Sedapnya bila dapat layan Jelly kelapa ni, simple je rasanya tapi pekena waktu cuaca panas memang layan sangat. Nak-nak lagi baru keluar peti sejuk. Memang terbaik.
Biasanya kalau beli boleh tahan harganya kan. Apa kata cuba buat sendiri di rumah. lagi berbaloi terutama anda yang ada anak ramai. Tak cukup satu ni kalau start makan. Jom cuba cara yang dikongsikan saudara Ibrisam Wossali.
Menariknya, dia siap buat dua versia, putih dan juga hijau. Tetapi rasanya tetap sama. Nka cuba, jom tengok caranya di sini.
Pagi tdi isteri sya kata teringin nak makan jeli kelapa. Apa lgi sya terus pergi kait 5 biji kelapa pandan. Sya kata biar sya buatkan…. Isteri kata ‘tahu ke abg nak buat jelly kelapa? ‘. Sya kata skrg tak boleh komen. Dah siap nnti baru boleh komen ya….. 🤣🤣🤣🤣 Alhamdulillah siap juga akhirnya. Isteri sya suka, sedap katanya….. 😍😍😍😍 Ada dua warna jelly kelapa sya buat warna putih dn hijau. . Tapi rasanya sama jer…..🤣🤣🤣🤣 Kat bawah ni sya sertakan gambar dan resepinya sekali. Selamat mencuba ya kawan2…😀
Bahan-bahan :
1. Agar2 tali seberat 10gm
2. Air Kelapa muda 1.5 lit
3. Air 1.5 lit
4. Gula pasir 10 sudu besar ( tahap kemanisan ikut cita rasa masing2 )
5. Secubit garam
6. 2 helai daun pandan
Ads
Caranya :
1. Masak agar2 bersama 1.5 lit air + daun pandan + garam + gula pasir sehingga mendidih dan agar2 larut.
2. Masukkan pula 1.5 lit air kelapa sehingga mendidih sekali lgi.
3. Pada masa ini jika kita mahu warnakan jeli tu dh boleh masukkan sedikit pewarna.
4. Masukkan jeli ke dlm bekas.
5.Masukkan isi kelapa yg telah dihiris nipis2 ke dlm jeli tdi.
6. Sejukkan kemudian simpan dlm peti ais.
Isi kelapa di hiris nipis2.Jeli kelapa tanpa pewarna.Jeli kelapa berwarna hijau nampak lebih menarik dan menyelerakan…..
Dua warna berbeza, tapi rasanya sama shj. Mana satu pilihan kawan2?
Bercuti bersama keluarga serta anak-anak adalah momen manis untuk dikenang. Begitu juga dengan pelakon Ayu Raudhah atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan turut berkongsi momen menerusi akaun Instagram miliknya.
Adik kepada pelakon Rozita Che Wan, walaupun sibuk bergelar sebagai seorang pelakon dan ibu, Ayu berkongsi perkembangan terkini di instagram
Ayu yang mendirikan rumah tangga bersama Zaquan Adha Abdul Radzak,pemain bola sepak pada 21 Januari 2011, berkongsi gambar percutiannya bersama keluarga.
Dalam pada itu, peminatnya turut memuji Ayu dan suami kelihatan ‘sweet’ dan romatik kala bercuti.
Terinspirasi membaca perkongsian ini, bila mana seorang anak yang memberi keutamaan untuk membahagiakan kedua orang tuanya. Dirinya yakin, bila mana ibu ayah rasa bahagia dengan anak-anak, kehidupan anak-anak juga akan bahagia.
Atas hal ini, anak ini telah menghadiahkan sebuah kereta mewah untuk orang tuanya. Jom ikuti perkongsian ini dan semoga turut dapat memberi inspirasi buat orang lain untuk terus berbakti dan memberikan kebahagiaan kepada insan yang telah banyak berkorban untuk membesarkan kita.
Jom semak perkongsian ini.
Ini kisah BMW Percuma.
Saya nak menulis ni pun saya tak tahu nak mula dari mana sebenarnya. Tapi yang pasti saya nak cakap Allah tu baik. Sangat baik. Kita mintak apa pun Dia bagi. Semua Dia bagi sebijik macam kita mintak.
Takde satu pun doa yang Allah tak makbul. Semua makbul. Tinggal lagi cara kita doa tu betul ke tak je. Mulut mintak lain, hati rasa lain. Yang dalam hati tu lah yang makbul. Because feelings are the prayers.
Sebelum ni saya dah banyak share stories Ajaib student-student & Followers saya di wall ni kan. Yang dapat duit, dapat project ratus-ratus ribu tiba-tiba tak sangka-sangka. Yang dapat pergi Umrah & Haji percuma tu dah ramai sangat dah. Kisah yang dapat kereta percuma pun dah ada 3,4 orang dah share. Dapat kedai percuma, dapat anak balik lepas dah banyak tahun tak jumpa pun ramai.
MasyaAllah. Tu semua tu, bukan kebetulan. Takde satu pun kebetulan. Semua Allah atur. Semua ada sebab. Sampai tahap tak boleh fikir dah saya, ya Allah. Tahap tak logic langsung sampai kereta percuma, rumah percuma, yang orang duk kejar seumur hidup. Allah boqleh bagi macamtu je.
Kisah saya pulak macamni. Masa malam raya haritu, adik saya masuk ICU. Adik lagi sorang pula bersalin malam raya. Jadi kita gembira dan sedih dalam satu masa yang sama.
Bila adik masuk ICU tu. Mak saya cakap kat saya. Abang long, tolong doa lah cara awak. Sebab mama tak boleh doa. Mama ada fear. (Kan saya kata, what ever we fear, itu lah doa kita. Because feelings are prayers).
Yela, mak mana tak takut anak bertarung nyawa di ICU kan. Sebenarnya saya dalam hati ni takut juga. Adik kita kan. Mesti rasa risau, takut. Sedih, bimbang semua ada. It’s natural. Saya pun manusia macam anda juga. But I’m fully aware of my emotions.
So, saya duk fikir. Ya Allah terima kasih sembuhkan adik aku. Walhal dalam hati masa tu takut apa-apa jadi kat dia. So, dalam hati tu tak benar lagi prayers saya. Kan dalam kelas saya ajar CITF. Calm, Intention, Trust, Flow. Tapi calm tu saya tak dapat. Sebab takut tu sangat besar.
Lama saya termenung. Then saya dapat. Aku kena buat something yang buat aku terlalu happy sampai terlupa fear aku ni. Saya tanya diri. Apa yang aku happy?
Jawapnya, saya happy bila saya boleh gembirakan parents saya. Benda saya nak mintak ni benda besar ni. Nak adik sembuh sakit. Nak dia sihat macam biasa. Saya fikir aku kena buat something big juga ni. Then i decided nak hadiahkan kereta BMW sebijik pada mak ayah saya.
Then malam tu saya doa sungguh-sungguh. Ya Allah aku nak bahagiakan mak ayah aku ni. Aku nak bagi BMW sebijik. Tahu tak apa jadi? Tak sampai beberapa hari, Allah tu Maha Baik. Dia bagi Rezeki dari sumber tak di sangka-sangka. Selonggok dapat. Macam takde effort langsung. Seolah-olah macam duit dapat free. Subhanallah.
Sampai nangis-nangis saya fikir balik. Then saya cakap kat wife. Jom lah yang. Kita gi tengok kereta. Long story short, Kitorang pun pergi kedai, test drive model lain, BMW juga, tapi SUV. Dah nak bayar dah ni. Wife saya cakap, bang. Yang ni cantik bang.
Kitorang ni tak minat kereta. Dan tak pernah amek port pun pasal kereta. Asal cantik je, bab engine ke apa semua tak tahu.
Saya kata kat wife. Ha, kalau cantik amek jela. Bagitaw kat salesman tu, cancel yang tadi, amek yang ni. Salesman tanya, taknak test drive ke? Saya kata takyah lah, nak bagi hadiah kat orang je ni.
Then salesman tu siap semua document, dia tanya. Nak buat loan berapa tahun?
Saya cakap, takyah loan lah, saya bayar cash. Sampai cina tu tengok atas bawah atas bawah. Betul ke budak ni? Dengan pergi pakai selipar jepun, seluar koyak-koyak, baju tshirt dengan muka tak mandi semua cukup. Mai beli kereta Ratus Ribu bayar Cash? Hahahaha.
Pendekkan cerita, lepas sign je cheque tu. Saya rasa lega, rasa happy, rasa accomplishment, rasa full with power, rasa excitement, rasa Amazing sangat. Dan that moment. Saat penuh dengan semua elevated Emotions tu. Saya mula doa untuk adik saya yang di Hospital tadi.
Alhamdulillah, petang tu beli, malam tu izin Allah adik saya dah discharged dah balik rumah. Masa saya sedang menulis ni, dia ada duk tengah tengok tv kat bawah tu. Alhamdulillah makin sihat, jauh sangat lah beza dengan time di ICU haritu. MasyaAllah bila you understand the whole concepts of vibrations, Energy, Frequency, Prayers, kita tau macamana nak tackle situations tak cemas.
Alhamdulillah 3 hari lepas kereta sampai ke rumah. Menangis mak saya, waktu saya serahkan satu kunci pada beliau. Then petang tu, kitorang pergi ke office ayah. Saya bagi kunci di basement parking dalam gambar ni. Menangis jugak ayah saya dapat surprise yang tak di sangka-sangka ni.
Sebenarnya kereta ni takde apa pun nak di bandingkan dengan segala jasa dan pengorbanan mereka pada saya selama ni.
Alhamdulillah. Takde apa yang lebih menggembirakan dari melihat mak ayah, adik beradik kita semua happy.
Semalam saya ajar di Kelas Online saya. Rezeki kita terletak pada Kesenangan dan Kebahagiaan orang lain. Dan orang yang paling utama kita bahagiakan, itu ibu bapa kita, keluarga kita, anak isteri kita, then baru bahagiakan orang sekeliling kita. Bahagiakan orang keliling, Rezeki tu dia datang tak tertahan. Percaya lah.
MasyaAllah, lepas buat ni. Sekejap je Allah ganti balik. Allah ganti berlebih-lebih pulak tu. Subhanallah.
Apa yang saya nak sampaikan pagi ni, bukan nak tunjuk saya kaya. Tapi nak tunjuk Allah tu MAHA KAYA. Kita nak apa, mintak saja. Semua Dia bagi. Sebab Dia Allah.
Saya selalu pesan. Sama mudah bagi Allah nak bagi kita 10 ringgit dengan 10 juta ringgit. Itu sama mudah. Yang buat susah itu hati kita tak yakin. Minda kita pakai logic. Energy tak flow bila kita sekat dengan dua benda ni.
Alhamdulillah, sekarang setelah beribu-ribu stories yang saya dapat. Semua ajaib. Semua Amazing. Saya sangat yakin dengan kuasa Allah. Hari-hari nampak. Diri sendiri dah berkali-kali dapat alami pengalaman Ajaib begini. MasyaAllah.
Mintak lah apa saja. Dia boleh bagi, sebab Dia Allah.
Adik-beradik mempunyai ikatan hubungan yang sangat kuat tetapi tidak dinafikan pasangan kembar pula mempunyai suatu perasaan dan ikatan yang cukup istimewa. Hubungan mereka akan menjadi sangat akrab seperti kawan baik untuk satu sama lain daripada zaman kanak-kanak hinggalah dewasa.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Paling biasa kita lihat, anak kembar ini akan mempunyai hobi atau minat yang sama, gaya pakaian yang serupa, menggemari makanan yang sama dan boleh dikatakan serba serbi pasangan kembar tersebut ingin lakukan segala-galanya secara bersama-sama.
Ini sepertimana kisah tiga beradik kembar ini yang sepakat menjadi raja sehari serentak. Memetik berita persandingan mereka di Berita Harian, siapa sangka tiga beradik kembar ini mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila impian bersanding secara serentak terlaksana, di sebuah dewan di Kota Warisan, Sepang, Selangor baru-baru ini.
Malah di hari bersejarah terbut, bukan sahaja kembar berusia 27 tahun ini, iaitu Nur Afrina Nor Azam; Muhammad Zuhri dan Muhammad Zuhair adalah kakak sulung mereka, Nur Adriana, 29 juga turut menjadi raja sehari.
Difahamkan sebelum berkahwin, dua beradik lelaki kembar seiras dan Nur Farina tidak pernah berpisah sejak kecil kecuali ketika masing-masing melanjutkan pengajian di universiti tempatan di lokasi berbeza.
Ibu mereka, Yulis Hayati Abrar, 53, berkata beliau dan suami, Nor Azam Ismail, 55, gembira apabila melihat anak kembar mereka bersanding serentak selepas seorang demi seorang bernikah pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu.
Nak Lihat Anak Sanding Serentak
Katanya, pada mulanya anak kembar keduanya Muhammad Zuhri bernikah dengan pasangan Ilmee Syafiqah Abdul Jamel, 27, pada 31 Disember 2020 diikuti anak sulungnya, Nur Adriana dengan Muhammad Nur Zahid Ayob Karim, 28, pada 12 Januari 2021.
“Sepatutnya mereka berdua bersama pasangan masing-masing bersanding dahulu tetapi disebabkan PKP majlis tidak dapat diadakan.
“Kemudian pada 2 April 2021 kembar ketiga kami, Muhammad Zuhair pula bernikah dengan pasangannya Hafiyah Zainal Abidin, 28,” katanya lebih lanjut.
Yulis ibu kepada enam cahaya mata, berkata ketika tiga anaknya sudah bernikah beliau melahirkan hasrat untuk melihat mereka bersanding serentak ditambah pula saudara-mara mula bertanya bila majlis akan diadakan.
Ketika itu katanya, anak yang lain terus meminta anak kembar pertama, Nur Afrina untuk turut sama bernikah seterusnya bersanding serentak.
“Nur Afrina kemudian bernikah pada 18 September lalu bersama pasangannya Muhammad Amirul Fitri Ja’afar, 27.
“Seminggu kemudian hasrat saya untuk melihat tiga anak kembar dan kakak mereka bersanding bersama-sama di atas satu pelamin tercapai.
“Syukur Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dengan kehadiran lebih 1,500 tetamu daripada semua keluarga.
“Lebih menggembirakan, anak sulung turut bersanding bersama cucu lelaki pertama saya yang kini sudah berusia enam bulan,” katanya.
Sementara itu, Nur Afrina berkata, beliau tidak menyangka kakak dan dua kembar lelaki seiras sanggup menunggunya bernikah terlebih dahulu untuk bersanding bersama-sama.
Akrab Sejak Kecil
Kakitangan swasta itu berkata, pada mulanya apabila melihat seorang demi seorang adik-beradik lain bernikah, beliau seakan merasa kehilangan kerana mereka berempat akrab sejak kecil.
“Dilahirkan sebagai anak kembar memang miliki pertalian amat rapat dan tidak pernah berpisah. Kami bertiga pernah demam serentak selepas seminggu masing-masing berpisah kerana belajar di universiti berlainan.
“Saya jurusan Diploma Science Geomatic ke Universiti Teknologi MARA (UiTM), Arau, Perlis; manakala Zuhri di UiTM Jengka, Pahang dan Zuhair di UiTM, Shah Alam (kedua-duanya jurusan Diploma Sains Sukan)
“Kami semua ‘sekepala’ dan momen paling manis kami dapat bersanding bersama, Selepas boleh kami melakukan pelbagai aktiviti bersama dalam keluarga lebih besar,” katanya.
Penantian Berbaloi
Menurut Muhammad Zuhri, walaupun perlu menunggu lama sehingga lebih dua tahun untuk bersanding tetapi penantian itu amat berbaloi apabila dapat bersanding serentak dengan dua kembar dan kakaknya.
“Syukur semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang dan paling penting adalah kami amat gembira dengan keputusan yang dibuat ini,” katanya.
Bagi Muhammad Zuhair pula, beliau amat gembira kerana dapat menggembirakan ibu dan bapanya apabila mereka membuat keputusan bersanding serentak.
“Ini hadiah untuk ummi dan ayah kerana menjadi ibu bapa yang terbaik untuk kami,” katanya.
Nur Adriana pula berkata, dia amat berbesar hati apabila berpeluang bersanding bersama kembar tiga yang akrab denganya sejak mereka kecil lagi.
“Walaupun bersanding lewat hingga saya pun sudah mempunyai anak, tetapi ia satu pengalaman yang indah yang tidak mungkin akan dilupakan,” katanya.