Momen manis buat sepasang anak-beranak ini membanggakan ramai apabila si ayah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Doktor Falsafah (PhD), dan si anak pula meraih Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama. Momen bersejarah ini diraikan dengan penuh kebanggaan semasa Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) ke-26 baru-baru ini.
Kehebatan Dr. Azmi Abd Majid, 52, dan anaknya, Aleeya Batrisyia, 22, membuktikan bahawa usaha dan ilmu adalah kunci kejayaan. Dr. Azmi berjaya menamatkan PhD dalam bidang Perbankan dan Kewangan di bawah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP),
Manakala Aleeya cemerlang meraih Ijazah Sarjana Muda dalam Fakulti Psikologi dan Pendidikan dengan PNGK 3.83. Kejayaan mereka menjadi inspirasi bahawa kejayaan keluarga bermula dengan azam dan usaha yang tidak pernah padam.
Ketika menceritakan perjalanan menuju kejayaan PhD, Azmi berkata impian tersebut tercetus selepas beliau menceburi dunia akademik sebagai pensyarah pada tahun 2016, setelah menamatkan kerjaya selama 19 tahun dalam industri kewangan dan perbankan.
Azmi percaya bahawa dengan memiliki PhD, ia dapat meningkatkan keyakinan diri serta membuka peluang untuk menerapkan pengalaman dalam konteks keilmuan yang lebih luas.
“Saya percaya dengan memiliki PhD dapat meningkatkan keyakinan yang lebih sebenarnya dan juga memberi ruang untuk menerapkan pengalaman dalam konteks keilmuan yang lebih luas” ujarnya.
Ads
Usia Bukan Penghalang
Dalam pada itu, Azmi berpendapat bahawa usia bukan penghalang untuk terus belajar, kerana baginya, semuanya bergantung pada motivasi dan keinginan untuk menyelesaikan apa yang telah dimulakan.
“Apabila anak-anak sudah dewasa, saya dapat menfokuskan kepada penyelesaian tesis sepenuhnya walaupun umur meningkat naik.”
“Ramai orang kata bila tua, kita perlu berehat, tetapi bagi saya, ia bergantung kepada motivasi, yang penting, mahu atau tidak mahu habiskan,” katanya.
AYAH JADI IDOLA
Ads
Dalam pada itu, anaknya, Aleeya Batrisyia, meluahkan rasa gembira kerana dapat menamatkan pengajian bersama ayahnya dan berasa bangga dapat menghadiahkan ijazah kelas pertama kepada ibu bapanya.
“Saya gembira dapat habiskan pengajian bersama ayah dan bangga dapat hadiahkan ijazah kelas pertama pada mereka.
“Nasihat ayah saya “belajar sebanyak mungkin” menjadi motivasi cemerlang dalam akademik sekali gus dapat memberikan keseriusan dalam akademik,” katanya.
Ads
Aleeya merancang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang yang sama, tetapi lebih fokus kepada terapi berbual.
“Minat saya lebih kepada bidang terapi dan saya ingin mendalaminya dengan lebih mendalam,” ujarnya lagi.
Sementara itu, di laman Facebooknya, Azmi meluahkan rasa syukur atas kejayaan yang diraih oleh anaknya serta dirinya sendiri. Beliau juga tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada keluarga, khususnya isteri tercinta, yang sentiasa memberikan sokongan padu dalam setiap usaha yang dilakukan.
“Tahniah Aleeya Batrisyia atas pencapaian. Aleeya sememangnya layak mendapatkannya!!! Ayah akan sentiasa menyokong dalam setiap langkah besar yang akan datang.”
“Menjadi impian untuk berkongsi pentas yang sama dengan Aleeya pada konvokesyen tahun ini menjadi dorongan besar untuk menamatkan PhD.”- Ujar Azmi menerusi facebooknya
Kisah inspirasi Dr. Azmi dan Aleeya Batrisyia adalah contoh nyata bagaimana sokongan keluarga dapat merealisasikan impian. Dengan dedikasi dan semangat yang tidak pernah pudar, mereka membuktikan bahawa usaha keras dapat membawa kejayaan, sekaligus membentuk generasi keluarga yang cemerlang.
Setiap ibu bapa pastinya inginkan anak cemerlang dalam pelajaran sehingga ramai yang melakukan pelbagai cara termasuk mengadakan kelas tambahan buat anak.
Namun, ibu bapa lupa bahawa perkembangan sosial emosi anak amat penting untuk perkembangan kendiri anak.
Sebagaimana yang diutarakan oleh Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy mengenai apa yang harus dilakukan oleh ibu bapa apabila berjumpa dengan guru.
_______________________________________
Kadang-kadang ibubapa tidak tahu apa yang kita perlu tahu tentang proses pembelajaran anak-anak.
Anak bersekolah BUKAN untuk mencapai kejayaan akademik semata-mata walaupun pencapaian akademik itu tetap penting.
Bagi anak-anak peringkat tadika dan juga Tahap 1, perkembangan atau pencapaian sosioemosi anak lebih penting dari pencapaian akademik.
