedekah.
• Sekiranya ibu itu tidak berpuasa (uzur syarie) elakkan makan di hadapan anak-anak.
2. Berbicara mengenai puasa.
• Menjelaskan kepada anak-anak mengenai puasa secara santai seperti berkongsi kisah nabi-nabi, cara puasa Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan kisah-kisah teladan.
• Mengajar anak-anak cara membaca niat puasa, memberitahu syarat wajib dan syarat sah puasa, rukun puasa, ganjaran bagi orang yang berpuasa dan keistimewaan berpuasa Ramadan.
• Mengucapkan kata-kata semangat kepada anak-anak supaya timbulnya perasaan teruja menunggu kehadiran Ramadan.
3. Mengajar anak-anak berpuasa secara berperingkat mengikut waktu solat.
• Fasa pertama : Puasa hingga waktu Dhuha
• Fasa kedua : Puasa hingga waktu Zohor
• Fasa ketiga : Puasa hingga waktu Asar
• Fasa terakhir : Puasa hingga waktu Maghrib
Fasa begini dilakukan supaya tubuh serta minda anak-anak bersedia dan mereka tidak rasa terbeban jika terpaksa untuk terus berpuasa sepenuh hari.
4. Memberi ganjaran kepada anak.
• Berilah dakapan dan pujian atas kejayaan usaha mereka melaksanakan puasa tanpa mengambil kira mereka berjaya berpuasa penuh atau tidak.
• Menyediakan makanan kegemaran anak-anak untuk berbuka.
• Jika perlu, berikan hadiah supaya mereka lebih bersemangat untuk meneruskan puasa sehingga ke akhir Ramadan.
Maksudnya: “Ya Allah, berikan kefahaman agama kepadanya dan ajarkannya takwil (tafsir al-Quran).
[HR Ahmad]
RUMUSAN:
• Kanak-kanak merupakan golongan yang tidak diwajibkan untuk berpuasa. Namun, digalakkan untuk melatih mereka berpuasa sedari umur sempurna 7 tahun mengikut pendekatan-pendekatan yang dikongsikan di atas.
• Ibu bapa atau penjaga perlu mengetahui tahap kemampuan anak-anak supaya sebarang kemudaratan tidak berlaku.
Oleh itu, pentingnya bagi kita untuk menyediakan diri dengan ilmu yang mantap mengenai puasa Ramadan supaya ia dapat diwariskan pada anak-anak seterusnya generasi yang akan datang.
Muhammad Raiyan Nufael meninggal dunia selepas rebah ketika latihan ragbi di Melaka. Kisah kenangan terakhir bersama ayah menyentuh hati ramai dan mengundang rasa sebak.