Sangat beruntung dapat anak macam Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan ni kan. Walaupun dia dikenali dengan mulut laser dan sangat berterus terang terutama dalam isu semasa, namun layanannya pada ibu sangat baik dan lembut.
Ada sahaja video mahupun gambar ibunya dimuatnaik dalam laman instagramnya yang kadang kala menimbulkan kelucuan. Ada saja benda yang hendak disakatnya pada ibu tersayang.
Tak kurang juga yang terharu melihat layanan Chef Wan pada ibunya yang sangat mesra dengan panggilan Cik Ani. Terserlah kasih sayang seorang anak yang tiada penghujungnya buat “syurga dunianya” itu.
Selain itu, Dato’ Chef Wan turut memuat naik video yang menunjukkan ibunya sudah bangun dari tidur dan bersedia untuk sarapan bersama.
Ads
Rata-rata pengikut di instagramnya memuji layanan Chef Wan terhadap ibunya. Tidak kurang juga yang kagum dan memuji kepetahan Cik Ani berbahasa Inggeris selain memiliki kulit yang lembut dan cantik.
Suatu ketika dahulu, beliau sangat digilai oleh anak gadis. kemunculannya baik dalam bidang peragaan mahupun lakonan dinantikan.
Edika Yusof dalam satu sesi temu ramah sebelum ini pernah berkongsi kisah hidup dan perasaannya menjaga isterinya yang sakit dan lumpuh selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Kini usia perkahwinan mereka sudah memasuki 18 tahun dan dia tetap setia di sisi isterinya.
Rata-rata mengkagumi beliau kerana sanggup berkorban menjaga isterinya yang sakit itu. Bahkan, dia juga enggan berkahwin lain, dan sanggup mengharungi susah payah bersama isterinya.
“Dua tahun lepas kahwin, isteri jatuh sakit dan lumpuh. Tak boleh cakap dan dengar. Banyak peristiwa memori yang dia lupa.
“Saya waktu itu tak stabil, keliru dan rasa kenapa ini berlaku pada saya. Membuatkan saya nak berkongsi dengan seseorang, jadi jalan yang saya cari adalah dengan berkongsi dengan Tuhan. Daripada situ saya dapat hidayah dan kekuatan untuk menempuh segala yang berlaku.
“Waktu itu saya memang sudah putus asa tetapi isteri saya bersungguh-sungguh dan tak give up. Daripada situ saya mendapat kekuatan. Malah saya tak anggap dia OKU atau yang lumpuh malah saya anggap dia seperti manusia biasa yang sempurna.
“Kerana itu, isteri kadang-kadang tidak sedar yang dirinya lumpuh kerana saya layan sama rata seperti beri kasih sayang, bercakap, bergaduh dan sebagainya. Jadi, saya create benda ni supaya dia dapat tahu yang dia ni normal.
Ada yang tanya kenapa tak kahwin lagi satu. Tapi katanya kata kahwin lain bukan selesaikan masalah.
“Mungkin isteri kedua akan sakit dan lumpuh. Jadi berapa banyak wheelchair yang perlu saya jaga. Ada yang satu ni pun Alhamdulillah dan ini adalah cabaran yang Tuhan berikan untuk saya dan saya terima dengan hati terbuka.
“Isteri juga pernah beritahu , kalau nak kahwin lagi saya dia benarkan. Tetapi saya sendiri tak mahu. Sebab saya berfikir satu hati nanti kalau dia undur diri, saya pernah cakap saya ambil dia waktu dia boleh berdiri dan berjalan.
“Jadi kalau saya nak ‘pulangkan ‘ kembali pada ibu bapanya, saya mahukan dia dalam keadaan yang sama.
“Daripada situ isteri faham yang saya tiada keinginan untuk berkahwin lain atau menambah lain kerana sudah cukup yang ada ini sudah sempurna di hati saya dan saya suka dengan apa yang saya buat.
Pesanan Edika Yusuf kepada para suami di luar sana, dia menyarankan supaya sama-sama susah dan senang.
“Anggaplah kita ni bila dah berkahwin kita dengan pasangan 50-50, sama susah sama senang. Kita tanggung semuanya bersama. Janganlah bagi beban kepada isteri sahaja sebab kita ni ketua keluarga.
“Jangan anggap isteri sebagai maid, tetapi anggaplah mereka sebagai soulmate kita. Dan nak buat apa pun buatlah bersama-sama, ibarat berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
Hati ibu dan ayah mana yang tidak susah hati bila melihat anak yang selalunya aktif, cergas dan sihat, kini lesu dan tidak bermaya akibat demam panas.
Selain membawa anak ke klinik bagi mendapatkan rawatan perubatan, boleh juga menggunakan cara tradisional atau semula jadi sebagai alternatif.
Melalui perkongsian oleh Puan Syazieda di laman Facebook, beliau hanya menggolekkan dua biji telur rebus untuk menurunkan suhu badan anak yang panas semasa demam.
Cara-caranya mudah sahaja.
1.Basuh telur dengan bersih dan rebus hingga masak sepenuhnya.
2.Kupas kulit telur dengan sebaiknya dan jangan sampai pecah.
3.Bungkuskan telur menggunakan napkin atau tuala bersih. Ketebalan kain untuk membalut berdasarkan suhu telur.
4.Golek-golekkan telur diseluruh badan anak yang demam sekitar 30 minit, terutama di kawasan yang panas.Jangan lupa, golekkan juga telur pada bahagian kepala dan kaki.
5.Apabila telur sudah suam, anda akan mendapati telur menjadi menggerutu. Untuk melihat kesan yang lebih nyata, pecahkan putih telur dan perhatikan kuning telur seperti dalam gambar diatas.
6.Sekiranya panas badan anak belum reda, boleh ulang semula langkah-langkah di atas. Untuk kesan yang elok, telur itu makan lama akan makin kurang gerutunya.
Lakukan teknik diatas sebanyak tiga kali sehari dan pastikan anak kerap dimandikan dan minum air secukupnya.Tak salah mencuba selagi ia tidak memudaratkan. Rawatan ini juga sesuai untuk orang dewasa.Semoga bermanfaat untuk semua.
Sumber Facebook: Puan Syazieda
INFO EKSTRA:
Mengikut perubatan tradisional Cina, petua menggunakan telur rebus untuk disapu pada kulit telah dipraktikkan sejak dahulu lagi. Ia dipercayai dapat ‘menarik’ kehangatan atau ketidakseimbangan unsur pada badan yang menjadi punca anak demam.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Benarlah ada ungkapan mengatakan seorang ibu atau bapa mampu menjaga 10 orang anak, namun belum tentu 10 anak itu mampu menjaga seorang ayah atau ibu.
Mak ayah berpenat lelah bersengkang mata menjaga anak-anak dengan baik, namun apabila dewasa mereka tidak membalas budi, bahkan sanggup meninggalkan ibu bapa di rumah orang tua-tua. Padahal tanpa ibu dan bapa, mereka takkan lahir ke dunia ini.
Apabila anak semakin besar, dan sibuk bekerja, sedikit sebanyak lupa akan ibu dan bapanya. Pelbagai alasan seperti tiada masa untuk bersama ibu bapa, sibuk bekerja adalah alasan seorang anak yang hanya mampu lepas tangan untuk menjaga orang tua. Inilah sebuah kisah yang cukup menjentik emosi tatkala membacanya.
Pilu hati seorang ayah apabila disisihkan anak sendiri sehingga terpaksa tinggal di rumah kebajikan orang tua Rumah Ehsan di sini sejak dua bulan lepas.
Itu yang berlaku kepada bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mahu dikenali sebagai Awang berusia 46 tahun ini. menututnya, tiga anak lelaki dan seorang perempuan berubah sikap selepas dirinya lumpuh separuh badan akibat strok, dua tahun lalu.
Menurutnya, dia berhenti kerja awal selepas 10 tahun berkhidmat dalam Rejimen Artileri dan membesarkan anak dengan hasil menoreh getah di sebuah tanah rancangan Felda di Sungai Siput, Perak.
“Isteri meninggal dunia beberapa tahun lalu dan saya mula tidak berapa sihat selain ada lelah serta darah tinggi sebelum diserang strok hingga lumpuh separuh badan.
“Saya menyesal terlalu manjakan anak-anak sampaikan duit hantaran kahwin RM10,000 pun saya beri tapi bila minta tolong hantar pergi klinik, anak tak diendahkan dengan alasan isteri tak bagi.
“Kereta, motosikal dan duit pun saya beri walaupun dulu hidup tak senang mana tapi bila saya lumpuh, anak-anak dah jadi lain,” katanya ketika ditemui pada program Masih Ada Yang Sayang dan Ihya Ramadan di Rumah Ehsan, kelmarin.
Awang berkata, dia pernah tinggal di rumah salah seorang anak sebelum dibawa ke sebuah hospital di Kuala Lumpur untuk rawatan sakit strok.
Namun tanpa Awang menyangka rupa-rupanya dia ditinggalkan sendirian hampir setahun di hospital berkenaan.
“Anak-anak tak jenguk pun, semua hospital buat hingga puasa dan raya tahun lepas pun mereka tak ada datang.
“April baru ini saya dibawa ke sini dan sekarang memang tak ada hati langsung atau sayang ke anak-anak.
“Kalau saya mati pun, tak perlu beritahu mereka kerana saya tak mahu ingat mereka lagi,” katanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Resipi Bubur Asyura versi Utaqa yang manis, lemak dan mudah disediakan. Ikuti bahan, cara memasak serta tip menghasilkan bubur asyura yang pekat, licin dan sedap.