Ini kerana pencapaian sosioemosi yang sihat akan membina keupayaan mental yang sihat bagi membantu perkembangan intelektual anak baik pada peringkat awal ini ataupun peringkat-peringkat yang seterusnya.
SOALAN YANG PERLU DITANYA KEPADA GURU.
Oleh itu, selain dari bertanya kepada guru “Bagaimana pencapaian anak saya dalam Matematik, Sains, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan lain lain lagi, tanya juga kepada guru:
1) Adakah anak saya sentiasa dalam ‘mood’ yang positif?
2) Adakah anak saya boleh mendengar dan mengikut arahan?
3) Adakah anak saya mempunyai hubungan yang baik dengan guru dan rakan-rakan?
4) Adakah anak saya mengambil berat tentang rakannya dan berminat untuk berkawan?
5) Adakah anak saya mengenali jenis-jenis emosi, tahu melabel emosi dan pandai mengurus emosi sendiri?
6) Adakah anak saya faham perasaan orang lain dan menunjukkan empati?
7) Adakah anak saya dapat menyatakan dengan jelas kemahuan dan pilihannya?
8 ) Adakah anak saya tahu untuk bermain, bertolak ansur dan berkompromi dengan rakan-rakannya?
Jika maklumbalas yang diberikan oleh guru adalah positif, maka anak berada dalam persekitaran pembelajaran positif yang menyokong perkembangan sosioemosi anak.
Sekiranya maklumbalas yang diterima adalah kurang memberangsangkan, maka perkembangan sosioemosi anak perlu terus dipupuk dan dikembangkan, baik di sekolah mahupun di rumah.
Sumber: Noor Afidah Abu Bakar, Parent Connect Consultancy
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tragedi pusingan U, bayi perempuan 2 bulan meninggal dunia. Seorang bayi perempuan berusia dua bulan dilaporkan meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya bersama kedua ibu bapanya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Lebuh Alor Gajah–Melaka Tengah–Jasin (AMJ), berhampiran Batu Gajah, pada petang Selasa.
Tragedi Pusingan U, Bayi Perempuan 2 Bulan Meninggal Dunia
Insiden tragis yang berlaku sekitar jam 2.15 petang itu menyebabkan mangsa, Nur Hafirzah Qintina Shahrul Asraf Naim, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor. Ibu bapanya turut mengalami kecederaan dan sedang dirawat di hospital yang sama.
Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Superintenden Mohamad Rusli Mat, kejadian berlaku apabila kereta jenis Toyota Vios yang membawa keluarga tersebut dari arah Merlimau menuju ke Batu Gajah bertembung dengan sebuah lori yang sedang membuat pusingan U.
Siasatan awal menunjukkan bahawa kenderaan yang dipandu gagal mengelak lori yang dipandu seorang lelaki berumur 33 tahun, yang memasuki laluan U-turn dari lorong kanan.
Impak perlanggaran menyebabkan ibu bayi berkenaan, Nurulnadiah Balqis Abdullah, 22 tahun, mengalami kecederaan di bahagian kepala, manakala si bapa, Shahrul Asraf Naim Khasiran, 35 tahun, cedera di dahi.
Bayi tersebut mengalami kecederaan serius di kepala dan disahkan meninggal dunia pada jam 5 petang ketika dirawat di hospital.
Polis mengesyaki kemalangan berpunca daripada kereta yang hilang kawalan sebelum memasuki laluan lori tersebut. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang awam yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkenaan diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Pelakon Shakilla Khoriri berkongsi detik cemas apabila anak perempuannya, Ameena dimasukkan ke hospital kerana kurang sihat.
Menerusi Instagram story (IGS), ujar Shakilla anak kesayangannya itu mengalami demam sehingga tidak berselera untuk menjamah makan selama beberapa hari.
“Selepas seminggu demam, antibiotik pun tak jalan sampai berdarah hidung.
“Tak makan dan minum beberapa hari dan akhirnya kita ke sini. Umi yang rasa berpinar,” tulisnya berkongsi.
Tambah Shakila lagi, dia terpaksa membawa Ameena ke hospital kerana keadaannya terlalu lemah.
“Semalam subuh dah bangun hantar Ameena sekolah, terus ke kedai sampai petang dengan staf semua tak datang pun sebab sakit.
“Petang tengok Ameena makin lemah dan kami bawa ke hospital. 2am baru selesai dan baru dapat tidur.
“Berhimpit atas katil ni berdua. Sementara orang lain sedap tidur, umi struggle menguruskan itu dan ini untuk Ameena. Nasib kita ada uncle Fariz yang selalu tolong Umi selesaikan banyak benda,” katanya lagi.
Ibu cantik jelita ini juga mengharapkan agar Ameena cepat-cepat sembuh.
Terdahulu, Shakilla telah mendirikan rumah tangga dengan Fariz Zulkepley 24 Februari lalu. Melalui perkahwinan terdahulunya, Shakilla mempunyai seorang caaya mata, Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.
Sumber: Instgaram Shakilla Khoriri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di