Dalam mendidik anak, setiap antara kita tentu pernah rasa akan  cabaran dan kepayahannya.

Hingga kadang-kadang boleh buat rasa kecewa jika tiada perubahan berlaku sedangkan pelbagai cara mengajar telah kita praktikkan.

Pun begitu, dalam merawat hati dan menyuntik inspirasi dalam diri ibu ayah, sebaiknya ambil pengajaran dan belajar apa yang terkandung dalam surah al Lail ini.

Ini sebagaimana perkongsian daripada wanita ini. Jom semak.


Kita rasa berat. Sakit hati memendam rasa. Kenapa aku dah cuba nak apply macam macam skill, tips, teknik parenting, tetapi aku asyik pusing pusing berpatah balik ke cara lama je?

Ini apa yang saya belajar daripada Surah al Lail.

Dalam surah al Lail, jika kita relate dengan dunia mendidik anak, maybe kita akan dapat jawapannya.

Allah ada 2 janji untuk kita.

Yang pertama,
Allah janji Allah akan mudahkan kita buat jalan kebaikan.

Means, Allah akan bantu kita untuk sabar, konsisten, tak cepat putus asa, dan terusssss upgrade nilai diri, if kita lepas 3 syarat ni.

1- Kita belanjakan harta di jalan Allah.

IKLAN

Kita beri segala yang kita ada, termasuk semangat, usaha, tenaga, masa, fizikal, mental, emosi dalam mendidik anak ini semuanya sebagai tanda pengabdian kita untuk Allah.

Cara kita “belanja” itu perlu PADAN seperti yang Allah suka.

2- Kita bertaqwa.

Bila sebut taqwa, dalam surah al Lail antara detailing berkait dengan taqwa ini, Allah sebut, mereka yang membelanjakan hartanya bukan untuk balas budi, tetapi semata mata nak cari redha Allah.

Bermakna, kita buat baik ngan anak, bukan sebab anak kita buat baik ngan kita. Kita beradab dengan anak bukan sebab anak beradab dengan kita.

Kita beri, bukan untuk balas perbuatan sesiapa. Kita beri sebab nak cari redha Allah.

3- Kita percaya adanya pahala.

IKLAN

Kita yakin, bahawa setiap zarah ‘harta’ kita itu, jika pulangannya kita tak dapat di dunia, pasti ada di akhirat.

Kita sentiasa berjaga jaga daripada berfikir, semuaaaaa yang aku da belanja, resultnya mesti dapat kat dunia ni. Mesti dapat saat aku masih bernafas ni.

Huh. Ini adalah 3 syarat yang perlu kita work for it, supaya ALLAH MUDAHKAN.

Tapi sebaliknya, untuk janji kedua, Allah sebut, Allah akan sukarkan jalan untuk kita buat kebaikan, sekiranya kita

1- Bakhil

Kedekut, berkira-kira dalam memberi.

Bila anak tak buat seperti yang kita harapkan atau kita rasa tidak dihargai, kita mula rasa tak berbaloi usaha.

IKLAN

Bila pasangan tak kerjasama, kita pun mula catur ‘harta’ kita. Sifat bakhil mula memenuhi ruang rasa.

2- Rasa diri dah cukup

Selesa berada dalam zon selesa. Rasa terancam bila diingatkan. Rasa terhina bila ada yang menasihatkan.

3-Tak percaya adanya pahala.

Mungkin asalnya memang ya, kita percaya. Tetapi deeeep inside our heart, kita terlupa bahawa ada kebaikan yang Allah bayar terus di dunia, ada yang Allah reserve untuk kita di akhirat.

Cukup kita ada salah satu daripada 3 ini pun, kita akan dapati bahawa jalan untuk kita upgrade nilai dan kualiti parenting kita sukar dan bagai tiada cahaya berbaki.

Uh.

Masya Allah Tabarakallah.
Moga kita semua dapat capai janji Allah yang pertama ya!

Bismillah. Tawakkaltu AlaLLah.
Ummi Nisa

sumber :Nur Khairunnisa Iskandar

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI