Di dalam sesebuah rumah tangga harus saling memberi dan menerima Tidak boleh sekadar satu pihak sahaja. Begitu juga dalam bab menjaga anak-anak. Janganlah sekadar meletakkan tanggung jawab itu pada isteri semata-mata. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai anak ramai.
Kisah yang dikongsikan oleh Puan Umi Nur Norza wajar menjadi pedoman buat semua pasangan suami isteri.
Lokasi: Klinik Kesihatan (klinik kerajaan).
Seorang ibu menggendong bayi berusia sekitar 4 bulan. Kepala bayi masih terlentok-lentok belum pandai tegak sepenuhnya.
Di tangan kiri, si ibu memimpin anak lelaki berusia lebih kurang setahun setengah.
Di belakang mereka, berlari-lari seorang anak perempuan yang pada anggaran saya berusia 3 tahun.
Dan di belakang sekali, ada anak perempuan paling tua. Paling banyak pun umurnya mungkin 8 tahun.
Si ibu kelihatan sibuk sungguh. Ke sana ke mari membawa kad klinik anak-anaknya. Tudung si ibu sudah senget benget. Bahagian yang sepatutnya berada di dagu sudah jauh pergi ke pipi kanan.
Ads
Saya agak usia si ibu dalam 30 tahun. Tetapi kerana lelahnya mengurus anak-anak, kerana kesuntukan masa untuk berdandan dan menjaga badan, dia kelihatan jauh tua daripada usia sebenar.
Anak-anak merengek. Ada yang menjerit. Ada yang sudah terberak di dalam lampin. Terkocoh-kocoh si ibu membawa mereka ke tandas.
Sehingga namanya dipanggil berkali-kali untuk diperiksa suhu badan dan tekanan darah, masih juga tidak muncul.
Usai urusan di tandas, si ibu dan anak-anak terus bergegas ke kaunter pemeriksaan awal. Anak-anak masih merengek dan nampak tidak selesa.
Terdengar perbualan di antara si ibu dengan jururawat. Rupa-rupanya semua anak kecuali yang paling besar itu demam. Sudah 3 hari demam tidak kebah-kebah.
Ads
Ketika jururawat bertanya di mana suaminya, dia hanya tersenyum kelat.
Nombor giliran mereka dipanggil untuk ke bilik doktor. Anak perempuan yang paling tua (yang tidak demam ) duduk di kerusi sebelah saya. Saya hadiahkan senyuman. Dia kelihatan malu-malu.
“Datang naik apa ramai-ramai?”
“Naik kereta.”
“Ohh, masa mak bawak kereta, awak pegang baby ya. Bagus kakak.”
“Taklah acik, ayah bawak kereta.”
“Mana ayah?”
Ads
“Ayah ada tunggu dalam kereta. Main fon.”
Ohhh…
“Ayah tak nak tolong mak bawak adik-adik jumpa doktor ke? Kesian mak sorang-sorang bawak adik ramai.”
“Tak. Ayah tak suka dengar adik-adik menangis dan bising-bising. Ayah kata serabut. Ayah kata kakak dah besar boleh tolong mak.”
Allahu.
Cepat besar ya kakak. Banyak benda boleh tolong mak. Banyak sangat ??
#sharingutkpedomanbersama
#credittopuan Umi Nur Norza
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkongsian pelakon Datin Paduka Eina Azman mengenai masakan sering mendapat perhatian peminatnya.
Begitu juga, gelagat anak-anaknya juga sering dimuat naik di instagramnya.
Terbaru, Datin Paduka Eina Azman muat naik video anaknya, Karl Kareef mengunyah petai secara mentah.
Biarpun video nampak biasa-biasa tetapi apabila anak kecil mengambil petai dan mengunyah ia adalah gelagat yang mencuit hati. Bayangkan bau petai itu dan rasa pahitnya. Namun anak DP Eina makan ulam itu tanpa kekok.
Malah video itu dilihat hampir 500,000 tontonan ini menyaksikan salah seorang anak kembarnya itu ibarat ikut jejak langkah si ibu yang juga penggemar petai.
Tentu ramai yang mencari petua simpan bunga kantan. Maklumlah fdalam masakan Tradisional Melayu bunga kantan antara bahan yang selalu kita guna dalam masakan. Ia diperlukan bagi menambah aroma mahupun menyedapkan lagi masakan seperti kuah laksa, asam pedas dan sebagainya.
Apabila tiba musim perayaan untuk mendapatkan sebatang bunga kantan memang susah. Harganya memang mahal.
Menarik dengan perkongsian oleh Dunia Hanya Sementara Fy, menyediakan cara untuk menyimpan bunga kantan dalam tempoh yang lama. Malah, ia boleh bertahan sehingga enam bulan. Masih kekal segar dan bunga tidak kecut.
Ini petuanya:
Bahan:
Bunga kantan
Plastik
Air Masak
Cara penyediaan:
1.Basuh terlebih dahulu bunga kantan sehingga bersih.
2.Potong ikut suka kita. Potong dua pun boleh.
3. Letak dalam plastik atau bekas yang bersesuaian bunga kantan tersebut
4.Letak air masak dalam bunga kantan tersebut. Nanti senang boleh masukkan terus dalam masakan.
5. Kemudian bolehlah di simpan dalam frezer atau peti sejuk beku.
6. Letak untuk sekali masak. Mudahkan kerja. Boleh terus masuk dalam masakan. Jadi boleh digunakan ketika beku atau di cairkan terlebih dahulu
Berpagi-pagi dengan menikmati secawan teh tarik sambil menghirup udara segar di laman rumah tentu sesuatu yang cukup indah untuk dilakukan di musim PKP ini.
Untuk memastikan teh tarik yang dihidangkan enak dan kaw rasanya, jom ketahui cara dan teknik penyediaanya sepertimana yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi ini.
Lihat sahaja gambar yang dikongsikan ini, nyata sudah cukup dapat dibayangkan betapa enak rasanya.
Teh Pakistan Mashyur tumpang lalu ni. Nampak sedap yakmat tak? Sesuai buat hidangan minum petang. Tengoklah gambar sampai habis. Ramai sungguh peminatnya sejak cikgu kongsi dekat laman sendiri.
Nama Pakistan tu cikgu letak sebab resepi ini dari tauke karpet Pakistan sendiri, tempat adik bekerja dulu.
Langsung tak sama dengan teh tarik biasa sebab ada teknik penyediaan tersendiri.
Ada cikgu pecahkan rahsianya.
Baca sampai habis tanpa tinggal satu pun langkah cikgu bagitahu.
Bahan-bahan :
Rahsia pertama teh ini sedap sebab cikgu
guna teh wangi.
7 uncang teh wangi ros : koyakkan
setiap uncang.kalau kat Kelantan cikgu akan guna teh timbang wangi je)
Air satu jug kecil (lebih kurang 1 liter)
50 ml susu segar (tiada dalam gambar)
*nak sedap guna susu full cream
goodday*
Susu 1/5 tin (tambah @kurangkan ikut
kuantiti air)
– Untuk melemakkan rasa teh & memberi kelainan rasa, tambah secubit dua garam
Rahsia seterusnya:
Teh tadi perlu dididihkan atas dapur. Ada
perbezaan ya kacau dengan air panas
biasa.
Masukkan kesemua bahan tadi dalam periuk. Panaskan dalam api perlahan. Masak sehingga teh bertukar warna dan kembang.
Kacau sesekali. *boleh adjust rasa susunya*
Turup api selepas teh betul-betul mendidih @ cikgu besarkan sekejap api lalu terus ditutup.
Cikgu suka guna tapis dengan penapis teh kain.
Rahsia penting seterusnya, tarik air teh yang ditapis tadi sampai berbuih.