Umum mengetahui bila kita mula sahaja melangkah ke dunia pekerjaan pasti kita akan mendaftar menjadi ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Pun begitu, siapa sangka rupa-rupanya untuk menjadi ahli tidak perlu tunggu seseorang itu bekerja.
Bahkan seawal usia 14 tahun sekali pun sudah boleh mendaftar ahli untuk membuat simpanan di hari tua. Lagi istimewanya dapat juga menikmati dividen dan insentif lain yang ditawarkan oleh KWSP.
Namun mungkin ramai ibu ayah tidak tahu akan hal ini dan apabila seorang bapa Mo Ameen, berkongsi pengalamannya mendaftar dua orang anaknya yang berusia 15 dan 16 tahun menarik perhatian umum hinggakan perkongsian tersebut menjadi viral di media sosial.
Daftar Seawal Usia 14 Tahun
2 orang anak saya yang sulung dan no.2 (kedua-duanya masih sekolah menengah) telah pun mendaftar sebagai ahli KWSP pada tahun lepas (24 Disember 2021).
Ramai yang tak tahu, seawal umur 14 tahun sebenarnya sudah boleh menjadi ahli KWSP dan tidak perlu tunggu apabila mula bekerja.
Pendaftaran pula boleh dibuat di kios KWSP sahaja, tidak perlu ke kaunter.
Selepas daftar, perkara pertama yang saya suruh anak buat ialah daftar akaun online KWSP (i-Akaun) di kios yang sama.
Kedua, daftar akaun Simpanan Shariah menggunakan i-Akaun.
Ads
Ketiga, saya daftarkan caruman i-Saraan.
Keistimewaan
Alhamdulillah, akaun anak-anak saya telah pun ditukar ke akaun Simpanan Shariah berkuat kuasa 1 Jan. 2022. i-Saraan pula adalah caruman secara sukarela.
Disamping dapat menyimpan pada usia muda dan dapat dividen setiap tahun, kerajaan juga telah memperuntukkan insentif sebanyak 15% (jumlah insentif maksimum RM250 setahun).
Ads
Bayaran caruman i-Saraan secara online saya buat melalui Bank Islam.
Sebagai ahli KWSP juga akan mendapat manfaat kematian RM2500.
Mungkin ada yang bertanya, kalau sekadar nak menyimpan, boleh sahaja buka akaun bank atau tabung haji.
Berdasarkan pengalaman saya, simpanan anak-anak dalam Tabung Haji, akhirnya ayahnya juga yang guna . Sekian.
Membaca kisah pengalaman ibu mahupun bapa yang memiliki anak autisme sedikit sebanyak memberi ‘keinsafan’ buat diri kita. Bagaimana tabah dan kuatnya mendepani cabaran dalam menguruskan dan mendidik cahaya mata mereka.Mereka adalah satu anugerah buat suami isteri, bukan calang-calang orang yang dipilih oleh Sang Pencipta dalam menelusuri ujian tersebut. Pastinya hanya mereka yang benar-benar terpilih dan sesuai dengan kemampuan mereka.
Puan Syahirah Omar antara wanita bertuah tersebut dan dia sering berkongsi kisah cahaya mata kesayangannya ini sejak dahulu lagi menerusi laman facebooknya.
Bahkan, ibu kepada 3 cahaya mata ini mengakui sedari awal sudah membiasakan diri anak-anak untuk berdikari. Termasuklah anak perempuannya yang disahkan autisme. Terbaru, ibu ini berkongsi pengalaman dalam mendidik dan memberi tunjuk ajar buat anak perempuannya itu terutama dalam hal menutup aurat, penjagaan semasa datang bulan dan sebagainya.
Saya nak kongsi dengan semua pengalaman saya membesarkan anak autisme perempuan. Anak saya sudah remaja sekarang dan masih jauh perjalanan hidup dia.
Saya ingat lagi,
Waktu dia kecil ramai yang cakap saya degil, kepala batu. Tapi saya fikir panjang untuk anak saya. Jadi saya persiapkan diri dia. Selain usahakan bantu dia dari segi speech dan terapi cara kerja, ini antara yang saya usahakan untuk dia. Kecil saja usaha saya. Bukan kerana usaha saya pun dia lebih baik sekarang. Semua Allah yang izinkan.
Rutin urus diri sendiri
1. Rutinkan dia untuk urus diri. Bangun pagi, sebelum ke tandas, ajar dia kemas katil dan siapkan baju untuk dipakai sebelum keluar mandi. Dari dia kecil walaupun tak faham, tapi saya memang ajar dia setiap hari. Gunakan social story, explain secara bergambar dan verbal. Tunjuk cara yang betul. Jadi bila dah dirutinkan, dia bangun sendiri awal pagi, uruskan diri sendiri, kemas bilik sendiri, baju kotor pun masukkan dalam mesin basuh sendiri.
Ajar tutup aurat sejak kecil 2. Ajar dia menutup aurat sejak kecil. Memang struggle sangat dia nak pakai baju waktu kecil dan dia akan menangis teruk bila pakaikan tudung. Tapi bila saya buat brushing dan saya rutinkan dia pakai menutup aurat Alhamdulillah bila dah besar sangat mudah untuk dia jaga aurat dia. Dengan cousin pun dia pakai tudung.
Salam dengan orang yang perlu sahaja 3. Ajar dia salam orang yang perlu saja. Saya dari kecil dah ajar dia untuk tidak bersalam selain daddy, adik lelaki dia, atuk dia. Lain dari tu saya terus ajar tak perlu salam. Hanya lelaki dalam keluarga dia ni saja dibenarkan. Bila dirutinkan begitu mudah bila dia dah besar.
Ajar solat
4. Saya ajar dia solat walaupun waktu tu dia masih nonverbal. Banyak method saya cuba. Akhirnya saya ajar dia solat guna cermin besar. Slowly saya ubah cermin tu bila dia dah tahu solat. (Membantu untuk dia lihat sendiri pergerakkan diri setiap rakaat ). Tak sempurna tak apa. Perlahan-lahan dia belajar. Bila besar dia memang orang pertama yang akan ambil wudhu dan kelam kabut nak solat berbanding saya yang normal ni.
Period Kit persediaan sebelum haid 5. Untuk persediaan sebelum datang haid, saya social story sejak dia berumur 8 tahun. Saya siapkan period kit, dan ajar dia apa yang perlu dia buat kali pertama nampak red spot. Social story bergambar ( saya lukis) sangat membantu, dan saya prompt dia cara cuci pad, semuanya saya buat sejak dia 8 tahun. Dia dah period tahun lepas, Alhamdulillah. Tenang sangat dia handle sendiri.
Setiap dari kita ujian berbeza
Apa saja yang baik untuk anak, terus rutinkan. Berdoa minta Allah permudahkan urusan dan jangan pernah putus asa.Setiap dari kita ujian berbeza. Tekanan, support system, financial, semua berbeza.
Penat tapi ingat Allah sentiasa ada Penat memang penat. Nangis memang puas menangis. Tapi ingat Allah sentiasa ada. InsyaAllah bila mereka besar, semuanya lebih mudah. Saya ada ramai kawan anak autistik mereka semuanya dah besar panjang. Saya tahu bila anak dah besar ni, ujian kami berbeza. Tetapi boleh dikawal dan sudah dalam fasa bertenang. Ada situasi boleh dikawal, ada situasi kami redha.
Terima keunikan anak
Saya bangga betul lihat pencapaian anak mereka. Sebab saya sendiri lihat mereka sangat berusaha gigih waktu anak masih kecil.
Sementara saya masih ada, saya cuba bantu anak supaya boleh urus diri sendiri dan cuba sesuaikan diri dalam dunia realiti. Saya terima keunikkan dia, mana yang dia boleh tolerate dia buat. Yang tak boleh dia beritahu dia tak mampu. Anak saya sampai sekarang struggle juga dengan bau, bunyi kuat walaupun dah besar ni. Tapi dia dah pandai kawal dan tenangkan diri sendiri.
Terima kasih untuk semua yang sentiasa membantu saya sepanjang perjalanan saya membesarkan Lana. Allah datangkan ramai orang baik-baik dalam hidup saya, Alhamdulillah.
Saya harap perkongsian saya ni sedikit sebanyak membantu mak ayah pendidik anak autisme. Mana yang sesuai boleh cuba untuk anak InsyaAllah. Saya doakan semoga Allah permudahkan urusan kalian ❤️ Salam Sayang, Mama Lana.
Kisah anak gadis ini mengingatkan kita dengan pelajar Malaysia, allahyarham Ahmad Ammar Ahmad Azam yang telah meninggal dunia di Tukri. Masing-masing masih menuntut ketika Sang pencipta ‘menjemput’ mereka kembali ke negeri abadi.
Demikian juga dengan kisah seorang pelajar rakyat Indonesia iaitu Fatihatun Nahdliyah yang telah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Mesir. Kisah keperibadiannya mula tular di laman sosial.
Allahyarhamah menuntut di Universiti Al-Azhar merupakan seorang wanita yang rajin menunaikan solat berjemaah di masjid. Kisahnya telah dikongsikan oleh seorang pengguna laman sosial ini, dan telah tular di Indonesia dan Malaysia.
Allahyarham Fatihatun telah dijemput Ilahi pada malam ke-11 bulan Ramadan, dan dalam keadaan dirinya sedang berpuasa.
Sewaktu hayatnya pelajar Universiti Al-Azhar ini seorang yang pendiam, namun sering menunaikan solat di masjid dan berbuka puasa di sana. Rutin tersebut telah menjadi kebiasaannya.
Pemergian pelajar ini telah mendapat perhatian ramai, yang mengingatkannya pada pemergiaan arwah Ahmad Ammar.
Menurut pengguna laman sosial ini, walaupun amalan yang dilakukan oleh pelajar ini nampak kecil namun ketika pemergiaannya ramai para jemaah masjid yang berpusu-pusu ingin mengangkat jenazahnya.
Ternyata, menyiram tanaman juga tidak boleh diambil ringan. Ada waktu-waktu yang tertentu yang harus diikuti supaya tanaman boleh hidup subur.
Namun menyiram secara berlebihan atau menyiram pokok ketika panas terik supaya tanaman terus terlihat segar dan tidak layu, itu pula tidak bagus untuk tumbuhan.
Memahami lebih lagi berkenaan siraman pokok, ayuh kita baca perkongsian daripada Tok Serama. Semoga bermanfaat.
Cara Siram Pokok Di Waktu Pagi, Petang, Malam, Waktu Yang Mana Lebih Ideal?
Musim cuaca tak menentu ni, ramai kengkawan mengalami masalah tiba-tiba tanaman layu walupun telah disiram. Bila terlebih siram kononya nak bekalkan air yang mencukupi untuk tanaman ketika panas memuncak, ada pula masalah lain yang datang iaitu serangan kulat sebab medium terlalu basah. Pening kepala dibuatnya. Sebenarnya, nak menyiram pun ada tekniknya. Bukan boleh sebarang siram je.. kalau tak tanaman tak cukup air ada yang mati sebab terlebih air.
Jadi, yang memainkan peranan adalah pilihan waktu yang tepat untuk menyiram.
Kebiasaanya, waktu ideal untuk menyiram tanaman adalah di awal pagi sebelum pukul 10am. Jadi, air yang dibekalkan dapat diserap sepenuhnya oleh tanaman sebelum menjelang tengah hari. Jadi, air dalam badan tanaman telah cukup sepenuhnya sebelum terima kepanasan yang memuncak. Selain itu, ada beberapa perkara yang perlu anda ambil berat dalam menyiram pokok. Antaranya:
Memilih waktu yang tepat
Seperti yang dinyatakan di atas, siraman paling ideal dilakukan sebelum pukul 10 pagi.
Sirkulasi atau kitaran hidup tanaman paling aktif pada awal pagi. Jadi, air yang dibekalkan dan di gunakan sepenuhnya untuk kitaran fotosintesis menghasilkan makanan mengikut keperluan tanaman.
Jika tanaman disiram ketika wakti matahari telah terik memuncak. Ia dikhuatiri dapat membakar tanaman. Ia akan menyebabkan kerosakkan pada tisu dan sel tanaman.
Tidak sempat siram di pagi hari
Jika anda tidak berkesempatan melakukan siraman di pagi hari di sebabkan hal yang lain perlu di selesaikan terlebih dahulu atau bekerja, lakukan siraman lewat petang.
Lewat pun takda lah lewat sangat, siraman petang perlu dilakukan selepas pukul 4 sebelum tibanya 6 petang.
Jika siraman dilakukan selepas 6, khuatir air yang disiram akan bertakung di dalam medium dan celah tanaman. Hal ini lebih bahaya kerana bahagian yang menakung air akan menjadi habitat serangga atau bakteria perosak tanaman. Namun, penyiraman di waktu petang tidak digalakkan untuk dilakukan setiap hari.
Jangan siram di malam hari
Proses tanaman akn terhenti di malam hari. Ini bermakna sebarnag air yang disiram tidak dapat diserap dan diproses oleh tanaman. Lebih mudah difahami, pokok tidur di malam hari. Ini akan menyebabkan tanaman tidak dapat nutrisi yang diperlukan sepenuhnya untuk tumbesaran. Disamping itu juga, air yang disiram tidak kering dan terperangkap pada bahagian tanaman tertentu akan mengundang potensi ancaman perosak dan penyakit.
Menyiram di malam hari hanya boleh dilakukan jika keadaan amat terdesak dan penyiraman dilakukan pada kadar kuantiti air yang sangat minima. Cukup sekadar membasahi medium tanaman dan siraman terus dilakukan pada permukaan medium
Sumber : Tok Serama
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di