Tarikh 4 April pasti meninggalkan momen hitam yang takkan dapat dilupakan buat keluarga ini. Detik Di mana mereka berdepan tragedi berdarah apabila rumah mereka dipecah masuk seorang perompak bersenjatakan pisau di Kampung Laut, Wakaf Bharu, Kelantan.
Kisah tragis tersebut dimuatnaik menerusi laman Facebook Nur Solehah. Menurutnya, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 4.45 pagi itu. Suspek dipercayai memecah masuk melalui grill tingkap kediamannya.
Dalam kejadian tersebut, ibu bapanya bergelut dengan suspek sehingga berlumuran darah sebelum dia segera menghubungi pihak polis ketika menyedari bunyi bising di tingkat bawah.
“Tak boleh bayang perasaan mak ayah yang nampak pergelutan tu. Mak turun sebab bunyi bising kat bawah dan tengok darah dah banyak atas lantai. Ingat kena perut ke apa. Masa tu ayah suruh mak naik telefon polis.
“Dan perompak tu datang dekat mak tapi tak buat apa2. Mujur la dia tak tikam mak Masa bunyi bising tu, saya cepat2 keluar bilik n turun tapi mak tak bagi dan suruh telefon polis.
“Tapi perompak tu dang lari. Tak logik seorang diri sebab grill tu kecik sangat. Mesti ada orang kat luar yang tolak dia masuk,” katanya.
Akibat insiden tersebut, jari bapanya mengalami kecederaan sehingga menerima 10 jahitan ketika dirawat di Hospital Tumpat namun bersyukur kedua orang tuanya masih dipanjangkan usia.
Ads
“Alhamdulillah Allah panjangkan umur lagi. Allah selamatkan lagi nyawa kami semua walaupun jari ayah kena pisau, kena 10 jahitan. Doakan tiada kesan kepada penyakit lain dan cepat sembuh.
“InsyaAllah. Alhamdulillah tak dang rompak apa2 pun. Jiran terkejut ada tangga kat tingkap rumah dia. So rasanya dia aim rumah jiran dulu tapi tak berjaya. Tu try rumah lain. Wallahualam,” ujarnya.
Dia dalam pada itu meminta penduduk setempat berhati-hati sekiranya mencurigai sesuatu apatah lagi perompak terbabit memakai topeng sekali gus sukar untuk dikenali.
“Saya share sebagai peringatan untuk semua especially penduduk Kampung Laut. Kalau ada syak apa2, kemungkinan suspek yang sama. Suspek bertopeng, tak nampak muka. Bulan puasa ni dia main kotor pulak.
Ads
“Harap2 Allah permudahkan, beri petunjuk untuk tangkap penjenayah ni. Hati2 semua. Moga Allah lindung kita semua. InsyaAllah,” kongsinya.
Semalam tanggal 27 Julai, pasangan selebriti, Awal Ashaari dan Scha Alyahya telah kongsi gambar sempena meraikan sambutan hari jadi anak tersayang, Lara Alana telah sempena ulang tahun kelahiran ke-5 tahun.
Lebih menarik, pasangan inj memilih tema ‘fairytales’ dengan dekorasi bagaikan berada di alam fantasi.
Sambutan ulang tahun itu di adakan di Glasshouse, Seputeh, petang semalam.
Birthday girl pula, mendapat perhatian ramai apabila muncul dengan gaun serba kuning bagaikan puteri di alam fantasi. Comelnya Lara!
Ikuti sekitar majlis sambutan hari jadi Lara Alana ke -5 tahun!
Untuk makluman, anak pasangan ini dilahirkan pada 22 Julai 2014 di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur. Anak cilik ini turut menjadi duta produk, majalah tempatan dan media elektronik
Foto : Instagram Lara Alana, Scha Alyahya
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kehadiran cahayamata menjadi penyeri buat sebuah keluarga. Begitu juga perasaan gembira yang dialami oleh pelakon Syatilla Melvin melahirkan rasa syukur setelah selamat melahirkan anaknya yang kedua.
Beliau juga berkongsi kegembiraan itu dengan memuat naik sekeping gambar di entri Instagramnya. Rakan artis dan para peminta mengucapkan tahnia atas kelahiran bayi kedua pada jam 9.15 pagi tadi.
Lebih manis, berita kegembiraan ini merupakan tarikh yang sama kelahiran ibu Shaheizy Sam, Khaty Fauziah yang juga pelakon yang dikenali ramai.
“Alhamdulillah baby girl kami dah keluaqsihat gebu anak pompuan aku♥️tadi sempat laaa buat tutorial makeup dlm oT roomthank u sygku sezzy seng sentiasa di sisi♥️ #kekaSih@kpjampangputeri the best
“Happy Birthday Mommy @khatyfauziah . Mommy dapat birthday present yang takda jual la hari ni!!! Mommy and #BabyGirl share the same birthday . Lepas ni kena beli 2 present. MASAK AKU “
“WE ARE NO LONGER 3 . ALHAMDULILLAH!!! Thank u so much everyone 17/04/19, 9:15am #BabyGirl #SS”
Terdahulu pasangan ini yang berkahwin dengan pelakon aksi lasak, Shaheizy Sam telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016. Mereja dikurniakan cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy pada 9 Mei 2017.
Tahniah Syatilla dan selamat berpantang!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Salah satu masalah yang dialami oleh wanita adalah jeragat. Ada ajer produk untuk memudarkan jaragat. Tapi bagi yang nak cuba secara natural boleh cuba petua ini.
Paling sesuai untuk jeragat yang baru nak tumbuh. Ikuti perkongsian ini.
Petua ni sesuai untuk jeragat yang baru berjinak-jinak nak keluar. Atau pun yang baru sedikit dan kecil.
Jika dah terlalu banyak dan tebal, agak sukar dihilangkan dengan petua ini.
Walau bagaimanapun, boleh juga diamalkan dengan kerap untuk memudarkan jeragat.
Petua ini, jika sering diamal, kulit muka juga akan lembut, selembut kulit bayi. Dah terbukti. Jerawat juga susah naik dan kulit akan bersih serta cerah.
Caranya:
1. Ambil 3 hirisan limau nipis, perah airnya.
2. Sedikit susu tepung (saya guna everyday/fernleaf/nespray)
3. Campurkan sebati
4. Sapu di muka dan biarkan selama 30 minit hingga kering
5. Bilas dengan air suam. Cuci muka seperti biasa
Hafiz cilik, Ahmad Ziyyad, 10 tahun, hafal 30 juzuk dalam tempoh 4 bulan. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Ahmad Ziyyad Mohd Zahir, mengukir pencapaian luar...