Kuasa doa cukup menakjubkan dan atas sebab ini janganlah kita alpa untuk berbicara dengan Allah, memohon sesuatu yang dihajati agar dipermudahkan dan dimakbulkan olehNya. Apatah lagi saat melalui saat-saat getir dalam hidup ini. Walau sesibuk mana pun kita menjalani kehidupan ini, berusaha sedaya mampu, namun doa jangan dilupakan. Ini kerana dengan berdoa menjadi bukti tanda pengharapan kita kepada sang pencipta.

Untuk itu ayuh kita baca perkongsian ini tentang keajaiban doa seorang ayah akhirnya mampu mengubah sikap anak yang pada awalnya cukup susah untuk mendirikan solat namun akhirnya dengan izin Allah, anaknya berubah. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.


Baru ni kawan baik saya cerita tentang keajaiban doa ibu ayah pada seorang anak.

Dia cerita ada satu masa tu dia risau sangat tentang anaknya yang culas solat. Dia risau sebab sekarang ni dah akhir zaman. Anak dan keluarga ni lah yang paling kita kena risaukan.

Fitnah dah bermaharajalela. Nak beza yang mana bathil dan yang mana betul pun dah samar samar. Belum lagi cerita fitnah harta lagi. Riba sana riba sini. Semua terperangkap dalam hidup rat race yang tak tahu mana penghujungnya.

Paling risau bila ada seorang ustaz ni bagitahu antara punca masalah banyak berlaku sekarang ni sebab banyak dosa besar berlaku dalam hampir setiap keluarga.

Majoriti dalam keluarga ada berlaku dosa besar, apa yang besar sangat tu? Tinggal solat!

Sebab terlalu risau dan tak tahu nak buat apa, kawan baik saya tadi bangun solat malam dan doakan anak dia secara spesifik. Ya, dia doa supaya Allah bantu dia untuk handle anaknya yang culas solat itu.

Tiba-tiba keesokan harini si anak tadi menyapa si ayah. ” Ayah, saya rasa nak solat lah”. Eh kenapa tiba-tiba cakap begini? Si ayah terpinga-pinga.

Sibuk Sekali Pun, Jangan Lupa Doakan Anak. Jadikan Pengajaran Perkongsian Ni!
Gambar hiasan

“Entah. Saya rasa bestlah kalau boleh solat”

Si ayah yang terpinga-pinga tadi check pada cikgu-cikgu yang mengajar. Ada ke tak ajar anaknya untuk solat. Semua kata eh tak ada pun.

Jadi siapa yang campakkan rasa nak solat pada anaknya itu? Si ayah terpinga-pinga dalam takjub.

Teman-teman,

Sibuk Sekali Pun, Jangan Lupa Doakan Anak. Jadikan Pengajaran Perkongsian Ni!

Itulah kenapa kita jangan lupa untuk mendoakan anak kita. Kadang kita sibuk dengan tugasan. Kadang kita musafir. Kadang kita sibuk dengan pekerjaan harian.

Tapi, jangan sampai kita sibuk hingga lupa untuk mendoakan anak anak kita kerana tidak ada satu didikan pun yang lebih hebat daripada didikan Allah.

Seberapa hebat pun kita mendidik anak anak kita percayalah bahawa didikan direct daripada Allah ke dalam hati anak anak kita itulah yang lebih hebat dan lebih sempurna.

Sumber : Taufiq Razif

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI